Ruang Iklan Untuk Disewa

Bantal Ribbon Petals

Assalamualaikum,

Tiba-tiba teringat kenangan tiga tahun sudah. Di mana sebelum kami berpindah ke rumah baru pada tahun 2010. Kami menetap di Villa Impian, Kota Warisan. Rumah yang tinggalkan banyak kenangan manis. Tiga tahun kami sewa di rumah tu sampai beranak sulung. Walaupun tidak sebesar mana tapi kami tetap selesa. Hidup berdua, masa tu baru kahwin. Baru nak mula hidup berfamily, memanglah rumah kecik. Itu je yang mampu masa tu. Sambil2 tu beli rumah yang lebih selesa.

Ruang Tamu

Laluan ke bilik

Arah dapur dan pintu masuk

Thanks to encik Shaifuddin, tuan rumah yang sangat baik, tak banyak kerenah, tak banyak cekadak, tak berkira. Bila orang tak berkira ngan kita, kita pun tak berkira dengan orang tu. Kami pun berlebih kurang je dengan ia. Mana yang rosak tu kami baiki sendiri tapi tak claim pun. Alah, kita yg duduk, kita yang rosakkan so kita baikilah sendiri. Tuan rumah tak banyak cekadak yang kita nak byk cekadak buat apa? So, berlebih kuranglahkan. Jujurnya tuan rumah kami tu memang baik.

Dapat pulak jiran yang baik. Sebelum pindah tu dia sempat hadiahkan saya bantal reben ni. Seriusly sangat cantik dia buat sendiri. Memang creatif dan menarik. Simpan lagi sampai sekarang. Letak dalam kereta. Tak taulah dia still duduk Villa Impian tu ke tak. Dengarnya dia pun beli rumah tapi belum siap masa 2010 tu. Agaknya dah pindah kot sekarang ni tapi tak tau alamat baru dia. Nasib baik ada contact number. Bolehlah roger2 kalau nak singgah.

Apa pun kalo korang nak cuci mata gi la kat blog dia... RIBBON PETALS

Lenovo Pink Sudah Sihat

Assalamualaikum, 

Syukur Lenovo Pink ku sudah sihat macam biasa. Pendek kata dah boleh berkhidmat untuk tuannyalah. Sorry to you guys yang follow novel IPC. Duk tunggu2lah bab seterusnya bila nak muncul. Sorry for inconvenience caused. Pas ni baru nak sambung menulis semula. Hari tu cakap kalau tak okay kena standby the new one but i decide to sabar dan hanya hardisk sahaja problem. Mujurlah dengar cakap hubby hari tu. Just beli hardisk baru je dari membazir beli laptop baru. Daku siap usha2 tu ASUS 11" haha... teruknya aku ni. 

Balik rumah duk operate body Lenovo. Nasib baik mudah je. Berbanding dengan MSI yg lama tu. Termenung jugaklah nak bukakan casing dia. Sampai mintak tolong abah kokakkan sekali. Lenovo senang je nak bukak dia. MSI kena bukak whole casing bawah tu dengan batery sekali. Kang silap bukak terbarai semua. Gila punya design!

Tujuan bukak casing MSI dan Lenovo ni sebenarnya sy nak tukarkan hard disk MSI (brand Toshiba 250gb), pasang ke Lenovo. Ingatkan bijaklah sangat boleh di tuko pakai. Daku lupa yang segala tok nenek driver utk Lenovo tu duk ada dalam partition hard disk Lenovo (brand WD 750gb) yg lama tu. Sekali power on je, terus restart. Try lagi pun restart jugak. Masuk XP pon restart jugak. Termenung aku sekejap duk tenung bangkai hard disk lama tu. Hard disk toshiba 250gb dah terpasang dalam Lenovo tu. Jadi aku kena bukak balik ar ni? Pasang balik hard disk WD 750gb lama Lenovo utk burn driver dlm CD. Stress wooo pikir... Dah rasa macam tikus membaiki labu pun ada aku ni... hahaha...

Nasib baiklah ada member office yang teror bab transfer2 driver Lenovo dlm CD ni. Daku tahu windows XP jeeeew. Driver2 ni tak sempat belajar, cikgu mati huhu. Nak soh cari dlm Lenovo website punyalah pemalas tahap gaban! Laptop rosak kot, nak cari jadahnye?! Pandang pun tak lalu.

Laptop sekarang ni tak main der CD2 bagai ni. Semua driver storing dalam system/hard disk/laptop... (ntahlah hai driver duk ada dlm yg mana satu) Kalau nak format, just tekan satu button ni je. Haaa... so keluarlah segala tok nenek driver dari situ.

Otak daku ni system lama jew. Tau windows XP hahaha (gelak stress). Tak sempat nak belajar benda baru. 

Inilah dia Lenovo Pink yg sudah beroperasi seperti biasa. Ni pun dah tunjuk tanda2 LCD nye kejap gelap kejap terang. Biasalah kalau ada anak kecik mmg cenggini. Laptop ni la jadi tempat pijak dia, tempat main dia. Mujur budak tu tak tau main game dlm ni. (Memang tak dak game pon, semata2 utk wat biz kerja je) Never! Don't touch mama punya barang lagi. Nanti leka!

Bila Laptop Rosak...

Assalamualaikum,

Sy kebuntuan sekarang ni. Tetiba harddisk lenovo crash dan sy xdpt nak buat apa2. Novel pun tergendala di kala idea mencurah huhuhu... sedihnya =(... so apa2 semua guna phone... fb pun guna phone... biz pun guna phone... wlu pun kekok tp terpaksa gagahkan jugak... klu tak biz xjln... Buat mssani pun kena karang idea dlm buku dulu. Bila dah pulih, barulah segala yg di tulis tu akn trasfer dlm blog.. moga2 cepatlah sembuh baby pink ku itu...

Tadi baru abah kokakkan hardisk lenovo sy yg crash tu. Sy pun tolong kokakkan sekali. Malangnya tak membantu jugak bila abah tukarkan hardisk MSI lama kat lenovo sy ni. Rupanya Lenovo sy ni xleh sumbat XP. Ces! So tunggu jelah sape yg boleh godek2. Sy tak ada software window 7. Jadi masuk office nanti baru tya mrmber yg ada. Seandainya tak ada, terpaksalah beli baru for standby... murah2 je beli. Xyah mahal3... hehe

Nak upload gambo dlm blog pun jenuh bila guna phone ni. Bercinta... stress semua ada huhuhu... klu nmpk ejaan salah tu abaikan jela ya... daaaaa....

I am Waiting 4 my Tower Fan

Assalamualaikum,

Tak sabar nak tunggu tower fan usb yang dibeli di Gdeal. Dahlah sy ni selalu jadi org pertama datang office. Sampai2 je aircon pun tak pasang lagi. Bygkan kedap udara yg sangat panas. Dtg berpeluh2 sbb sy suka naik tangga dari naik lift. Masa nilah bergunanya kipas angin! Muahaha...

Mula2 dulu boleh tahan lagi, sekarang dah tak boleh tahan. Asyik pinjam kipas orang je. Member pun dah ada kipas sendiri. Jadi sy pun terus beli tower fan. Rupanya macam gini.

Simplekan? Janji dia berdiri, pusing2 tiup arah sy sudah hehe. DAN! Hopefully tak memekak macam kipas bladeless fan yg sy beli hari tu. Rasa nak campak dari tingkat 50 je... Dahlah xcited bila dapat, sekali pasang satu unit dengor bunyi bising. Bayangkan deme ingat aku masih pam susu. Padahal...... Kipas tak delah kuat mana pun... huhuhu... so tersimpan bg anak main masak2 guna kipas tu... =)

Moga2 lepas ni sejuk duniaku pagi2 buta dtg office... Amin..

Shake and Take Ku Sudah Mari

Assalamualaikum,

Hari ni dengan rasa GUMBIRANYA nak share ngan korang SHAKE & TAKE yang sy beli dekat sebulan  lebih tunggu tu baru sampai petang semalam! Hari ni baru sy pergi ambil dekat mail room. Sebab apa lambat sampai? Sebab alasannya terlepas pandang sy punya order. Geram sungguh rasa alasan itu. Kalau tak, dari dua minggu lepas lagi sy dah guna SHAKE & TAKE ni. Sooooo, sy takkan promote dealmate kat korang. Dahlah tak proper balot! Togel aku punya kotak. Nasib baik masa pos tu tak terbukak tau.



TAPI! Mujurlah SHAKE & TAKE sy tu masih berfungsi dengan baik dan boleh digunakan seperti sediakala. Jadi, kemarahan mak ni dah redalah sebab HAPPY! YEPPY! YEY! Malam ni, sy dah boleh guna untuk blend buah2an untuk my Zulaikha dan untuk sy juga. Dapatlah juga sy sedut jus buah dalam kereta dengan senang hatinya. Hehehe...

Macam mana rupa SHAKE & TAKE sy tu? Taaaadaaaaaa... lihatlah dibawah ini, comei tak kak ton punye? hehehe...

Liebster Award

Assalamualaikum,
Tak pasal nama ku dipetik Cik Dabel N ni, nominate untuk LIEBSTER AWARD. Berdebau jantung aku nak jawab soalan yg tak berapa nak mencabar ni. Muahaha... ;') Okay jom kita start!

Rules dia:
1. List 11 facts about yourself.
2. Answer the 11 questions given to you.
3. Create 11 new questions for the bloggers you nominate.
4. Thank the person who nominated you and link back to their blog.
5. Choose 5 bloggers with 200 or less followers to nominate.
6. Go to each bloggers page and let them know about the award.

11 facts tentang sy:
1. Rutin pagi suka hadap novel online. Itu terapi minda sy sebelum mula kerja haha!
2. Suka mengarang novel. Idea tak jangka. Kdg2 tgk lagak org pun boleh sampai ilham. Hehe!
3. Obses dengan kasut yang warna-warni. Haha!
4. Suka cuba macam-macam gaya tudung. Tak peduli org cakap! Suka hati akulahkan? haha!
5. Tak boleh duk diam kat rumah. Bosan je, bawak anak keluar, jalan2 kosong dlm kereta habiskan minyak. ngehehe...
6. Pernah pergi Penang balik hari. Nampak cam kerja gila tapi itulah realitynya. Mampu ke?!
7. Penggemar ayam penyet. Pernah tiap2 hari mkn ayam penyet je sampai lebam. Haha...
8. Boleh hadap drama korea sampai pagi. Tak tido tak pe, janji dpt tgk sampai habis. Pengsan!
9. Pernah bercita-cita nak jadi cikgu sekolah. Ada muka cikgu ke aku ni? Huhu
10. Make up ikut mood. Pemalas sebenarnya. haha!
11. Gugup bila kena buat presentation depan audience. Terukkan?

Questions dari Cik Dabel N:
1. Korang reti makan kaki ayam/kimchi? Suka atau tidak?
J: Tak reti makan tapi kalau dah rasa mungkin suka kot. hehe...

2. Kalau ada kucing datang kat korang masa makan, korang halau ke korang bagi makan?
J: Kadang2. Pernah bagi makan, tokey kedai tu pandang daring kat aku, serik, lepas tu kucing dtg buat tak tau je. Ikut mood.

3. Barang branded ke tak branded? Mana korang pilih?
J: Barang tak branded. Membazir je beli mahal2. Bukan guna selalu pun hehe.

4. Tempat idaman korang for vacation? Oversea & dalam negara.
J: Oversea Bali (honeymoon) & Langkawilah (shopping2 one no tax lo)

5. Boleh lepak makan dekat mamak tak? Kalau tak, kenapa?
J: Ikut mood jugak. Tak kisah pun mkn mana2 janji BERSIH! ngeee...

6. Antara rumah teres/flat/apartment/condo, mana 1 pilihan korang?
J: Memandangkan teman ni duk apartment, so, teman pilih apartmentlah. Walaupun selalu komplen parking sesak daaaa...

7. Merisik-bertunang-nikah ke nikah je terus?
J: Ikut adatlah senang, teratur sikit nak arrange.

8. 5 orang yang korang akan contact dalam sehari. Siapakah mereka?
J: Hubby, of course! Mak, abah, adik... sorang lagi tak tau. Hehehe...

9. Pernah tak dibackstab oleh kawan baik sendiri?
J: Ehm! Itu dah lali dah. Lantak kome ler. Teman buat kering je. Kome mengumpat, pahala dapat kat aku. Keh!keh!keh!

10. Korang masih berkawan lagi tak dengan EX korang?
J: NO! TIDAK! NAVER! HAHAHA! ntahlah nape? huhu...

11. Korang lagi selesa berkawan dengan lelaki ke perempuan?
J: Dua2 teman selesa berkawan. Tak tau nape hehe...

Eh? Dah habis dah? Napa tak sambung sampai soalan ke 20 hik!hik!hik!

Berpeluh akak menjawab soalan ko cik dabel N. Menyiksa memory, akal dan fikiran sungguh. Okay, sikalang masa akak pulak nak reka 11 soalan dan nominate blogger lain. Hambik ko!

Questions dari Saya:
1. Selesa tak korang tido tak lapik bantal dan tilam? Kenapa?
2. Selalu kalau korang shopping pergi sorang ke ngan pasangan?
3. Apa habit korang yang tak boleh tinggal?
4. Korang bawak kereta/lori/motor/basikal selalunya speed paling laju berapa? speed paling perlahan berapa? (Jenuh kome fikir klu basikal muahaha)
5. Korang manja? ganas? garang? nutral? tak dalam family?
6. Korang suka bercuti dekat mana? Oversea & dalam negera
7. Handphone paling canggih yang pernah korang guna?
8. Perkara apa yang korang tak boleh lupakan? Pahit & manis?
9. Laptop terkini yang korang guna?
10. Korang suka makan Shushi tak?
11. Barang apa yang korang suka buat koleksi?

Akhirnya tamat sudah soalan-soalannya. Jenuh aku fikir soalan no 11 tu sebab dah kering idea. Ok, blogger, sila jawab dengan tenang ya. Enjoy!

Terima kasih banyak untuk Cik Dabel N sebab nominate akak dalam Liebster Award. Dengan ini akak menyahut cabaran mu dik. Walaupun amik masa berjam2 nak siapkan. Fuh! Berchinta akak menjawab soalan2 di atas. Okaylah kan jawapan tu...

Baiklah dengan ini saya nominate mereka di bawah ini untuk Liebster Award :

Azra.R, Azra R Blog
Ika Ika Faid, IkaIkaFaid
Syara Nur Qistina, Syara's Wonderland
Samiza Ezanie, Hidup Ini Indah
Farah Amalina, Welcome to Farah Amalina

Orait, be sporting ya ladies! Jawab jangan tak jawab! Mari kita berkenal-kenalan!

Enjoy!

The End.

Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia