Ruang Iklan Untuk Disewa

SALE : Deepavali Festival Of Lights Sale at LAZADA

Assalamualaikum!

Hai korang! Kali ni kak KM nak share pasal sale lagi.
*Ko ni mahirah, asyik cerita pasal sale, sale, sale! Haha!*
Dah nak wat cam ne kak KM suka tengok perkataan 'sale' tu ngeee.
Kalau kalau nampak tak bernafsu, kata phsyco pulak haha.
Korang? Haaa tipu la kalau korang tak suka perkataan 'sale'. Erm???
Silap hari, korang yang lebih over membeli belah dari kak KM.

Korang tau kan perayaan Deepavali dah nak dekat.
Haaa... untuk pengetahuan korang, LAZADA ada buat sale sehingga 94% diskaun tau.
Ni giler-giler remaja punya sale.
Tak caye? Ha ni bukitnya, korang tengok sendiri kak KM print screen kat bawah ni.


Ya ampun, kak KM tengok sendiri pun terus cair.
Cam gatal je tangan nak beli tapi ku tahan je tau hahaha.
*Eh, over pulak si mahirah ni, macam dia pulak nak sambut raya deepavali.*
Haaa.. memanglah tak sambut tapi kita boleh tumpang sekaki bila ada sale macam ni, betul tak? =)
Apa tunggu lagi korang tu? Jom la kita shopping mata.
Macam-macam hado wei.
Kalau nak tinjau meninjau, korang just click je banner kat bawah ni ya.

Lazada Malaysia

Haaa... sale ni valid dari 9th Oct - 21st Oct
Jangan lepaskan peluang!
Up to 94% Off tau.
Okeh, ejoy shopping!

Segmen Bloglist Exchange by Anne Nurain


Click banner utk join

tag 3 org

http://www.irrayyan.com/
http://jindrisska.blogspot.com/
http://iolacaviarofficial.blogspot.com/


TIPS SIHAT : Jom Bersenam Di Pejabat!

Assalamualaikum!

Hai korang! Kali ni kak KM nak share pasal senaman! Haha!
Okeh, kak KM nak tanya berapa kali dalam sehari korang melakukan pergerakan?
Adakah pergerakan korang tu berbaloi untuk dijadikan senaman?
Alaaaa... setakat bangun pergi toilet dua tiga kali tu tak luak mana pon haha!
Kak KM faham, duduk kat kerusi sambil menghadap komputer dalam tempoh yang lama tu memang rutin yang susah nak dielak terutama yang kerja di pejabat.
Gaya hidup macam ni mesti merisaukan terutamanya dari segi aspek kesihatan tubuh.
*Arrgghhh!! Aku cakap pasal aku lah tu.*

Walaupun kita sibuk dengan tugasan, tak ada alasan untuk kita abaikan senaman.
Dan tak semestinya kita kena bersenam di gym atau di taman rekreasi je.
Hanya sekadar pergerakan biasa pun dah boleh jadi senaman.
Jom kita tengok contoh-contoh senaman ringkas yang boleh kita buat kat pejabat atau kampus.

1. Berjalan Kaki


Haa... jalan kaki ni salah satu senaman yang senang kita buat walaupun di tempat kerja atau kampus. Siapa kat sini pergi kuliah jalan kaki? Aha, salute kat korang. Confirm lepas ni kurus punya. Yang duduk kat office macam aku tu? Ala, korang buat je aktiviti berjalan tu selama 10 minit. Mungkin dengan cara ni dalam tempoh yang singkat itu dapat tingkatkan tenaga sekali gus melawan stress yang datang. Betul tak?

2. Tekan Tubi


Haaa.. hambek kau buat tekan tubi kat kampus atau tempat kerja. Kalau korang nak tau, senaman ni pun boleh dipraktikkan pada waktu rehat. Asalkan lokasinya bersih. Walaupun hanya beberapa kiraan tapi dah cukup bermanfaat untuk bakar karbohidrat dalam badan kita tau.

3. Naik Tangga


Haaa yang ni kak KM selalu buat hihi. Satu bonus andainya kampus atau office korang ada tangga. Jangan malas menggunakannya walaupun tersedia kemudahan lif. Penggunaan tangga mungkin sedikit lambat dan meletihkan tapi ia amat baik untuk kesihatan tau? Pergerakan naik turun tangga tu mampu bakar sejumlah kalori dalam tubuh sekali gus meningkatkan sistem kardiovaskular.

4. Gengam Bola Getah


Okeh, andai katalah masa amat-amat terhad untuk korang senaman, cukuplah dengan hanya meramas sebiji bola getah kecil berulang kali supaya mengurangkan tekanan di samping melancarkan perjalanan darah dan menguatkan bawah lengan serta sendi-sendi di tubuh kita.

Haa itu je kak KM nak share kali ni.
Nampak tak betapa senangnya kita boleh senaman walaupun dekat office.
Lepas ni tak ada alasan lagi ya.
Okeh, selamat mencuba
Daa...

Sumber di cedok dalam majalah mingguan wanita.
Di oleh sikit dengan gaya bahasa Karya Mahirah sendiri.

Demam Tengok 12 CPUV Masuk Serentak

Assalamualaikum!

Hahaha! Sebelum nak cakap aku kena terima kasih dulu kat pihak nuffnang sebab tak pernah-pernah bagi CPUV sekelepuk banyak macam ni.
Aku percaya, korang pun sama kan? kan? kan?
Memanglah bagi sekelepuk banyak tapi aku tengok earning tak berganjak-ganjakk pon.
Haaaaa ni mesti iklan keluar waktu malam.
Atau ada masalah teknikal yang tak dapat dibendung.
Kalau tak, kejadahnya iklan sampai double triple cam gitukan?


Yang sebenarnya tak kisah sangat pon haha.
Saje je aku nak kasi gempak up entry bagi blog ni update sentiasa.
Ok, tahniah jugaklah pada korang yang dapat CPUV cam aku ni ya.
Oklah bye.

p/s : berjalan sambil termenung di kaki lima

Hadiah GA Ready To Post

Assalamualaikum!

Hai korang! Sorrylah, kak KM suam2 kuku je update blog.
Banyak urusan luar ni huhu.
Okeh, pertama sekali kak KM nak mintak maaf sebab lewat post hadiah.
Keduanya, hadiah sudah pun ready untuk di post.
Harap korang sabarlah ya menunggu hadiah dari kak KM.
*Erm.. kak KM menang 3 hadiah, satu hadiah je sampai, yang lain sampai sekarang masih menanti kehadirannya. Kalau tak sampai jugak, redha jelah huhu. Takut hilang di tengah jalan sewaktu pengeposan berlaku.*

Oklah, di bawah ni gambar hadiah GA.
Taaadaaa...


Oklah tu je nak cakap.
Bye!

SALE : Flying Nomad KLIA Part 2

Assalamualaikum!

Hari ni kak KM nak sambung balik cerita pasal Flying Nomad sale kat KLIA.
Korang tau tak lepas kawan kak KM hadiahkan cosmetic bag tu, kak KM terus ajak cik Henshin pergi AMC building tengok sale tu.
Mulut kata "aku tak nak beli! aku tak nak beli" sekali dah sampai sana, "waaahh... aku nak belilah.. murahnya... haha!"
Tergugat jugak rupanya lepas tengok harga clearance sale tu.
Korang bayangkan harganya jatuh dekat 90% diskaun.
Haish! Kalaulah sale ni jatuh masa GA yang kak KM buat hari tu, tentu le kak KM beli buat hadiah untuk GA.
Haha... tengoklah antara yang kak KM dah terbeli.
Jangan terkejut bila kak KM mention harga di bawah ya.
Besarkan bijik mata siap-siap hihi.

Tengok ni kak KM beli baju kemeja untuk pakwan.
Korang tau tak, pakwan korang tu tak pernah ada baju yang colorful.
Pendek kata dia bukanlah lelaki metroseksual.
Kadang-kadang kesian tengok dia asyik pakai warna hitam je memanjang.
Haaa.. kalau dah kak KM yang beli, memang suka hati aku lah kan nak beli warna apa haha.
Warna hijau jugak tetap di hati.
Harga RM109
Lepas diskaun RM19
Murah tak?

Yang ni cosmetic bag yang dihadiahkan oleh kak L.
Saje nak tayang sekali, konon nak penuhkan entry ni hehe.
Nak tau harganya berapa?
Harga RM48
Lepas Diskaun RM10
Murah tak?

Haaaa bag baldu ni memang besar dan boleh jadi poket doremon hihi.
Kak KM suka warna dia yang striking.
Kalau dari jauh orang pandang, memang dah boleh kenal tu kak KM hihi.
Bag ni boleh jadi bag sling jugak tau.
So, ikut suka hati kita la nak pakai bag ni cam ne gaya pon.
Okeh, berapakah harganya?
Harga RM169
Lepas diskaun RM50
Murah tak?

Card case ni perlu untuk isi call card yang datang dari blogger.
Eh, kak KM simpan tau korang punya kad.
Ni pun tak cukup bagi kak KM.
Macam nak kena beli lagi je huhu tapi malangnya sale dah tamat.
Sadakallah jelah.
Harga RM35
Lepas diskaun RM5
Murah tak?

Last one, kak KM beli bag sling color oren.
Ni pun sebab color dia striking.
Uih, kalau ada warnah hijau, dah lama kak KM rembat kome oi.
Mula-mula kak L yang beli dulu bag ni, bila tengok macam cantik je di padan dengan baju corporate office, terus kak KM terbekenan nak beli hihi.
*Ko memang pantangkan mahirah?! Pantang nampak!*
Harga RM78
Lepas Diskaun RM10
Murah tak?

Hahaha! Amacam? Terbeliak tak biji mata korang tengok harga sale yang hampir cecah 95% ni?
Kak KM yang selama ni cuba menahan perasan dari membeli belah pun boleh tergugat tau.

Oklah, dah habis.
Itu je nak cerita.
Bye!

Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia