Ruang Iklan Untuk Disewa

Ceramah Ustaz Don 26 Feb 2014

Hari tu ada ceramah bersama Ustaz Don. Tajuk yang dibincangkan Menangani Stress di Tempat Kerja. Sangat menarik isu yang dikupaskan. Semua berkaitan dengan kisah nabi. Bila Ustaz Don membandingkan stress yang nabi alami dengan kita. Bila saya dengar cerita tu, barulah saya nampak rupanya stress yang kita alami kat dunia ni amat kecil berbanding para nabi dan rasul.


Ustaz Don kata kalau kita tak alami stress, maknanya ada masalah mental. Haha... tapi kalau kita tengok balik, memang mejoriti semua orang ada stress dalam hidup. Sekecil-kecil masalah pun boleh jadikan kita stress sebenarnya. Cuma kita ni tahan atau tidak je nak hadapinya. Kita boleh tangani stress kalau kita tau kisah-kisah nabi dulu. Di mana para nabi dan rasul juga pernah alami stress ketika berdakwah dan sebagainya. Selama ni kita ingat kitalah yang paling teruk banyak masalah tapi sebenarnya tidak. Kita kena anggap, ada lagi orang lain yang memiliki masalah lagi besar. Dan kata ustaz Don, anggaplah kita ni dipilih oleh Allah s.w.t untuk dijadikan uji kaji yang mana Allah s.w.t mahu tunjuk kekuasaanNYA pada kita.

Siapa kata kalau dah kaya tak ada masalah? Ada! Belenggu hutang. Dikecam penjenayah. Dalam kepala asyik fikir nak buat duit je memanjang. Dalam kepala asyik fikir tak selamat. Kan stress namanya tu. Kita patut bersyukur, Allah beri ujian paling sikit pada kita. Janganlah merungut. Stress tu perkara biasa. Banyakkan berzikir kalau kita hadapi stress. Jangan pulak layan perasaan sampai histeria pulak. Huhu... tu macam tak ingat Tuhan dah tu. Kalau stress datang, cepat-cepat pergi surau, bertenang, ambil wuduk, solat sekejap untuk tenangkan fikiran. Jangan nak jerit-jerit macam dalam filem tu. Aku dengar orang menjerit pun jadi stress. Tak bagus untuk mental. huhu...

Haish... banyak sebenarnya saya nak cerita tapi panjang menjela pulak. So saya cerita kesimpulan yang dah di kupas di atas. Kome fahamkan? Banyakkan zikrullah ya. Hati tenang. Stress pun hilang. Kalau sempat, saya akan review lagi kata-kata nasihat ustaz Don after saya tonton semula video yang saya rakam tu kat new entry ya.


Air Oh Air

Kritikal sungguh air kat bumi selangor ni.
Tempat saya dah ada jadual catuan air.
Esok dan lusa start tak ada air.
So, malam ni kena sungguh-sungguh basuh baju.
Bukan kami tak tadah air.
Dah lama kami tadah.
Kena standby bila tangki kosong.

Kesian kat famili yang ada budak kecil dan orang sakit.
Memang dugaan kalau rumah tak ada air.
Biar tak ada api dari tak ada air.
Air wajib ada untuk ambil wuduk dan beristinjak.
Kalau dah kritikal, basuh baju kat negeri yang ada air.
Wuuaaa.. rasa stress pulak tiba-tiba.

Air oh air.
Bilalah hujan nak turun ni?
Sekurang-kurangnya, bolehlah padamkan hutan yang terbakar kat kawasan sepang ni.






Aura Positif Atau Negatif Dalam Family

Assalamualaikum,

Kalau bercakap pasal aura positif dan negatif ni memang tak taulah nak describe macam mana. Saya percaya boleh kata setiap hari korang pun dikelilingi dengan aura positif dan negatif, betul tak? Kalau boleh korang nak sentiasa berada dalam aura positif dari negatifkan? Ngeee... Masalahnya susah nak dapat aura positif je sentiasa. Dalam pada positif tu mesti terselit negatifnya sikit. Andai kata kena buli, takkan kita nak pandang positif jugakkan? Itu gila namanya. Kadang sabar pun ada hadnya.

Bercakap pasal aura positif. Baru-baru ni ada satu musibah telah menimpa keluarga besar kami. Musibah yang mana telah menyedarkan semua ahli keluarga betapa kita perlu mendekatkan diri pada Allah s.w.t. bila senang atau pun susah. Alhamdulillah dan rasa bahagia bila melihat perubahan itu. Harap ia kekallah sampai bila-bila dan bukan hanya sementara. Saya di dalam keluarga besar itu cuma orang asing. Saya hanya mampu berdoa dan menjadi pemerhati.

Bercakap pasal aura negatif. Saya cuma boleh beri perumpamaan je. Kalau nak cerita tu panjang sangat dan penat nak type. Huhu... Kerana mulut, badan binasa. Pernah dengarkan? Atau lebih tepat kalau nak bandingkan dengan keluarga seni, kerana mulut, keluarga binasa. Ha!ha! Stress kalau fikir tapi lebih baik buat tak tau je. Saya percaya semua yang berlaku ni ada hikmahnya. Kalau tak berlaku macam ni, mungkin ada yang lupa padaNYA.

Itulah lumrah kehidupan. Pasrah dan redha dengan ketentuan after segala usaha telah dilaksanakan.

 

Novel : Suamiku Anak Jiran Sebelah [5]



BAB 5

MENYANYI riang puan Aisyah sewaktu mengeluarkan pakaian yang sudah siap dibasuh tadi lalu dimasukkan ke dalam bakul. Dia tersenyum senang hati bila mengenangkan suami dan anak-anak sudah keluar bekerja. Bukan kata dia tak suka bila suami dan anak-anaknya ada, cuma dia tak dapat bagi perhatian terhadap kerja rumah bila melayan makan minum keluarga.
Terutama sekali si ayah yang manja mengalahkan anak-anak. Boleh kata semua perkara puan Aisyah yang uruskan. Baik makan, minum, nak mandi pun tuala disediakan, nak pakai baju disediakan pakaian atas tilam. Belum masuk lagi massage service bila suaminya letih seharian bekerja. Itu pun puan Aisyah sediakan juga. Pendek kata semua kerja remeh-temeh yang orang dekat luar sana tak buat tapi puan Aisyah buat. Sebab itu encik Wahid begitu sayang dan cintakan puan Aisyah kerana pengorbanannya tak ternilai. Tak mungkin dia dapat isteri sesempurna puan Aisyah diluar sana.
Baju kotor milik suaminya dimasukkan ke dalam mesin untuk dibasuh. Kemudian dia mengangkat bakul baju bersih untuk dijemur. Selipar disarung seraya melangkah ke arah ampaian. Sehelai baju diambil lalu dikibas berkali-kali. Kemudian baju tersebut disangkut pada ampaian.
“Hai cik Aisyah, tengah jemur baju ke?” Tegur puan Arifah dengan mimik wajah sinis.
Puan Aisyah menjungkit kening seraya menyelak pakaian yang disidai tadi. Senyuman terukir sinis pada jiran sebelahnya.

Parking Lot Apartment

Kalau korang tengok, apa yang korang faham dalam gambar ni?
Sebuah balkoni yang ada basikal budak kecik.
Parking lot kosong tu parking rumah saya.
Kon merah tu saya punya jugak.
Kereta Alza putih yang bersinar tu adalah kereta saya.
Kenapa saya tak parking di parking lot saya sendiri?
Kenapa saya parking kat depan sana?


Jawapannya?
Sebab saya punyai 2 kereta.
Yang mana, sebuah lagi tu kereta kancil suami saya.
Kalau saya tak parking kereta kat sebelah sana,
Suami saya takkan dpt parking.
Hurm... itulah masalah yang kami hadapi kalau duduk di apartment.
Parking lot memang dah diberi setiap rumah satu lot.
Masalah bagi mereka sekiranya satu rumah ada sorang satu kereta.
Kat mana selebihnya nak parking?
Jadi, parking2 extra ni sudah pun direbut.
Siapa cepat, dia dapat.
Saya untung sebab duduk di bahagian hadapan.
Andai kata ada kosong, saya cepat2 cop parking untuk suami saya.
Kalau tak sempat, kancil suami saya akan block kereta saya.
Nasib penduduk apartment.

Udara dan Hujan




Indahnya udara di alam ini,
Sangat indah waktu selepas hujan,
Yang mana cuaca menjadi dingin,
Menghirup udara yang nyaman.

Di kala kemarau melanda,
Hujanlah yang sangat diperlukan,
Di kala air dicatu berjadual,
Hujan jugalah yang amat diperlukan,

Wahai hujan, wahai udara,
Indahnya kalau manusia pandai menghargaimu,
Tidak bebas cemar dengan pembakaran sampah,
Tidak bebas cemar dengan bahan buangan.

Syukurlah dengan nikmat yang Allah berikan,
Allah amanahkan kita untuk menjaga,
Sepatutnya kita pelihara sebaik-baiknya,
Bukan memusnahkan apa yang ada.

Semoga manusia sedar,
Sedar dari perbuatan mereka,
Yang mana pemusnah alam,
Yang mana tidak menghargai amanah ini.


Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia