Ruang Iklan Untuk Disewa

Family Dinner at Pizza Hut

Assalamualaikum,

Hari ni ada request by hubby. Katanya nak dinner awal kat pizza hut. Tekak tak mau nasi. Dia balik kerja je tadi pas solat terus gerak ke sana. Si kecik tu dah terlompat2 suka sebab nak jalan. Hilang terus ngantuknya. Aku teringin nak makan meatball beef. Yg hubby lak teringin nak makan island supreme pizza 6 slice. Anak plak tumpang ayah dia. Erm, bukan makan sangat pun. Dalam banyak menu atas meja dia mengerjakan soup je.

Sedang memilih menu ape nak makan

Air, aiscream 1 scop dan sup dah sampai dulu. Si kecik duk geram tengok air milo dia. Asyik tanya mama tu air sape? Haha...

Dan inilah menu yg kami pesan itu. Tak sabo nak bedal meatball. Yang best tu sebelum makan anakku siap dapat pesanan penaja dari pelayan yg hidang manu tu. 
Katanya, adik makan jangan lupa baca bismillah ya. 
Aku senyum je. Terima kasihlah dik kerana ingatkan. Lepas dapat pesanan penaja itu, dengan penuh semangat anakku baca doa makan kuat2. Now satu pizza hut tu dengar suara dia ya. Huhuhu...

Pizza tu aku makan 2 slice je sebab dah kenyang. Hubby sibuk suapkan sup kat si kecik. Itu je yg dia nak dengan 1 slice pizza island supreme.

Apa pun sangat puas dan enjoy makan pizza td. Memang kenyang sangat. Inilah berkat makan baca bismillah ya. Hihihi... ;-)
Dan harga untuk makan tiga orang ialah RM41.64. Berbaloi sbb ngam2 je kami habiskan. Ngeeeeee... ;D 

Powerbank 20000mAh Sudah Sampai

Assalamualaikum,

Akhirnya sudah sampai jugak powerbank ku 20000mAh yg dinantikan. Lepas ni tak ada alasan low batterylah bagai ye. Yg paling penting nak gi kelong nanti kena bawak. Berguna sangat time atas laut masa tu. Hehehe...

Inilah dia rupa powerbank yang power itu. Baru nak try and error berapa lama bertahan.

Masa ni tengah charge hp galaxy Y. mmg full penuh ye. Best! Sat lagi nak charge Note 2 plak.

Korang ada ke? Kalau belum, silala beli ya. Sangat berguna bg siapa yg kaki travel! Lepas ni tak payah dah nak cari MacD ke, KFC ke atau tmpt mkn utk charge hp. Buang time je! Ngeee...

p/s: Satu wishlist sy dah tercapai. POWERBANK! =) cuma hanya dpt beli capacity power 20000mAh instead of 30000mAh. budget cuma utk tu je hehe tp bolehlah kan dri tak de. 
So, apa next wishlist yg akan sampai ye? Tunggu...

Cuti-cuti Malaysia ke Kelong Acheh (Penyabung Johor)

Hi & Assalamualaikum

Kali ni nak update pasal percutian ku di Endau - Penyabong - Kelong Acheh. Haha! Banyakkan tempat daku pergi? Bunyi je banyak tapi dekat2 je pon. Yang sebenarnya saya balik kampung sebab ada majlis kenduri kahwin. Dah alang-alang bercuti 4 hari 3 malam, saya ngan mr hubby bercadang pergi ke Kelong Acheh di tengah laut Penyabong.

Yang beriya-iya sangat nak pergi tu mr hubbylah. Dia sibuk mengajak sebab nak mengusha tempat pancing paling best dekat laut. Supaya next time dia boleh bawak ayah mertua sekali pergi lepak kat kelong tu. Paling tidak pun dengor2 planning dua beranak tu nak berkhemah tepi pantai sambil memancing atas boat. Orang lelaki itula kerjanya huhu.

Yang kita ni perempuan pulak lepak kat kelong. Dapatlah berehat sambil menghirup udara segar ngehehe. Buat novel kat atas kelong tu pun best wooooo. Itu nawaitu daku sebenarnya ngeee! Angin bayu laut yang bertiup tak de sepoi2 der, kuat! Waaaaaa bestnya kalau ingat balik! ;) Panas macam tak panas. Walau dah tengah hari pun tetap rasa sejuk angin.

Kali terakhir jejak ke kelong tu adalah dalam sebelum kahwin. Ngehehe... Dah kahwin, ada anak sorang barulah ajak mr hubby pergi sekali. Jom saya nak share sikit beberapa gambar sepanjang kami di sana.

Ni kami on the way jalan kaki to jeti penyabong. En Nuar kita tu (my cousin ya) sedang membawa bekalan makanan ke jeti. Bekalan pagi itu adalah nasi lemak buat sendiri oleh mak de. Nyummy!


Inilah dia boat nelayan yang akan kami naik. Masa ni air sudah surut sikit sebab tu boat jadi rendah dari paras jeti. Hohoho! Tapi tetap kami redah jua. Tak susah pun turun. Ngeee =)


Okay! Ready untuk lompat atas boat nelayan! Yeehaaa!! 
Mr. Hubby risau sangatlah yang kita ni takut turun ke boat. Huh! Dia ingat kita tak biasa ke laut? 
sekali...
Nah ambik, teman yang lompat dulu dalam boat dari dia. Cari punya cari bini dia ni dah hilang duduk baik punya dalam boat tu. Hahaha!

  
Kini kami sudah berada di dalam boat nelayan. Dua orang kat depan tu adalah sedara. Hehe...
Boat dah mula nak gerak di kawal selia oleh kelasi boat. Keh! keh! keh! Kelasilah sangatkan?


Inilah dia kelasi boat yang tak berapa nak kelasi tu. Hehehe... Enjoy pandu boat!


Ini pulak permandangan on the way to kelong itu. Best! Best! Best!


Now kami dah sampai ke kelong. Tinggi betul nak melangkah naik tangga kayu tu. Huhu... Naik tak pe.. Daku fikir nak turun tu nanti macam mana?
Tangga kayu flat! Jarak nak langkah tu subhanallah, punyalah jarah! Nasib baik kaki ku sampai. Susah nak turon sbb air dah mula surut. Huhuhu...


Ttttaaaadddddaaaa!!! 
Inilah dia kelongnya!!! Nak bagi taunya, dkt tengah2 ni kita boleh buat BBQ tgh malam ya tapi kena request awal masa nak booking kelong ni. Kalau booking plak kena bagi tahu sebulan awal sebab kelong ini setiasa penuh dengan pengujung yg gila mancing. 
Waktu ni panas terik tapi udara sejuk sebab tengah laut. Kat sini kalau tak silap kami berada tengah laut paras 3 x 6kaki = 18 kaki. Dalam gilerkan paras air? Takot! =(


Brader yang baju oren tu mr hubby ku. Dia tengah usha pancing mana nak pakai. Daku usha angin je dari sini hehehe...


Waktu ni pulak kami berada di ruang dapur kelong. Memandangkan kami kenal mak Yam, jadi kami pun lepaklah kat bahagian dapur ni sambil menikmati nasi lemak yang dibawa dan udang lipan yang ditumis sambal oleh mak Yam. Sedap woooo... *thumbs up!*


Waktu ni pula saya sedang baring kat katil yang betul2 sebelah tingkap dewan tido. Dewan ni boleh memuatkan 30 - 40 orang pelancong. Masa ni tido sambil ditiup angin, peargh!! Bestnya!!!


Gambar di atas ni adalah gambaran dorm, bagi pelancong yg bawa rombongan cik kiah ke kelong hampir 30 ke 40 orang. Memang luas dewannya dan budak2 boleh berlari ke sana, ke mari lagi dalam tu sesuka hati. Jangan terjun laut sudahlah ya. Ngeeee...


Manakala gambar rumah daun rumbia ni pula adalah gambaran bilik tertutup yang agak privacy. Enter je pintu tu, terus nampak bilik by bilik. Jadi bagi pengunjung yg mahukan privacy, jangan risau bilik tertutup juga disediakan untuk keselesaan pelanggan. =)



Kami dah usha baik punya untuk datang next time. InsyaAllah bulan 6 kami nak pergi lagi. Kali ni lebih well preparedlah.

Sape nak ikoooottttt??!! Aaaaa mana tau pas ni aku pulak yang bawak rombongan cik kiah satu bas ke kelong penyabung - acheh ni Ngeeee...
Okaylah bye!



My New Smartphone

Assalamualaikum,

Tekalah! Tekalah! Apa yang akan sampai hari ni. Gatal tangan kanan ni. Actually am waiting for this smartphone. Tak sabar nak pakai sebab rasa susah bila dua nombor pakai untuk satu phone. Bayangkan nak guna maxis kena bukak celcom. Nak guna celcom, kena bukak maxis. Menyusahkan.

Jadi, sy putuskan untuk beli ini smartphone. Pastu tak mo beli dah!
Ini pun setelah bincang dgn encik somi dan dia cadangkan Galaxy Note II
So, tunggu jelah ye.

Happy Birthday My Baby Zulaikha

Assalamualaikum

Today is my baby birthday 30/03 yang ke 3 tahun. Sambut simple-simple je. Buat surprise kat si kenit tu bagi dia happy. Seronok aku tengok bila anak ku punyala excited nampak kek upin ipin dia yang cantik itu. Bertemakan pink, purple yang ditempah oleh mak su dia.

Tadaaa...! Inilah dia kek besday girl. Ini di panggil kek pelangi sbb ada 4 lapisan pelangi. Wlupun sebenarnya lapisan pelangi ada tujuh, daku suh pendekkan jadi 4 je. Okaylah tu kan? =)
Sangat sedap!

Ini dia besday girl yang sweet and comel. Punyalah suka dia tengok upin ipin tu. Gaya tiga jari tu mmg dah tak sabo nak terkam kek tu der.

Ini pulak besday present untuk si kenit yang dah lama dia idam kan. Sebelum ni sibuk dia mintak nak motor... nak motor... ehm! Dah alang-alang motor tu baik hadiakan basikal. Boleh pakai sampai enam tahun.


Puas dia main beskal dalam rumah duk pusing dekat 10 round. Suh tido tak mo tido. Beskal tu di hadapnya sampai betul2 penat barulah sibuk mintak susu nak tido. Now 10 kali round my girl dah pandai kayuh basikal wlupun sangkut sbb kaki tak sampai sgt. =)

Samsung Galaxy S advance vs Samsung galaxy S3

Assalamualaikum

Semalaman aku fikir handphone apa nak beli. S advance ke S3. Mula2 tu ada yg suggest Galaxy Note 2. Pergh! Besar gabak kot. Aku tengok kwn pakai mcm penuh semuka. Siapa lepas solat doa tu pada Allah, mudah-mudahan aku buat pilihan handphone yg terbaik sbb aku malas nak beli lagi dah lepas ni.

Ada pulak tu yg suggest aku beli yang clone punya. Aku pun tak taulah clone tu baik ke idak gamak nye bila pakai. Kang aku pakai, banyak pulak application tak leh guna. Aku suka berwassap! Aku suka berFB di hp. Kalau beli yg clone di jamin ke aku boleh install benda alah tu guna play store? Aku minta pendapat ramai yg kata clone tu fuction banyak tak leh pakai. Kang murah punya pasal daku merana huhu.

So, berbalik pada niat aku. Siap mimpi2 lagi aku dah beli samsung 'S' dengan penuh bergaya. S yg mana satu pun daku tak tau. S3 mini ka? S advance ka? S3 biasa ka? Haha...

Adakah aku kena pilih Samsung S advance 4.0"?

Adakah aku kena pilih Samsung S3 mini 4.0"?

Adakah aku kena pilih Samsung S3 saiz 4.8"?

Sudah rambang mata mana satu mau beli. Oklah bye!

Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia