Ruang Iklan Untuk Disewa

Guess The Emoji

Assalamualaikum,

Siapa duk gila main game ni? Game ni sampai level berapa pun tak tau? Tak silap sampai level 27kan? Punya payah ku pikir2 sekali google, ada jawapan2nya dengan mudah. Tak mencabar langsung game ni. Serius buang masa je ku main sebab gatal sangat tangan bila malas nak pikior terus je google jawapan hahaha. Dalam masa 3 hari ku boleh habis level dengan mudah miahahaha... terror tak terrornya teman bermain dengan Guess The Emoji. Hanya tiga hari main, sekejap je dah khatam! Bermain dengan rasa tak ada perasaan...






Dia Yang Salah Faham Ke Aku Yang Salah Tulis? Haha!

Assalamualaikum,

Nak tergelak baca SMS dari suami. Mula2 dia yang SMS kita, tanya kenapa senyap? Dia ingat saya meeting, then saya balas kata, busy scan doc, (tak tulis penuh pun). Pas tu dia tanya scan apa kat doc tu? Yang saya ni masih anggap dia fahamlah maksud scan doc tu apa. So saya jawab macam dalam SMS di bawah. Huhuhu... Ku ingat dia fahamlah, rupanya dia salah faham.


Kalau korang baca, adakah korang akan fikir macam yang encik suami fikir?
Dia ingat, saya scan doctor. Saya pulak maksudkan document.
Miss-understanding
Muahahaha!


 

Resepi : Grill Tenggiri Fish For Dinner

Assalamualaikum

Hari ni, kami pergi pasar borong. Memborong segala barang dapur untuk beberapa minggu. Hehe... tengah pada membeli tu, kami merancang nak masak apa dengan bahan2 yang dibeli tu. Tiba-tiba saya terfikir nak buat tenggiri grill untuk malam. Kami pun gagah mencari ikan tenggiri paling murah kat pasar borong serta bahan-bahannya sekali. Pergh, memang excitedlah wei.

Sampai balik rumah, dah siap kemas barang dapur. Masukkan ke dalam tempat sepatutnya, terus kami memulakan program masakan kami. Nak tau apa resepi simple yang saya buat.

Bahan-bahannya

Brokoli
Carrot
Cili cina (yg bentuk mcm buah tu. ada warna kuning, merah, hijau)
Ikan tenggiri (ikutlah nak berapa ketul)
Minyak olive oil (minyak zaiton)
Pati ayam / garam (ikut suka korang nak letak apa)
Lada hitam.
Lemon
Jagung

Cara-cara nak buat
1. Perapkan ikan tenggiri dengan pati ayam/garam, lada hitam dan lemon selama 5 minit.

2. Potong carrot, brokoli dan cili cina tu ikut suka hati nak macam mana. Pastu campurkan pati ayam sikit serta lada hitam. Gaulkan rata.

3. Then panaskan pemanggang. Masukkan minyak olive oil (minyak zaiton) sikit.
4. Kemudian masukkan carrot dulu, masak sampai lembut, then angkat. Kemudian masukkan brokoli pulak, masak sampai lembut, then angkat. Kemudian masak cili cina pulak, masak sampai lembut, then angkat.
5. Dah siap part sayur, bakar ikan tenggiri pulak. Make sure letak minyak olive oil sikit, then baru masukkan ikan tenggiri. Bakar hingga betul2 masak. Kalau boleh balik-balikkanlah. Nanti hangus pulak. hehe...
6. Sambil tu, kukuslah jagung serta rebus kentang serentak. Macam mana saya buat serentak? Saya letak kentang 4 biji dalam air kukus bawah dan jagung sy letak dalam tempat kukus atas. Tunggulah sampai jagung naik bau. Then kalau jagung masak dulu, tak apa just angkat je. Continue rebus kentang sampai lembut. heeee....
7. Untuk jagung, saya buat macam resepi jagung kukus yang pernah saya share kat SINI.
8. Untuk kentang pulak, saya tak letak apa-apa perisa tapi kalau nak sedap, letak garam sikit pun boleh. heee...
9. Dah siap semua, bolehlah hidang.

Ni hidangan untuk saya.

Yang ni hidangan untuk suami.

Ini resepi saya yang paling simple dah mudah sebab nak cepat dah lewat malam.
Kalau nak betul2 remeh punya resepi boleh goole kat tempat lain. 
Ada macam-macam cara boleh buat. Hehehe...

Mouse Baru Untuk Acer

Assalamualaikum,

Hari minggu yang menyeronokkan. Kenapa sy ckp seronok? Sbb sy tershopping kat alam sentral. Nasib baik le dpt kawal nafsu beli. Klu tak, habis ku borong baju budak dgn byk. Dlm pada kawal tu terbeli gak beberapa helai. Cantik wooo... baju baby brand anakku pun murah2 der...

Mouse ni biasa tapi sebab color dia cun, purple metalic, tu yg sy rembat jugak.
Harga RM10 jer, murahkan? hehe

Tengah jalan2 kat aras 3 tempat gadget, sy terpandang mouse purple ni. Kebetulan mmg mouse lama dah rosak tu yang beli jugak. Memandangkan corak dia cantik, sy terus rembat satu. Tujuan datang alam sentral sebenarnya nak survery Lenovo je tapi biasalah, niat datangnya lain, yang dibelinya lain. Haha... apa lagi, duit macam ayor ler jadi.


Lenovo vs Samsung

Assalamualaikum,

Secara jujurnya saya dah mula jatuh cinta dengan Lenovo. Dari segi spec dia, body dia, jenama dia, semua saya dah mula suka. Malah bagi saya Lenovo lebih baik dari Samsung ya. Itu kenyataan dan ia pendapat peribadi berdasarkan pengalaman menggunakan kedua-dua jenama.

1. Harga. Smartphone Lenovo menawarkan perbagai model dari harga sangat rendah bagi sebuah device android. Model paling maju pun masih lagi dikategorikan berpatutan jika dibandingkan dengan performance jenama lain.

2. Screen. Saiz screen model-modelnya sangat bersesuaian dengan penggunaan untuk mobile data. Boleh usrf internet, facebook dll. Tidak terlalu besar, tidak terlalu kecil.

3. Batery. Dengan fungsi penjimatan batery sedia ada dan kapasiti bateri yang besar semua modelnya mampu bertahan dengan penggunaan 3G yang maksimum.

4. Performance. Jarang dengar lenovo stuck atau hang jika dibandingkan dengan jenama terkenal yang lain. Walaupun menggunakan pelbagai aplikasi serentak.

Kesimpulannya ia adalah produk yang mempunyai performance yang tinggi tetapi harga yang berpatutuan.

Kepada korang yang dah jatuh cinta pada smartphone Lenovo ni dan korang decide nak beli tapi korang tak tau series2 apa yang best untuk korang guna, kat sini saya boleh share apa kelebihan-kelebihan yang ada pada model-model smartphone Lenovo ni. =)

K series:
Premium, Ultra-Slim Smartphones
State-of-the-art smartphones featuring the latest processor, display and camera technology

S series:
Elite Entertainment Smartphones
Sleek smartphones designed for video, music and gaming with powerful processors, high resolution displays, and studio-class audio

P Series:
Professional smartphones with Epic Battery Life
Extra long battery life, IPS displays and powerful processing will keep you connected on the road and in the office.

A series:
Action series smartphones for the young doers
Entry level smartphones with extensive feature sets offering a great experience at a low price.

Dalam erti kata lain,

K - Hi-tech, CPU power, kualiti power gila
S - Style, hiburan termasuk kamera
P - Performance, tahan lama, batery power
A - Action, gamers confirm ramai gila pilih yang ni

Dan, korang nak tau atara di atas saya pilih yang mana? Hehe... saya beli series A. Serius cakap mmg best! Superp! Bayangkan saya guna FB, game, google, insta, tweet, tukar2 window dgn jayanya tak pernah hang langsung. Baterry tahan lama. Dah rasa macam Iphone pun ada. Haha!

Berbanding saya guna samsung note dulu, kadang2 tgh syok berFB boleh close window serta merta. Saya guna google, tengah baca hang tiba-tiba. Wah, boleh stress woo bila kenangkan function samsung dulu. Sampai batery pun boleh kembung dan meletup.

Percayalah, masa saya pergi beli hari tu, salesman cakap, samsung dah mula jatuh dan lenovo dah mula naik. Ramai orang cari lenovo dari samsung sebab kualiti dia sangat bagus dan berbeza dari samsung. Bukan nak cakaplah, korang boleh fikir sendiri, kalau dah ada smartphone yg lebih berkualiti dan harga jauh lebih murah, buat apa korang nak spend duit lebih untuk smartphone yang korang dah tau atau dah dengar masalah2nya dengan harga yang sangat mahal??? heeee... =)

Smartkan? hubby saya dah jatuh cinta dengan smartphone ni.
Harga??? RM839



Nipis gila smartphone ni. S960 Harga??? RM1299


Yang ni lagi smart Lenovo K900 harga??? RM1499


Kalau nak tau lebih lanjut, korang boleh google sendiri ya hehe. Saya cuma bagi mukadimah je pasal smartphone Lenovo yang tengah naik sekarang.

Resepi : Kuih Kaswi (favorite pak wan)

Assalamualaikum,

Korang suka tak kuih kaswi? Saya mula-mula tak suka tapi disebabkan kuih tu kuih fav suami, terus jadi suka. Itu pun kena pandai masaknya. Saya tak suka kuih kaswi letak telur dan kapur. Mmg tak makan der. Rupanya suami pun tak suka ada telur dan kapur. Saya mula suka kuih kaswi sejak rasa yang arwah mak mertua buatkan. Serius, seloyang boleh habis berdua. Haha... memang sedap. So, sekarang arwah dah tak ada, kita orang kena belajar buat sendiri.

Saya pun google la resepinya. Ingatkan susah sangatlah buatnya, rupanya senang gila. Suami pun pergilah beli bahan-bahan untuk buat kuih kaswi. Simple sangat bahan2nya.

Bahan-bahan (satu loyang)

1 cawan gula melaka
1 cawan gula pasir
7 cawan air
2 cawan tepun gandum
1 cawan tepung sagu

Cara-cara

1. Gula mera, gula pasir dan bersama 3 cawan air di masak sehingga mendidih.
2. Tepung sagu dan tepung gandum disatukan di dalam satu bekas bersama 4 cawan air di kacau rata.
3. Campurkan tepung yang telah dikacau rata ke dalam gula yang telah dimasak tadi, kacau sebati.
4. Untuk elakkan adunan lembik, masak sedikit adunan tadi di atas api. Kacau hingga adunan menjadi pekat.
5. Masuk ke dalam loyang dan kukus sehingga masak.
6. Apabila sudah masak, masukkan ke dalam fridge bagi sejuk, potong dan digaul kan dengan kelapa putih yang telah digaul dengan sedikit garam.

Comot sikit, sebab belum sejuk betul dah tak sabar nak makan. Haha...
SIAP!

Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia