Ruang Iklan Untuk Disewa

Tasbih Manik Kesayangan

Saja nak cerita kat korang. 
Sebelum ni aku pernah jadi sponsor beberapa blogger.
Aku pulak gatal-gatal nak check apa lah yang sponsor lain duk jual.
Sekali entah macam mana, aku terpandang salah seorang sponsor ni punya items.
Aduhai, tasbih ni memikat jiwa aku nak membeli.
Boleh pula aku yang sponsor ni terpikat dengan tasbih manik ni. Haha...
Inilah namanya rezeki insan yg sponsor tukan?
Ok nak dijadikan cerita, aku terfikir nak hadiahkan tasbih ni pada mak, abah dan adik aku.
Yalah, kalau dia orang guna, dapat jugak aku pahalakan.
Yang untuk aku pulak, aku belikan 3 pcs.
Satu kat rumah, satu kat kereta, satu lagi kat office.
Bila2 free tu bolehlah guna.



Cuma satu hari tu Zulaikha ada main aku punya tasbih ni.
Ada salah satu manik tu dah jadi serpih.
Adoi sayangnyalah tapi nak buat macam mana dah jadi macam tukan.
Sama jugak, kalau dia balik rumah mak tok dia mesti dia cari tasbih mak su.
Pun sama, satu manik dah jadi serpih.
Dah le kawan tu memang guna tasbih tu bawak ke mana-mana haha.
Entah bila masa Zulaikha selongkar pun tak taulah.

Pernah satu hari tu aku terjumpa tasbih maksu dia dalam beg sekolah.
Aku tanya dia...

Aku : Zulaikha! Awak buat apa dengan tasbih mak su ni? Macam mana boleh ada dalam bag awak?
Zulaikha : Ala.. kita cuma pinjam kejap je. Bawak pergi sekolah tunjuk kat kawan. 
Haaa... barulah aku tau punca manik tasbih mak su dia jadi serpih, pecah.
Rupanya dia bawak pergi sekolah.
Non stop mak su dia membebel ko.
Tahan jelah telinga haha..
Oklah, itu je nak cerita.
Bye!


p/s : Oh, lupa nak cakap kat siapa aku beli tapi aku dah lupa siapa seller tu sebenyarnya hihi. Nanti aku update baru bila dah ingat ya, daaaa...

Hari Raya Aidilfitri 2014 ~ Part 3

Hai korang!!!
Aku nak sambung cerita pasal hari raya. Haaaa hambik ko membacalah sampai lebam hihihi. Entah berapa part pun aku tak tau. Sebelum sambung, aku nak ajak korang cari benda yang tersembunyi. Cubalah teka apa ke bendanya yang aku bulatkan tu?


Haaa... kalau korang nak tau, itu adalah tupai. Besar ko tupai tu. Cumil pulak tu. Sempat aku snap sebelum berlepas keluar dari halaman rumah kampung pak wan. Sebenarnya tupai tu nak lepak-lepak atas kereta aku ni. Di sebabkan dia nampak owner kereta ni macam bonzer, terus dia cabut lari di sebalik pokok kelapa yang keding tu. Haha... tau takut?

Eh, cerita pasal tupai pulak dah si mahirah ni. Kata nak sambung cerita hari raya?

Sarapan Nasi Lemak


Blurrrppp!!!
Alhamdulillah... baru je lepas sarapan nasi lemak.
Dah sebulan kot tak makan sejak bulan puasa.
Hari ni dah teringin sangat nak makan, so beli je kat kafe.
Next week nak puasa 6 dah, sekali gus menggantikan.
Karang pandang orang makan, aku jugak yang terliur.
Baik rasa dulu sebelum buat puasa 6 tukan.
Korang nak?
Haaaaa pi beli sendiri hihihi...
Selamat menjamu selera semua.


Fantastic Giveaway by FR


Klik banner untuk join

Korang, nampak tak banner kat atas tu?
Kalau nampak, jomlah join.
Haaaa... tiga orang yang akak tag ni wajib join ya.
Boleh tak paksa macam tu hihihi =)


Tarik Tamat
31 Ogos 2014

CPUV : Old Town White Coffee ~ CPUV tak muncul tapi iklan ada.


Korang... KM nak tanya ni.
Dia tiga hari ni KM nampak ada iklan nuffnang Old Town White Coffee duk berjoget-joget kat blog KM ni tapi yang peliknya CPUV atau CPC tak ada pon kat earnings nuffnang.
Nuffnang terlepas pandang ke atau memang macam tu?
Kalau korang tau, boleh share tak kenapa?
Sesungguhnya kak KM tak mahir sangat tentang ini semua.
Sekian, harap membantu.

Hari Raya Aidilfitri 2014 ~ Part 2

Waaaaa... akhirnya aku timbul jugak setelah 3 hari betapa tak online. Raya ke 3 balik ke Sepang, nak ceritanya highway dah start jem tau haaaa... aku tadi gagah jugaklah nak balik awal. Sudahnya sampai jam 10 malam jugak. Terlepas segala drama. huh! Ok, aku sambung balik dari cerita Hari Raya Aidilfitri 2014 ~ part 1 ya.


Labuhan Dagang Banting,
Di pagi Hari Raya

Pagi raya, sesudah subuh kita orang bangun, haha! Excited tak?  Of coz akak excited! Nak kena kemas sikit-sikit saki baki kerja yang patut. Pak Lang Zulaikha dah siap kemas ruang tamu dengan hidangan kuih muih bagai. Kemudian dia susun dulu pinggan dengan cawan kat ruang tamu. Buat style buffet katakan. Tak adalah istilah hidang dua tiga kali untuk tetamu. Penat kaedahnya kalau macam tu, huhu.

Hidangan di hari raya. Ketupat tu penting dalam juadah haha.

Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia