Ruang Iklan Untuk Disewa

Setia Hujung Nyawa TV 3



Mesti ramai yang mengikuti drama Akasia Setia Hujung Nyawa nikan? I really loves this drama! Terutama sekali bila Nelydia jadi heroin. Dia sangat comel bila digandingkan dengan Amar Asyraf yang rambutnya sekarang dah jadikan dia seorang yg sangat kacak dan macho! Tiada rambut krinting lagi! =)


Amar, better you buat rambut dalam Setia Hujung Nyawa lagi ok kot dari rambut dalam drama Dalam Hati Ada Taman tu, serabut... huhu

Setia Hujung Nyawa

Cuba tengok bila mereka digandingkan, sangatlah macing dan romantik. Oh dear, they are really look sweet sangat. Manja dan sangat loving dalam cerita ni. Cinta remaja katakan. Walaupun dalam drama ni banyak konflik tapi akhirnya bawa kebahagiaan juga. Happy ending!

dipetik dari suhan movies

Nelydia sangat manjakan? Kalau aku tengah preggy ni confirm terkenan ke muka Nelydia yang comel ni kat anak aku... haha! Nasib baik dia ni cantik!


dipetik suhan movies lagi - sweet!
Aksi-aksi yang sangat menarik digayakan oleh pasangan drama ini!

So, kita tunggu jelah hingga cerita ni tamat. Semoga semua penonton enjoy dengan dram ni. peace!! =)

Jom Ke Pesta Buku 1 Malaysia di PWTC


JOM KE PESTA BUKU 1 MALAYSIA di PWTC. Temui Penulis-Penulis Karyaseni dan Penulisan2u, Dapatkan novel-novel terbaru dan lama, temui penulis, dapatkan cenderahati, Cabutan Bertuah dan temui HERO drama dan filem dari adaptasi novel terbitan Karyaseni iaitu pelakon ADI PUTRA.

PESTA BUKU 1 MALAYSIA
Tarikh : 30 Jan - 3 Feb 2013
Masa : 9 Pagi - 9 Malam
Lokasi : PWTC, Kuala Lumpur
No Gerai/Booth : C01, C02, C03, C25, C26, C27

Antara novel terbaru di PWTC:
1. Kurnia Untukku - Liz Haliza
2. Cinta Sedingin Mint - Azura Rasiddin
3. One Day You'll Be Mine - Inawza Yusof
4. Meh Sandar Pada Aku - Aifa Batrisya
5. Kisah Naz dan Khaalish - Hanina Abdullah

5 Novel terbaru akan di rasmikan disana. Dapatkan lebih 60 judul terbitan karyaseni dan Penulisan2u di sana.

Antara Novel Yang Adaptasi ke Drama & Filem :
1. Teduhan Kasih
2. Kampung Girl
3. Sebenarnya saya isteri dia
4. Love You Mr Arrogant
5. Suami Aku Ustaz - Filem

Antara drama yang akan ditayangkan tahun ni di TV3, Suami Aku Ustaz akan difilem dan mula pengambaran pada bulan 5

Menarik di Pesta Buku 1 Malaysia di PWTC
1. Cenderahati seperti Kalender Karyaseni/Penulisan2u, Mouse Pad Esklusif Ks/p2u, Stiker Kereta Karyaseni/p2u
2. Cabutan Bertuah hadiah seperti :
** Lampu bacaan novel, 
** 20 CD lagu Adi Putra Esklusif, 
** 20 Hadiah Utama Jemputan ke Majlis sambutan Birthday Adi Putra - Hero Novel Teduhan Kasih dan Suami Aku Ustaz
3. Diskaun RM5

Menarik Pada 2/2/2013 di Booth Karyaseni:
1. Temui HERO drama Teduhan Kasih dan Filem Suami Aku Ustaz, Pelakon ADI PUTRA
2. Sesi tandatangan dan bergambar dengan HERO
3. Temui Penulis novel Teduhan Kasih - Sarah Marissa

Menarik CD Mini Album Nyayian Adi Putra akan dirasmikan dan istimewa dijual di Booth Karyaseni dan Penulisan2u. 3 buah lagu :
1. Kau Yang Aku Sayangi - Filem Aku Terima Nikahnya
2. Tiada Kasih Tiada Cinta - Filem Aku Terima Nikahnya
3. Dia Untukku - Drama Tentang Dhia

Jadual Penulis yang akan hadir di PESTA BUKU 1 Malaysia
- Sesi tandatangan novel dan sesi bergambar dengan penulis

Jadual Penulis

Passport Perkahwinan

Hari ni borak-borak dengan bos. Tiba-tiba dia cakap dapat jemputan wedding anak x bos dulu. Biasa kalau dapat kad kahwin mesti yang wangi-wangi, yang berkerawang-kerawang, yang berwarna warni tapi kali ni lain daripada yang lain. Saya tengok pun teruja bila nampak cover warna maroon yang pelik.

Sekali bos pun tunjuklah pada saya kad jemputan kahwin anak xbos dulu. Yang pelik kat tangan dia passport meroon. Sekali dengar dia baca nama pengantin bagai terus minta nak tengok dan ambil lah gambar sekali. Kalau tengok memang sebiji macam passport. Siap ada visa cop sekali tu yang tak tahan. Menarik dan kreatifkan?

So, kepada anak-anak dara, anak-anak bujang yang nak kahwin tahun ni ke, tahun depan ke atau akan-akan datang, sekarang dah trend kad kawin lain dari yang lain. bolehlah ikut contoh kad kahwin sepert ini. Idea memang kreatif. Terbaek gitu... =)

 

Maher Zain - I Love You So


Bila dengar lagu ni berulang kali, sejuk je hati dengar. Terfikir dan terdetik apakah yang kita dah buat sepanjang hayat kita hingga kini padaNYA?!

Hayatilah sedalamnya. Segala yang kita buat di atas dunia ini semuanya hanya untuk ALLAH S.W.T. Segala-galanya kita serahkan kepadaNYA. Everything kita nak, kita akan mohon pada ALLAH S.W.T. Cinta kita juga yang utama adalah pada ALLAH S.W.T dan kemudian RASULULLAH S.A.W. Setujukan?


I Love You So - Lyrics:

I pray to God
My heart, soul, and body
Every single day of my life
With every breath I solemnly promise
To try to live my life for You
O Allah! You did revive my soul
And shone Your light into my heart
So pleasing You is now my only goal
Oh I love You so
I love You so

Iphone, Blackberry, Android, Nokia


I like this conversation!!!


I phone: Semalam I jatuh. Sakit tau =(
Blackberry: Teruk ke?
Android: Lain kali, hati-hatila.
Nokia 3310: Gediknya! Aku jatuh, rilex jer!



Teringat nokia 3310 berapa kali jatuh tak pernah rosak... Baling kat anjing, anjing boleh pengsan...huhu memang power la... zaman 2000 duk pakai masa belajar dulu... masa tu nokia 3310lah panling canggih!!

Ringgit Malaysia Baru

Sayangnya nak guna RM baru ni. RM1, RM5, RM10 dan RM20. Setakat ini 4 keping je dapat. Belum terima lagi RM50 dan RM100... Siapalah nak bagi ya? He..he.. ATM pun belum tentu nak keluarkan. Pengalaman pergi kedai bagi RM20, dia orang confuse. Kira dua kali tu yang tak tahan nak gelak!


Bagi saya RM1 dan RM5 ni tak berkenan sikit jenis kertas dia sebab macam plastik sikit. Bila kira nak masuk sampul mesti terambil dua keping sekali gus dan buat saya kena kira dua-tiga kali. Biasa  masuk sampul RM5 tapi bila dah habis RM5 terpaksa juga guna RM1 (cover). Itu yang kadang tersasul sampai RM6. Apa pun, rezeki budak-budak le tu! =) 

Kalau RM10 dan RM20 saya boleh terima sebab masih maintain jenis kertasnya. Agaknya susah tak orang OKU cacat penglihatan trace duit RM1 dan RM5 ni? Apa kata survey? =) 

Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia