Menu Tab

Cabaran 30 Hari Entry : Day 4 : Buku kegemaran KM

Assalamualaikum korang!

Haaaa... cabaran kali ni KM nak share apa buku kegemaran KM.
Korang taukan yang KM ni kaki buku dan of cozlah KM suka buku novel dan motivasi.
Penuh satu rak buku tau KM kumpul dari sekolah menengah.
Nak ambik gambo tunjuk kat korang pun segan sebab semak samun dah suasana di situ haha.

Ok, KM cerita buku pertama yang mula-mula menarik perhatian KM dulu.
Korang pernah baca buku novel siri YOYO?
Siapa yang lahir tahun 80an - 70an mungkin pernah baca kot.


creadit to malaynovelclearance 

Kalau korang nak tau, buku siri YOYO ni adalah buku pertama yang KM baca.
Masa mula-mula keluaran dulu, cetakan dia bukan macam gambar di atas ni tau.
Cetakan pertama dia macam gambar 3 buku di bawah ni.
Fuh, nak daptkan 3 buah ni, sanggup ikat perut tau.
Walaupun harganya RM10 satu buku.


Keluaran pertama dia cetak satu buku satu chapter.
Contoh macam gambar yang KM snap ni.
Sempat jugak KM beli cetakan pecahan ni sebelum dia cetak cover baru.
Tapi tajuk chapter dia bersepah-sepahlah.
Macam tak terusun jalan cerita.
Okeh, misi mencari novel siri YOYO di teruskan dan terjumpalah cetakan terbaru yang satu buku digabungkan sekali 3 chapter.


Yang ni KM dapat beli tajuk "Dah kata dah!" dan "Jealous la pulak!"
Lagi dua tajuk buku tak sempat beli dan cetakkan dihentikan.

KM tertunggu-tunggu jugaklah kot2 ada cetakkan baru, rupanya publisher dah stop pengeluaran sebab penulisnya dah pergi meninggalkan kita ke alam abadi pada tahun 2012 kalau tak silap.
Jadinya, novel siri YOYO ni tergantung dan tiada penghujungnya. huhu.


Okeh, novel ke dua dan pertama membuatkan KM meleleh air mata adalah novel Jendela Hati, Aisya Sofea.



KM sempat beli Jendela hati cover cetakan lama dulu.
Simpan lagi ko sampai sekarang.
Kalau ulang baca balik buku ni, memang KM akan nangis huhu.



Okeh, siapa yang tak tau, ni nak bagi tau cover baru novel Jendelah Hati yang KM cakap best tu.
Siapa belum beli boleh beli, baca sendiri dan hayati.
Hahaha.. akak ni menjiwai watak tau.
Sebab tu sememe sikit.
Korang ingat tak yang KM pernah cerita kat korang di entry versatile award tu.
Alaaaa.. yang pasal KM tersendu menangis baca novel Jendela Hati kat atas katil sambil hadap dinding tu. Sampaikan kawan KM ingat yang KM menangis sebab gado dengan pakwan. Padahal tengah menjiwai watak masa tu, hahaha!
Itulah penangan novel Jendelah Hati ya.
Tak caya try baca.

Okeh, itu je KM nak share.
Fuh! Alhamdulillah... sempat jugak sampai ke day 4.
Lepas ni KM dah perah otak untuk day 5 yang agak mencabar.
Agak-agak apa pesanan penaja KM pada bekas kekasih KM ya?
Hahaha!
K bye!

#‎kelabbloggerbenashaari‬
‪#‎cabaran30hari‬
‪#‎harike4


HARI 1 : Gambar Terbaru KM & 5 Fakta Tentang KM
HARI 2 : Cara Memenangi Hati KM
HARI 3 : Apa Yang Menguatkan KM

Cabaran 30 Hari Entry : Day 3 : Apa Yang Menguatkan KM?

Assalamualaikum korang!

Hari ni KM sambung lagi cabarang seterusnya.
Siapa yang belum baca cabaran 1 dan cabaran 2 KM, boleh baca kat bawah ni ya.
Sempoi je, tak stressed pun baca.


Okeh, kita sambung lagi ya.
Apa perkara yang memberikan kekuatan pada KM?

1. Allah s.w.t
Setiap masa, ketika KM senang atau pun susah, memang Allah yang menjadi kekuatan utama KM. Kat sini memang bunyi macam poyo tapi hakikatnya ya. Satu masa dulu KM pernah 'jatuh' sekejap. Masa tu Allah nak uji iman KM. Tapi KM tau, setiap ujian yang Allah bagi tu sebenarnya akan mendekatkan diri KM padaNYA sentiasa.

2. Abah dan Mak
Seriously, kalau tak ada mak abah, tak taulah macam mana jiwa KM. Even dah kahwin pun sanggup ajak mak abah duduk dekat. Siap beli rumah sebiji kat sepang ni. Janji mak abah dekat dengan KM. Senang KM nak jenguk tiap-tiap minggu. Kalau ada masalah, pada mak abahlah yang KM rujuk sebab mereka lebih makan garam tentang kehidupan.

3. Anak
Buat masa ni cakap anaklah sebab baru sorangkan. Kalau ada dua tiga orang, baru jadi anak-anak hihi. Zulaikha adalah the only sorang nyawa jantung hati KM buat masa ni. (Doa-doakan Zulaikha dapat adik ya ngeee...) KM perlu kuat untuk besarkan Zulaikha. Bila pandang wajah kecil si kecik tu waktu tidur, rasa tenang je jiwa KM.

4. Suami a.k.a pakwan
Pakwan adalah peneman hidup KM. Susah senang, jatuh bangun semua kami harungi bersama. Seriously, kalau tak ada pakwan, mati kutu jugak dibuatnya waktu hidup tengah goyah. Now kami bangkit sama-sama dan berdepan segala cabaran bersama. Pakwanlah sumber semangat KM selamanya.

Okeh, itu je untuk day 3.
Yes! Dah nak sampai day 4 dah.
Hari ni jugak KM siapkan untuk day 4.
Kalau sanggup, korang tunggulah malam karang ya.
Cabaran day 4 KM publish sebelah malam.

Nak kena perah otak lagi ni.
K bye!

#kelabbloggerbenashaari
#cabaran30hari
#harike3

Cabaran 30 Hari Entry : Day 2 : 5 Cara Memenangi Hati KM

Assalamualaikum korang!

Okeh, cabaran pertama dah pun KM lalui dan kini masuklah cabaran kedua pulak.
Siapa yang belum baca cabaran pertama, boleh click sini --> CABARAN 1
Jom sambung cerita untuk cabaran ke dua pulak.

5 Cara Memenangi Hati KM


1. Sentiasa ada bila waktu KM memerlukan. Contoh kalau KM tengah susah hati ke, tengah happy ke, tak kiralah apa saja, KM perlukan kawan untuk berkongsi cerita.



2. Jangan timbulkan kata-kata yang kurang senang bila bercakap. Contohnya jangan nak sindir-sindir, jangan nak kutuk-kutuk tahap melampau. Setakat bergurau tu KM boleh terima lagi tapi jangan sindir dan mengutuk. Memang KM ignore dia macam tak pernah wujud dalam hidup haha!



3. Belanja ke pesta buku. Haaa... ni pun salah satu terapi hati KM. Boleh sejuk hati KM ni bila pandang buku-buku. Macam pakwan, memang dia tau hobi KM. So, dia biarkan je KM survey buku berapa lama yang KM suka. Anak dia pegang kejap. Bila nak membayo, haaa hambik ko sebakul KM bawak. hahaha!





4. Bawak jenjalan tepi pantai. KM suka lepak tepi pantai. Bagi KM pantai adalah tempat paling best untuk bertenang. Sebab tu pakwan suka ajak balik Penyabung Johor. Sebab dia tau, KM suka pantai hihihi!



5. Berfikiran positif dan rasional. Contohnya bila KM ada masalah, KM suka bila seseorang tu cuba berfikiran positif dan rasional dalam menyelesaikan masalah. Bukan kondem atau menambah masalah KM yang sedia ada. Orang pattern tak menyelesaikan masalah ni memang KM tak cari dah lepas tu. Hihi!

Okeh, itu je sharing untuk day 2.
Lepas ni tunggu cabaran day 3 pulak ya.
Maraton baca lagi.
K bye!


#kelabbloggerbenashaari
#cabaran30hari
#harike2

HARI 1 : Gambar Terbaru KM & 5 Fakta Tentang KM

Cabaran 30 Hari Entry : Day 1 : Gambar Terbaru Anda & 5 Fakta Tentang Diri Anda

Assalamualaikum korang!

KM baru nak mulakan cabaran 30 hari entry ni.
Dengarnya segmen ni macam dah tamat ya?
Tapi tak apa, nak ikut macam mamaniza juga, nak inteprem sahut cabaran ni.
Aduhai, kena marathon 3 entri ni hari ni kalau dapatlah.
Gigih ko akak kena buat hahaha.

Okeh, mari kita mulakan.
Gambar KM paling terkini masa balik kampung hari tu.
Tapi kalau nak juga gambar yang paling fresh, KM selfie sendiri kat office.
Ni baru betul2 terkini punya gambo hahaha.


Hari ni KM pakai kuning keemasan.
Tudung tu baru beli tau.
*Eh! Eh! Tak tanya pon haha!*
Ok finnnneee..

Sambung balik.
5 Fakta tentang diri KM

1. KM seorang yang tegas. Maklumlah anak sulung memang poyo sikit ketegasannya.
2. KM tak suka di arah. Jangan nak paksa-paksa KM buat sesuatu. Kalau KM nak buat, KM buat.
3. KM suka membaca terutama baca novel dan buku motivasi.
4. KM ni nampak je sombong tapi peramah orangnya. Dalam peramah, tak mudah pulak KM nak rapat dengan seseorang kecuali dah kenal hati budi. Bab ni kalau nak tau, kena kenal dengan KM dulu.
5. Kalau KM dah tersentap dengan seseorang, KM akan ignore orang tu, buat macam dia tak pernah wujud dalam sekeliling KM. Kira abaikan terus. Lantak dialah dengan hidup dia. Tak nak semakkan kepala. Haha!

Okeh, itu je untuk day 1.
Ya ampun, aku kena marathon lagi 3 hari wei.
Kena perah otak lagi ni.
K bye!

#kelabbloggerbenashaari
#cabaran30hari
#harike1