Ruang Iklan Untuk Disewa

Attitude Psychology (Perangai)

Assalamualaikum,

Malam ni saya nak kupas sikit tentang sikap/perangai segelintir manusia yang nauzubillah kalau kita fikir dia ni betul ke tak betul kalau tengok perangainya. Ceritanya begini, adalah sorang hamba Allah ni, perangai dia kalau lepas makan atau minum tu, punyalah pemalas tahap gila babaslah nak hantar ke pantry. Kalau pikir balik, gila babas pun tak pemalas macam dia tau tak?! Manusia jenis apa pun tak taulah nak kata. Nampak pengotor dan tak senonoh pun ada.

Kenapa saya cakap perangai dia pemalas dan tak senonoh? Sebab hari tu kami adalah buat makan2 sikit semperna ramadhan. Alhamdulillah... senoroknya kami dapat sambuntan kemeriahan nak sambut ramadhan TAPI adalah sorang hamba Allah ni dua tiga kali trip jugaklah amik makanan. Kami tak kisah, malah Alhamdulillah TAPI yang kami kisahkan tu, di manakah letaknya pinggan dan cawan yang dia gunakan lepas tu??? Hilang???

Rupa-rupanya dia sorok pinggan kotor dia tu! Mengucap panjang kami yg nampak ni. Tak silap ada 3 pinggan, 2 cawan dan 1 garfu plastik kat belakang workstation dia. Itu belum masuk dengan 4 bulan lepas punya pinggan dan cawan yang ada dalam drawer dia tau! Nampak tak punyalah tahap dewa pemalasnya?! Monyet kat hutan pun pandai basuh pinggan tau tak?


Yang dia langsung tak basuh! Kotor! Saki baki makanan pun ada lagi! Punyalah pemalas nak mampos! Padahal tempat basuh sejengkal je dari tempat dia. A few people nampak n bising juga. Sampailah ada satu notice tertampal di papan board workstation dia yg bersaiz font 72 kot kalau tak silap 'TOLONG BASUH PINGGAN DAN MANGKUK ANDA!' dibulan Ramadhan yang mulia ni. Saya yang ternampak ni terkejutlah baca, then terkekek2 gelakkan dia. Ingatkan notis warning tu menyengatlah kat kepala hotak dia tu, rupanyaaaaaa... HAMPEH!

Tau apa yang paling mengejutkan selepas tu? Dia cabut notis tu, then dia pi tutup kertas notis warning tu kat pinggan, cawan kotor dia di tepi workstation. Lepas tu buat bodoh. Buat muka tak bersalah dia. Padahal semua orang dah nampak. Dia sorok cam ne gaye pun orang nampak der... Subhanallah... kalau dah gitu attitude dia, memang dasar PEMALAS tahap dewalah. HANCUR! So, korang fikirlah, betul ke tak betul orang cam gini? Semoga Allah bagi petunjuk dan hidayah pada orang macam gini.

4 comments

July 15, 2013 at 11:32 PM

teruknya orang macam ni...tak lama lagi adalah tikus-tikus dan lipas menari joget angan tak sudah kat workstation dia tu...

July 15, 2013 at 11:32 PM

Tensen jugak bila bertemu dengan owg macam tu.. Nak sound tak sampai hati.. Sabo jerlah..

July 15, 2013 at 11:41 PM

haaa... jenuh dah kami pikior nak selesaikan masalah ni... Cicak dah ada rasanye... huhu...

July 15, 2013 at 11:43 PM

Mmg tensen sbb duduk dekat sekita kami je... Dah jenuh sound bukan tak sampai hati tapi geram lagi ada sbb buat bodoh mcm tak bersalah...

Post a Comment

Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia