Menu Tab

Cabaran 30 Hari Entry : Day 7 : Sejauh Mana Pendidikan Itu Penting Bagi KM

Assalamualaikum korang!

Aduhai... dah macam nak kena draf karangan sekolah dah ni.
Kejap KM nak fikir sebab otak dah berkarat sangat ni.
Dekat 15 tahun tinggalkan sekolah, jadi nak recall balik dalam masa yang singkat ni agak payah, hahaha.
Dah macam nak buat point untuk karangan SPM dah ni.
Agak-agak nak berapa patah perkataan ni? Huhu... gurau je.

Okeh, apa yang KM faham tentang pendidikan ni?
Bagi KM pendidikan ni sangat penting pada kita semua.
Tapi ilmu pendidikan ni bukan semata-mata dari bentuk teori, malah kena sekali dengan practical.
Barulah kita faham sesuatu ilmu tu.
Tuntut ilmu pendidikan ni sampai bila-bila pun takkan habis.
Makna kata tuntut ilmu ni biar sampai mati.
Tuntutlah ilmu sebanyak mana yang kita mampu sebab dengan adanya ilmu inshaaAllah boleh menjamin masa hadapan kita.

Dari sudut agama pulak bagi KM kita perlu berguru dengan guru yang betul.
Jangan anggap amalan yang kita lakukan selama ni sudah sempurna.
Kadang tu kita masih perlu perbaiki lagi kelemahan dalam setiap amalan kita seharian agar kita tidak mudah terpesong dan diperbodohkan oleh manusia yang telah rosak iman dan akidahnya.

Allah s.w.t suka jika kita ada usaha untuk mencari ilmu.
Tuntut bagi perbaiki diri sendiri atau berniat untuk membantu insan lain yang memerlukan ilmu.
Hanya manusia yang berilmu akan terus mencari ilmu.
Jadi KM ulang lagi sekali, tuntutlah ilmu bukan setakat sampai ke negeri China tapi biarlah sampai akhir hayat kita.

creadit to pakcik google & nardieya.blogspot

 Takat tu je penulisan yang KM boleh karang.
Agak-agak nak bagi berapa markah ni? Haha!
Jenuh KM mengarang ni tau.
Mengarang ni tak sama macam mengarang novel haha.
Okehlah, dah habis task day 7.
Tunggu esok, kalau sempat KM post day 8 punya task pulak.
Daaa...


16 comments:

  1. nice sharing terutamanya adab dab menuntut ilmu.....sesuai sgt utk sy yg masih bergelar student nih..hehehehehehe....
    sy bg 88%

    ReplyDelete
  2. Cikgu BM nak periksa karangan ni pon kena buat task yg sama...tak buat lg, berkarat juga otak kita..huhu.

    ok pointnya , belajar selagi mampu otak menerimanya.

    ReplyDelete
  3. nice sharing.. ilmu kena ada adab jugak kan kak KM... :)

    ReplyDelete
  4. Setuju..belajar kena berguru..kalau belajar xde guru takut lain hasilnya. Berguru pon kenalah guru yang betul.

    ReplyDelete
  5. salam KM
    selamat menghabiskan cabaran..
    jom join ga, http://dapurjirankuberasap.blogspot.com/2014/09/segmen-2nd-giveaway-blogwalking-by.html

    ReplyDelete
  6. salam. penting..penting sangat+..

    ReplyDelete
  7. Lambat irra buat task semalam. Penat dh balik rumah mencari rumah. Task day 8 pulak. Berkarat jugak la nak menjawab. Sbb lama sgt xdgr lagu ni

    ReplyDelete
  8. Gud luck on your challenge kak KM :)

    ReplyDelete
  9. ilmu amat penting bagi akak jm x kira ilmu dunia atau akhirat kerana dgn ilmu kita dpt menilai keperibadian seseorang :-)Ilmu

    ReplyDelete
  10. Tuntutlah ilmu dari dalam buaian hingga ke liang lahad.

    ReplyDelete
  11. kalau saya cakap, saya bagi 4 bintang! boleh tak? hehe. gurau2...

    pendidikan tu memang penting! betul akak cakap, praktikal kena ada sekali. kalau takat ilmu saja memang x cukup. memang orang akan lupa

    tp kalau dpraktikkan, kompem kita ingat smpai bila2. insya-ALLAH :)

    ReplyDelete
  12. Ilmu dan amal itu penting.
    Tapi kalau ilmu itu dari sumber yang salah akan mengakibatkan amal yang salah.

    Cari dan bergurulah dengan banyak guru

    ReplyDelete
  13. Tolak markah bahasa.. dalam karangan SPM mana boleh ada 'haha' eh hahaha gurau je :D

    ReplyDelete

1. Kome boleh comment apa saja but no ugly words please. Sedap sikit mata orang lain membacanya.
2. Sebarang comment berunsur iklan, politik dan lucah TAK dibenarkan tau kat sini. No! No! No!
3. Kalau nak letak sebarang link, kome boleh guna coding ni ya: < a href="LINK BLOG">NAMA BLOG< /a>
4. KM tak bertanggungjawab tau ke atas sebarang komen yang kome bagi kat sini. Jadi sila jaga tata cara penulisan kome.(^^,)
5. Don't naughty-naughty kat sini ya, cubit kang.
~Itu je nak cakap, ok bye!~