Ruang Iklan Untuk Disewa

How To By Pass Google Email dan Pwd for Samsung Galaxy Note 2

Assalamualaikum,

Semalam anak ku main handphone. Dia try pattern sampai kena block. Then ingatkan bila dah kena block bolehlah masuk gmail dan pwd cam biasa. Rupanya, email ngan pwd pun anak ku dah try sampai berapa kali tak terkira dan terus kena block. Huhuhu.. nak nangis sy. Awatlah anak ku suka na ngan gadget? Huhuhu... Hari tu dahlah dia terpurchase google play punya game. Sekarang dia kasi block mama dia punya handphone hahaha. Bijak betul anak ku itu.

So, bila dah jadi begitu, sy dah agak panic tak tau nak buat apa. Malas nak gi kedai betulkan semua benda. Yg pasti memang kena format. So, apa yg saya buat? Gi google youtube, study mcm mana nak reset recovery semua. Then duk godek2 hp tu terus boleh masuk system dia. Hehehe...

Apa yang saya buat?

1. Off korang punya mobile
2. Tekan butang volume up dan power button continuously dan simultaneously
3. Lepas 4 sec korang akan nampak logo samsung
4. Lepas korang nampak logo samsung, lepaskan jari dari power button
5. Now korang press menu button
6. Lepas few seconds korang akan nampak android logo tengah baring
7. Lepaskan jari korang bila dah nampak android logo dari menu dan volume up button
8. Then korang pilih backup data
9. Lepas dah backup barulah korang pilih reset recovery

So, step2 di atas tu memang confirm takkan hilang data2 korang. Cuma yg akan hilang, apa yg korang dah install dari google play. Sim card contact number pun jgn risau, takkan hilang. Mesej yang lama2 tu memang confirm hilang punya. Ermm... apa lagi yg hilang ya? Rasanya tak ada apa kot. That's it!






I Love Butterfly, Sangat Cantik

Assalamualaikum

Hari ni nak lapangkan minda. Tak nak serabut2. So kena pandang benda yang kita suka. Bagi saya butterfly adalah yg terbaik. Seriusly sangat cantik!











Giveaway 2013 By Jaja

Nak join, sila click baner

Hadiah menarik jugak wooo...

Senarai hadiah yg sy nak
1. -novel : Suami Aku Ustaz
2. -Vaucher RM40 for Pizza Hut
3. - Purr, Katy perry's perfume

Kesian Zulaikha Demam

Assalamualaikum,

Malam tadi, dia okay je. Tak demam pun. Hari ni hantar taska terus demam. Masa suami ambil tadi dia mengadu kawan dia simbah bedak masuk mata ngan hidung. Agaknya dia alah dn terkejut agaknya, terus demam. Penjaga dia tak perasan pun dia demam. Dah petang baru cakap. At least bgtaulah, boleh daku ambil anak bawak balik gi klinik kan. Standby ubat awal2. Masalah klu taska jenis suka berat mulut nak cakap ni. Ni kali ke berapa kena, balik taska demam, penjaga diamkan.

Apa nak buat. Sekarang ni pun musim demam. Sudah le dak kecik ni payah makan ubat. Terpaksalah cari ubat hemopathy untuk dia. Bagus untuk dia juga sbb ubat ni tak ada drug. So bila2 masa boleh sumbat. Now, harapkan hemopathy je. Kesian tengok melepek je.

Gambar ni dia suh tutup mata ngan kain basah sebab mata pedih katanya. Itu maknanya panas dalam. Erm.. hopefully dia cepat recover. Kesian tengok budak2 demam ni. Kita yg dewasa ni pun tak sampai hati.



Zulaikha terpurchase game kat google play

Assalamualaikum

Korang tengok, terror tak terror anak aku yg 3 tahun lebih ni purchase thooth pack kat google play. Bukan murah2 ye, 14.99 dolar melayang. Sangat panas hati aku tapi apa nak buat benda dah jadi. Redhakan jelah duit tu pergi. Cuma yang ralatnya RM50 terbang sesaja tanpa faedah. Kalau masuk ASB pun ada dividen sikit tau? Huhuhu... Akan ku uninstall semua game dlm galaxy tab tu... pepandai je purchase... nak gosok gigi talking ginger je pon, bukan gosok gigi dia... huhuhu...

Thank you...??? 
berair mata tengok amount tu... pakai visa aku pulak tu...




Seronok Timbang Berat Agaknya


Assalamualaikum,

Hari ni nak cerita sikit tentang penimbang berat yg ada kat super maket atau mall. Tadi sy pergi majlis open house sampai ke shah alam perginya. Memang jalan sakan. Makan sikit2 simpan perut utk beberapa rumah. Nak jadi cerita sempat lagi kami singgah ke plazza alam sentral sebab nak beli cover galaxy tab 10.1 yg dah teruk rupanya. Tengok pun sedih. Pastu merayaplah ke mana2 kat situ tengok harga baju, kasut yg tgh sale raya skang. Rambang mata daku ni.

Sedang kami jalan2 tu tetiba ternampak ada satu couple ni berjalan pimpin tangan sambil si lelaki duk timbang badan dia kat mesin timbang bercakap tu. Tak silap ada beberapa floor memang standby mesin peminbang tu. Kali pertama nampak tu kami ignore je. Tetiba masa kami gi floor 2 kot, nampak lagi mamat ni duk menimbang lagi badan dia sambil diperhatikan oleh awek dia. huhu... daku pun cakap ngan suami.

"Ni bukan couple yg gi timbng kat atas tadi tu ke? Berapa kali dia nak timbang?"
Tau suami ku jawab apa?
"Tak pernah jumpa penimbang kot... bagilah chance..."
Aku gelak je dengor.

Habis semua penimbang kat situ dia try...

Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia