Ruang Iklan Untuk Disewa

CPUV : Waku Doki Campaign Toyota


Alhamdulillah... hari ni KM dapat lagi satu CPUV baru dari nuffnang.
Waku Doki Campaign from Toyota.


Toyota buat Waku Doki Campaign?
Campaign apa tu?
Haaaa... aku pun terus terjah website Toyota dan terlihatlah Short video dari Jepun ni.
JUNGLE WAKUDOKI


Enjoy watching!
Rupanya ada dance contest yang dinamakan Waku Doki Dance dan akan berpeluang memenangi trip ke Tokyo! Waaaa... bestnya.


So, kalau korang berminat nak masuk contest ni just pergi ke http://www.wakudoki.asia/ dan kat situ korang boleh tengok macam mana tutorial dance step hehe.

Alah, nak puas hati biar aku jelah yang upload sendiri bagi korang semua tengok hehe
Senang je rupanya =)
Okay, ni cara-caranya kalau korang nak masuk ya.







Then video korang pun tersebar dengan meluasnya.
Untuk pemahaman lanjut korang terjah je website ni ya.
http://www.wakudoki.asia/
Thanks Nuffnang.
Kalau korang nampak iklan ni berjoget2 kat atas tu, jgn lupa klik ya.
Hehehe
Sekian

Ingatkan Ada Rumah Terbakar, Rupanya Kena...



Tajuk nampak cemas jekan? Haha... ia tak adalah cemas mana.
Sebenarnya baru-baru ni taman rumah kami ada kes denggi.
Lepas sorang-sorang warded sebab denggi.
So, jabatan kesihatan ambil langkah berjaga-jaga untuk memastikan penduduk yang lain tidak terkena demam denggi.
Disamping itu mereka kaji juga keadaan kawasan perumahan kami ni bagi mengenal pasti punca bagi penduduk yang dah kena denggi.
Memang betul, ada sesetengah penduduk yang degil menyimpan barang-barang lama contohnya tayar (tak taulah apa yg depa nak buat dgn tayar lama tu) dibiar bertakung dengan air.
Bila ditegur AJK taman, dia naik sawan babi marah kat orang sebab usik barang dia.
Sudahnya panggil je jabatan kesihatan buat spot check, baru terhegeh-hegeh ko buang sebab takut kena samankan?

Seperti yang sedia maklum denggi ni sangat merbahayakan kita semua.
So, macam mana cara nak cegahnya?
Okay, sila baca artikel di bawah dan fahamkan.

**********

Cara Mencegah Aedes Dan Denggi

Berdasarkan statistik terbaru, Denggi telah mengorbankan 29 orang dalam tempoh Januari sehingga 22 Februari 2014, peningkatan 263 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas.
Untuk mengenali dengan lebih dekat mengenai nyamuk Aedes, berikut adalah fakta-fakta mengenai nyamuk Aedes dan Denggi, dan cara-cara mencegah pembiakan Aedes.


Fakta Mengenai Nyamuk Aedes dan Denggi

  • Terdapat dua jenis nyamuk Aedes: Aedes aegypti dan Aedes albopictus. Pembawa Denggi yang utama di Malaysia ialah Aedes aegypti.
  • Nyamuk Aedes ialah binatang pembunuh manusia nombor satu.
  • Virus Denggi datang dari manusia, nyamuk Aedes cuma pembawanya.
  • Nyamuk Aedes mampu menjangkitkan Denggi (kepada orang sihat) selepas tujuh hari ia mengigit (mendapat virus dari) pesakit Denggi.
  • Simtom Denggi mula wujud 3-7 hari selepas gigitan.
  • Nyamuk yang menghisap darah ialah yang betina sahaja. Nyamuk jantan hisap madu :)
  • Cuaca panas membuat nyamuk Aedes cepat dewasa (dari 10 hari kepada 5 hari) dan membuat lebih banyak nyamuk betina di lahirkan.
  • Nyamuk boleh mengesan dan tertarik kepada karbon dioksida.
  • Nyamuk Aedes sukakan warna gelap. Oleh itu pakai pakaian berwarna cerah untuk elakkan gigitan Aedes.
  • Terdapat empat jenis virus Denggi (DENV-1, DENV-2, DENV-3 dan DENV-4).
  • 50-100 juta kes jangkitan Denggi baharu berlaku setiap tahun di seluruh dunia. 500,000 daripadanya adalah kes Denggi berdarah.


Ciri-ciri Nyamuk Aedes

aedes
  • Berbelang hitam putih pada badan dan kakinya.
  • Menggigit di waktu awal pagi dan senja.
  • Membiak di dalam air jernih yang bertakung di dalam dan luar rumah.
  • Kitaran hidup nyamuk Aedes dari telur hingga menjadi nyamuk dewasa mengambil masa lebih kurang 1 minggu.
  • Telurnya boleh hidup tanpa air sehingga 9 bulan.
  • Hanya memerlukan satu sudu teh takungan air untuk membiak.
  • Jangkahayat seekor nyamuk Aedes betina ialah lebihkurang 1 bulan.
  • Setiap kali bertelur, ia akan mengeluarkan 60 hingga 100 biji telur, dan sepanjang hayatnya ia mengeluarkan 1000 biji telur.
  • Virus Denggi dalam ibu nyamuk Aedes akan diwarisi oleh anak-anaknya sehingga tujuh generasi!


Tempat Pembiakan Nyamuk Aedes

Di Dalam Rumah:
  • Bekas jambangan bunga (vase)
  • Kolah mandi
  • Dulang perangkap air peti sejuk
  • Tangki simpanan air
  • Lain-lain bekas menyimpan air
  • Tangki pam tandas
Di Luar Rumah:
  • Tayar buruk
  • Plastik yang boleh menakung air, tin-tin minuman dan bekas makanan polisterin
  • Botol atau gelas pecah yang boleh menakung air
  • Palong hujan (roof gutter)
  • Tempurung kelapa, kulit koko, tunggul pokok pisang, buluh atau daun keladi
nyamuk-Aedes


Cegah Pembiakan Nyamuk Aedes

Tiada vaksin untuk mencegah Denggi. Satu-satunya cara untuk mencegah Denggi ialah dengan menghalang pembiakan Aedes. Berikut adalah kaedah-kaedah mencegah pembiakan dan menghapuskan Aedes. Tiada Aedes Tiada Denggi.
  • Pastikan semua bekas yang boleh menakung air dibuang dengan betul.
  • Tutup rapat semua bekas menyimpan air, atau masukkan bahan pembunuh jentik-jentik (Abate) mengikut sukatan yang disyorkan pada label, atau tukar air dan sental bekas menyimpan air sehingga bersih, seminggu sekali.
  • Tukar air dan bersihkan bekas bunga setiap minggu.
  • Cuci dan sental hingga bersih piring alas pasu bunga untuk menghapuskan telur nyamuk Aedes setiap minggu.
  • Periksa palong hujan (roof gutter) seminggu sekali dan pastikan air tidak bertakung.
  • Hapuskan nyamuk Aedes dewasa menggunakan semburan racun serangga (aerosol).
  • Tutup saluran overflow tangki pam tandas.


P/S: Dah baca dah? So, makesure rumah korang pun clear dari barang-barang yang boleh menyebabkan takungan air ya. Mencegah lebih baik dari merawat. Keluarga kita pun dalam keadaan terselamat.

Zulaikha Cuba Berpuasa



Minggu lepas punya cerita.
Tak sangka Zulaikha cuba nak berpuasa. Dia tengok mak ayah dia tak makan, then dia pun tak nak mintak makanan. Bila kita suruh makan, dia kata tak nak makan. Ingatkan kot dia tak lapar lagilah, rupanya dia ikut kami yang sedang berpuasa. Memang langsung dia tak kisah ke makanan. Sampailah aku tengok dia melepek. Yalah member tak sahur, macam mana tak lembik? Aku tanya dia semula, nak makan ke tak? Terus dia angguk laju-laju. Hahaha... baru dia tau laparnya perut bila tak bersahur.

Kita orang singgahlah ke petronas, nak belikan dia roti untuk alas perut sementara nak tunggu balik nanti baru makan nasi. Lauk untuk dia memang kami dah standby awal-awallah tapi tak adalah sampai bawa ke dalam kereta. Dia punyalah happy ayah dia bawak masuk kedai. Yang sedap tu dia main tunjuk je sebab perut dah lapar sangat punya pasal. Bila dah minum air milo kotak dan roti, barulah nampak dia segar bugar macam pagi-pagi.

Aku ingat lagi kisah hari ke berapa kita berpuasa. Masa tu ayah dia kerja petang. So, aku pun bawa balik bubur lambuk yang memang dapat FREE kat masjid office aku. Nak dijadikan cerita, Zulaikha memang suka makan bubur lambuk. So, bila balik sekolah, tergedik-gedik dia mintak bubur lambuk tu kat aku. Aku cakaplah, tunggulah berbuka, boleh makan sama-sama dengan mama. Eh! Tak jalan pujukan aku tu. Aku siap cakap lagi, orang puasa mana boleh makan.

Haaaaa... korang tau apa yang Zulaikha jawab?
"Eh, tadikan kita dah berak, Jadi bolehlah kita makan bubur nasik, kan mama?"

Aku yang dengar masa tu duk bantailah tergelak kat dia. Memang tak boleh tapis dah gelak aku masa tu sebab kelakar sangat bila tengok cara dia bercakap tu dengan penuh rasa confidentnya sekali. So, aku pun balas mengusik...
"Oooo... kalau berak batal puasa ya? Mama baru tau, kalau berak batal puasa... hahaha!"

Aduhai Zulaikha, sangat lucu bila ingat balik keletah dia hari tu. Di sebabkan keinginan yang menggunung pada bubur lambuk tu, sanggup cakap kalau berak batal puasa. Huhuhu... Mesti dia ingat puas ni pun lebih kurang macam ambil wuduk. So, aku pun betulkan semula pemahaman dia supaya tak salah faham.

Sekian

#1 Ranking Alexa karyamahirah.blogspot.com

Hari tu masa jalan-jalan ke blog Irrayyan aku terbaca pasal Alexa Traffic Ranks blog dia.
Sebelum ni pun aku nampak jugak kat blog Angel Love Soldier punya blog pasal Alexa Traffic Ranks ni tapi aku tak pernah ambil pot.
Jadi tanggal 11/7/2014, aku pun saja-sajalah check ranking blog Karya Mahirah kat Alexa.
Popularkah aku? Hihi...


Inilah dia keputusan yang haku dapat ya.
Rank dalam Malaysia sahaja aku dapat 21,380K.
Jadi, aku perlu berusaha gigih lagi untuk meng'UPDATE' entry baru dan terkini untuk meraih ranking.

SEKIAN


Cerita Semalam : Ayah Layan Zulaikha Demam

AUTO POST



Ni wajah Zulaikha lepas di paksa makan ubat demam.
Kan dah bertenaga sikit bila diberi ubat.
Kalau tak diberi ubat, aduhai kita yg mak ni pun rasa sedih je tengok si anak melepek tak bermaya.
Dia tak tau, mak dia ni risau ya amat.
Kalau aku boleh ganti, dah lama aku ambik demam dia ni.
Kita tau macam mana nak jaga diri kita walaupun tak sihat.
Budak kecik, apalah yang dia tau selain merengek.

Ehm! Nak tau ayat apa yang aku cakap kat dia supaya dia makan ubat?
Ayat ni tak adalah bombastik sangat, haha.
Itu pun hatinya keras jugak nak makan kata-kata mak dia ni.
Aku cakap macam ni,


"Kalau Zulaikha tak nak makan ubat demam tu, mama hantar Zulaikha duduk rumah tok abah dan mak tok seminggu! Mama dan ayah nak jalan-jalan honeymoon! Tak mau bawak Zulaikha! Bye!"
Aku buat-buat merajuk dan lari masuk ke bilik.
Terus dia kejar dan peluk aku siap buat drama sebabak ko.

"Nak ikut mama! Nak ikut mama! Kita tak nak tido umah mak tok!"

Sambil menjejeh-jejeh ayaq mata yang mahal tu haha.
Kesian ko kalau tengok dia huhuhu.
Lepas tu terus aku masuk ubat dalam susu dan paksa dia minum susu sampai habis.
Sebab aku tau kalau pakai sudu, memang dia akan muntahkan balik.
Dan berlakunya satu pembaziran ubat di situ.
Pray For Zulaikha

Sekian.


Hidung Zulaikha Berdarah


Allahuakhbar... terkejut aku bila nampak darah yg banyak dalam cawan yg Zulaikha minum. Rupanya hidung dia berdarah sebab panas dalam. Dia tak sedar pun darah tu mengalir kat hidung dan dia ingatkan selsema. Rupanya hidung dia berdarah.

Habis penuh tumpah kat baju dia lepas tu. Mujurlah kami ada simpan ais ketul. Rupanya inilah hikmahnya nak jadi. Aku terus dongakkan kepala dia dan bawa ke tandas untuk cuci. Sementara suami aku pergi ambil ais ketul dan kain untuk tekup pada hidung Zulaikha.

Sebenarnya ini bukan kali pertama Zulaikha kena macam ni. Sebelum ni pernah kena kat sekolah 2 kali dan 2 kali kena kat rumah mak tok dia. Orang tua2 kata kalau ada daun sirih boleh sumbat dalam hidung dia. Tapi kalau dah duduk kat bandar macam ni, mana nak cari daun sirihnya. Bukan kata bandarlah, kampung suami aku yang dekat tu pun tak tanam daun sireh. Dah, nak buat macam mana?

Bila dah jadi macam ni, mulalah aku google apa puncanya. Ada soalan dari sorang hamba Allah tentang dia mengalami masalah yang sama. Cuma bezanya Zulaikha hanya kena waktu demam tapi hamba Allah ni dia kena hidung berdarah tak kira masa. So, korang baca apa penjelasan doctor.


******
Soalan: 
Saya sering mengalami pendarahan hidung. Pendarahan ini berlaku tanpa sebab dan kekadang menyebabkan situasi yang memalukan apabila berlaku dikhalayak ramai. Saya ingin bertanya apakah punca pendarahan ini berlaku dan apakah kaedah terbaik untuk merawat pendarahan hidung serta kaedah untuk mengelak dari pendarahan ini daripada berulang.
Hidung merah. Alor Setar, Kedah

Jawapan:
Saudara/i hidung merah,
Nama yang begitu unik dan sangat ironi dengan soalan yang ditanya. Moga selepas ini tidak lagi dipanggil hidung merah.
Pendarahan hidung (juga dipanggil epistaksis) berlaku apabila salur darah halus di dalam lapisan sel pelapik hidung pecah. Lapisan dalam hidung sebenarnya sangat ‘lembut’, manakala salur darah pula dekat dengan permukaan yang menyebabkan ia mudah pecah dan berdarah.
Ada banyak punca lazim yang menyebabkan hidung berdarah, seperti:
  • Salur darah dalam hidung yang sangat sensitif — Ia pecah dan berdarah dalam cuaca panas serta kering.
  • Jangkitan — termasuk jangkitan pada hidung, tekak atau sinus
  • Selesema dan flu
  • Alahan (seperti pada kutu habuk atau alahan rinitis)
  • Hidung terhantuk/trauma
  • Kehadiran benda asing dalam hidung (contohnya apabila kanak-kanak memasukkan sesuatu ke dalam hidung mereka; biasanya manik)
  • Tekanan keterlaluan (biasanya berlaku serentak dengan sembelit)
  • Penggunaan sesetengah jenis ubat (seperti ubat anti keradangan atau semburan hidung)
Antara punca yang jarang berlaku tetapi masih boleh menyebabkan hidung berdarah:
  • Kehadiran benda asing atau polip dalam hidung
  • Gangguan atau masalah kesihatan berkaitan darah – Masalah pencairan darah
  • Perkembangan vaskular yang tidak sempurna
  • Ketumbuhan dalam saluran hidung dan tekak
F845_nose bleed 3
Kaedah merawat asas kepada pendarahan hidung:
  1. Bernafas seperti biasa TETAPI menggunakan rongga mulut. ELAK bernafas melalui hidung
  2. JANGAN menghembus udara kuat melalui hidung
  3. Jangan banyak bercakap, batuk dan bersin. Ini akan mengganggu proses pembekuan Pada pembuluh darah
  4. Duduk atau berdiri dengan kepala sedikit ke hadapan
  5. JANGAN baring
  6. Beri tekanan dengan menggunakan jari telunjuk dan ibu jari di bahagian pertemuan rawan hidung dan tulang. Tekanan diberi di bahagian rawan.
  7. Beri tekanan secara berterusan selama 10 minit
  8. Peringatan: Jangan asyik memeriksa sama ada pendarahan sudah berhenti dengan mengalihkan jari. Untuk menghentikan pendarahan, darah perlu menjadi beku dan ia mengambil sedikit masa. Alih perhatian anak dengan menyuruhnya membaca atau menonton televisyen.
  9. Sentiasa pastikan rongga pernafasan tidak ada gangguan atau objek yang menghalang pernafasan. Dalam kes ini rongga pernafasan hidung sudah tidak berfungsi dengan baik. Pernafasan hanya bergantung kepada rongga mulut.
  10. Pastikan tiada sekatan pakaian atau objek luar dibahagian leher.
  11. Jika pendarahan berterusan. Perlu mendapat rawatan lanjut.
  12. Apabila pendarahan berhenti, pastikan anak tidak cuba mengorek atau menghembus nafas dengan kuat (untuk mengeluarkan sisa darah) dalam tempoh 24 jam. Malah dalam tempoh itu anak anda perlu berehat dan tidak sepatutnya berlari ke sana sini atau terbabit dalam permainan lasak untuk mengelak pendarahan berulang.
Cara untuk mengelakkan hidung berdarah kembali:-
  1. Banyakkan minum air suam bagi memastikan badan sentisa sejuk dan tidak terhidrat.
  2. Jangan sesekali menghembus hidung terlalu kuat. Takuti akan menyebabkan hidung berdarah, luka kembali. Mudah terjadi apabila seseorang itu bersin terlalu kuat.
  3. Sekiranya mendapati hidung kering dan berkerak jangan sesekali mengorek dengan kuku yang tajam dan terlalu dalam. Perlu berhati-hati sebaiknya gunakan pelembab atau minyak bayi bagi membersihakn rongga hidung.
  4. Kemungkinan juga seseorang itu ada mengambil ubat-ubatan yang mengandungi aspirin, warfarin atau ubat antikeradangan bukan steroid (NSAIDs).
  5. Ibu bapa harus perhatikan tingkah anak yang mengalami masalah hingus yang keras dan melekat pada membran mukosa sebenarnya boleh menyebabkan luka bila hidung dikorek. Perkara ini kerap berlaku kepada kanak-kanak.
  6. Berjumpalah dengan doktor sekiranya anda mendapati tanda-tanda seperti:-
  7. Apabila darah dalam hidung mengalir terlalu laju atau kehilangan banyak darah dalam beberapa saat. Berasa hendak pitam atau pengsan.

Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia