Ruang Iklan Untuk Disewa

Lelong Harga Borong Kain Pasang

Assalamualaikum,

Saya nak lelong beberapa kain pasang yang tinggal kat tangan saya. Harga terbaik punya boleh bagi sebab nak clearkan stok. Jenis kain memang terbaik dan berkualiti. Saya dah buat satu baju dan sangat selesa bila pakai. Heeee... jadi siapa yang berminat atau berkenan dengan kain pasang ni, boleh komen kat bawah atau PM kat saya di https://www.facebook.com/messages/QZCollections harga memang terbaik punya. Terus bagi harga borong.

Harga Biasa English Cotton
RM68 sepasang

Harga Biasa Viscose Cotton
RM55 sepasang

HARGA LELONG
English Cotton RM48 free postage

HARGA LELONG
Viscose Cotton RM36 free postage

Jennifer Lopez - Could This Be Love



I love this song. Hehe..

JOHAN AS’ARI DAN LANA NORDIN SUDAH PUTUS CINTA?

Johan As’ari pernah mengemparkan industri hibuan tanah air bila mengumumkan bercinta dengan pelakon Lana Nordin hanya selepas keluar bersama tiga hari beturut-turut. 
johan dan lana 2
Selepas itu pelbagai kontroversi timbul apabila sebelum itu Johan dikatakan bercinta dengan penyanyi Shila Amzah.
Namun satu berita gempar dipetik dari Berita Harian mengatakan hubungan cinta pelakon, Johan dan Lana Nordin, putus selepas sebulan berkasih berikutan tidak direstui keluarga.
Johan berkata, hubungannya dengan Lana putus kelmarin, selepas keluarganya tidak menerima pelakon itu.
jl
“Saya sebenarnya berat mahu melepaskan Lana. Tapi saya tidak mahu menyeksanya. Lebih baik, kami berpisah daripada saya terus menyeksa hati dan perasaan Lana.
p/s: hmm, mungkin sudah ketentuan.. Diharapkan Johan dan Lana tabah menghadapi dugaan ini. Dunia-dunia... 


- See more at: http://sensasimalaysia.com/johan-asari-dan-lana-nordin-sudah-putus-cinta/#sthash.WYOPq65x.dpuf

Novel Lucah Dalam Bahasa Iban

Assalamualaikum,

Tengah jalan-jalan kat airport Miri, saya terjumpa sebuah novel bahasa iban kalau tak silap. Mula-mula baca tu saya rasa blur sebab tak faham apa. Kali kedua saya baca, cuba fahamkan sikit2. Kali ketiga saya ulang, saya dah faham. Macam cerita lucah je. Harga RM20. Tak adalah ku belikan sebab bukannya ku faham pon. Haha... Kalau korang faham, cuba korang translate semula kat saya. Betul tak apa yang saya faham tu.

Click the pic

Semasa Bertugas Di Kuching Dan Miri

Assalamualaikum,

Saya sungguh tak sempat nak update blog sepanjang berada di Miri dan Kuching. Hari pertama di Kuching, saya tidur di Reverside Megistic hotel. Sebelum ni, bila bertugas di sana memang akan bermalam di situ tapi bersama dengan sorang lagi rakan kerja perempuan tapi untuk tahun ni dia tak ikut. So, ada masalah semasa booking hotel dan saya terpaksa bayar sendiri. Parah wei, pergi masa time belum gaji. Huhu... Mujur bos ada, tolong bayarkan. Then masuk office nanti baru claim dengan company.

Perkara yang tak boleh lupa. Saya kena ganggu sekejap. Huhu... tak jangka akan diganggu sebab sebelum ni duduk dgn kawan, kami tak pernah kena di hotel tu. Mungkin sebab saya sorang2, so seronoklah makhluk tu menganggu. Masa tu waktu magrib kat sana terlalu awal. Dalam jam 6:30pm  dah azan. Masa tulah dia berkeliaran di atas. Dengar macam budak2 berlari, berkejaran. Kat mana saya duduk, kat situlah bunyi budak berlari. Logik tak, saya lepak atas katil, dengar budak berlari siling atas kepala saya. Hai, apa lagi wa keluarkan tasbih, berzikir atas katil.

Sekejap je lepak atas katil, cubalah saya beralih tempat ke sofa pulak. Sofa tu kat sudut dinding. saya letak bag galas dan barang2 make up semuanya kat situ. Saya tak letak kat bilik make up khas. Memang tak lah ku lepak bilik tu! Cantik memang cantik, tapi semacam. Huhu.. Biarkan terpasang je lampu meja kat bilik make up khas tu. Berbalik pada saya alih tempat kat sofa, nak buat kerja kejap. Masa tu, berdentum kat siling atas kepala saya, macam lesung batu jatuh. Allahuakhbar! Masa tu terhenjut bahu saya terkejut. Jantung berdegup dah macam lari 100meter babe! Mana datang pulak lesung batu ke beban berat yg jatuh kat atas siling ni. Mula2 tu malas nak fikir makhluk tu. Ku positif je, kata orang bilik atas punya angkara tapi fikir logic akal, takkanlah beban berat jatuh kat atas karpet boleh bunyi sekuat itu??? Bilik saya hujung sekali pulak tu. Dinding pun kaca semua, hadap river.

Erm... tak pe positif... saya pun pergilah ambil air solat, habis solat duduk kejap berzikir ayatul qursi 33 kali... Alhamdulillah... senyap sunyi bilik ku dari tapak2 kaki yg bunyi berlari tadi. Dia saja nak bergurau dengan saya tu.. huhu.. Pukul 9pm, dapat SMS dari bos nak ajak keluar, terus ku setuju nak ikut. Kalau tak, dah plan tak mo keluar mana2 dah. Simpan tenaga untuk kerja esok pagi. Lepak dengan dia orang bincang pasal kerja sampai 12pagi. Dah ngantuk, baru balik hotel tidur. Dah penat, tak fikir takut dah. Huhu... Sy simpan cerita tu sampai saya kat Miri.

Di Miri pulak, saya sampai jam 12 pagi. Flight delay plak tu. Serius letih sangat dan berharap tak ada apa2 masalah macam hotel kat kuching. Alhamdulillah, masa check in semuanya ok. Saya dapat bilik pun ok. Seronok betul. Sunyi sepi je. Tak dengar apa2 pun. Bilik sebelah flush jamban pun tak dengar. haha... kalau letak cengkerik pun hanya cengkerik je bunyi. Malam tu sy plan memang tak mo keluar dah. Bos ada SMS ajak keluar makan, tapi saya cakap dah tempah makanan kat bawah. Lepak kat hotel je. Senang, orang dah service bawakan order kat bilik. Lepak tengok TV lagi best. Hehe... Simpan tenaga plak untuk bertugas di airport Miri. Taulah kerja dengan bosses lelaki ni, kita macam kuli sikit. Hehe... so kena readylah.

Alhamdulillah... semuanya berjalan dengan lancar di Miri. First timer datang Miri, actually best juga. Apa pun terima kasih atas kerja sama rakan2 kerja di airport Kuching dan Miri. You all memang paling the best! I like!

Di hotel Miri yang sangat selesa dan tenang.

Bantuan Mangsa Banjir Dari Division Kami

Assalamualaikum,

Baru-baru ni, sebelum balik kampung kami beramai-ramai telah sepakat untuk beli barang keperluan untuk mangsa banji di Timur. Peruntukan yang kami dapat hasil dari kutipan semua pihak, dapatlah dekat RM600 macam tu. So dari situ dapatlah kami pelbagaikan barang-barang. Cumanya kami lebihkan air sebab untuk kemudahan mereka nak memasak, minum dan sebagainya. Hopefully dengan bekalan yang ada ni, dapatlah menampung serba sedikit keperluan mangsa banjir...


Selepas barang2 dah di angkut dari kereta saya.
Masa ni mmg bukan kita orglah yg tukang angkat.
Ada a few lelaki gagah perkasa yg telah berbakti tenaga untuk angkat barang2 ni.
Terima kasih kalian... Ini namanya lelaki hehe...

Barang akan di bawa ke mail room. Di mana pusat pengumpulan semua barang di satukan.

Gagah encik ridzuan kita mengangkat barang sambil diperhatikan puan sha.

Kami ambil gambar sebagai kenangan sebelum di hantar ke pusat mengumpulan sambil diperhatikan oleh seorang makwe di kerusi tiang sebelah kiri hehehe... siapa nampak memang comel... =)

Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia