Ruang Iklan Untuk Disewa

Resepi : Jagung Kukus

Assalamualaikum

Baru-baru ni saya teringin nak makan jagung kukus buat sendiri. So belilah barangnya kat tesco. Yang tak bestnya barang tesco memanjang habis. Kalau tau, beli kat Giant je. Huhu... bebalik pada cerita, nak buat jagung kukus ni simple je. Rasanya semua orang tau buatkan? Cuma yang susahnya jagung dibuat dari air tangan abah sendiri. Hahaha... Tak sangka baru cakap, tengok2 dah ada atas dapur duk kukus. Lepas tu tau-tau je dah siap.
Malangnya tak cukup hanya sepaket. Sepaket lagi saya simpan dalam frezer kat rumah sendiri sebab nak buat untuk suami. Kalau nak pergi semula ke tesco memang berchentalahkan. So, hasil-hasil yang simple tu saya akan share dengan korang kat sini.

Jagung Kukus Version Abah

1 paket jagung sejuk beku
2 sudu mentega
2 sudu gula (ikut ler korang nak manis mcm mana)
Secubit Garam
Lada putih (ikut ler korang nak pedas mana)

Cara-cara membuatnya

1. Kukus jagung dalam 30 minit.
2. Bila dah masak, masuk jagung dalam bekas.
3. Gaulkan jagung tadi dengan mentega, gula, garam dan lada putih
4. Siap dihidang untuk makan

Jagung Kukus Version Abah =)

Bersangka Baik pada Allah s.w.t


Kalau korang ada masalah yang menimpa, cubalah ingat kata-kata ni, in sha Allah hati korang mesti tenang dan bersih dari segala prasangka buruk. Malah lebih disayangi Allah.

Steambot Time at Office (Friday Lunch Hour)

Assalamualaikum,

Jumaat hari yang sangat panjang rehatnya. Ada sorang member ni teringin benar nak makan steambot beramai-ramai kat office time lunch hour yang panjang itu. Mak buyung katakan, semua dia teringin. Hehe... kami layan je. Seronok makan ramai-ramai ni. Yang sebenarnya dia nak merasmikan periuk steambot yang dia dapat hadiah masa malam gliterz bollywood hari tu. Kami pun tumpanglah sekakikan.

So, nak dijadikan cerita, kami pun merancang beramai-ramai untuk kongsi beli bahan sorang sikit untuk buat steambot tu. Saya cuma bawak mee sanggul 2 paket, penapis dan senduk. Dia orang yang lain beli bahan2 untuk direbus. Tak sangka banyak tangan yang membeli boleh dapat banyak giler hasilnya dan dapat jamu satu office makan. MashaAllah... ini namanya rezeki. Memang puas kami makan dari tengah hari sampai ke petang. Kalau tengok petang tu semua dah jadi macam ular sawa. Hahaha... penangan steambot ala-ala Joneys gitu.


Ini adalah suku bahan yang kami sediakan. Suku je wei, banyak lagi tak bukak dalam plastik. Kami akan bukak bila ada lagi permintaan yang utk mereka.

Taaadaaaa... dah siap untuk di makan. Banyak tak bahan yang kita orang masukkan? Memang mengenyangkan wei...

p/s : Masa ni korang baca, steambot ni dah selamat dalam perut kami. Actually, bagus buat makan-makan macam ni. Dapat meningkatkan ukhwah sesama rakan sekerja. Cewah!

Undangan Ke Minggu Penulisan Remaja 2014


Undangan Ke Minggu Penulis Remaja 2014

Tarikh : 22 - 27 Mac 2014
Tempat : Akan dimaklumkan

Peserta berusia 17 - 21 tahun
Pernah menghasilkan karya kreatif dalam mana-mana media cetak di Malaysia seperti sajak, cerpen, esei dan lain-lain

Mohd Jusoh bin Majid
No. Telefon : 03-21479216
E-mel : jusoh@dbp.gov.my

Muat turun : borang penyertaan

Solat Selepas Haid: Perkara yang Di pandang Ringan

Pengetahuan Islam kepada sesiapa yang bernama wanita ISLAM!!!

Kebanyakkan perempuan/wanita/Muslimah (wanita Islam) tak berapa perasan ATAU lebih malang lagi jika memang tak tahu menahu akan perkara ini... Ilmu Fekah, khususnya BAB HAID yang berkaitan dengan diri wanita itu sendiri amat kurang dikuasai atau difahami secara menyeluruh oleh kebanyakan wanita Islam...kenapa hal ini boleh terjadi?? Amat susah untuk mencari seorang guru/ustazah yang betul-betul pakar dalam bab 'Orang-orang Perempuan ini' kecuali terpaksa@mesti dirujuk kepada lelaki/ustaz-ustaz yang bernama LELAKI jugak...(saya rasa ramai yang bersetuju dengan pandangan saya).

Contohnya yang paling simple; bila ditanya kepada kebanyakan wanita Islam, "Adakah wajib bagi seorang wanita Islam menqhada'kan solat mereka yang ditinggalkan ketika haid?" Pastinya kita akan mendengar jawapan daripada kebanyakan mereka mengatakan: "Alaa...itu soalan mudah jee..bila 'datang period' maka solat tu tak perlu qadha, yang perlu qadha hanya puasa je. Itulah yang kami belajar sejak mula-mula 'bergelar wanita' dulu."

Jika dibuat pantauan nescaya jawapan seperti di ataslah yang akan kita jumpa... Sebenarnya TAK SEBEGITU MUDAH bagi seorang muslimah nak meninggalkan solat mereka walaupun dirinya didatangi haid!!! sekalipun. Hal ini boleh dirujuk di dalam kitab Ihya' Ulumuddin karangan Hujjatul Islam Imam al-Ghazali yang masyhur.

Kitab yang padanya ada ilmu yang berkaitan Tasawuf dan padanya juga perbahasan Fiqh yang luas, inilah bukti kehebatan ulama' terdahulu..

Dalam BAB TIGA :

" Fi Adab Mua'sharah Wama Yujzi Fi Dawamun Nikah..." perkara YANG KETUJUH disebut dengan jelas dalam kitab tersebut : PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN HAID: Penjelasan (bayan) terhadap solat yang perlu diqadha bagi perempuan yang didatangi haid :-

1. Jika perempuan dalam keadaan haid mendapati darah haid itu berhenti (dengan melihatnya) sebelum masuknya waktu Maghrib, kira-kira sempat dia solat Asar sebanyak satu rakaat, maka baginya wajib qadha solat Zohor dan Asar.

2. Jika perempuan mendapati darah haidnya kering sebelum masuknya waktu Subuh, kira-kira sempat baginya solat Isya' sebanyak satu rakaat, maka wajib baginya qadha solat Maghrib dan Isya'. " Dan hal ini (qadha solat yang ditinggalkan semasa haid) adalah sekurang-kurang perkara yang wajib diketahui oleh setiap wanita Islam" (Imam al-Ghazali).

HURAIAN MASALAH :-

1. Kenapa perlu diqadha solat Asar dan Zohor?

- Kerana perempuan itu hanya menyedari keringnya haid masih dalam waktu Asar, maka baginya wajib solat Asar (selepas mandi hadas).

2. Kenapa pula solat Zohor juga perlu diqadha sama?

- Kerana di dalam hukum menjama' (menghimpun solat bagi orang musafir) solat Asar boleh dijama' dan diqosarkan bersama solat Zohor.

- Kerana kecuaian wanita itu sendiri (dari melihat haidnya kering atau tidak), boleh jadi haidnya sudah kering dalam waktu Zohor lagi, langkah Ihtiyat ( menjaga hukum) maka perempuan itu juga perlu mengqhada solat Zohor.

3. Dalam perkara solat Subuh pun sama :- Perempuan itu hanya menyedari darah haidnya kering, sebelum masuk waktu subuh, kira-kira sempat solat Isya' satu rakaat (selepas mandi hadas) maka wajib baginya solat Isya' sebab darahnya kering masih dalam waktu Isya'.

- Solat Isya' juga boleh dijama' (bagi musafir) dengan solat Maghrib, maka baginya juga perlu diqadha solat Maghrib.

- Di atas kecuaiannya (tidak betul-betul melihat darahnya kering atau tidak dalam setiap waktu solat) maka boleh jadi darahnya sudah kering dalam waktu Maghrib lagi (sebab proses keringnya darah itu berlaku secara perlahan-lahan, mungkin perempuan itu hanya menyedarinya dalam waktu Subuh, hakikatnya proses pengeringan itu sudah lama berlaku).

- Maka langkah ihtiyat (menjaga hukum) maka adalah bagi perempuan itu perlu diqadha juga solat Maghribnya.

Sila rujuk : Kitab Ihya' Ulumuddin (Jilid ke 2) cetakan Darul Nahwan Nil / Darul Haram Lil Turath, Kaherah.
Diharapkan tulisan ini memberi kesedaran kepada seluruh yang bergelar Muslimah untuk lebih mendalami diri mereka dengan ilmu 'Fiqhul Nisa' ini yang berkaitan dengan diri mereka sendiri!!!

ok, ni dalam mazhab imam Ghazali..kalau sesiapa yg tau perlu tak kita ganti dua waktu sekaligus sebab kita pakai mazhab shafie kan? .tapi ada satu lagi benda...kat bawah ni :

Lagi satu, jika haid datang dalam waktu solat sedangkan wanita itu masih belum menunai kan solat, solat tersebut perlu di Qada'...Contohnya, wanita tu menyedari datangnya haid dalam waktu zoho (kira2 dalam pukul 3 camtu) sedangkan wanita tersebut masih belum menunaikan solat zohor..Makanya soat zohor tersebut perlulah di Qada' kan sebab tinggalnya solat itu adalah atas kelalaian wanita itu sendiri...

selalu lalai pasal...sebab tu..sembahyang diawal waktu sangatlah dituntut....

Wallahuwa'lam.

TOLONG SEBARKAN KEPADA ORANG LAIN DEMI SAHAM AKHIRAT ANDA !!! ^^^

Sumber : http://ishy77.blogspot.com

Jualan Gudang Diskaun (Book Expo)

Assalamualaikum,

Saya ni pantang dengar ada jualan gudang sampai 80%. 
Mak aih, kalau boleh nak borong semua buku. Tapi itulah, jangan ikut nafsu. Kalau ikut nafsu inilah padahnya. Dah terbeli dengan banyaknya. Ini saya dah sukat duit nak beli apa. Kalau tak sukat, agaknya satu expo ku borong haha. FYI saya tak sempat belum baca lagi semua buku2 ni. Korang bayangkanlah, sy beli bulan 10, 2013 dan sekarang dah masuk bulan 1, 2014. So, bila nak start baca ni wei? Nak review novel ni pun tak sempat.




P/s: ada tak antara novel ni yang korang semua dah baca? Kalau ada, bolehlah share dgn saya. =)


Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia