Ruang Iklan Untuk Disewa

Ke Mana Raya Tahun Ni?

Assalamualaikum,

Bagi yang dah bekeluarga, kemana korang raya tahun ni? Rumah mak atau mak mertua? Hehe... Saya? Dua2 saya raya. Pagi raya pertama di rumah mertua dulu. Tengah hari raya pertama balik family rumah mak. Tiap2 tahun macam tu. Seronok. Happy. Rumah mertua dekat ngan rumah mak. So tak de masalah nak balik raya n jimat!


Jom Balik Kampung

Ramadhan Give Away by Mazatul


Click gambar ni dan join GA. 
Hadiah menarik juga untuk yang gegirl hehe.
Tarikh tamat hari ni 31 Julai 2013

Rotan Tak Siap Kerja Sekolah - Bapa Buat Laporan Polis

Assalamualaikum,

Nak share something ni tapi korang kena baca sampai habis, baru boleh komen nak salahkan cikgu atau bapa? Faham cerita dulu ya.

Rotan Tak Siap Kerja Sekolah- Bapa Buat Laporan Polis

SyahrulAsmawiRashid
BUTTERWORTH – Seorang bapa mendakwa anaknya kini mengalami tekanan emosi setelah seorang guru wanita merotan dan mengusirnya dari sekolah kerana gagal menyiapkan kerja sekolah.
Syahrul Asmawi Rashid, 35, berkata akibat kejadian Jumaat lepas itu, anaknya Nur Emilia, 12, murid Tahun Enam sebuah sekolah rendah di sini, kini trauma dan tidak lagi mahu ke sekolah.
Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, katanya anaknya memaklumkan guru itu turut mengarahkannya mengambil borang tukar sekolah dan berpindah sekolah.
Syahrul yang berkerja sendiri berkata dia mengetahui kejadian itu pada kira-kira 9.30 pagi Jumaat apabila dihubungi guru terbabit yang memaklumkan anaknya telah pulang ke rumah kerana gagal menyiapkan kerja sekolah.
“Saya terkejut dan terus keluar mencari Emilia kerana dia tidak  pulang ke rumah sedangkan rumah kami terletak tidak sampai 100 meter sahaja dari sekolah tetap kemudiannya berjaya menemui anak sulungnya itu sedang menangis di kawasan kampung,” katanya.
Syahrul berkata anaknya tidak menceritakan insiden yang menimpa dirinya itu sehingga rakannya datang pada sebelah petang dan memaklumkan kejadian sebenar.
“Bila kawan dia cerita, baru Emilia berani muka mulut dan menceritakan perkara sebenar dan kami kesal dengan sikap guru yang tidak hiraukan keselamatan muridnya apabila menghalau pelajar balik ke rumah,” katanya.
Katanya dia membuat laporan polis semalam.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang Tarmizi Kamaruddin ketika dihubungi berkata guru besar sekolah itu diarah menyiasat dakwaan itu.
“Mungkin cikgu itu mengambil tindakan mengikut emosinya kerana mengikut prinsip pendidikan guru tidak boleh menghalau anak murid kerana pelajar mempunyai hak untuk berada dalam kelas bagi menuntut ilmu,” katanya. – Bernama

Korang dah baca dah? Apa pendapat? Salahkan bapa atau cikgu tu? Nanti saya bagitau pendapat saya hehehe...

Nak Jadi Sponsor Kenalah Jujur, jangan menipu!

Assalamualaikum

Saya terbaca beberapa penganjur di kalangan blogger telah ditipu oleh satu sponsor ni. Kalau baca perbualan yang mereka ceritakan tu memang sakit hatilah. Di bulan puasa macam ni, lagi nak tambah dosa menipu orang ramai. Tak baik macam tu. Kata nak sponsor, sponsorlah betul2. Like nak! Follower nak! Tapi menipu orang. Tak fikir kesan jangka masa panjang ke?

Hopefully perkara macam tak berlaku lagi. Para blogger yang sedang cari sponsor lepas ni berhati2. Janganlah mudah terpedaya dengan kata2 org yg kata nak sponsor tu. Selidik dulu siapa dia dan betul ke ada blog? ada page? n fb dia tu baru create ke dah lama? Kalau semuanya baru tu memang penipu tahap dewalah tu.

Bila baca kisah bloger Mohd Zuhri, Mojat dan Zakie ni. Semua ditipu oleh sponsor yang sama iaitu Ong Gedek Geduk! Sponsor penipu tu kononnya nak sponsor RM100 x 2 peserta. Wow! Besar nilai tu. Sy  dengar pun dapat agak sponsor tu nak penipu. Boleh caye ke orang nak keluarkan duit sebanyak itu untuk sponsor bloger? Kalau nama popular/fames tu sy percayalah lagi mampu nak sponsor sebanyak itu. Lagi satu katanya nak sponsor novel? Novel apa? Terbitan apa? Kalau dia gagap2 tu fahamlah tu...

Macam saya sponsor sendiri. Huhu... Senang barang nampak depan mata dan boleh pos barang sendiri. Bila mampu dan ada peruntukan sendiri, buat ler GA. Kalau tak ada, rileks dulu. Hehehe... bernafas sikit hihi... Apa pun lepas ni kita semua kena berhati2. Hope siapa yang nak jadi sponsor tu silalah berlaku jujur ya. Barulah diri dipercayai, dihormati dan disayangi.

Jadikan ia satu pengajaran supaya next time kita lebih berhati2.


Kad Kahwin Yang Serious Mintak Duit




KISAH SEORANG PENGEMBARA JALANAN

Click Benner untuk join

Jom pakat join GA ni.
Tamat pada 31Ogos 2013

Jomlah support! =)

Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia