Menu Tab

Cabaran 30 Hari Entry : Day 1 : Gambar Terbaru Anda & 5 Fakta Tentang Diri Anda

Assalamualaikum korang!

KM baru nak mulakan cabaran 30 hari entry ni.
Dengarnya segmen ni macam dah tamat ya?
Tapi tak apa, nak ikut macam mamaniza juga, nak inteprem sahut cabaran ni.
Aduhai, kena marathon 3 entri ni hari ni kalau dapatlah.
Gigih ko akak kena buat hahaha.

Okeh, mari kita mulakan.
Gambar KM paling terkini masa balik kampung hari tu.
Tapi kalau nak juga gambar yang paling fresh, KM selfie sendiri kat office.
Ni baru betul2 terkini punya gambo hahaha.


Hari ni KM pakai kuning keemasan.
Tudung tu baru beli tau.
*Eh! Eh! Tak tanya pon haha!*
Ok finnnneee..

Sambung balik.
5 Fakta tentang diri KM

1. KM seorang yang tegas. Maklumlah anak sulung memang poyo sikit ketegasannya.
2. KM tak suka di arah. Jangan nak paksa-paksa KM buat sesuatu. Kalau KM nak buat, KM buat.
3. KM suka membaca terutama baca novel dan buku motivasi.
4. KM ni nampak je sombong tapi peramah orangnya. Dalam peramah, tak mudah pulak KM nak rapat dengan seseorang kecuali dah kenal hati budi. Bab ni kalau nak tau, kena kenal dengan KM dulu.
5. Kalau KM dah tersentap dengan seseorang, KM akan ignore orang tu, buat macam dia tak pernah wujud dalam sekeliling KM. Kira abaikan terus. Lantak dialah dengan hidup dia. Tak nak semakkan kepala. Haha!

Okeh, itu je untuk day 1.
Ya ampun, aku kena marathon lagi 3 hari wei.
Kena perah otak lagi ni.
K bye!

#kelabbloggerbenashaari
#cabaran30hari
#harike1

16 comments:

  1. Wah, , kuning gitu..
    Bertabahlah kak KM.ni baru hari ke 3, ada 27 hari lagi

    ReplyDelete
  2. kak KM semua 5 tu same dengan anis.. kite geng.. :)

    ReplyDelete
  3. anak sulung..samalah kita kak..hehe..semoga berjaya kak KM.. :-)

    ReplyDelete
  4. Hehe. Nama pun karya mahirah. Opcos la kaki novel ye dok?,hehe. Ayu pun menjoinkan diri gak segmen ni.

    ReplyDelete
  5. Gud luck.... sama lah... baru nak start! :)

    ReplyDelete
  6. i is teringin jumpa KM tau...haha klu ada rezeki ku ke salak tinggi akan ku roger dirimu. kalau ada rezeki mu ke shah alam, silalah roger diriku. ececehh...kemon KM u can do it..baru hari ke4

    ReplyDelete
  7. hahaha sme la kite anak sulong n tak suka diarah -,-

    ReplyDelete
  8. Hehehe. Lawa kak km. Berseri-seri. Hehehe. :)

    ReplyDelete
  9. salam KM , baru nampak wajah KM sebenar dlm blog..entah la sebelum ni tak sempat nak membelek ..ehh ! sori haha. Peramah yes.. sy suka.

    Salam kenal KM :)

    ReplyDelete
  10. Selamat menyahut challenge 30 hari, KM!

    ReplyDelete
  11. wow bungaaaa sekuntum itu. iols suka hihihiks.

    ReplyDelete
  12. KM ni comel lah.
    Sama muka anak buah saya kalau ikut gambar ni.

    ReplyDelete
  13. akak KM, kita semua sama :D

    saya pun x suka diarah. kalau diarah juga, memang saya buat muka, xley nak fake dah. 8-)

    wewitt, comelnya orang tu . XP

    ReplyDelete
  14. dah tersentap jgn la ignore macam tu saja. maafkanlah dia k.

    ReplyDelete

1. Kome boleh comment apa saja but no ugly words please. Sedap sikit mata orang lain membacanya.
2. Sebarang comment berunsur iklan, politik dan lucah TAK dibenarkan tau kat sini. No! No! No!
3. Kalau nak letak sebarang link, kome boleh guna coding ni ya: < a href="LINK BLOG">NAMA BLOG< /a>
4. KM tak bertanggungjawab tau ke atas sebarang komen yang kome bagi kat sini. Jadi sila jaga tata cara penulisan kome.(^^,)
5. Don't naughty-naughty kat sini ya, cubit kang.
~Itu je nak cakap, ok bye!~