Payahnya nak update blog skang ni. Tak berkesempatan langsung nak karang2. Banyak cerita sebenarnya tapi hai entah bila nak update kongsi cerita hehe.
Ruang Iklan Untuk Disewa
Sebulan Kemarau Lepas Sebulan Kemudian Musim Bunga

Subhanallah, itu yang saya boleh ucapkan bila tengok rerumput rumah mak saya sudah kembali menghijau dan segar bila disiram hujan. Malah, pokok bunga jiran pun semakin subur berbunga. Bukan setakat pokok bunga kertas je, pokok yang macam kat kedah utara yang banyak bunga tu pun penuh rimbun dengan bunga. Rasa macam duduk luar negara je. Alhamdulillah... Allah uji kita dengan kemarau dan sekarang Allah beri nikmat hujan yang lebat untuk basahkan bumi.

Ingat lagi masa ni rumput yang dulunya hijau jadi kering kontang. Sedihnya. tengok pokok bunga kertas kat atas tu tinggal ranting je. Memang sadis melihatnya. Ni kalau terbaling putung rokok, mau terbakar. Nauzubillah... Masa nilah baru terfikir yang air amat penting bagi kita. Kalau tak, tumbuhan tak subur menghijau.

Sebulan ke dua bulan kemudian, tanah mula jadi hijau semula. Tanah mula jadi lembab dan basah. Kalau korang tengok, tempat longgokan sampah tu tetap tempat yang sama hahaha. Itu pun kalau bakar, memang tak menyala sbb tengah lembab dan basah. Alangkah nikmatnya Allah berikan hujan dan kembalikan kesuburan tanah dan rumput.

Tengoklah, langsung tak ada rumput. Semua kekeringan dan kecoklatan. Ranting2 semua jatuh bertaburan kat jalan. Masa nilah yang jerubu tebal. Yang mana Allah bagi dugaan pada kita semua.
Now, alhamdulillah, cantik tak pokok bunga kertas yg dulunya tinggal ranting dan sekarang subur jadi merak. Pokok yg dulu jadi daun kering now dah jadi subur menghijau.
Moral Of The Story
Hargailah kenikmatan yang Allah bagi sepanjang menumpang di bumi Allah ni.
Bila Allah nak tarik balik, sekelip mata je Allah boleh hilangkan dari kita semua.
OAT Choco Chocolate
Assalamualaikum,
Pagi ni nikmatnya dapat makan OAT Choco ni. First time nampak. Member bawak dari kelantan. RM9 jer. Kalau kat tempat kita ni ada yang RM14-RM18.
Di sebabkan nak sgt OAT ni, sy pun mula google. Rata2 harga RM15 huhu, mahal jugak ya. Belum masuk kos pos lagi. Kalau dah masuk kos pos jadi RM22. Pergh, pengsan dengar. Tu baru dapat satu.
Nak di jadikan cerita, sy pun muat naik gambar chocolate ni kat IG. Terus dpt wassup dari kakak ipar yg kata kwn dia ada jual RM11 jer. Wah.. Pucuk di cita, hari ni jugak kumpul order. Petang ni dia pergi ambil kat kawan dia. Kumpul order dari kawan2 dapatlah jugak 11 bungkus.
So tunggu jelah bungkusan sampai. Oat ni bagus untuk org yg nak memgawal diet. Lepas ni daku makan ni jelah untuk kenyangkan perut. hehe
MH370 : Ustaz Darul Manzil Mimpi Lagi (Mimpi Ni Kejadian Sebelum Berlakunya Kejadian Dlm Mimpi Pertama)
Mimpi MH370 – Petunjuk Ke-2: Back to the Past(Baca Sahaja…. Percaya Jangan… Hanya Mainan Tidur…)
Assalamualaikum.. Semalam (malam Jumaat), saya tersedar sekitar jam 3:15 pagi. Mungkin sebab rasa panas kerana penghawa dingin sengaja tidak dipasang. Anak saya seramai 5 orang semuanya diserang demam dan batuk selsema. Atas nasihat doktor petang kelmarin, penghawa dingin jangan dibuka selagi mereka belum sembuh untuk mengelak serangan penyakit berulang dan mudah merebak.
Oleh kerana mata tidak pula mahu lelap, saya membuka FB di laptop saya. Macam biasa, selepas viral MIMPI MH370, ada saja ‘friend request’. Saya hanya memerhati post dan komen yang ada. Kira-kira setengah jam selepas itu, saya menutup laptop saya dan mandi. Walaupun kata orang tak elok mandi lewat malam, tapi kerana keadaan badan yang panas berpeluh, maka saya teruskan juga niat tersebut.
Pameran Buku Di PICC Putrajaya
Assalamualaikum,
Beli bukanlah banyak sangat tapi puas hatilah jugak enam buah buku boleh dapat RM50. 70% diskaun yang sangat berbaloi. Cuma siapa yang bayar guna master card dapat lagi diskaun 5%. Hehehe... Pergi hari terakhir tersangatlah ramai manusia. Cuma saya kalau kat pameran buku memang lama. Sampai semua orang dah clear, kami tak keluar-keluar juga. Pukul 3:30pm baru keluar dari dewan tu dan terus balik sebab tak solat zohor lagi hehe...
Inilah dia buku yang saya beli. Antara tajuk yang saya pilih ialah
Berjuta Warna Pelangi
Biru Ungu Cintaku
Bukan Kerana Aku Tak Cinta
Oh, Mama Tiriku
Cantik Seindah Bulan
Demi Cinta Ini
Sejauh mana bestnya novel ni pun saya tak tau. Tunggu saya habis baca semua.
Bawak Bekalan Untuk Mkn Tengah Hari
Abaikan manusia yang tengah makan itu.
Dia dah lapar sangat.
Haish... Jumaat hari tu, tengah hari memang kenyanglah masing2 bawak bekalan. Jimat pun jimatlah jugak. Boleh makan sampai petang. Daku siap tapau udang masak lemak cili api kak Ikin lagi. Sodap hingga menjilat jari. Tapi perut ku yang parah tak tahan pedas. Heeee...
Daku masak lauk pindang ikan tenggiri. Dah lama tak rasa. Teringin sangat nak makan. Nak harap lauk kat food apron cafe, semuanya yang bergoreng. Huhu.. ku dah jemu. Next time boleh buat lagi. Jamu kawan-kawan ni seronok. Waktu nilah nak mengeratkan silaturaim dengan rakan-rakan.
Subscribe to:
Posts (Atom)





