Ruang Iklan Untuk Disewa

Sebulan Kemarau Lepas Sebulan Kemudian Musim Bunga



Subhanallah, itu yang saya boleh ucapkan bila tengok rerumput rumah mak saya sudah kembali menghijau dan segar bila disiram hujan. Malah, pokok bunga jiran pun semakin subur berbunga. Bukan setakat pokok bunga kertas je, pokok yang macam kat kedah utara yang banyak bunga tu pun penuh rimbun dengan bunga. Rasa macam duduk luar negara je. Alhamdulillah... Allah uji kita dengan kemarau dan sekarang Allah beri nikmat hujan yang lebat untuk basahkan bumi.


Ingat lagi masa ni rumput yang dulunya hijau jadi kering kontang. Sedihnya. tengok pokok bunga kertas kat atas tu tinggal ranting je. Memang sadis melihatnya. Ni kalau terbaling putung rokok, mau terbakar. Nauzubillah... Masa nilah baru terfikir yang air amat penting bagi kita. Kalau tak, tumbuhan tak subur menghijau.

Sebulan ke dua bulan kemudian, tanah mula jadi hijau semula. Tanah mula jadi lembab dan basah. Kalau korang tengok, tempat longgokan sampah tu tetap tempat yang sama hahaha. Itu pun kalau bakar, memang tak menyala sbb tengah lembab dan basah. Alangkah nikmatnya Allah berikan hujan dan kembalikan kesuburan tanah dan rumput.


Tengoklah, langsung tak ada rumput. Semua kekeringan dan kecoklatan. Ranting2 semua jatuh bertaburan kat jalan. Masa nilah yang jerubu tebal. Yang mana Allah bagi dugaan pada kita semua.


Now, alhamdulillah, cantik tak pokok bunga kertas yg dulunya tinggal ranting dan sekarang subur jadi merak. Pokok yg dulu jadi daun kering now dah jadi subur menghijau.

Moral Of The Story
Hargailah kenikmatan yang Allah bagi sepanjang menumpang di bumi Allah ni.
Bila Allah nak tarik balik, sekelip mata je Allah boleh hilangkan dari kita semua.

1 comment

April 18, 2014 at 11:18 PM

Alhamdullilah

Post a Comment

Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia