Assalamualaikum korang!
KM stress ni sebab line internet macam siput sentut je kelancarannya.
Buat aku tak ada mood je nak online ni.
Nak pergi jalan-jalan ke blog korang pun cuma dapat lepas 1 ke 2 entry je.
Yang lain *cannot be displayed*, sudahnya aku tutop je semua window.
Nak bukak loading yang baru ambik masa lima minit kot.
Berjanggut aku nak tunggu kat sini, nasib baik janggut tak tumbuh, huhu.
Kalau tumbuh, takut jugaklah aku kan hahaha.
Tengah duk usha news feed FB tadi, tetiba aku terjumpa satu statement panjang dari seorang sahabat list.
Statement dia mendalam maksudnya yang buat kita tersedar seketika dari ke alpaan.
Jadi, apa statement yang aku baca dari news feed sahabat ni?
Cuba korang baca di bawah ni ya.
Statement pertama:
"Saya beli bag tangan baru!"-->
likers : WAH BESTNYA AWAK! NAK JUGAAAK!
haters : RIAK DENGAN HARTA
*bunyi dengki di situ*
Statement kedua:
"Saya derma ke GAZA RM80,000" -->
likers : PEMURAHNYA AWAK, SYUKUR ADA ORANG MACAM AWAK
haters : RIAK DALAM BERAMAL
*bunyi macam menyampah di situ*
Statement ketiga:
"Senyap" -->
likers : DIAM2 BERISI DIA NI.
haters : DIAM2 SEBAB APA BENDA PUN TAK BUAT
*bunyi macam mengutuk di situ*
Nota kaki beliau :
Kalau kita lakukan sesuatu untuk dapatkan 'approval' dari orang lain, sampai bila-bila hidup kita takkan tenang, takkan puas, takkan cukup. Sentiasa lakukan sesuatu untuk puaskan hati orang lain, dapat pujian dan sanjungan orang lain. Bila disanjung rasa suka ya amat. Bila dinafikan rasa sedih dan terhina.
Itulah apabila kita mengharapkan 'approval' orang lain. Lakukan sesuatu untuk dapatkan 'approval' dari Allah s.w.t, bukan 'approval dari orang. Likers will like, haters will hate but nobody has power to purify our heart.
Semoga Allah membersihkan hati kita dari segala kebatilan dan bawa keluar dari segala kemelut kejahilan.
Lyna Noh
Dah baca?
Apa pendapat korang?
Memang ada berlaku kat persekitaran kitakan?
Jadi kembali kepada tajuk entry aku,
Harapkan pujian dari Allah s.w.t dan bukan pujian dari manusa.
Biar buruk di mata manusia, tak apa. Asalkan cantik di sisi Allah.
Betul tak? Hihi..
Sekian.
Kan KM...hari-hari nak puaskan hati orang memang takkan pernah cukup..
ReplyDeleteAda je yang tak kena kat mata orang lain...
Baik fikir kita buat segalanya untuk Allah s.w.t. je.. :)
betul... payah jugak klu semua hati nak kena puaskan... baik fikir segalanya utk Allah.. :)
Deletebetol tu .. no one has the power to purify your heart.. buat kerana Allah. insyallah allis well
ReplyDeleteitu yg terbaik... :)
DeleteSalam sis KM.. bagi saya.. terpulang pada individu bagaimana penerimaan dirg pada sesuatu komen. Memang la.. kadang bila baca status kat fb tu.. contoh macam di atas... :saya beli beg baru', atau 'saya derma kat gaza sekian jumlah'. Memang x lari daripada manusia2 yang akan berangapan gitu seperti tu. huhu.. Kadang orang menyampah baca. kadang.. fikir gak.. apasal la.. sikit2 nak update status terutama kat fb. heheh..
ReplyDeletehahaha kan? mesti ka dah derma kena update kat status? hilang pahala... :-?
Deletebetul la.. bab derma tu.. xyah la nak update.. huhu.. nak menunjuk je tu.. mmm...
Deletetest jap.. .<.a href="http://familizone.blogspot.com/".>.Familizone./a.>.
Deletejgn include noktah (.) tau.. :)
Deletebiasalah akak KM. manusia ni dalam hati memang ada kalau tak banyak sikit tu mesti ada hasad dengki. kekadang kita tak sedar tapi hati kecik dok merungut. kalau CT selalu rasa tersisih sebab kawan kawan orang kaya and selalu travel. duit main spend begitu sahaja. CT kena menabung kena ikat perut.
ReplyDeletep/s : btw yang menderma rm80000 pi heboh tu buat apa hahaha.. habis pahala :p
bukan ct ja... akak pun klu nak jenjalan ke mana mmg kumpul duit dulu tp puas hati ct sbb kita ada usaha sendiri nk kumpul duit hasil titik peluh kita... :)
Deletehah.. itula tu, yg derma 80k pi heboh pasai apa k? hilang pahala... :p
Deletehaha..betul la KM.cakap pasal, diam pun kena hentam gak kan. betul tu.nak puaskan hati manusia sampai bila tak cukup.harapkan keredhaan Allah, tu yang sebaik-baiknya
ReplyDeletebetul... hanya Allah yang tau apa kita buat... :)
DeleteBetul tu..bukan mudah untuk memuaskan hati semua orang..lebih baik kita perbaiki diri kita agar indah pada Allah..
ReplyDeletesetuju... :)
DeleteKalau tumbuh jugak...
ReplyDeleteIstilahnya hirsutism.
Sis cari ler xD
istilah apa tu shikin adoi... :-?
Deletesaya like 100% post ni. hehehehe.
ReplyDeletemanusia takkan pernah lari dari bersikap tak puas hati dengan orang. tu bunyi jealous je lebih sebenarnya.
jealous lak ada jenis.
1. jealous bawa kebaikan.
- jealous tengok orang tu asyik beribadah. so, kita pun nak kejar mencari cinta Ilahi gak. mana ley kejar sorang2 je kan. ^^ masuk syurga sama2.
2. jealous x bertempat.
- ALLAH bagi kita takdir yang berbeza. orang tu kaya, ALLAH uji dia macam tu. kita dapat kerja bagus, itu takdir kita. kenapa mesti nak jealous? sbab tu muncul ayat mengutuk bagai tu. sebab x bersyukur dengan nikmat ALLAH bagi. asyik nak compare dengan orang lain je.
haha.. akak like pendapat ni.. :)
DeleteSetuju nk like 100x, harapkan pujian dari Allah hati jd tenang dan tenteram :-)
ReplyDeletebetul tu... :)
Deletebetull..pujian drp manusia blm tntukan ikhlas
ReplyDelete