Menu Tab

Nak Pergi Makan Nasi Impit Kuah Kacang Kat Rumah Mak Bye!

Assalamualaikum korang!

Hari ni agak lemaukan rasa haha...
Dahlah pakwan kerja.
Aku dua beranak duduk kat rumah.
Adik aku dengarnya pergi kenduri kahwin.
Mak abah aku bosan, depa datang rumah aku petang tadi.

Dalam jam satu petang depa balik semula.
Nak solat zohor kat rumah katanya.
So, tinggallah aku dan zulaikha dua beranak semula.
Aku pandang Zulaikha, Zulaikha pandang aku.

Aku tanya dia, Zulaikha nak jalan-jalan ke?
Dia jawab, ayah tak ada macam mana nak jalan-jalan?

Budak kecik tu memang ingat kat ayah dia walau di mana berada.
Bagi dia macam tak lengkaplah kalau cuma aku je yang bawak dia keluar berjalan tanpa ayah dia.
Sudahnya kita orang tunggulah sampai pakwan balik petang.
Dah petang, pakwan balik, hujanlah pulok, aduhai...
Jadinya duduklah kita orang kat rumah tiga beranak.
Aku pandang pak wan, pak wan pandang zulaikha, zulaikha pandang aku balik.

Mak aku telefon, suh datang rumah sebab ada masak nasi impit, rendang dan kuah kacang.
Waaaaahhhh! Pucuk dicita ulam mendatang.
Aku pun bergegas ajak pakwan pergi rumah mak sekarang.
Okaylah bye!!!
Aku nak gerak sekarang!

Siapa Yang Suka Menulis Angkat Tangan!

Assalamualaikum korang!

Haish! Mana pulak hilang perenggan pertama ni?
Aku rasa perenggan ni aku dah taip dah di satu hari yang indah dulu.
Bila bukak HTML tadi, nak tekan 'ctrl f', boleh pulak jari aku tersasar tekan 'ctrl vg'.
Gggrrrr.... perenggan ni dah hilang!
Ku geget jugak kang keyboard ni haaaa.
Bila bukak balik entry ni terus masuk ayat bawah ni.

*Okay, ni sebahagian bahan-bahan yang aku beli tu.*

Errrrmmm... errrrrr... uuurrrm....
Bahan apa yang aku beli ek ari tu?
Puas aku recall dalam kepala, bahan apa pulak yang aku dah beli selain dari buku.
Haaaa... ni lah natijahnya kalau simpan draf lama-lama.
Bila nak sambung cerita kok sudah lupa hahaha.

*Korang jangan tiru macam KM tau kalau ada masalah pelupa huhu.*
Okaylah, aku straight to the point ya.
Yang sebenarnya aku nak share dengan korang sesuatu dalam entry ni.
Aku ada beli satu buku motivasi ni.
Yang mana aku rasa sangat berguna untuk penulis macam aku ni *cewah poyo betul bunyinya*

Aku baru baca separuh je, tak sempat nak baca habis haha.
Nipis je kot tapi bercinta jugak nak habis.
Apa yang aku faham buku ni menceritakan tip-tip bagaimana nak jadi penulis profesional.
Isi kandungan dia ada 32 bab.


Aku tau ramai antara korang yang ada bakat menulis kan?
Baik ngaku skang, kang aku mention sorang-sorang kat sini, hahaha
Untuk korang yang suka menulis, buku ni mungkin berguna untuk korang buat rujukan.
Kalau korang nak tau apa isi dalam buku ni, sila beli ya.
Nak suruh KM buat kesimpulan memang tak rajin.
ngeh! ngeh! ngeh!

Kat sini aku share sikit sinopsis belakang buku ni.
Haaa yang ni aku rajin nak taip.

Jom Menulis
Sebuah motivasi penulisan kreatif

Menulis bukanlah sesuatu yang sing dalam kehidupan. Dengan menulis seseorang itu melahirkan buah fikirannya dalam bentuk tampak untuk ditatap orang lain.
Sedar ataupun tidak, atas apa tujuan pu seseorang itu menulis, dia sebenarnya telah melakukan satu bentuk komunikasi melalui penulisannya.

Namun hakikatnya, tidak semua orang yang kenal huruf dapat menulis dengan baik. Lantaran itu, komunikasi yang baik dalam penulisan tidak wujud hinggakan pembaca tidak berminat untuk meneruskan pembacaannya. Jadi, sia-sialah sesebuah karya jika tidak ingin dibaca orang.

Menyedari hakikat ini, buku berjudul JOM MENULIS diketengahkan buat pembaca. Melalui buku ini, penulis memperturunkan panduan, persediaan asas serta penguasaan teknik-teknik yang berkesan dalam menghasilkan karya-karya kreatif buat tatapan pembaca

Itu je, sekian.

Harapkan Pujian dari Allah s.w.t Bukan Pujian dari Manusia

Assalamualaikum korang!

KM stress ni sebab line internet macam siput sentut je kelancarannya.
Buat aku tak ada mood je nak online ni.
Nak pergi jalan-jalan ke blog korang pun cuma dapat lepas 1 ke 2 entry je.
Yang lain *cannot be displayed*, sudahnya aku tutop je semua window.
Nak bukak loading yang baru ambik masa lima minit kot.
Berjanggut aku nak tunggu kat sini, nasib baik janggut tak tumbuh, huhu.
Kalau tumbuh, takut jugaklah aku kan hahaha.

Tengah duk usha news feed FB tadi, tetiba aku terjumpa satu statement panjang dari seorang sahabat list.
Statement dia mendalam maksudnya yang buat kita tersedar seketika dari ke alpaan.
Jadi, apa statement yang aku baca dari news feed sahabat ni?
Cuba korang baca di bawah ni ya.
Statement pertama:
"Saya beli bag tangan baru!"-->
likers : WAH BESTNYA AWAK! NAK JUGAAAK!
haters : RIAK DENGAN HARTA
*bunyi dengki di situ*

Statement kedua:
"Saya derma ke GAZA RM80,000" -->
likers : PEMURAHNYA AWAK, SYUKUR ADA ORANG MACAM AWAK
haters : RIAK DALAM BERAMAL
*bunyi macam menyampah di situ*

Statement ketiga:
"Senyap" -->
likers : DIAM2 BERISI DIA NI.
haters : DIAM2 SEBAB APA BENDA PUN TAK BUAT
*bunyi macam mengutuk di situ*

Nota kaki beliau :
Kalau kita lakukan sesuatu untuk dapatkan 'approval' dari orang lain, sampai bila-bila hidup kita takkan tenang, takkan puas, takkan cukup. Sentiasa lakukan sesuatu untuk puaskan hati orang lain, dapat pujian dan sanjungan orang lain. Bila disanjung rasa suka ya amat. Bila dinafikan rasa sedih dan terhina.

Itulah apabila kita mengharapkan 'approval' orang lain. Lakukan sesuatu untuk dapatkan 'approval' dari Allah s.w.t, bukan 'approval dari orang. Likers will like, haters will hate but nobody has power to purify our heart.

Semoga Allah membersihkan hati kita dari segala kebatilan dan bawa keluar dari segala kemelut kejahilan.

Lyna Noh
Dah baca?
Apa pendapat korang?
Memang ada berlaku kat persekitaran kitakan?
Jadi kembali kepada tajuk entry aku,
Harapkan pujian dari Allah s.w.t dan bukan pujian dari manusa.
Biar buruk di mata manusia, tak apa. Asalkan cantik di sisi Allah.
Betul tak? Hihi..

Sekian.