MashaAllah... lama betul saya tak buka blog ni. Dekat 3 tahun, sejak mengandungkan Uzair. Perasaan untuk berblogging tu terus hilang. Tak boleh pandang langsung blog ni. Perasaan tu datang kejap bila Uzair lahir, lepas tu terus lenyap balik sampai sekarang ni. Entahlah, ambil masa nak tarik minat menulis blog.
Jadi hari ni, saya kembali buka blog yang dah bersarang ni. Dah banyak yang patut kena ubah. Setting iklan semua jahanam. Saya akan mula dari bawah semula. Kenapa anda yang masih lagi jenguk blog ni, terima kasih banyak-banyak. Lepas ni inshaAllah saya kan mula bersiaran seboleh mungkin.
Sejak setahun lepas saya dah mula aktif menulis. Alhamdulillah siap pun. Apa pun wish me luck dalam bidang ni. Dah lama minat sejak sekolah. Dah tua ni baru berpeluang, haha.. okay guys, out dulu. Nanti sambung lagi...😘
Ruang Iklan Untuk Disewa
Sticker Collections
Assalamualaikum,
Tengoklah apa yang KM dah rembat kat DIY. Siapa macam KM suka sangat kumpul sticker macam ni? KM beli sebenarnya untuk planner. Saja nak meriahkan planner. Selain tu sebenarnya, cantik! 😍

Macam-macamlah beli. 🙆 Sticker ni sebenarnya main peranan dalam emosi kita masa menulis. Kalau jalan kisah kita hari tu ada suka duka, tampallah apa yang ada kat sticker tu yang menunjukkan emosi kita.

Biasanya sticker ni KM suka letak dalam diari. Suka meluah perasaan kat situ. Kalau baca balik, boleh buat buku kisah hiduplah hahaha.


Okeh, buku ni sebenarnya kisah Zulaikha. Banyak stiker KM tampal dalam ni. Tapi sekarang dah tak sempat nak tulis kisah anak. Fokus menulis buku sampai blog pun terabai. Apatah lagi nak tulis kisah anak kan? So, bila terluang je baru tulis. 😆
Okaylah, itu je nak share. Betullah orang kata kalau masuk DIY tu berhantu. Benda yang merepek pun kita boleh beli haha...
Malaysian Woman Marathon
Assalamualaikum, hari ni baru habiskan 10km run untuk larian MWM. Pertama kali dalam sejarah kita pilih 10km. Semput jugak nyawa. Actually bukan 10km. Hampir 12km.
Ini pun hasutan dari kawan² yang kata KM boleh, yeah. Alhamdulillah, selesai dengan jayanya walaupun dah hujung cut of time 😜

Member KM ni join run 21km. Hebatkan? Dia ni coach Nilai.


Bayangkan KM follow member KM yang 21km tu kena bangun sebelum subuh. Haaa aku pulak menunggu flag off yang pukul 7am tu lambat gila.
Seriously memang meriah. Buat mat shah alam. Tempat jatuh lagi di kenang. Masa ni KM dah ready nak flag off.
4km more to go
2km more to go caiyok
1km more to go! KM boleh haha!
Sampai kat finish line terus di kasi bunga. Medal mana medal? Kita nak medal bukan bunga huhu
Dah sampai finish line, barulah jumpa gang²office yang join.
Kami berempat je.
Medal dia cantik beb.
Ni antara yang ada dalam goodie bag. Best!
Nampak tak hampir 1000cal burn 😜
Almost 12km berlari. HUHU...
🤭 Pecah rekod 18 ribu step sehari.
Itu sahaja nak share.
BYE.
Hiking Bukit Melati
Assalamualaikum, KM baru balik dari hiking. Fuh, puas hati dapat memanjat. Susah tau nak cari masa terluang. Kena deal dengan pakwan. Dia waktu weekend kena kerja. Nak bawa si kakak dengan adik memamg tak beranilah kalau naik sendiri. Kena ada ayah depa baru KM berani.

Okay, nak ceritanya Bukit Melati ni paling mencabar bagi KM kalau buat trail run. Turun naik macam ular laluan dia. Mengah wei. View dari atas sangat indah.

Dari bawah dah nampak matahari. Cantik sangat.

KM naik Bukit Melati ni bergrouping. Coach Tebu yang lead. Ada member naik ramai² seronoklah.

KM biasa naik 3 bukit je mampu. Itu pun dah cungap2. Nak naik bukit silalah bawa air dan makanan yang mencukupi. Kalau tak ada makanan pun, standbyla gula² atau coklat. Biasa KM bawa coklat atau apple. Air sudah tentu

KM bersama member office. Serious cantik view dari atas ni.


Total 5720 step utk 3 bukit tu. Berbaloi KM naik. Jom naik Bukit Melati. 😉
Surprise Dari Pak Wan dan Si Kakak
Assalamualaikum,
Masa birthday saya tahun lepas, dapatlah kejutan dari anak dan suami.
Semuanya idea si kakak. Pak Wan sponsor kek red velvet.
Dia tau kita ni duk sebut2 dah lama tak makan red velvet.
Sekali dibelinya kek birthday kita.
Thanks sayang.



Kakak siap bagi kad lagi.

Kek dia memang sedap. Puas makan. hehe.. Rasa-rasa tahun ni dua beranak tu nak beri kejutan apa? KM teringin carrot cake. 😂🎂🥕
Kita tungu jelah ya, ok bye!
Medal Collections For Year 2017
Assalamualaikum, KM suka tengok medal collection ni. Puas hati masuk tahun 2017. Itu pun setelah di pujuk dek kengkawan office suruh join fun run. Ni pun join ikut masa terluang. KM kena tengok masa pakwan. Kalau tak, lari kat rumah jelah 😂


Subscribe to:
Posts (Atom)



















