Menu Tab

Siapa Yang Suka Menulis Angkat Tangan!

Assalamualaikum korang!

Haish! Mana pulak hilang perenggan pertama ni?
Aku rasa perenggan ni aku dah taip dah di satu hari yang indah dulu.
Bila bukak HTML tadi, nak tekan 'ctrl f', boleh pulak jari aku tersasar tekan 'ctrl vg'.
Gggrrrr.... perenggan ni dah hilang!
Ku geget jugak kang keyboard ni haaaa.
Bila bukak balik entry ni terus masuk ayat bawah ni.

*Okay, ni sebahagian bahan-bahan yang aku beli tu.*

Errrrmmm... errrrrr... uuurrrm....
Bahan apa yang aku beli ek ari tu?
Puas aku recall dalam kepala, bahan apa pulak yang aku dah beli selain dari buku.
Haaaa... ni lah natijahnya kalau simpan draf lama-lama.
Bila nak sambung cerita kok sudah lupa hahaha.

*Korang jangan tiru macam KM tau kalau ada masalah pelupa huhu.*
Okaylah, aku straight to the point ya.
Yang sebenarnya aku nak share dengan korang sesuatu dalam entry ni.
Aku ada beli satu buku motivasi ni.
Yang mana aku rasa sangat berguna untuk penulis macam aku ni *cewah poyo betul bunyinya*

Aku baru baca separuh je, tak sempat nak baca habis haha.
Nipis je kot tapi bercinta jugak nak habis.
Apa yang aku faham buku ni menceritakan tip-tip bagaimana nak jadi penulis profesional.
Isi kandungan dia ada 32 bab.


Aku tau ramai antara korang yang ada bakat menulis kan?
Baik ngaku skang, kang aku mention sorang-sorang kat sini, hahaha
Untuk korang yang suka menulis, buku ni mungkin berguna untuk korang buat rujukan.
Kalau korang nak tau apa isi dalam buku ni, sila beli ya.
Nak suruh KM buat kesimpulan memang tak rajin.
ngeh! ngeh! ngeh!

Kat sini aku share sikit sinopsis belakang buku ni.
Haaa yang ni aku rajin nak taip.

Jom Menulis
Sebuah motivasi penulisan kreatif

Menulis bukanlah sesuatu yang sing dalam kehidupan. Dengan menulis seseorang itu melahirkan buah fikirannya dalam bentuk tampak untuk ditatap orang lain.
Sedar ataupun tidak, atas apa tujuan pu seseorang itu menulis, dia sebenarnya telah melakukan satu bentuk komunikasi melalui penulisannya.

Namun hakikatnya, tidak semua orang yang kenal huruf dapat menulis dengan baik. Lantaran itu, komunikasi yang baik dalam penulisan tidak wujud hinggakan pembaca tidak berminat untuk meneruskan pembacaannya. Jadi, sia-sialah sesebuah karya jika tidak ingin dibaca orang.

Menyedari hakikat ini, buku berjudul JOM MENULIS diketengahkan buat pembaca. Melalui buku ini, penulis memperturunkan panduan, persediaan asas serta penguasaan teknik-teknik yang berkesan dalam menghasilkan karya-karya kreatif buat tatapan pembaca

Itu je, sekian.

27 comments:

  1. macam menarik je buku ni. minat gak menulis tapi takde la sampai buat buku lagi. hehe. pasni KM boleh la buat buku :)

    ReplyDelete
  2. suka menulis..tapi tulis blog je kot.nak tulis cerpen atau novel mungkin kena belajar lebih lagi..hehe

    ReplyDelete
  3. Saya suka menulis..hehe..macam best je buku ni Kak KM, boleh perbaiki penulisan dalam blog wanie.. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya... apa saja penulisan boleh rujuk... manalah tau nak bermadah dalam blog ke kan hihi :)

      Delete
  4. hello kak KM ^^,

    apa khabar? hehe. saya penat ni. tak sempat nak baca lagi post akak kat atas. malam nanti, saya datang balik. weeeee~ :-d

    ReplyDelete
  5. Wana suka menulis blog ja..tiada bakat tulis novel or cerpen..hihi.
    P/s: wana duduk di kk Sabah..nak order ke?hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak... bakat tu lahir dgn sendiri...
      p/s:waduh, jauh nye nak hantar semenanjung, cair kek akak nanti :-)

      Delete
  6. wahh. suka menulis. penah berangan nak jadi penulis novel tp dalam mimpi je kot..hahahaha penyakit M lagi terserlah kann :-)

    ReplyDelete
  7. Suka sangat nak menulis. Tapi selalu aje idea kelaut. Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. idea dtg time kita tengah fikir kosong... jgn menulis time kepala serabut mmg kelaut le jawabnya hehe :)

      Delete
  8. Kerja seharian memang menulis.
    Sampai kematu kat ibu jari.
    Banyak sangat nak kene tulis ttg penyakit patient.
    Kalau poor documentation takut masalah bila medicolegal case.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bertabahlah kalau itu kerja harian hehe... :) best apa menulis?

      Delete
  9. tu la.. masa menulis pun kadang-kadang takut juga, 'eh, best ke cerita aku ni? tunggang langgang ke? too cliche ke (this happens a lot)?'

    but thanks anyway sebab syorkan buku ni. nanti saya try cari.

    p/s : saya singgah sini. saya x lupa. cuma takes time sebab blogwalking kat semua blog. hehehehe... ^^,

    ReplyDelete
    Replies
    1. cliche ni mmg biasa... even kat drama tv pun selalu... tp nak wat cam ne dah mmg itu kehidupan kita huhu cuma kitalah kena olahnya bila dalam bentuk penulisan... :)

      Delete
    2. tu lah, lumrah kehidupan pun, kadang2 manusia xley terima. padahal x sedar that thing might happen to anybody else. :-s

      Delete
  10. haaaamesti KM suka menulis kan tapi akak Jm x suka sgt menulis sbb tulis mcm tulisan Dr diri sendiri je yg faham apa yg di tulis tetapi yg pasti akak Jm suka menaip sbb lagi cepat dari menulis dan senang nk baca. Ehhh apa beza tulis ngan taip nih hahaha. Apa2 pun akak Jm x pandai dan rajin tulis blog ayat bahasa pasar tunggang langgang, tulis pun secara santai x ada bahasa yg best so mmg sesuai sgt lah kot klau belu buku ni. Tgk tu bila dh start taip panjang pulak komen nya jadi betul x akak suka taip dari tulis heeeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. menulis dan menaip tu samalah kak JM haha... :-? bezanya menulis pakai pen, menaip pakai keyboard... :-s maknanya kak JM ada bakat menulisla tu... (h) aish.. puas KM pikir apa kak JM nak sampaikan ni hahaha =)) tak apa2.. KM suka org taip panjang2 ni... hehe :)

      Delete
  11. bila tengok kat tajuk... and x tengok isi kandungan... rasa nak jawab je.. nak nulis tu x rajin.. menaip tu rajin. tapi sikit. ehhehe

    Tapi kalau nak amik apa2 note tu.. kena la tulis... lagi cepat dan paham.. ni nak taip... payah gak.. kang "terhilang".. macam yang jadi kat sis KM.. huhu

    ReplyDelete
  12. ok nti nk cri sbb sy suke menulis

    ReplyDelete
  13. Menulis ni mmg menyeronokkan & ia mmg memerlukan komitmen serta motivasi utk lebih berjaya. Semoga KM terus sukses... aamiin..

    ReplyDelete
  14. Menulis mmng best. Tp buat masa ni kat blog je la sy mmpu..

    ReplyDelete

1. Kome boleh comment apa saja but no ugly words please. Sedap sikit mata orang lain membacanya.
2. Sebarang comment berunsur iklan, politik dan lucah TAK dibenarkan tau kat sini. No! No! No!
3. Kalau nak letak sebarang link, kome boleh guna coding ni ya: < a href="LINK BLOG">NAMA BLOG< /a>
4. KM tak bertanggungjawab tau ke atas sebarang komen yang kome bagi kat sini. Jadi sila jaga tata cara penulisan kome.(^^,)
5. Don't naughty-naughty kat sini ya, cubit kang.
~Itu je nak cakap, ok bye!~