Ruang Iklan Untuk Disewa

Bukan Nak Kurus Tapi Nak Berat Badan Ideal

Assalamualaikum

Saya tengah berusaha untuk mendapatkan berat badan yang ideal. Cumanya kalau tiada support atau sokongan dari sesiapa, memang hancurlah diet kitakan. Lagi2 macam daku ni, kahwin dengan orang jawa. Orang jawakan rajin memasak. Lauk sedap-sedap pulak tu. Daku tukang makan. Ngehehe... Ayat standard 'makan, makan, nanti tak ada siapa nak habiskan' Dah tu bila masa daku nak diet? Balik kampung je makan. Huhuhu...

Berat badan ideal sangat penting untuk kita dapat kesihatan yang baik. Kalau tak jaga, kesihatan dalaman kita akan rasa lebih berusia dari umur sebenar kita. Bayangkan dalaman saya dah nak pencen. Sedih mendengarnya. Jadi, dari sekarang saya kena jaga. Umur muda lagi tapi dalaman dah tua. Takot wooo...

Saya bukan nak kurus tapi saya nak balik BMI asal saya. Kalau tinggi saya 156 maka berat yang saya kena target adalah 65. Gigih jugaklah nak sampai ke situ. Tak perlu kurus sangat sebab nanti memudaratkan dan tidak seimbang dengan badan. Yang penting sihat!

Korang tau tak macam mana nak kira BMR korang? Meh sini saya ajar. Nanti korang boleh kira sendiri.

Daily Calorie Requirement (DCR)
Setiap individu mempunyai had kalori harian (Daily Calorie Requirement/DCR) yang berbeza, unik, bergantung pada faktor umur, jantina, berat, dan ketinggian seseorang. Persoalannya sekarang, bagaimana nak tahu DCR masing-masing? 

Basal Metabolic Rate (BMR)
Untuk mengetahui nilai DCR, kita terlebih dahulu perlu menentukan nilai BMR (Basal Metabolic Rate), iaitu jumlah kalori asas yang kita perlukan agar kemandirian tubuh kita berterusan (bernafas, degup jantung, proses biokimia badan), menggunakan formula Harris-Benedict seperti berikut:

Lelaki:  BMR = 66 + (13.7 x KG) + (5 x CM) – (6.8 x UMUR)
Wanita:  BMR = 655 + (9.6 x KG) + (1.8 x CM) – (4.7 x UMUR)

Kemudian, apabila nilai BMR sudah diperolehi, nilai tersebut hendaklah didarab dengan "faktor aktiviti" seperti berikut:

Sedentary (little or no exercise)  = BMR x 1.2
Lightly active (sports 1-3 days/week)  = BMR x 1.375
Moderately active (sports 3-5 days/week) = BMR x 1.55
Very active (sports 6-7 days/week)  = BMR x 1.725
Extra active (sports twice a day)  = BMR x 1.9


Sebagai contoh, Raihana berumur 43 tahun, berketinggian 157 cm, dan mempunyai berat 49 kg. Beliau bersukan 4 kali seminggu, maka:

BMR Raihana = 655 + (9.6 x 49) + (1.8 x 157) – (4.7 x 43)
= 655 + 470.4 + 282.6 + 202.1
= 1206 kcal/day

DCR Raihana = 1205.9 x 1.55
= 1869 kcal/day


NOTA: 
Jika nak kurus, pastikan anda mengambil kalori kurang daripada DCR 
tetapi JANGAN kurang daripada BMR kerana ia akan memudharatkan

INGATLAH…. 1 kg = 7700 kalori
Sekiranya anda ingin menurunkan berat badan sebanyak 1kg, anda perlu membakar 7700 kalori

Korang faham tak? Kalau tak faham tanya ya. So, selamat buat kira2 dan mulakan diet yang seimbang untuk kesihatan korang.

5 comments

October 16, 2013 at 11:51 AM

kita nak naik berat la pulak
hehe
x naik naik

October 16, 2013 at 12:44 PM

betul tue....akak pun dah mok sekrg...hihihi

October 16, 2013 at 1:06 PM

susah badan besar ni huhu... letih badan... huhuhu..

October 16, 2013 at 5:09 PM

Err, tak berapa nk faham sgt BMR tu sume..
btw, ada tips utk tambah berat tak? dah google tp tak jumpa cara..

October 16, 2013 at 5:12 PM

Ehh, tadi macam dah drop komen.. tapi takde pulak.

Saya tak faham sangat pengiraan di atas.. Cuma nk tanya, ada apa2 tips tak utk tambahkan berat? Dah cuba google tapi tak jumpa cara.. -_-!

Post a Comment

Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia