Ruang Iklan Untuk Disewa

Jangan Tak Tau 4 Tahun Pun Belajar Jugak...


Suspen je bunyi haha.
Apa yang budak 4 tahun belajar tu?
Yang sebenarnya Zulaikha dah terima buku hijau yang ke dua.
Yang mana fasa ni adalah fasa membaca.
Alhamdulillah... cikgu cakap Zulaikha ni cepat tangkap apa yang cikgu ajar.
So, memang senanglah nak di ajar sebab dia mudah faham.
Kalau tak, macam mana dia boleh bawak balik cerita pasal MH17 terhempas pada aku baru-baru ni.
Kome bayangkan budak 4 tahun bercerita pasal MH17 crashed?
Mau tak terkejut beruk mak dia ni dengar pasal berita tu dari mulut dia?

Okay, sambung lagi.
Macam biasalah setiap kali balik sekolah Zulaikha mesti nak tunjuk sesuatu kat mak dia ni.
So, aku pun melayanlah sekejap sebelum pergi mandi.

"Mama! Mama! Kita dapat buku hijau baru. Cikgu bagi tadi. Cikgu cakap kita dah pandai baca."

Memang layan jelah dia bercerita keterujaan dia pandai membaca.
Aku tau fasa ni agak susah bagi dia sebab masih keliru.
Tapi aku tau dan yakin dia boleh sebab dia memang suka mencuba.
Aku pun tengoklah sehelai demi sehelai sampailah terjumpa satu tajuk pada muka surat 44 ni.
Puisi cinta ko... terkejut mak ni tengok... anak dara mak kena baca puisi cinta?
Nasib baik anak dara mak ni tak paham lagi apa ertinya cinta itu.
Kalau tak, mau jenuh jugak mak nak jawab bila berdas-das soalan ditanya.

Tapi kalau korang baca puisi cinta ni, korang mesti fahamkan maksudnya?
Puisi ni lebih jurus pada cintakan Allah s.w.t
Kalau korang tak faham jugak, korang bacalah banyak kali sampai faham.
Haha.. aku sekali baca pun dah faham. =)
Cuma bila Zulaikha suruh aku baca, memang tak daya aku nak mendeklamasikan sajak di atas.
Kang, belum sempat aku baca sajak tu aku dah gelak banyak haaaa...
Sejak azali lagi mak memang failed baca sajak.
Sekian.


Apa Nak Buat Dengan 2 Voucher Lazada Dan 1 Voucher Zalora?


Okay, KM tengah pening ni.
KM ada 2 voucher Lazada dan 1 voucher Zalora.
Masalahnya KM malas nak purchase apa-apa dah untuk bulan julai dan august.
KM rasa dah tak ada barang yang penting KM nak beli.
Pak Wan pun dah tegur KM, kata asyik purchase online je kojenya.
Terpisat-pisat jugaklah bila dah kena perlikan?
So, laki mak dah tegur tu, bawak-bawaklah berhenti membeli online ya mahirah.

Yang kelakonya dah banyak kali cobaan membeli di Lazada dan Zalora ni tapi tak pernah berjaya melepasi tahap bayaran hahaha.
Sebabnya setiap kali KM terjah web site Lazada dan Zalora tu, mesti terngiang-ngiang teguran Pak Wan kat telinga KM ni.
Dah siap masuk code voucher lagi tu then terfikir-fikir balik pesanan berhantunya then cencel balik tak jadi nak purchase.
Sudahnya tersadailah voucher-voucher sekalian ni.
Tarikh tamat voucher ni pada 31 August.
Kalau tak digunakan, akan diburn macam tu je dengan pandangan sia-sia.
Setiap barang yang kita beli dpt tolak RM30, sangat jimat.
So, kalau ada 3 voucher maknanya RM90lah jimatkan?

Dalam kepala ni kata nak buat GA.
Kalau nak buat GA kena buat sepantas kilat.
By 1 ogos je voucher code kena dedahkan pada pemenang.
Aish! Banyak kerja nih. Nantilah fikirkan balik.
Ok bye!

Mari Belajar Bahasa Jawa

Ehem-ehem... siapa kat sini orang jawa? Sila mengaku ya hahaha...
Aku bukan orang jawa tapi Pak Wan orang jawa melayu.
Macam mana aku boleh terpikat dengan si jawa ni panjang ceritanya.
Dulu aku tak berkenan dengan orang jawa sebab banyak adat.
Tapi betullah kata orang, yang tak berkenan tulah esok yang kita dapat.
Sekali memang betul kata ko, aku terkahwin dengan orang jawa.
Haaaaa... cakap lagi tak berkenankan, last-last kahwin jugak dengan orang jawa.
Alhamdulillah.

Aku ingat lagi ada sorang kawan aku ni. 
Dia ni seorang lelaki dan kahwin dengan perempuan yang berketurunan jawa.
Kawan aku ni suka menyakat dan ejek dialeg percakapan orang.
Tak kiralah, kedah ke, N9 ke, jawa ke, bajau ke, kelantan ke, memang dia suka sangat ejek orang.
Satu hari tu, dia mengajuklah cara orang jawa bercakap sambil tak toleh kiri kanan yang masa tu mak mertua dia ada.
Haaaa.. hambik ko, sekali orang tua tu dengar terus pandang tajam dan tegur...

"Yang kau ni apa masalah kau dengan orang jawa?!"

Haaaa.. otai masih berbisa!
Tersentut dia sekejap lepas kena tengur dengan mak mertua. 
Haha! Tak ngagak-ngagak nak mengejek orang.
Lepas kejadian tu tak ejek dah depan mertua sebab takut tersentut macam tadi.
Padan muka dia!

Okay, habis cerita kat situ.
Jom aku ajar sikit bahasa jawa kat korang.


siji-1 loro-2 telu-3 papat-4 limo-5 nenem-6 pitu-7 wolu-8 songo-9 sepoloh-10 
Mangan - makan 
Ngombe/medang -minum 
Turu - tido 
tangi - bangun 
Kelon - peluk 
Dablek - tak
Dengar cakap 
Lungo - pergi 
Kangen - rindu 
Ambong - cium 
Nyong- saya 
Riko - anda/awak/sedara/sedari(bahasa hormat) 
Kuwe -anda/awak/sedara/sedari(bahasa kasar) 
Dulur - sanak saudara
Arek - hendak 
Ngendi - mana 
Merono - kesana 
Merene - kesini
Kabare - apa kabar 
Waras - sihat 
Edan/gemblong - gila/biol 
Seko- dari 
Iki - ini 
Gembluk - anjing 
Celeng - babi 
Sumuk - bengang atau setaraf dengannya 
Sopo - sapa 
Cepak - dekat 
Adoh - jauh
Klimis - tiptop kot 
Wong - orang 
Adus - mandi 
Yok - jom 
Emboh -entah 
Akeh/okeh/kebek - banyak ngilindur - ngigau
Piro - berapa
Wes - sudah 
Ngiseng - buang air besar 
Abang - warne merah
Ngumah - rumah 
Wedok - pompuan 
Lanang - laki 
Bocah - budak
Gedi - besar 
Tuek - tua 
Konco/bater - kawan/sahabat alon2 -pelan2 
Kapok/kawus - padan muka 
Nom - muda 
Ono - ada 
Rondo - janda 
Ngisor - bawah 
Duwur - atas 
Ngarep - depan 
Buri -belakang bokong/
Silit - bontot 
Orak - tidak 
Iyok - betul 
Sikel -kaki 
Usil - tak reti dok diam 
Dolan2 - jalan2 
Ngapusi/ngapos -tipu/menipu munggah - naik 
Meduk - turun 
Jikok - amik 
Getak ke'- letakkan 
Lungo disek - pergi dulu 
Jaman biyek - zaman dulu
Dengklang - kaki terencot2 
Tibo - jatuh 
Kepiye - macam mana
Ciwek - kuat nangis 
Ngences - keluar air liur time tido nyeret -isap dadah 
Ngerten - baik 
Mabor - terbang 
Ketek - monyet 
Manok- burung 
Untu - gigimu 
Mumet - pening 
Endas - kepala 
Banter -laju kot 
Lindek - lambat 
Medi - hantu 
Ngapuro - maaf 
Isuk - pagi
Sore - petang 
Bengi - malam 
Kabeh - semua 
Paman- pakcik 
Bibik- makcik 
Babat - Perut Lembu
Bajing - Tupai
Gurem/Kemerki/Catak - Kutu Ngelih - Lapar 
Keseret - Tercekik
Ngelak - Dahaga 
Udel - Pusat 
Sedolor - Sedara 
Nyonyot - Sedut
Banyu - Air 
Ciblon - Mandi Beramai2 
Keset - Malas 
Sangu -Wang Belanja 
Tembelek - Tahi Ayam 
Godong - Daun 
Gori - Buah Nangka 
Iwak - Ikan 
Bambung - Kumbang 
Iwak Kotok - IkanHaruan 
Iwak Lele - Ikan Keli 
Tinjeng - Pepatung 
Ngompol -kencing malam

Amacam? Senang ingat tak?
Haha! Aku yang dekat 7 tahun kahwin dengan orang jawa pun tak hafal-hafal lagi kok.
Inikan pulak nak bercakap jawa? Memang ke laut lerkan.
Okaylah, itu je nak share.
Sekian



Simple 3R Giveaway By Iezwa Razk


Simple 3R Giveaway By Iezwa Razk

[KLIK BANNER UNTUK JOIN]

HADIAH-HADIAH AWESOME :-
TOPUP RM 5 - 6 PEMENANG
TOPUP RM 10 - 2 PEMENANG
PASHMINA - 3 PEMENANG
**Hadiah akan ditambah sekiranya penyertaan melebihi 100 peserta**

Tarikh Tamat :- 01.08.2014

Zulaikha Minat Membaca Dan Menulis? Ikut Siapa Tu?


Setiap hari lepas balik sekolah je mesti Zulaikha cakap kat aku...

"Mama, cikgu Shima suruh kita baca buku hijau ni. Kalau kita tak baca, nanti cikgu Shima marah."

Ooo.. cakap cikgu dia dengar, cakap mama ngan ayah, buat tengin je.
Korang taulah, budak kalau dengan cikgu dia memang dengar cakap tapi kalau dengan kita dia main-main.
Bukan tak dengar cakap, dia mungkin dengar tapi dia tak seriouslah.
So, aku bila dengar dia nak belajar tu suruhlah dia guna meja tulis aku tu untuk dia belajar.
Yang penting botol susu tak tinggal ya. Memang sentiasa kena ada kat sebelah. 

Apa yang aku perasan selama ni, Zulaikha ada satu minat ke arah membaca dan menulis tau.
Waktu bila aku perasan? 
Sejak dia sekolah ni asal aku balik kerja je terus dia siapkan kerja sekolah yang cikgu bagi tanpa di suruh.
Dia akan siapkan semua termasuklah buku yang cikgu suruh dia baca tu then bila dah siap barulah dia nak main ke, nak tidur ke, nak makan ke, atau apa sajalah.
Itulah rutin dia seharian tapi kalau satu hari tu tiba-tiba tak namapk dia pengang buku, haaaa yang tu kena tanya, ada kerja sekolah atau tak.
Biasanya kalau macam tu tak ada kerja sekolah atau pun dia terlupa.

Pergh! Sebiji copy paste perangai aku habaq hang sebab aku memang suka menulis dan membaca.
Bagus! Bagus! Biar dia ikut hobi mak dia ni, jangan ikut hobi ayah dia tu, giler memancing kojenye.
Setakat ni bukan aku sorang je yang nampak, mak tok dan tok abah dia pun nampak jugak.
Even Pak Wan sendiri pun sedar yang anak dia ni kaki membaca dan menulis haha.

I support youlah sayang!
Nanti mama ada gang nak menulis!
(~_^)

Sekian.

Pantai Pasir Lanun Penyabong Johor


Haaaa... baru hari ni aku dapat upload semua gambar-gambar kat Pantai Pasir Lanun
Korang tau, aku biasa lepak sini belah petang sebab nak tengok air pasang.
Tapi kali ni aku ajak Pak Wan pagi selepas subuh terjah ke pantai yang mana tak dak sapa lagi ko kat situ.
Yang bestnya tengok jam pukul 7 am terus aku herat laki aku dan anak aku pergi ke sana.
Air dia dah mula surut tapi boleh lagi kalau nak mandi.
Aku siapkan Zulaikha pakai pakaian renang dia siap-siap dan terus masuk kereta.


Ha, masa aku duduk dalam kereta tu suami aku pun belek aku atas bawah.
Kemudian dia senyum kambing dan bertanya...

"Ayang, awak pergi pakai macam ni je ke?"

Aku blur sambil membelek diri. 
Apa pulak yang tak kenanya? Nak mandi laut je kot, takkan nak bermakeup bagai. Nak jumpa siapa kat sana? haha..
Korang tau, aku gi pantai tu pakai baju tido je.
Memang tak salin baju der sebab tau bila dah kena air sure basahkan?
Kata nak mandi laut? Haha...

"Dah, tak payah banyak tanya, jalan je. Bukan kita nak pergi beraya. Kita nak pergi laut je. Wat mende pergi laut pakai lawo-lawo?"

Pak Wan akur dan terus mulakan perjalanan yang ambil masa 15 minit ke pantai itu.
Sampai je kat sana, kita orang tengok suasana sunyi dan sepi.
Memanglah, baru pukul 8pg kot, orang semua tengah ngorok lagi!
Yang aku bengang tu tempat bilas tuk mandi pun tutop?!
Cis! Kempunan aku nak mandi!
Cuma Zulaikha je boleh, sebab on the way ke situ Pak Wan belikan air mineral 1.5 liter memang ngam-ngam untuk siram badan budak tu je.
Stress mak ni tau!





Ni aku dengan masih berbaju tido.
Haaaa nak cerita pasal si Zulaikha ni, sangatlah kelako kalau ingat balik bila pertama kali dia tengok ombak laut yang menderu-deru gitu.
Kalau ikut aku pon seriu jugak nengok sbb ombaknya ganas dari biasa.
Pak Wan tarik dia pergi ke laut, tau dia cakap apa kat ayah dia.

"Ayah!!! Janganlah pergi ke laut tu nanti kita kena gigit ikan!!! Kita takutlah ayah!!!"

Aku punya gelaklah dengar dia cakap takut kena gigit ikan.
Takut kena gigit dengan ikan duyung ya nak? haha...
Kita orang suka menyakat dia. Saja nak bagi dia berani dengan gigi air.
Kalau tidak, penakut nauzibillah. haha..



Korang tengoklah kepoyoan Pak Wan tu.
Dia kalo aku suruh posing baru nak posing, kalau tak macam tiang je berdiri tak ada gaya apa.
Haha... dia tu ikutkan gatal je nak terjun laut tapi kenangkan toilet tutup nak mandi tak boleh, langsung tak jadi nak terjun member tu.


Gigi air dia pun cantik wei... kalau toilet bukak, aku dah duduk dkat bawah tu terus.
Zulaikha jadi takut sebab mak pak dia tak main air sekali.
Kalau mak pak dia main air sekali, dia tak adalah takut.



Haaaa macam nilah lagak si Zulaikha, mampu duduk je ye.
Tak berani langsung rendam muka ngan kepala.
Kalau kat bagan lalang tu bukan main posing meniarap lagi kat laut.
Kalau kat sini, ombak baru pukul badan dia sikit dah menjerit macam kena histeria.
Tak pasal-pasal pak dia kena berdiri kat belakang tu jadi body guard.




Tengah duduk2 kat tepi batu tiba-tiba nampak ketam kecik, snap terus!



Aku suka gambar ni sebab macam poskad pulak hehe.


Kat batu2 tu pun boleh lepak tapikan kena hati-hati sikit sebab batu2 kat situ tajam2.
Berapa kali aku asyik "aouch! aouch! je"


Last gambar.
Untuk pengetahuan korang ni bukan gambar homestay mahu pun rumah peranginan.
Ini adalah sejenis tempat di mana korang boleh membilas dan mandi yang aku cakap tutup tu.
Stress aku tengok papan notis yang tergantung tu.
Pantai dah cantik dah, siap ada tempat makan lagi.
Sekali tempat mandi berkunci. 

Shengal! Shangat!
Ok bye.

Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia