Menu Tab

Cabaran 30 Hari Entry : Day 6 : Apa yang KM makan hari ni

Assalamualaikum korang!

Kali ni KM sambung balik cabaran 30 hari yang seterusnya.
Fuh! Hari ni dugaan sungguh perjalanan KM ke kampung.
Banyak liku-liku hidup menempuh beberapa ekor hidupan liar hutan.
Tengah pakwan speed laju 100km/jam tu, tetiba muncul pulak seekor berok yang besar berlari merempuh kereta kami sekeluarga.
Nasib baik pakwan sempat reduce speed tapi masih tak sempat mengelak, berok tu tetap menonong dan terus langgar bumper kereta kami dan terpelanting ke tepi.
Masa tu KM dah mengucap panjang dah sebab bunyi rempuhan tu sangat kuat.
Pakwan dah berhenti ke bahu jalan.
Dan syukur sangat kereta belakang pun reduce speed waktu pakwan emergency brake.
Pakwan keluar dan check bumper sebab katanya ternampak serpihan bumper Alza terpelanting masa berok tu hentam kereta kami.
Mujurlah terlekang sikit je bumper dan pakwan boleh klip semula dengan cable tie.
Tapi... serpihan putih apa yang terpelanting masa berok tu hentam kereta kami?
Erm... rupanya cover spotlight Alza KM tercabut daaaa...
Daaaah hilang satu cover spotlight Alza KM, huhu.
Sedih tau cover spotlight lompang sebelah.

KM tanya abah berok tu mana? Tak ada pon bangkainya?
Abah KM kata lepas tepelanting tu dia bangkit dan terus berlari masuk ke hutan.
Mesti berok tu injured teruk dan KM rasa tak lama nyawanya.
Walau apa pun alhamdulillah... kami sekeluarga selamat sampai ke kampung walaupun ada lagi jumpa beberapa binatang lain.
Biawak melintaslah, burung terbang rendahlah, kambing berlari tengah jalanlah.
Semuanya berlaku disepanjang perjalanan kami.
Alahai.. redha jelah. Kami dipilih Allah untuk terima dugaan hari ni.

Oklah, KM pun tak boleh tulis pepanjang ni sebab pakwan bagi masa 2 jam je duduk kat KFC.
Dan untuk alas perut, pakwan bawak KM dan Zulaikha pergi ke KFC sementara makan tengah hari kat kampung ready.

So, ini manu pertama KM jamah untuk hari ni.

Selesai sudah task day 6 ni.
Tunggu day 7 punya task pulak tapi KM tak janji boleh post besok atau tak sebab line kat kampung ni sangat kritikal.
Kalau KM nak online, KM kena berjalan ke mersing.
Ni pun KM update blog kat mersing.
Oklah, itu je nak story.. daaa..

#‎kelabbloggerbenashaari‬
‪#‎cabaran30hari‬
‪#‎harike6

20 comments:

  1. wah...makan KFC ari ni ye KM...miya lama da xmkn..nak belanja adik ari tu tapi xsempat nak keluar..

    ReplyDelete
  2. sedapnya..semoga perjalanan kak KM balik kampung selamat ya..

    ReplyDelete
  3. wah....sedapnye kfc..gud luck.singgah2 la blog sy k

    ReplyDelete
  4. sedapnyer kfc ... nanti singgah blog mamamyja eh
    alam Perkenalan dari mamamyja. Jemput singgah, komen and follow yer

    CABARAN HARI KE-6

    ReplyDelete
  5. Baru mkn KFC di Shah Alam masa ke UiTM atas urusan kerja Khamis lepas

    ReplyDelete
  6. nyum-nyum..sedapnya makan kfc..lapar malam2 tengok..huhu

    ReplyDelete
  7. wah kepci..sdpnyer ! lme dah xmakan..

    ReplyDelete
  8. owh lama dah tak makan kfc KM masih terkejut ke?, eh balik mana tu?

    ReplyDelete
  9. ish, takutnya macam tu kan kak KM.

    parents member saya pun kena. tapi teruklah sampai masuk surat khabar. terlanggar lembu. x perasan dia ada kat situ, x sempat brek.

    cedera teruklah juga. tapi sekarang dah okay.

    nasib baik family akak KM pun okay :)

    yummy, KFC! saya pun smalam baru lepas makan KFC. hehehe

    ReplyDelete
  10. Kesiannya beruk tu :( Semut pindah rumah takde ke? hahaha =,=" ok tak lawak..

    ReplyDelete

1. Kome boleh comment apa saja but no ugly words please. Sedap sikit mata orang lain membacanya.
2. Sebarang comment berunsur iklan, politik dan lucah TAK dibenarkan tau kat sini. No! No! No!
3. Kalau nak letak sebarang link, kome boleh guna coding ni ya: < a href="LINK BLOG">NAMA BLOG< /a>
4. KM tak bertanggungjawab tau ke atas sebarang komen yang kome bagi kat sini. Jadi sila jaga tata cara penulisan kome.(^^,)
5. Don't naughty-naughty kat sini ya, cubit kang.
~Itu je nak cakap, ok bye!~