Ruang Iklan Untuk Disewa

Showing posts with label Dari Dapur Karya Mahirah. Show all posts
Showing posts with label Dari Dapur Karya Mahirah. Show all posts

Resepi : Asam Pedas Kepala Ikan

Assalamualaikum korang!

Haaaa kali ni chef pak wan kembali.
Dia nak masak asam pedas kepala ikan.
Tapi nama ikan tu...........................
Alamak, KM lupa pulak nama ikan yang pakwan masak ni.
*Teruk betul masalah pelupa ko ni mahirah oi.*
Nanti aku tanya pakwan balik ya.

Al kisahnya pak wan teringin sangat nak makan asam pedas kepala ikan yang namanya aku tak tau ni.
Then dia dengan sendirinya pergi ke kedai membeli ikan,
Membeli ikan, terlupa pulak beli daun kesum.
Okeh, dah lupa tu masak jelah apa yang ada kan.
Dalam tak cukup bahan tu, sedap pulak ko aku rasa asam pedas kepala ikan pakwan.
Jom kita tengok apa bahan-bahannya.

Bahan-bahan Sebenar

2 ketul kepala ikan besar
3 sudu cili giling
5 ulas bawang merah kecil
5 ulas bawang putih
2 keping asam keping
Belacan (cubit sebesar ibu jari tangan)
8 helai daun kesum
Setangkai bunga kantan
2 biji tomato
4 biji bende
Garam
2 mangkuk air

Cara-caranya

1. Kisar bawang merah, bawang putih dan belacan
2. Tumiskan bahan kisar tadi.
3. Masukkan cili giling 3 sudu dalam tumisan dengan api perlahan hingga masak
4. Masukkan asam keping
5. Tambahkan air
6. Masukkan dua ketul kepala ikan tadi
7. Masukkan daun kesum, bende dan bunga kantan
8. Tambah garam
9. Masukkan tomato yang dah di potong
10. Biar mendidih hingga ikan masak.
11. Hidangkan.

Ko tengok haaa tangan chef pakwan
Sungguh-sungguh dia kacau bahan dalam periuk tu.

Ni after dia masukkan kepala ikan.
Haha korang tau pakwan excited aku ambik gambar.
Dia suh ambik gambo dia tengah kacau periuk kaca ni.
Manalah gambo nak cantik kalau dah tangan dia goyang, herm... layan jelah.

Dan tada! Dah siap asam pedanya!
Kepala ikan pun dah timbul tu haha.
Rasa dia... waaalllahh!
Okeh, inilah dia resepi chef pakwan kali ni.
Semoga kita jumpa di lain masa... daaa..

Resepi : Sayur Sawi Masak Lemak Santan

Assalamualaikum korang!

Apa macam? Sibuk beraya rumah kenalan ke?
Erm... kalau dah sunyi sepi blog aku ni, betullah tu agaknya.
ENJOY!!! 
Seronoknya korang dapat jalan-jalan beraya rumah orang.
Aku?

*muncung bibir sambil main jejari*
Pak wan kerjalah korang, so tak dapatlah kita orang jalan-jalan.
Bushankan huhu... 
Apa boleh buat, demi mencari sesuap nasi, jalan-jalan terpaksa ku korbankan. 
*Cewah nak muntah!*

Okeh, apa misi kita hari ni?
Jeng! Jeng! Jeng!
Jom kita main masak-masak nak?
Haaa, hari ni aku nak share dengan korang cara nak masak sayur sawi masak lemak.

Erk? Sejak bila pulak si mahirah ni menggemari sayur masak lemak? *skema pulak dah*

Haha, korang tau tak dulukan aku tak reti langsung masak kuah lemak ni tau.
Apa saja yang berkaitan dengan lemak, eh! santan, semuanya bagi aku susah nak masak.
Tak kiralah, rendang ke, serunding ke, kari lemak ke, semuanya aku fikir susah betullah nak masak.
Apa yang susah pun aku tak taulah.
Tapi kalau dah dasar pemalas, memang itulah alasan tak nak memasak, hahaha.


Di satu hari yang indah, aku ternampak mak aku masak lauk  Sawi Masak Lemak ni.
Dia punya taste aku cakap ko, wallllaaahhh! Sedapnya wei.
Masakan mak memang tak ada siapa boleh lawan, haha.
Waktu tu jugak aku pi mintak resepi.
Konon-konon nak masak untuk pak wan.
Isteri mitsali katakan, hahaha!

Ok, apa bahan-bahannya?

7 biji bawang putih
2 biji bawang merah
Ikan bilis / udang kering (ikut nak byk mana)
2 biji cili besar
Santan kotak
Sayur sawi batang putih
Garam

Cara-cara memasak?

Korang tau potong bawangkan?
Korang tau potong cilikan?
Korang tau siang ikan biliskan?
Korang tau potong sayurkan?
So, tak payahlah aku cerita cara2 nak potong semua tu ya.
Aku proceed je terus cara memasak.
Korang tengok gambar di bawah ni, aku terangkan semuanya.


1. Korang tumiskan bawang, ikan bilis dan cili bersama sampai naik bau.


2. Korang masukkan satan kotak kecik. Yang ni ikut suka koranglah nak buat santan cair atau pekat. Macam aku suka buat santan cair sikit. Jadi, aku guna santan sikit je

3. Kemudian korang masukkan segelas air. Yang ni korang agak-agaklah nak kuah banyak mana. 
4. Then masukkan garam secukup rasa dan kacau sampai menggelegak.

5. Lepas tu barulah masukkan sayur sawi putih ni dan kacau hingga menggelegak.
6. Siap untuk dihidang.

Itu sahaja cara buatnya.
Senangkan?
Kalau senang, bolehlah cuba.
Ok, bye!

Ressepi : Basil Chiken Olio

  

Bila pak wan kerja petang, inilah menu aku dan Zulaikha.
Sebab apa aku pilih menu ni? Sebab sangat simple dan mudah.
Aku kalau tanya Zulaikha, nak spaghetti ke tak? Dia jawab ok je sbb memang fav dia jugak hihi.
Padahal mak dia ni yang malas nak masak.
Yalah, suami tak dak mana ada feel nak makan banyak. (poyo je si mahirah nikan?)
So, aku pun masak jelah olio chiken basil.



Macam biasalah, bahan-bahannya

Serbuk parsley
Lada hitam
Lada putih
Serbuk basil
Chili ground
Garam
Beger ayam - sekeping cukup dan cincang
Spaghetti - rebuslah
Bawang - potong dadu

Cara masak mudah je

Spaghetti :
1. Korang agak-agaklah berapa orang nak makan.
2. Korang celur dulu dengan air dalam 3 minit macam tu nak bagi lembut.
3. Korang rebus dalam air letak garam sikit.
4. Dah lembut, angkat dan toskan.

Rencah nak masak pulak:
1. Korang tumiskan bawang tu dengan minyak sampai naik wangi
2, Korang masukkan burger ayam yang dah di cincang pulak dan masakkan sampai naik bau.
3. Kemudian korang masukkan spaghetti yang dah di tos tadi
4. Korang masukkan pulak serbuk lada hitam, serbuk lada putih, serbuk basil, serbuk parsley, chili ground dan garam sikit
5. Korang gaulkan hingga rata dan sebati
6. Siap, hidang dan makan

SELAMAT MENCUBA

Resepi : Agar-Agar Santan Gula Merah

Tengok, kempunankan agar-agar santan, aku dah buat dah. hehe. Tapi yang banyak melantak, Zulaikha le. Dia ambil satu loyang dia hadap sorang. Mentang-mentang tak puasa. Yang geram tu, korang tau dia buat apa dengan agar-agar ni? Dia pi ramas macam makan nasi. Sudahnya orang lain tak boleh makan. Nasib baik buat dua bekas. Kalau tak, tak merasalah kita orang ni huhu.

Warna tak cantik sebab terpakai gula perang.
Gula melaka tak ada haha.

Resepi dia mudah je.

Bahan-bahan:
  • 1 paket agar-agar
  • 1/2 cawan gula merah
  • 1/4 cawan gula putih
  • 1100 ml air
  • 120ml air campur 1 paket santan Kara 100ml
  • 1 biji telur dipukul dengan santan tadi
  • secubit garam
  • 2 helai daun pandan diikat


Caranya:
  1. Masak air dengan gula putih dan gula merah serta daun pandan
  2. Bila gula sudah larut, masukkan satu paket agar-agar tadi dan kacau hingga semuanya larut
  3. Kecilkan api sikit, kemudian tuangkan campuran santan dengan telur, garam dan kacau terus hingga mendidih
  4. Tuang ke dalam loyang atau bekas yang anda suka
  5. Jangan lupa buang daun pandan tu ya. Hihi...
  6. Sejukkan dulu, then baru masuk dalam peti sejuk!
Siap! So, selamat mencuba!

Resepi : Conflake Madu

Haaa... puasa dah nak dekatkan? Sekarang mesti ramai yang sibuk buat kuih. Tak kurang jugaklah yang suka buat kuih tunjuk haha. Saya pun sama jugaklah. Malas nak buat kuih dan tak boleh masuk tekak. Hanya kuih-kuih tertentu je yang boleh masuk. Itu pun kalau datang rajin, aku buat sendiri je haha! Kuih fav aku yang paling mudah nak buat dan sedap di makan adalah kuih Cornflakes Madu. Cuma kuih ni je yang aku suka buat sebab senang giler babeng punya nak buat haha. Dahlah sedap nauzubillah. Sampai berulang makan pun tak sedar huhu. 

Macam mana boleh terniat nak buat Conflake Madu ni? Sebab teringin tiba-tiba tapi masa tukan belum puasa so mana ada orang buat. Apa lagi, google resepi dan buat sendiri lagi senang. So, kali ni saya share ngan korang untuk buat Conflake Madu ya. Manalah tau nanti korang nak cuba-cuba buat sendiri kat rumah. Tak payah membazir tempah. Bahan dia pun murah giler wei. Kalau tempah sekarang Rm20 ke atas huhu.



Bahan-Bahannya adalah:

200g cornflakes
6 sudu besar madu, sudu besar brown sugar/gula biasa
100g butter
3 sudu besar almond kisar
3 sudu besar sweet cherry



Cara-cara membuatnya adalah :

1. Buka api yang perlahan dan cairkan butter, gula, madu.
2. Kacau, larutkan dan jangan sampai hangit. Agak-agak dah cair semua, then padamkan api.
3. Campurkan cornflakes dan almond kisar tadi dengan sweet cheery dan gaulkan bersama larutan madu sekali.


4. Susun papercup elok-elok dalam tray dan masukkan bancuhan cornflakes madu tadi ke dalam papercup.
5. Bakar sekejap dalam 15 minit dengan suhu 150 darjah
6. Sejukkan dulu sebelum isi dalam balang.
7. Setengah paket cornflake boleh dapat 1 balang besar
8. Dah siap!

Selamat mencuba!
Ok Bye!



Resepi : Aglio Basil Prawn Beef Pasta

Kali ni nak story sikit pasal kemaruknya nak makan pasta. Ni semua gara-gara duty kat KLIA2 punya pasal. Tak habis-habis makan pasta je setiap kali waktu rehat. Memang sedaplah kat Pasta Mania KLIA2.
Kalau hari jumaat tak usah cakaplah, memang penuh tempat tu. Nanti saya share rupa restoran Pasta Mania tu ya.

Entry kali ni saya nak share resepi Aglio Basil Prawn Beef Pasta. Bila dah asyik sangat makan pasta kat Pasta Mania tu, saya terus terfikir nak google resepi dan akhirnya dapat juga saya cubanya waktu weekend baru-baru ni. Nikmat tak tarkata.

Ini resepi saya sendiri ya. Untuk makan 4-5 orang. Saya olah sikit2 dari google yang ada.

Okay, apa bahan-bahan yang perlu ada?
1. Serbuk daun Basil
2. Serbuk daun Parsley
3. Chilli ground (biasa orang guna chili flake)
4. White papper
5. Black papper
6. Chili banggala
7. Spegati (saya guna san remo)
8. Cendawan butang
9. Daging cincang ramli (kalau kat pasta mania dia guna ayam cincang)
10. Udang
11. Olive oil
12. Bawang putih 10 biji
13. Bawang merah 7 biji
14. Garam/pati ayam

Okay, ni sebahagian bahan-bahan yang saya beli tu


CARA-CARA SEDIAKAN BAHAN:

1. Mula-mula potong bawang putih dan merah, kemudian blandkan dia sampai lumat. Ni basic dalam memasak. Rasanya korang taukan? hehe..

2. Kemudian, udang tu korang siang dan belah kulit belakangnya, buangkan hitam toksin dan kepalanya sekali.

3. Kemudian cili banggala tu di potong dadu. Comel-comel je rupanya.

4. Kemudian daging cincang ramli tu dicerai-ceraikan isinya dan letak dalam mangkuk supaya senang nak masakkan terus nanti.

5. Kemudian cendawan butang pulak korang potonglah empat bagi kecik.

Ini sebahagian bahan yang telah sediakan untuk di masak hehe, jom kita mulakan.


CARA-CARA MEMASAK:

1. Spegati tu korang rebuskan dengan air garam supaya ada rasa. Rebuskan sampai lembut dengan api yang sederhana. Rajin2lah kacau ya, karang melekat pulak.

2. Kemudian panaskan minyak sikit, korang tumiskan bawang putih dan bawang merah yang korang blend tadi sampai naik baunya. Nyum! Nyum! (Terbau-bau tumisannya haha)
3. Masukkan daging cincang tadi dan masak hingga warna jadi gelap dan berketul-ketul.
4. Masukkan garam/pati ayam secukup rasa.
5. Lepas tu masukkan udang pulak, gaulkan dengan daging cincang tadi hingga rata dan warnanya jadi merah.
6. Akhir sekali masukkan cendawan butang, cili banggala, masukkan serbuk daun parsley sikit, serbuk daun basil sikit, black papper dan white papper secukupnya dan gaulkan hingga sekata.

OK SIAP! Jadilah rupanya macam ni bila dah siap masak.

Okay, untuk spegati pulak, bila dah lembut, korang tos kan dalam tapis. Kemudian masukkan dalam periuk atau bekas. Kalau korang rebus sebungkus spegati san remo tu, korang letaklah 2 - 3 sudu olive oil dan taburkan daun basil sikit dan gaul hingga rata dan sebati. 
So jadilah macam gini rupanya bila dah gaul dengan olive oil dan daun basil.

OKAY! SIAP UNTUK DI MAKAN!

Memandangkan kuali saya tak cukup besar, so saya hidangkan spegati dan daging berasingan.
Bila nak makan, baru saya campurkan spegati dan daging sekali. Makan macam ni baru best. Hehe..
Jangan lupa tabur Chili Ground untuk mendapatkan rasa yang lebih umph!

P/s: Kenapa saya tak pakai chili flakes? Pertama sebab kat tesco atau giant dah habis. Keduanya sebab saya ada masalah untuk mengasingkan biji cili. Nanti bersusun biji cili kat tepi pinggan haha, sekian.

Selamat Mencuba Ya!

Resepi : Grill Tenggiri Fish For Dinner

Assalamualaikum

Hari ni, kami pergi pasar borong. Memborong segala barang dapur untuk beberapa minggu. Hehe... tengah pada membeli tu, kami merancang nak masak apa dengan bahan2 yang dibeli tu. Tiba-tiba saya terfikir nak buat tenggiri grill untuk malam. Kami pun gagah mencari ikan tenggiri paling murah kat pasar borong serta bahan-bahannya sekali. Pergh, memang excitedlah wei.

Sampai balik rumah, dah siap kemas barang dapur. Masukkan ke dalam tempat sepatutnya, terus kami memulakan program masakan kami. Nak tau apa resepi simple yang saya buat.

Bahan-bahannya

Brokoli
Carrot
Cili cina (yg bentuk mcm buah tu. ada warna kuning, merah, hijau)
Ikan tenggiri (ikutlah nak berapa ketul)
Minyak olive oil (minyak zaiton)
Pati ayam / garam (ikut suka korang nak letak apa)
Lada hitam.
Lemon
Jagung

Cara-cara nak buat
1. Perapkan ikan tenggiri dengan pati ayam/garam, lada hitam dan lemon selama 5 minit.

2. Potong carrot, brokoli dan cili cina tu ikut suka hati nak macam mana. Pastu campurkan pati ayam sikit serta lada hitam. Gaulkan rata.

3. Then panaskan pemanggang. Masukkan minyak olive oil (minyak zaiton) sikit.
4. Kemudian masukkan carrot dulu, masak sampai lembut, then angkat. Kemudian masukkan brokoli pulak, masak sampai lembut, then angkat. Kemudian masak cili cina pulak, masak sampai lembut, then angkat.
5. Dah siap part sayur, bakar ikan tenggiri pulak. Make sure letak minyak olive oil sikit, then baru masukkan ikan tenggiri. Bakar hingga betul2 masak. Kalau boleh balik-balikkanlah. Nanti hangus pulak. hehe...
6. Sambil tu, kukuslah jagung serta rebus kentang serentak. Macam mana saya buat serentak? Saya letak kentang 4 biji dalam air kukus bawah dan jagung sy letak dalam tempat kukus atas. Tunggulah sampai jagung naik bau. Then kalau jagung masak dulu, tak apa just angkat je. Continue rebus kentang sampai lembut. heeee....
7. Untuk jagung, saya buat macam resepi jagung kukus yang pernah saya share kat SINI.
8. Untuk kentang pulak, saya tak letak apa-apa perisa tapi kalau nak sedap, letak garam sikit pun boleh. heee...
9. Dah siap semua, bolehlah hidang.

Ni hidangan untuk saya.

Yang ni hidangan untuk suami.

Ini resepi saya yang paling simple dah mudah sebab nak cepat dah lewat malam.
Kalau nak betul2 remeh punya resepi boleh goole kat tempat lain. 
Ada macam-macam cara boleh buat. Hehehe...

Resepi : Kuih Kaswi (favorite pak wan)

Assalamualaikum,

Korang suka tak kuih kaswi? Saya mula-mula tak suka tapi disebabkan kuih tu kuih fav suami, terus jadi suka. Itu pun kena pandai masaknya. Saya tak suka kuih kaswi letak telur dan kapur. Mmg tak makan der. Rupanya suami pun tak suka ada telur dan kapur. Saya mula suka kuih kaswi sejak rasa yang arwah mak mertua buatkan. Serius, seloyang boleh habis berdua. Haha... memang sedap. So, sekarang arwah dah tak ada, kita orang kena belajar buat sendiri.

Saya pun google la resepinya. Ingatkan susah sangatlah buatnya, rupanya senang gila. Suami pun pergilah beli bahan-bahan untuk buat kuih kaswi. Simple sangat bahan2nya.

Bahan-bahan (satu loyang)

1 cawan gula melaka
1 cawan gula pasir
7 cawan air
2 cawan tepun gandum
1 cawan tepung sagu

Cara-cara

1. Gula mera, gula pasir dan bersama 3 cawan air di masak sehingga mendidih.
2. Tepung sagu dan tepung gandum disatukan di dalam satu bekas bersama 4 cawan air di kacau rata.
3. Campurkan tepung yang telah dikacau rata ke dalam gula yang telah dimasak tadi, kacau sebati.
4. Untuk elakkan adunan lembik, masak sedikit adunan tadi di atas api. Kacau hingga adunan menjadi pekat.
5. Masuk ke dalam loyang dan kukus sehingga masak.
6. Apabila sudah masak, masukkan ke dalam fridge bagi sejuk, potong dan digaul kan dengan kelapa putih yang telah digaul dengan sedikit garam.

Comot sikit, sebab belum sejuk betul dah tak sabar nak makan. Haha...
SIAP!

Resepi : Sotong Sumbat Pulut

Assalamualaikum,

Siapa pernah makan sotong sumbat pulut? Hehe, sedap tau. Ni tahun lepas punya cerita. Sebenarnya mula-mula saya tak berapa suka sangat sotong sumbat ni tapi bila makcik yg buatkan terus jatuh cinta. Tak langsung saya pun try buat sendiri dan dah teror. Itu pun upon request by hubby lah. Kalau buat saje-saje memang taklah.

Hari tu dia teringin sangat, so saya pun prepared bahan. Sanggup dia pergi belikan. Saya cuma masak je dan dia makan. Hehe... Kali pertama buat sotong sumbat, pulut tak masak... Muahaha... kali kedua buat, menjadi tapi ada gak yg tak masak pulutnya dalam sekor sotong. Huhu... try and error. Kali ke tiga masak, baji jadi sepenuhnya. Encik suami kata sebijik cam makcik yg masak hehehe...

BERJAYA akhirnya. Jom tengok apa bahan-bahannya.

Bahan-bahannya

10 ekor sotong besar (dibersihkan)
2 cawan pulut (dibasuh bersih dan ditapis)
1 biji kelapa, santan
1 sudu cili giling
2 biji bawang
2 ulas bawang putih
garam secukup rasa
lidi untuk cucuk
minyak

Cara-caranya

1. Ambil sotong dan diisi dengan pulut. Isi suku je tau jangan penuh.
2. Masukkan pulut pada semua sotong. Kemudian masukkan kepala sotong ke dalam badannya semula dan cucuk dengan lidi supaya tidak tertanggal.
3. Panaskan minyak dalam periuk.
4. Kemudian masukkan bawang besar, bawang putih dan tumis hingga bau naik.
5. Kemudian masukkan cili giling dan santan serta di tambah dengan sedikit garam. *Saya masukkan air setengah cawan utk bagi kuah banyak.
6. Kemudian masuk sotong dalam santan tadi. Masak sehingga pulut kembang di dalam sotong.
7. Setelah masak, hidangkan ke dalam pinggan.



Resepi : Meatball Homemade

Assalamualaikum,

Saya teringin betul buat meatball sendiri. Pertamanya sebab zulaikha suka makan. Kalau beli spegati kat pizza hut mesti dia bedal meatball dulu. So, dari beli kat luar yang dah tentu dapat sikit, lebih baik saya buat sendiri. Puas hati dapat banyak. Ni saya buat dengan style saya sendiri. Mungkin lain orang, lain caranya sebab saya guna dengan bahan apa yang ada kat rumah je.

Kebetulan masa tu ada daging cincang lebih, hasil dari masa buat spegati hari tu. Apa lagi, buat jelah meatball. Dari terperap dalam frezer, lebih baik saya buat sesuatu dengan daging tu. Lagi pun tak elok daging dibiar lama walaupun kata expired lama lagi. Hehehe... jom tengok apa bahannya.

Bahan-bahan (Ni boleh dapat dalam 25-30 biji)

1 paket daging cincang ramly
1 biji telur dipukul, 1 biji telur lagi standby untuk celup masa goreng
1 biji bawang potong dadu (ditumis)
Garam dan serbuk lada hitam
Pati ayam (klu suka)
Minyak untuk menguli

Cara-caranya

1. Tumis bawang dan angkat
2. Campurkan semua bahan tadi termasuk dengan bawang yg ditumis tadi.
3. Tangan make sure letak minyak sekali supaya mudah untuk bentukkan bebola.
4. Bebola tu celup dengan telur dan goreng macam biasa.
5. Dah siap then makan dengan sos black paper
6. Selamat mencuba

*Resepi ni akan diperbaiki lagi dengan bahan2 lain. Hehe.. ni try and error je sebab tak cukup bahan.

Sama tak? Haha.. rupa memang sama tapi rasa tak sama sebab bahan tak cukup



Resepi : Jagung Kukus

Assalamualaikum

Baru-baru ni saya teringin nak makan jagung kukus buat sendiri. So belilah barangnya kat tesco. Yang tak bestnya barang tesco memanjang habis. Kalau tau, beli kat Giant je. Huhu... bebalik pada cerita, nak buat jagung kukus ni simple je. Rasanya semua orang tau buatkan? Cuma yang susahnya jagung dibuat dari air tangan abah sendiri. Hahaha... Tak sangka baru cakap, tengok2 dah ada atas dapur duk kukus. Lepas tu tau-tau je dah siap.
Malangnya tak cukup hanya sepaket. Sepaket lagi saya simpan dalam frezer kat rumah sendiri sebab nak buat untuk suami. Kalau nak pergi semula ke tesco memang berchentalahkan. So, hasil-hasil yang simple tu saya akan share dengan korang kat sini.

Jagung Kukus Version Abah

1 paket jagung sejuk beku
2 sudu mentega
2 sudu gula (ikut ler korang nak manis mcm mana)
Secubit Garam
Lada putih (ikut ler korang nak pedas mana)

Cara-cara membuatnya

1. Kukus jagung dalam 30 minit.
2. Bila dah masak, masuk jagung dalam bekas.
3. Gaulkan jagung tadi dengan mentega, gula, garam dan lada putih
4. Siap dihidang untuk makan

Jagung Kukus Version Abah =)

Resepi : Kek Coklat Kukus Moist

Assalamualaikum,

Yg ni saya kukus dan nampak lembab2 gitu.
Nampak perbezaan. Kukus lagi sedap dari bakar.
Kalau bakar, dia jadi keras dan kering.

Hari tu suami saya teringin sangat nak makan kek coklat moist buatan saya sendiri. Dia tak mo saya beli kat orang lain. So, nak tak nak, saya kena gaklah belajarkan. Tapi seronok jugak dapat belajar buat kek ni. Next time bolehlah saya buat kek birthday Zulaikha sendiri.

So, hari ni saya nak share cara nak buat kek coklat moist version saya. Cara tak jauh beza pun. Ikut sukat macam biasa. Tak pernah-pernah saya buat. Ini adalah kali pertama saya mencuba atas permintaan suami. Huhu seronok juga try and error ni. Cuma sy tak ambik step by step gambar cara buat tu.

BAHAN-BAHAN
3 biji terlu saiz besar
1 tin susu cair
1 cawan serbuk koko (di ayak)
2 cawan tepung gandum (di ayak)
1 cawan gula kastor
1 1/2 butter ATAU boleh guna minyak jagung
1 sudu teh baking powder (di ayak sekali dengan tepung)
1 sudu teh soda bikarbonat (di ayak sekali dengan tepung)

CARA MEMBUATNYA.
1. Masukkan butter dalam periuk, cairkan dan gunakan api yang sederhana.
2. Masukkan susu cari, kacau sebati
3. Masukkan gula kastor, kacau lagi
4. Masukkan esen vanila
*Kacau semua sekali sampai sebati dan tutup api.
5. Sementara tu, ambil bekas lain pukul pulak telur ayam tadi sampai berbuih.
6. Tuangkan sikit demi sikit ke dalam adunan tadi, kacau sebati
7. Kemudian baru masukkan bahan-bahan yang di ayak tadi (tepung + serbuk koko + soda bikarbonat + baking powder)
8. Masuk sikit demi sikit, gaul sampai semua adunan sebati. (Jangan masuk sekali gus tkt berketul2)
9. Ambil loyang grisskan loyang dengan butter supaya nanti tak melekat. Kemudian baru masukkan bancuhan tadi ke dalam loyang paras separuh dari loyang sebab nanti dah kukus kek ni naik tinggi.
10. Tutup dengan aluminium foil untuk elak kek terkena titisan air dari pengukus.
11. Kukus kek sampai masak dalam satu jam dengan api yang sederhana.
12. Sebelum kukus tu kena panaskan dulu sebelum masukkan adunan kek tadi tau.

TOPPING KEK
1.Coklat bar
2. Susu cair

Cara-cara:
*Cairkan coklat campur dengan susu cair, bancuh atas api.
*Dah siap baru letak atas kek tadi.
*Taburkan coklat rice
*SIAP!

Yg ni terpaksa bakar sebab pengukus tak muat utk masukkan loyang ni.
So, kek jadi keras sikit tapi tetap sedap sebab adunan dia sama.

SO, SELAMAT MENCUBA

Resepi : Kentang Lenyek

Assalamualaikum,

Last weekend saya ada buatkan kentang lenyek untuk Zulaikha. Dia teringin sangat nak makan, so saya terfikir nak buat sendiri instead of saya beli kat KFC. Kat KFC je harga dah RM5 large size punya. So dari membazir, baik saya buat satu periuk. Dapat jugaklah mama dan ayah dia merasa tumpang sekaki. Teringin jugak nak makan kentang lenyek buatan sendiri. Saya try and errorlah sambil tengok resepi kat pakcik google.

Sesungguhnya saya pun tak sangka resepinya sangat senang gilerzzz. Jadi saya buat ikut bahan apa yang ada kat rumah jelah. Hehe...

Resepi Kentang Lenyek

Bahan-Bahan
- 8 biji kentang
- 2 sudu besar majerin
- 2 sudu besar mayonis
- sedikit black papper
- garam

Cara-Cara
- Kupas kulit kentang. Potong dadu.
- Rebus sehingga empuk.
- Toskan
- Masukkan bahan2 tadi.
- Kemudian lenyekkan hingga lembut dan gebu.

Jadilah macam gini.

Resepi Sos Kentang Lenyek

Bahan-bahannya
*Memandangkan masa tu tak cukup bahan untuk buat sos, so saya guna apa yang ada je.

- 2 cawan air.
- 1 sudu serbuk pati ayam/kiub ayam
- 40 gm mentega
- 50gm tepung gandung - bancuh dgn sedikit air
- 1 sudu besar sos tiram
- sedikit serbuk lada hitam
- kicap pekat - saya letak kicap manis je

Cara-caranya
1. Bancuh tepung gandum dengan air.
2. Masukkan mentega, sos tiram dan kicap. (Kicap ni bergantung pada kehitaman yg korang nak)
3. Kacau hingga sebati. Kemudian masukkan black pepper.
4. Kecilkan api.
5. Ambil tepung yg dah dibancuh tadi dan tapiskan untuk mengelakkan berketul2. Masukkan ke dalam periuk sos tadi dan kacau perlahan. Masaklah ikut pekat mana yg disukai.
6. Curahkan ke atas kentang putar.

Jadilah macam gini

So, siapa nak buat sendiri bolehlah tiru resepi ni.
SELAMAT MENCUBA
(^^,)


Resepi : Bergedil Daging

Assalamualaikum,

Saya percaya mesti u all pernah buat bergedil sebelum ni. Tak kiralah korang pernah buat ke tak pernah tp sy tetap nak share jugak sbb ni resepi sy. Lain org, lain cita rasa. Ngeee... Sy punya sangat simple dan sekejap je buatnya.Jom kita tengok cara2nya.

Bergedil versi daging burger

Resepi Bergedil

Bahan-bahannya
1 ikat daun sup
10 biji kentang
1 bungkus Daging burger
1 sudu Lada hitam
Garam secukup rasa
2 biji telur

Cara-cara nak buat
1. Rebus kentang dulu sampai betul2 empuk
2. Potong/cincang daun sup jadi halus
3. Daging burger tu kasi lenyek sampai lumat


4. Kemudian campurkan daun sup, daging burger, kentang empuk, sedikit garam dan lada hitam tadi bersama. Gaulkan sampai rata.

5. Bila adunan dah rata, mulakan acuan seperti gambar di bawah ini.


6. Dah siapkan acuan bulat leper tu, kemudian pecahkan telur pulak. Celupkan bergedil tadi ke dalam telur dan terus gorengkan dia sampai garing tapi jangan hangus pulak ya. Hehe..

TAADDDAAA!!! Inilah hasilnya selepas goreng.

Sy lebihkan daging dan tak letak tepung langsung. Sy lebih suka resepi ni berbanding resepi yang ada di luar sana yang rasa kentang semata-mata. So, puas hati makan! Ngeee...

So, selamat mencuba! 



Resepi : Ayam Percik

Assalamualaikum,

Kali ni saya nak share macam mana cara masak ayam percik. Bagi siapa yang dah biasa masak tu tak apa, diam2 je. Ni nak share pada siapa yang tak tau. Macam mana saya boleh terfikir nak masak ayam percik sendiri? Ceritanya gini, pada satu hari yang hening, di waktu nak dekat2 berbuka puasa, tiba-tiba saya dapat request from my hubby supaya masakkan ayam percik. Entah apa mimpi gaknya dia terliur kot tgk makanan2 kat dlm TV. Mula2 sy terpinga-pinga jugaklah sebab tak pernah masakkan? Siap buat alasan lagi kata bahan2 tak ada. Yg bestnya dia cakap "Tak apa! Abang sanggup pergi cari bahan2 dia kat kedai. Ayang google je resepinya." Cewah, kalau dah mengidam sakan tu, sanggup buat apa sahaja.

Sekali sy pun google dan dapatlah tau resepinya macam mana cara nak masak ayam percik. Jujur cakap, senang gila rupanya nak masak. Nak tau apa resepinya?

1/2  Ayam mentah
8 Biji bawang putih
2 Biji bawang besar
7 Hiris halia
6 Batang serai
2 Asam keping
1 Sudu kecil halba
3 Sudu besar cili boh
1 Kotak santan pekat

Resepi di atas tu saya agak2 je masak untuk sebelah ayam. Nanti pepandailah kome adjust resepi hehe... Okay lepas tu apa nak buat?

Cara-cara nak masak

1. Mula-mula kome basuh dulu ayam tu, lepas tu salutkan dengan serbuk kunyit dan garam sikit je. Jangan telak banyak beno nanti kang berpinau pening darah tinggi sebab kuah percik pun nak letak garam jugak. So jadinya macam gini.

2. Lepas dah salut kunyit dan garam sikit, kome pangganglah ayam tu kat atas pemanggang. Macam sy ni ada pemanggang ajaib. Tang mana ajaib pun sy tak tau. Hehe... Yg sy tau masak je atas tu. Kome kalau tak de pemanggang jangan pulak rasa terpaksa gi beli pemanggang tu, kome panggang atas pan biasa pun boleh cuma takut melekat jelah. Huhu... So, jadinya macam gini bila di panggang...


3. Sedang kome memanggang ayam tu, jangan lupa blandkan 3 batang serai, halia, bawang putih dan bawang besar tu. Nanti kang lambat siap pulak huhu...



Nak tengok apa jadi dengan ayam sy setelah di panggang? Pergh! Masa ni dia punya bau naik sampai jiran belakang pun boleh tegur tau tak? ngehehe...


4. Kemudian, kome tumiskan bahan yang dibland tadi ke dalam kuali. Macam sya guna pemanggang ajaib tu balik sebab space dapur tak muat der nak letak kuali ngan pemanggang ni. Nak masak lauk lain lagi muehehe...

Tengok tu dah menggelegak tumisan saya. Masa ni bau dia naik satu rumah.

5. Dah tumis, dah nampak agak dah masak sikit tu, kome masukkan santan kotak kecik pulak dan warnanya bertukar jadi begini. Yang buat sedap tu sebenarnya santan dia. Pergh!


6. Lepas dah letak santan, kome agak2 dah nampak menggelegak tu, kome masukkan pula bahan seperti, cili boh, 3 batang serai lagi dah siap ketuk, asam keping dan halba ke dalam tumisan tadi. Kemudian letak garam secukup rasa.


7. Gaulkan di atas api sehingga cilinya benar2 masak dan sebati. Kang kalau tak masak, kome sakit perut pulak. Masa ni tumisan tadi akan bertukar menjadi kuning ke orenan. 
So bila dah bertukar warna tu, kome masukkan pulak ayam panggang tadi ke dalam tumisan seperti dibawah ni dan gaulkan ia hingga sebati pada ayam tu.

Inilah rupanya. Nyum! Nyum!

8. Dah siap! Inilah hasilnya setelah siap di masak untuk berbuka.


So, senang tak nak masak ayam percik? Senangkan? Hehe so bolehlah try masa berbuka nanti ya.

Selamat mencuba!

Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia