Menu Tab

#6 Thank You Nuffnangers Who Recently Viewed My Blog =),



UPDATE
22 Julai 2014 - 5:41pm

Nuffnangers yang masih melekat lagi blog mereka di top referral nuffnang KM.
Haha... terima kasih ya semua.
Kejap lagi aku terjah satu-satu blog2 baru ni.

http://zureenzakaria.blogspot.com/ NEW
http://fadzirazak.blogspot.com/ NEW
http://naalisaa.blogspot.com/
http://mrsaif.blogspot.com/ NEW

Andai antara korang semua yang KM belum follow, silalah inform mungkin KM terlepas pandang agaknya.
Maklumlah KM ni mata 4 huhu.. kadang rabun kadang tak rabun.
Ok thanks semua.

Siapalah Yang Letak Anak Kat Depan Rumah Aku Ni?


Ni cerita dua tahun sudah haha.
Baru sekarang nak upload cerita sebab masih segar dalam ingatan pasal anak kucing tiga ekoq ni.
Macam ni ceritanya, kat depan rumah aku ni banyak kotak.
Sebenarnya kotak2 tu aku nak pi jual tapi dari sehari ke sehari aku nak jual tak sempat-sempat.
Sudahnya terbiarlah kat depan rumah aku.
Satu hari yang indah, aku pulang dari tempat kerja.
Tiba-tiba aku dengar bunyi suara anak kucing kat depan rumah aku.

Aku cari punya cari, laaaaaaaa anak sapa entah ni tak tau? Tiba-tiba duk miaw-miaw kat depan rumah.

Tak mo anak ka? Kalau tak mo, aku bawak masuk rumah.
Haha... bagi aku ni rezekilah.
Dalam banyak-banyak rumah, rumah aku jugak kucing tu pilih untuk beranak.


Tapi gambar-gambar ni anak kucing dah besar-besar.
Aku rasa mak dia tak sempat nak cari tempat yg sesuai.
Disebabkan rumah aku ni ada kotak, terus dia bolos kotak tu dan beranak dalam kotak.
Aku pun usiklah anak-anak dia, sekali mak dia datang serang aku.
Konon aku ni macam strangerlah, nak culik anak dia.
Padahal ko yang menumpang berteduh kat rumah aku haaa, lagi mau marah-marah?
Aku tak peduli, lepas tu aku kacau anak-anak dia.
Mak dia terus masuk kotak, mengiau panjang gile tak bagi aku usik.
Hahaha, aku dengki terus angkat kotak anak dia jauh sikit dari dia.
Member punya benganglah, hahaha


Pastu esok harinya aku pergi kerja macam biasa.
Bila dah ada kucing tumpang teduh ni rasa macam best pulak.
Hari-hari nak balik awal tengok anak baru.
Cumanya tak boleh bawak masuk rumahlah.
Aku tak suka rumah aku bau kucing huhu.
Cukuplah kucing tu duduk kat balkoni rumah aku.
Sekurang-kurangnya dapat jugaklah anak beranak tu tempat berteduh.
Pastu bila aku balik, aku tengok dalam kotak tu dah kosong.
Aik? Mana pulak mak kucing ni bawak anak-anak dia lari?
Pastu aku fikir, ah lantaklah, mungkin dia dah ada kehidupan baru kot.


Aku pun bukak langsir dan sliding door.
Tiba-tiba aku dengar suara anak kucing mengiau mecari ibunya.

"Laaaaaaaa ada lagi ko kat sini? Aku ingat ko dah larikan diri membawa anak-anak pergi?"

Rupanya tak jauh mana pon dia bawak lari anak dia.
Cuma pindah dari pintu masuk, ke balkoni je.
Mentang-mentang rumah aku ni groundfloor, suka hati ko je buat rumah aku ni macam hotel ya?
Rumah jiran aku yang lain, tak nak pulak ko singgah.
Lagi senanglah aku nak kerjakan anak dia yang comel-comel ni.
Bila balik petang je aku bawak anak-anaknya je masuk dalam sebab besaq ni tak kencing lagi.
Mak dia mengiaulah kat luar tengok dari cermin anak-anak dia tengah main ngan aku.
Dah puas aku bagi balik kat mak dia suh menyusu.


Baik-baik tiga ekoq ni. Semua hat baka cantik.
Aku rasa ada kot dekat seminggu dia menumpang rumah aku.
Satu petang tu, macam biasalah balik kerja je terus jengah kat balkoni.
Tiba-tiba suara mak dia mengiau punya kuat gilalah.

"Dah kenapa pulak ko ni marah kat aku, mak kucing? Aku baru ja balik kerja ni."

Rupanya dia nak bagitau yang sekoq anaknya hilang.
Agaknya dia dah buntu dan tanyalah pada aku.
Dah tentu aku pun baru balik kerja, mak kucing oi.
Manalah aku tau anak hang tu kat mana?
Patutnya aku yang mai tanya hang, anak hang sekoq lagi kat mana?
Haaaaaa... memang frust wei.
Yang hilang tu baka kelabu asap ni ha.
Memang dia antara yang tercomel dan suka buat main.
Yang sebenarnya, anak kucing ni dah pandai turun balkoni aku.
So, aku agaklah mungkin ada orang culik anak dia atau pun pak dia datang makan dia kat sini.


Memang sampai ke sudah aku tak nampak anak dia tu.
Tapi aku yakin memang anak dia yang sekoq ni pandai turun balkoni tapi tak reti naik balik
So aku rasa dah kena baham ngan bapak dia kot.
Kalau ada orang culik aku tak kisah.
Mungkin dia nak jaga binatang tu kan?
Lepas sehari dua kejadian itu, mak dia pun angkut dua ekoq anaknya pindah ke tempat lain.
Mesti mak kucing tu fikir rumah aku dah tak selamat untuk letak anak dia bermain selepas kejadian kehilangan sekoq anaknya itu. 
Anak beranak tu terus hilang tanpa khabar berita.
Ucap terima kasih pun tidak korang tau?
Huhu... sedih mak ni kenangkan.
Sekian.

Sampul Duit Raya Dah Sampai! Duit Rayanya Mana?

Haha... sampul duit raya ni memang menjadi kegilaan kanak-kanak. Yang menjadikan gila tu bukan kerana sampulnya tapi duit rayanya haha. 

"Boleh tak kalau budak-budak datang aku nak bagi sampul je. Duitnya tak payah. Haha!"

Confirm lepas tu budak-budak tak datang dah rumah aku. Secara tak langsung aku di cop makcik kedekut hahaha! Ok, aku nak cerita sikit pasal budaya bagi duit raya ni. Sebenarnya, pada kita orang islam tak perlu ada budaya bagi duit raya ni. Budaya ni dah jadi ikutan bila Hari Raya Aidilfitri kita di combine dengan Hari Raya China. Secara tak langsung, budaya ini menjadi trend hingga kini dah tersampuklah pada orang melayu kita termasuklah aku.

Aku faham, budak-budak kalau dapat duit raya mesti melonjak keseronokan. Dah tanam dalam kepala nak beli apa bila dah kumpul duit raya banyak-banyak. Contoh macam anak-anak buahlah. Bila dah cukup duit, boleh pulak pasang niat nak beli basikal. Niat tu dah bagus. Maknanya budak tu ada cita-cita untuk dapatkan sesuatu tapi sebagai mak ayah patutnya jelaskan pada anak-anak supaya menabung dan berjimat dari sekarang. Basikal tu sepatutnya bukan tanggungjawab anak-anak yang kena beli tapi tanggungjawab kita mak ayah yang kena peruntukkan. Kita yang lebih tahu issue kemelesetan kewangan, jadi kita kena guide supaya anak-anak berjimat cermat. Jangan pulak duit raya anak-anak tu kita yang sebat. Tak amanah tu. huhu. 

Memang tak dinafikan sejak dari kita kecik lagi budaya duit raya ni dijadikan trend. Aku tak nafikan yang aku pun seronok jugak dapat duit raya dulu haha tapi dulu aku tak pandai beraya dengan kawan-kawan, pergi satu rumah ke satu rumah. Mak abah aku cukup marah buat macam tu. Kalau nak beraya, biar dengan mak abah. Tak payah beraya, ikut kawan-kawan. Sebab apa parent aku tegah dulu? Sebab dia orang fikir, apalah yang anak-anak dia orang buat bila berada di rumah orang? Perangai elok ke? Jaga tingkah laku ke? Cakap elok-elok ke? Semua tu bermain kat kepala. Kalau anak-anak perangai tak jaga, mak abah jugak yang dapat nama buruk...

"Ni anak sapa tak tau, mai rumah orang tak makan tak minum, cuma nak mintak duit raya saja. Tak senonoh sungguhlah haih!"

Haaaa... kan dah kecoh satu taman cerita pasal anak-anak pakcik Tapa tak jaga tingkah laku huhu... Sebab tu bila aku ingat balik tegahan mak abah, aku akan senyum sebab aku sedang melalui fasa itu. Payah nak jelaskan sebenarnya tapi aku rasa korang faham kot apa yang aku nak sampaikan. Jangan biasakan anak jadi hamba duit. Itu sangat tak bagus. Biar pun orang kata ia sekadar keseronokan tapi kalau boleh hindarkan. Jujur aku cakap, tahun lepas aku baru balik dari kampung, tiba-tiba datang segerombolan budak-budak datang nak beraya. Dahlah penat tak hilang, tiba-tiba budak-budak datang terjah. Sekali dua kalau bagi salam tak jawab tu, beransurlah pulang. Ini tidak, selagi makcik mahirah ni tak bukak pintu, selagi tu ko bagi salam siap buka grill rumah aku lagi ko. Itu yang aku bengang. Tak jaga adab kat rumah orang.

Aku faham itu hanya keseronokan tapi aku rasa tak wajar lepaskan anak-anak begitu tanpa pengawasan sebab kita tak tau apa anak-anak kita buat kat rumah orang. Korang pesanlah macam mana pun suruh buat perangai elok-elok, bila dah berada dengan kawan2, semua hilang pertimbangan. Maksudnya hilang kawalanlah. Lagi satu aku nak tekankan sekarang dah banyak berlaku kes penculikan. Jadi aku rasa, lebih baiklah kawal pergerakan anak-anak kita sebelum berlakunya kejadian kanak-kanak hilang. Ape korang ingat, anak-anak korang beraya dalam taman perumahan korang tu dah kira selamat? Tak... sebenarnya ada yang memerhati, cuma tunggu masa je mak bapak leka. Dia orang pancinglah budak-budak dengan duit raya. So, kenalah hati-hati ya.

Beringat sebelum kena.
Sekian...

p/s : Mohon jangan terasa huhu. Aku sebenarnya nak cerita pasal sampul duit raya frozen yang aku baru dapat tadi tapi dah melalut entah apa-apa aku merepek kat atas tu. Haha maafkan aku ya. 

SELAMAT HARI RAYA