Ruang Iklan Untuk Disewa

Parking Lot Apartment

Kalau korang tengok, apa yang korang faham dalam gambar ni?
Sebuah balkoni yang ada basikal budak kecik.
Parking lot kosong tu parking rumah saya.
Kon merah tu saya punya jugak.
Kereta Alza putih yang bersinar tu adalah kereta saya.
Kenapa saya tak parking di parking lot saya sendiri?
Kenapa saya parking kat depan sana?


Jawapannya?
Sebab saya punyai 2 kereta.
Yang mana, sebuah lagi tu kereta kancil suami saya.
Kalau saya tak parking kereta kat sebelah sana,
Suami saya takkan dpt parking.
Hurm... itulah masalah yang kami hadapi kalau duduk di apartment.
Parking lot memang dah diberi setiap rumah satu lot.
Masalah bagi mereka sekiranya satu rumah ada sorang satu kereta.
Kat mana selebihnya nak parking?
Jadi, parking2 extra ni sudah pun direbut.
Siapa cepat, dia dapat.
Saya untung sebab duduk di bahagian hadapan.
Andai kata ada kosong, saya cepat2 cop parking untuk suami saya.
Kalau tak sempat, kancil suami saya akan block kereta saya.
Nasib penduduk apartment.

Udara dan Hujan




Indahnya udara di alam ini,
Sangat indah waktu selepas hujan,
Yang mana cuaca menjadi dingin,
Menghirup udara yang nyaman.

Di kala kemarau melanda,
Hujanlah yang sangat diperlukan,
Di kala air dicatu berjadual,
Hujan jugalah yang amat diperlukan,

Wahai hujan, wahai udara,
Indahnya kalau manusia pandai menghargaimu,
Tidak bebas cemar dengan pembakaran sampah,
Tidak bebas cemar dengan bahan buangan.

Syukurlah dengan nikmat yang Allah berikan,
Allah amanahkan kita untuk menjaga,
Sepatutnya kita pelihara sebaik-baiknya,
Bukan memusnahkan apa yang ada.

Semoga manusia sedar,
Sedar dari perbuatan mereka,
Yang mana pemusnah alam,
Yang mana tidak menghargai amanah ini.


Siapa Dah Check BRIM?

Dengarnya dari semalam yang bujang dah dapat. Alhamdulillah, dapat jugak keluarga saya terima tapi mungkin ini adalah yang terakhir sebab tahun ni kenaikan gaji yang melampau. Lepas ni orang dapat BRIM kami menganga dan tengok aje. Huhu... kesian kami. Apa pun bersyukurlah dengan apa yang kita dapat ya.


Siapa yang belum check bolehlah check ya. Yang bujang mungkin dah dapat semalam. Yang hari ni untuk seisi rumah.

Ruang untuk Bertenang

Saya perlukan ruang untuk bertenang.
Saya perlu rilekskan minda.
Saya tak nak fikir masalah yang sedia ada.
Saya mahu bercuti panjang.

Saya nak keluarga besar saya aman.
Saya nak keluarga besar saya bersatu.
Saya nak keluarga besar saya bersemangat.
Saya nak keluarga besar saya kental.

Saya mahu manusia itu kembalikan hak kami.
Saya mahu manusia itu batalkan hasratnya.
Saya mahu manusia itu sedar yang perbuatannya itu syirik.
Saya mahu manusia itu bertaubat dan kembali ke jalan Allah.

Saya tahu Allah sentiasa berada dekat dengan keluarga kami.
Saya tahu Allah sentiasa memerhati.
Saya tahu Allah akan tolong kami.
InshaAllah, janji Allah itu pasti.

Play Doh Untuk Zulaikha

Assalamualaikum,

Dah lama saya nak belikan play doh ni untuk Zulaikha. Korang tau tak play doh tu amende? Dia macam plastersin yang kita main masa kat sekolah dulu tu. Sekarang lagi menarik didatangkan dengan acuan dan rasanya ini lebih okay dan selamat kot untuk dimainkan.



Nak bagi anak main ni memang boleh tapi biarlah kita ada sama-sama sebab kang dia ingat play doh ni boleh makan pulak. Dengan play doh ni kita boleh tengok kreativiti anak-anak kita mengacu benda tu untuk jadi apa.

Inilah yang saya cakap kena pantau. Sebiji betul macam donat. Kang dah jadi donat dia ingat boleh makan pulak. Apa-apa pun pesan je pada anak.

This one is mufin. Cutekan? Tu yang nak tengok kretiviti si Zulaikha. Apa yang dia boleh buat dengan play doh ni. Kalau dah beli nanti saya share kat sini lagi.

A Set Of 2 Press And Spain Whisk Beater

Assalamualaikum,

Saya teringin nak beli mixer tapi sampai sekarang tak beli-beli. Tengah google set mixer tiba-tiba ternampaklah set Press and Spain ni. Aduhai, pucuk dicita ulam mendatang. Saya rasa lebih baik ada ni dari mixer kot. Boleh adun kat bekas lain. Tak payah poyo sangat pakai mixer. Hehe...

Apa yang menariknya, cara nak guna dia senang je. Just press dan spain. Memanglah guna tenaga tapi saya rasa lagi mudah kot dari pakai karen hehe. Cakap macam senang je padahal tak guna lagi. Sekali gunakan merungut pulak sbb penat hehe. Apa pun, nak tengok tak macam mana rupa dia?

Taaa daaa... inilah dia benda alah tu.
Comelkan? Senang betul guna dia.
Kalau pemalas kacau telur pakai sudu, guna je pakai benda ni.
Kalau siapa berminat, bolehlah beli kat sini


Harganya cuma RM33 sahaja.
Murah!

Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia