Ruang Iklan Untuk Disewa
Tips memilih kaca mata
Pemakaian cermin mata kini bukanlah hanya sebagai langkah pencegahan untuk melindungi mata dariapada sinaran cahaya matahari, malah ia sememangnya menjadi trend buat masa kini.
Anda mahu berfesyen dengan trend kaca mata yang tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas ini? Boleh saja, tetapi sebelum itu mari lihat tips memilih kaca mata yang sesuai dengan bentuk wajah anda.
Wajah bujur sirih
Wajah jenis ini memang beruntung kerana semua jenis kaca mata akan tampil menarik jika digayakan. Kaca mata berbingkai kecil daripada wajah memang sangat sesuai untuk kamu. Jangan lupa kaca mata tersebut mesti bersesuaian dengan panjang dan lebar wajah anda. Ada yang memiliki wajah berbentuk bujur namun bermuka kecil. Jadi, anda akan kelihatan aneh jika memakai kacamata yang berbingkai besar dan lebar.
Wajah panjang
Pilihan kaca mata yang mempunyai bingkai yang boleh menutup bahagian tengah wajah dapat membantu meminimakan bentuk wajah panjang anda. Selain itu, kaca mata segi empat yang berbingkai tebal boleh membuat wajah anda tidak kelihatan terlalu panjang.
Wajah bulat
Bingkai kaca mata berbentuk lebar adalah pilihan yang tepat buat anda. Pilihan warna gelap seperti hitam juga mampu menutup muka anda yang bulat itu. Pilihan kaca mata segi empat juga boleh menyamarkan wajah bulat tersebut
Wajah Empat Segi
Pemakaian kaca mata bingkai melengkung pasti tampak menarik untuk bentuk wajah seperti ini. Posisi pemegang bingkai yang diletak tinggi daripada bahagian tulang pipi boleh mengurangkan kelebaran wajah anda.
Wajah Bentuk Hati
Mempunyai wajah berbentuk hati seperti aktor "Johnny Depp" ialah orang yang berdahi lebar dan mengecil di bahagian dagu. Untuk wajah seperti ini, kaca mata tidak berbingkai, kaca mata berbentuk segi empat dan bentuk kaca mata bujur yang mempunyai lensa memanjang ke bawah mampu menyamarkan tulang pipi.
Wajah Tiga Segi
Wajah segi tiga memiliki dahi yang sempit dan melebar pada bahagian rahang dan pipi. Kaca mata dengan bingkau yang tebal dan lebar boleh menyeimbangkan bentuk muka anda di bahagian atas dengan bawah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments
thanks for the information. tapi ape boleh buat. dah beli cermin mata T^T dah la tak sesuai. ish ish
tak apa, ada duit lebih nanti buat satu lagi... akak sekurang2nya ada 2 standby. Anak akak suka main... huhu