Ruang Iklan Untuk Disewa

Hiking Bukit Melati

Assalamualaikum, KM baru balik dari hiking. Fuh, puas hati dapat memanjat. Susah tau nak cari masa terluang. Kena deal dengan pakwan. Dia waktu weekend kena kerja. Nak bawa si kakak dengan adik memamg tak beranilah kalau naik sendiri. Kena ada ayah depa baru KM berani. 


Okay, nak ceritanya Bukit Melati ni paling mencabar bagi KM kalau buat trail run. Turun naik macam ular laluan dia. Mengah wei. View dari atas sangat indah. 


Dari bawah dah nampak matahari. Cantik sangat. 


KM naik Bukit Melati ni bergrouping. Coach Tebu yang lead. Ada member naik ramai²  seronoklah. 


KM biasa naik 3 bukit je mampu. Itu pun dah cungap2. Nak naik bukit silalah bawa air dan makanan yang mencukupi. Kalau tak ada makanan pun, standbyla gula² atau coklat. Biasa KM bawa coklat atau apple. Air sudah tentu 


KM bersama member office. Serious cantik view dari atas ni. 




Total 5720 step utk 3 bukit tu. Berbaloi KM naik. Jom naik Bukit Melati. 😉

Surprise Dari Pak Wan dan Si Kakak

Assalamualaikum,

Masa birthday saya tahun lepas, dapatlah kejutan dari anak dan suami. 
Semuanya idea si kakak. Pak Wan sponsor kek red velvet.
Dia tau kita ni duk sebut2 dah lama tak makan red velvet.
Sekali dibelinya kek birthday kita.

Thanks sayang.





Kakak siap bagi kad lagi.


Kek dia memang sedap. Puas makan. hehe.. Rasa-rasa tahun ni dua beranak tu nak beri kejutan apa? KM teringin carrot cake. 😂🎂🥕
Kita tungu jelah ya, ok bye! 

Medal Collections For Year 2017

Assalamualaikum, KM suka tengok medal collection ni. Puas hati masuk tahun 2017. Itu pun setelah di pujuk dek kengkawan office suruh join fun run. Ni pun join ikut masa terluang. KM kena tengok masa pakwan. Kalau tak, lari kat rumah jelah 😂



Putrajaya Pink October Run 2017

Assalamualaikum, Wow pinknya putrajaya, nama pun pinktober run kan? 😍 Kali ni KM join sis linda. Ambik 5km je. Untuk fun. 


Masa ni zumba tengah on. Baru sampai finish line. KM Tengok jelah, tak larat join zumba. 


Banyak booth buka time ni. 


Moh selfie kejap. 😜


Lari jangan tka berlari. View cuaca sangat cantik time ni. 



Mari kita selfie lagi. KM kalau join fun run ni banyak berposing je. Menikmati keindahan sekeliking hehe 😜


Inilah medal pinktober run. Cantikkan? 😍

Ok la tu je nak share. 

Vitamin Untuk Uzair


Assalamualaikum

U olls nampak tak ubat-ubatan di atas tu? Semua ubat tu adalah vitamin untuk Uzair yang dibekalkan oleh pihak hospital since dia di NICU lagi. Banyakkan? Tapi itulah bekalan vitamin yang akan meningkatkan zat2 yang tak sempat develop semasa dalam kandungan.

Uzair lahir pramatang. Kelahiran awal dia menyebabkan dia kekurangan darah dan juga kekurangan zat besi. Since lahir HB dia low. Dan dia pernah kena transfuse 1 bag darah disebabkan dia kurang darah. KM ingat lagi masa dalam pantang, cemas rasa bila dapat panggilan dari pihak hospital nak minta sample darah.

Warna kuning tu appeton untuk tambahkan selera makan dia. Memandangkan dia lahir dengan berat 1.18kg, doctor bekalkan appeton untuk tambahkan selera makan dia. Jujur sejak dia makan Appeton lepas keluar dari NICU, dia sangat kerap menyusu. Setiap dua jam dia minta susu 3oz. Yang mama ni bersemangatlah memerah susu.

 Ubat hitam tu untuk tambah darah. Masa usia dia 3 bulan setelah keluar dari NICU, doctor masih bekalkan ubat tambah darah ni untuk Uzair sehingga usia setahun. Everytime checkup di HPJ, doctor akan ambil sample darah untuk check. Kesian kalau dengar dia melalak. Tapi hati mama ni dah kering dengar dia nangis kena cucuk ambik darah. Masa mula2 bersalin dulu je duk bergenang mata tengok dia dalam incubator dengan penuh wayar. Lepas tu dah lali dah.

Sekarang Uzair dah 1 tahun 4 bulan. Semua ubat dah off. Appeton kena beli sendiri kat kedai farmasi. So far tak risau bab makan dia sebab dia sentiasa lapar. Yalah anak lelaki. Semoga Uzair membesar dengan sihat hendaknya.


Blog Sudah Lama Bersarang

Assalamualaikum semua!!!

KM kembali jenguk blog. Alahai kesian tgk bila dah lama tak update. Sampai uzair dah berjalan haaa. 😂😂 Nak kongsi cerita dari awal tahun pun rasa jenuh jugak nak recall dalam kepala.

Terima kasih rakan blogger yg masih ingat KM. Bukan tak mau jenguk, cuma tak berkesempatan. Lagi plak sekarang uzair dah pandai mengacau. Memang ligat lah nak bersilat.

Sepanjang tahun byk suka duka kecil yg jadi tapi tak sempat nak share. Antaranya handphone rosak 2 kali. Dukacita betul rasa hati bila duit kena keluar lagi.😂

Hari ni saya warming up dulu ya. Bila2 free saya update. Guna phone i rasatk puasnak menulis panjang2. Jari ni gebu sangat sampai typo je memanjang.

Ok you all jumpa lagi!!!🙋

Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia