Ni cerita dua tahun sudah haha.
Baru sekarang nak upload cerita sebab masih segar dalam ingatan pasal anak kucing tiga ekoq ni.
Macam ni ceritanya, kat depan rumah aku ni banyak kotak.
Sebenarnya kotak2 tu aku nak pi jual tapi dari sehari ke sehari aku nak jual tak sempat-sempat.
Sudahnya terbiarlah kat depan rumah aku.
Satu hari yang indah, aku pulang dari tempat kerja.
Tiba-tiba aku dengar bunyi suara anak kucing kat depan rumah aku.
Aku cari punya cari, laaaaaaaa anak sapa entah ni tak tau? Tiba-tiba duk miaw-miaw kat depan rumah.
Tak mo anak ka? Kalau tak mo, aku bawak masuk rumah.
Haha... bagi aku ni rezekilah.
Dalam banyak-banyak rumah, rumah aku jugak kucing tu pilih untuk beranak.
Tapi gambar-gambar ni anak kucing dah besar-besar.
Aku rasa mak dia tak sempat nak cari tempat yg sesuai.
Disebabkan rumah aku ni ada kotak, terus dia bolos kotak tu dan beranak dalam kotak.
Aku pun usiklah anak-anak dia, sekali mak dia datang serang aku.
Konon aku ni macam strangerlah, nak culik anak dia.
Padahal ko yang menumpang berteduh kat rumah aku haaa, lagi mau marah-marah?
Aku tak peduli, lepas tu aku kacau anak-anak dia.
Mak dia terus masuk kotak, mengiau panjang gile tak bagi aku usik.
Hahaha, aku dengki terus angkat kotak anak dia jauh sikit dari dia.
Member punya benganglah, hahaha
Pastu esok harinya aku pergi kerja macam biasa.
Bila dah ada kucing tumpang teduh ni rasa macam best pulak.
Hari-hari nak balik awal tengok anak baru.
Cumanya tak boleh bawak masuk rumahlah.
Aku tak suka rumah aku bau kucing huhu.
Cukuplah kucing tu duduk kat balkoni rumah aku.
Sekurang-kurangnya dapat jugaklah anak beranak tu tempat berteduh.
Pastu bila aku balik, aku tengok dalam kotak tu dah kosong.
Aik? Mana pulak mak kucing ni bawak anak-anak dia lari?
Pastu aku fikir, ah lantaklah, mungkin dia dah ada kehidupan baru kot.
Aku pun bukak langsir dan sliding door.
Tiba-tiba aku dengar suara anak kucing mengiau mecari ibunya.
"Laaaaaaaa ada lagi ko kat sini? Aku ingat ko dah larikan diri membawa anak-anak pergi?"Rupanya tak jauh mana pon dia bawak lari anak dia.Cuma pindah dari pintu masuk, ke balkoni je.Mentang-mentang rumah aku ni groundfloor, suka hati ko je buat rumah aku ni macam hotel ya?Rumah jiran aku yang lain, tak nak pulak ko singgah.Lagi senanglah aku nak kerjakan anak dia yang comel-comel ni.Bila balik petang je aku bawak anak-anaknya je masuk dalam sebab besaq ni tak kencing lagi.Mak dia mengiaulah kat luar tengok dari cermin anak-anak dia tengah main ngan aku.Dah puas aku bagi balik kat mak dia suh menyusu.Baik-baik tiga ekoq ni. Semua hat baka cantik.Aku rasa ada kot dekat seminggu dia menumpang rumah aku.Satu petang tu, macam biasalah balik kerja je terus jengah kat balkoni.Tiba-tiba suara mak dia mengiau punya kuat gilalah."Dah kenapa pulak ko ni marah kat aku, mak kucing? Aku baru ja balik kerja ni."Rupanya dia nak bagitau yang sekoq anaknya hilang.Agaknya dia dah buntu dan tanyalah pada aku.Dah tentu aku pun baru balik kerja, mak kucing oi.Manalah aku tau anak hang tu kat mana?Patutnya aku yang mai tanya hang, anak hang sekoq lagi kat mana?Haaaaaa... memang frust wei.Yang hilang tu baka kelabu asap ni ha.Memang dia antara yang tercomel dan suka buat main.Yang sebenarnya, anak kucing ni dah pandai turun balkoni aku.So, aku agaklah mungkin ada orang culik anak dia atau pun pak dia datang makan dia kat sini.Memang sampai ke sudah aku tak nampak anak dia tu.Tapi aku yakin memang anak dia yang sekoq ni pandai turun balkoni tapi tak reti naik balikSo aku rasa dah kena baham ngan bapak dia kot.Kalau ada orang culik aku tak kisah.Mungkin dia nak jaga binatang tu kan?Lepas sehari dua kejadian itu, mak dia pun angkut dua ekoq anaknya pindah ke tempat lain.Mesti mak kucing tu fikir rumah aku dah tak selamat untuk letak anak dia bermain selepas kejadian kehilangan sekoq anaknya itu.Anak beranak tu terus hilang tanpa khabar berita.Ucap terima kasih pun tidak korang tau?Huhu... sedih mak ni kenangkan.Sekian.
Macam cerita novel dah. Patut km ni pandai buat novel. Hehe baca dari mula sampai habis. Kesian km kucing tu hilang camtu ja. Xsempat flying kiss
ReplyDeletehaha itula pasal... habis madu sepah dibuang...
Deletesalam. dua tahun sudah?? heheheh tapi comel la sis..kucing tu
ReplyDeletemmg comel yg tengah tu comel dan yg tgh tu jugak hilang..
Delete"Mesti mak kucing tu fikir rumah aku dah tak selamat untuk letak anak dia bermain selepas kejadian kehilangan sekoq anaknya itu. "
ReplyDeleteKesian awak jadi mangsa, hahahha.
ye mangsa keadaan...haha
DeleteYa Allah comelnya lama tak main dgn anak kucing ..tgh tunggu masa bila la kucing kat rumah nie nak bersalin =(
ReplyDeletehehehhe btw salam perkenalan =)
mynameis krungkrung =D
done follow sini =)
salam kenal... akak dah follow kot ya.. nanti akak check balik...
DeleteAnak kucing rupenye.
ReplyDeleteComelnye..
Bagi die minum susu, kak. Mesti lapar tu.
dah hilang, mak dia bawak lari... huhu
Delete