Ruang Iklan Untuk Disewa

Durian Crepe Oh Durian Crepe

Hi & Assalamualaikum

Tetiba terkenangkan durian crepe yang dibuat oleh cousin kawan saya di banting. Bila tanya ada buat lagi tak? Katanya durian tak de musim dah. Frustnya!
Dulu masa musimnya memang ku borong banyak dan makan sorang okay. Sampai muak-muak makan sorang. Tamaknya rasa kalo ingat balik, huhuhu!
Oleh sebab dalam famili saya sorang je penggemar durian crepe, so kita bawak balik pun tak guna kalo makanan yg lazat itu dipandang sepi oleh cik hubby. Penyudahnya sayalah yang habiskan... bestkan?! bestkan?! bestkan?! Ngeee ;) Keh! keh! keh!


Ini dia durian crepe yg dimaksudnya, gebus tak?! Sangat gebus!! Asal pandang, terliur teman dibuatnya. Nyummy!

Siti Norhaliza vs Diana Amir

Hi & Assalamualaikum

I admire dua org artis wanita malaysia yang telah berhijrah ke arah yang lebih baik. Mereka berdua sangat comel bila pakai tudung dan telah mempengaruhi saya untuk pakai shawl seperti mereka. Ngehehe... Tak salah berubah penampilan agar nampak lebih kemas dan menarik kan? blink! blink! blink! ;)

Siapakah artis yang saya maksudkan itu??


Inilah dia. Mereka adalah Datuk Siti Nur Haliza dan Diana Amir!!!! 
Cantikkan?! Cantikkan? Cantikkan?
Claps! Claps! Claps!

Saya paling admire cara Diana Amir bertudung dan paling mudah kot untuk saya menggayakannya. 
Gaya Datuk Siti bertudung pula ala-ala macam Hana Tajima gitu. Cutekan? Tapi daku belum mahir lagi nak sarung utk ke tempat kerja. Karang elok-elok siap 10 minit jadi 1 jam. Hohoho...

Punyalah kemaruk dengan cara dua artis ni bertudung daku sanggup belajar melalui tutorial yang ada di youtube. Sangat berguna okay! Tutorial siapakah yang bertuah menjadi pilihan ku?

V
V
V
V
V
V

Terima kasihlah pada pemilik blog yang sweet ini..

Tutorial adik ni sangat memudahkan tudungku di transformed menjadi seperti tudung artis di atas hehehe.

[me.jpg]
Ngeeee... Tetiba termalu sendiri! (^m^) 
Teman ni tidak le lawa tapi segaklah sikit dari pakai tudung awning tu.

Peace!!!

Family Dinner at Pizza Hut

Assalamualaikum,

Hari ni ada request by hubby. Katanya nak dinner awal kat pizza hut. Tekak tak mau nasi. Dia balik kerja je tadi pas solat terus gerak ke sana. Si kecik tu dah terlompat2 suka sebab nak jalan. Hilang terus ngantuknya. Aku teringin nak makan meatball beef. Yg hubby lak teringin nak makan island supreme pizza 6 slice. Anak plak tumpang ayah dia. Erm, bukan makan sangat pun. Dalam banyak menu atas meja dia mengerjakan soup je.

Sedang memilih menu ape nak makan

Air, aiscream 1 scop dan sup dah sampai dulu. Si kecik duk geram tengok air milo dia. Asyik tanya mama tu air sape? Haha...

Dan inilah menu yg kami pesan itu. Tak sabo nak bedal meatball. Yang best tu sebelum makan anakku siap dapat pesanan penaja dari pelayan yg hidang manu tu. 
Katanya, adik makan jangan lupa baca bismillah ya. 
Aku senyum je. Terima kasihlah dik kerana ingatkan. Lepas dapat pesanan penaja itu, dengan penuh semangat anakku baca doa makan kuat2. Now satu pizza hut tu dengar suara dia ya. Huhuhu...

Pizza tu aku makan 2 slice je sebab dah kenyang. Hubby sibuk suapkan sup kat si kecik. Itu je yg dia nak dengan 1 slice pizza island supreme.

Apa pun sangat puas dan enjoy makan pizza td. Memang kenyang sangat. Inilah berkat makan baca bismillah ya. Hihihi... ;-)
Dan harga untuk makan tiga orang ialah RM41.64. Berbaloi sbb ngam2 je kami habiskan. Ngeeeeee... ;D 

Powerbank 20000mAh Sudah Sampai

Assalamualaikum,

Akhirnya sudah sampai jugak powerbank ku 20000mAh yg dinantikan. Lepas ni tak ada alasan low batterylah bagai ye. Yg paling penting nak gi kelong nanti kena bawak. Berguna sangat time atas laut masa tu. Hehehe...

Inilah dia rupa powerbank yang power itu. Baru nak try and error berapa lama bertahan.

Masa ni tengah charge hp galaxy Y. mmg full penuh ye. Best! Sat lagi nak charge Note 2 plak.

Korang ada ke? Kalau belum, silala beli ya. Sangat berguna bg siapa yg kaki travel! Lepas ni tak payah dah nak cari MacD ke, KFC ke atau tmpt mkn utk charge hp. Buang time je! Ngeee...

p/s: Satu wishlist sy dah tercapai. POWERBANK! =) cuma hanya dpt beli capacity power 20000mAh instead of 30000mAh. budget cuma utk tu je hehe tp bolehlah kan dri tak de. 
So, apa next wishlist yg akan sampai ye? Tunggu...

Cuti-cuti Malaysia ke Kelong Acheh (Penyabung Johor)

Hi & Assalamualaikum

Kali ni nak update pasal percutian ku di Endau - Penyabong - Kelong Acheh. Haha! Banyakkan tempat daku pergi? Bunyi je banyak tapi dekat2 je pon. Yang sebenarnya saya balik kampung sebab ada majlis kenduri kahwin. Dah alang-alang bercuti 4 hari 3 malam, saya ngan mr hubby bercadang pergi ke Kelong Acheh di tengah laut Penyabong.

Yang beriya-iya sangat nak pergi tu mr hubbylah. Dia sibuk mengajak sebab nak mengusha tempat pancing paling best dekat laut. Supaya next time dia boleh bawak ayah mertua sekali pergi lepak kat kelong tu. Paling tidak pun dengor2 planning dua beranak tu nak berkhemah tepi pantai sambil memancing atas boat. Orang lelaki itula kerjanya huhu.

Yang kita ni perempuan pulak lepak kat kelong. Dapatlah berehat sambil menghirup udara segar ngehehe. Buat novel kat atas kelong tu pun best wooooo. Itu nawaitu daku sebenarnya ngeee! Angin bayu laut yang bertiup tak de sepoi2 der, kuat! Waaaaaa bestnya kalau ingat balik! ;) Panas macam tak panas. Walau dah tengah hari pun tetap rasa sejuk angin.

Kali terakhir jejak ke kelong tu adalah dalam sebelum kahwin. Ngehehe... Dah kahwin, ada anak sorang barulah ajak mr hubby pergi sekali. Jom saya nak share sikit beberapa gambar sepanjang kami di sana.

Ni kami on the way jalan kaki to jeti penyabong. En Nuar kita tu (my cousin ya) sedang membawa bekalan makanan ke jeti. Bekalan pagi itu adalah nasi lemak buat sendiri oleh mak de. Nyummy!


Inilah dia boat nelayan yang akan kami naik. Masa ni air sudah surut sikit sebab tu boat jadi rendah dari paras jeti. Hohoho! Tapi tetap kami redah jua. Tak susah pun turun. Ngeee =)


Okay! Ready untuk lompat atas boat nelayan! Yeehaaa!! 
Mr. Hubby risau sangatlah yang kita ni takut turun ke boat. Huh! Dia ingat kita tak biasa ke laut? 
sekali...
Nah ambik, teman yang lompat dulu dalam boat dari dia. Cari punya cari bini dia ni dah hilang duduk baik punya dalam boat tu. Hahaha!

  
Kini kami sudah berada di dalam boat nelayan. Dua orang kat depan tu adalah sedara. Hehe...
Boat dah mula nak gerak di kawal selia oleh kelasi boat. Keh! keh! keh! Kelasilah sangatkan?


Inilah dia kelasi boat yang tak berapa nak kelasi tu. Hehehe... Enjoy pandu boat!


Ini pulak permandangan on the way to kelong itu. Best! Best! Best!


Now kami dah sampai ke kelong. Tinggi betul nak melangkah naik tangga kayu tu. Huhu... Naik tak pe.. Daku fikir nak turun tu nanti macam mana?
Tangga kayu flat! Jarak nak langkah tu subhanallah, punyalah jarah! Nasib baik kaki ku sampai. Susah nak turon sbb air dah mula surut. Huhuhu...


Ttttaaaadddddaaaa!!! 
Inilah dia kelongnya!!! Nak bagi taunya, dkt tengah2 ni kita boleh buat BBQ tgh malam ya tapi kena request awal masa nak booking kelong ni. Kalau booking plak kena bagi tahu sebulan awal sebab kelong ini setiasa penuh dengan pengujung yg gila mancing. 
Waktu ni panas terik tapi udara sejuk sebab tengah laut. Kat sini kalau tak silap kami berada tengah laut paras 3 x 6kaki = 18 kaki. Dalam gilerkan paras air? Takot! =(


Brader yang baju oren tu mr hubby ku. Dia tengah usha pancing mana nak pakai. Daku usha angin je dari sini hehehe...


Waktu ni pulak kami berada di ruang dapur kelong. Memandangkan kami kenal mak Yam, jadi kami pun lepaklah kat bahagian dapur ni sambil menikmati nasi lemak yang dibawa dan udang lipan yang ditumis sambal oleh mak Yam. Sedap woooo... *thumbs up!*


Waktu ni pula saya sedang baring kat katil yang betul2 sebelah tingkap dewan tido. Dewan ni boleh memuatkan 30 - 40 orang pelancong. Masa ni tido sambil ditiup angin, peargh!! Bestnya!!!


Gambar di atas ni adalah gambaran dorm, bagi pelancong yg bawa rombongan cik kiah ke kelong hampir 30 ke 40 orang. Memang luas dewannya dan budak2 boleh berlari ke sana, ke mari lagi dalam tu sesuka hati. Jangan terjun laut sudahlah ya. Ngeeee...


Manakala gambar rumah daun rumbia ni pula adalah gambaran bilik tertutup yang agak privacy. Enter je pintu tu, terus nampak bilik by bilik. Jadi bagi pengunjung yg mahukan privacy, jangan risau bilik tertutup juga disediakan untuk keselesaan pelanggan. =)



Kami dah usha baik punya untuk datang next time. InsyaAllah bulan 6 kami nak pergi lagi. Kali ni lebih well preparedlah.

Sape nak ikoooottttt??!! Aaaaa mana tau pas ni aku pulak yang bawak rombongan cik kiah satu bas ke kelong penyabung - acheh ni Ngeeee...
Okaylah bye!



My New Smartphone

Assalamualaikum,

Tekalah! Tekalah! Apa yang akan sampai hari ni. Gatal tangan kanan ni. Actually am waiting for this smartphone. Tak sabar nak pakai sebab rasa susah bila dua nombor pakai untuk satu phone. Bayangkan nak guna maxis kena bukak celcom. Nak guna celcom, kena bukak maxis. Menyusahkan.

Jadi, sy putuskan untuk beli ini smartphone. Pastu tak mo beli dah!
Ini pun setelah bincang dgn encik somi dan dia cadangkan Galaxy Note II
So, tunggu jelah ye.

Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia