Menu Tab

Sampul Duit Raya Dah Sampai! Duit Rayanya Mana?

Haha... sampul duit raya ni memang menjadi kegilaan kanak-kanak. Yang menjadikan gila tu bukan kerana sampulnya tapi duit rayanya haha. 

"Boleh tak kalau budak-budak datang aku nak bagi sampul je. Duitnya tak payah. Haha!"

Confirm lepas tu budak-budak tak datang dah rumah aku. Secara tak langsung aku di cop makcik kedekut hahaha! Ok, aku nak cerita sikit pasal budaya bagi duit raya ni. Sebenarnya, pada kita orang islam tak perlu ada budaya bagi duit raya ni. Budaya ni dah jadi ikutan bila Hari Raya Aidilfitri kita di combine dengan Hari Raya China. Secara tak langsung, budaya ini menjadi trend hingga kini dah tersampuklah pada orang melayu kita termasuklah aku.

Aku faham, budak-budak kalau dapat duit raya mesti melonjak keseronokan. Dah tanam dalam kepala nak beli apa bila dah kumpul duit raya banyak-banyak. Contoh macam anak-anak buahlah. Bila dah cukup duit, boleh pulak pasang niat nak beli basikal. Niat tu dah bagus. Maknanya budak tu ada cita-cita untuk dapatkan sesuatu tapi sebagai mak ayah patutnya jelaskan pada anak-anak supaya menabung dan berjimat dari sekarang. Basikal tu sepatutnya bukan tanggungjawab anak-anak yang kena beli tapi tanggungjawab kita mak ayah yang kena peruntukkan. Kita yang lebih tahu issue kemelesetan kewangan, jadi kita kena guide supaya anak-anak berjimat cermat. Jangan pulak duit raya anak-anak tu kita yang sebat. Tak amanah tu. huhu. 

Memang tak dinafikan sejak dari kita kecik lagi budaya duit raya ni dijadikan trend. Aku tak nafikan yang aku pun seronok jugak dapat duit raya dulu haha tapi dulu aku tak pandai beraya dengan kawan-kawan, pergi satu rumah ke satu rumah. Mak abah aku cukup marah buat macam tu. Kalau nak beraya, biar dengan mak abah. Tak payah beraya, ikut kawan-kawan. Sebab apa parent aku tegah dulu? Sebab dia orang fikir, apalah yang anak-anak dia orang buat bila berada di rumah orang? Perangai elok ke? Jaga tingkah laku ke? Cakap elok-elok ke? Semua tu bermain kat kepala. Kalau anak-anak perangai tak jaga, mak abah jugak yang dapat nama buruk...

"Ni anak sapa tak tau, mai rumah orang tak makan tak minum, cuma nak mintak duit raya saja. Tak senonoh sungguhlah haih!"

Haaaa... kan dah kecoh satu taman cerita pasal anak-anak pakcik Tapa tak jaga tingkah laku huhu... Sebab tu bila aku ingat balik tegahan mak abah, aku akan senyum sebab aku sedang melalui fasa itu. Payah nak jelaskan sebenarnya tapi aku rasa korang faham kot apa yang aku nak sampaikan. Jangan biasakan anak jadi hamba duit. Itu sangat tak bagus. Biar pun orang kata ia sekadar keseronokan tapi kalau boleh hindarkan. Jujur aku cakap, tahun lepas aku baru balik dari kampung, tiba-tiba datang segerombolan budak-budak datang nak beraya. Dahlah penat tak hilang, tiba-tiba budak-budak datang terjah. Sekali dua kalau bagi salam tak jawab tu, beransurlah pulang. Ini tidak, selagi makcik mahirah ni tak bukak pintu, selagi tu ko bagi salam siap buka grill rumah aku lagi ko. Itu yang aku bengang. Tak jaga adab kat rumah orang.

Aku faham itu hanya keseronokan tapi aku rasa tak wajar lepaskan anak-anak begitu tanpa pengawasan sebab kita tak tau apa anak-anak kita buat kat rumah orang. Korang pesanlah macam mana pun suruh buat perangai elok-elok, bila dah berada dengan kawan2, semua hilang pertimbangan. Maksudnya hilang kawalanlah. Lagi satu aku nak tekankan sekarang dah banyak berlaku kes penculikan. Jadi aku rasa, lebih baiklah kawal pergerakan anak-anak kita sebelum berlakunya kejadian kanak-kanak hilang. Ape korang ingat, anak-anak korang beraya dalam taman perumahan korang tu dah kira selamat? Tak... sebenarnya ada yang memerhati, cuma tunggu masa je mak bapak leka. Dia orang pancinglah budak-budak dengan duit raya. So, kenalah hati-hati ya.

Beringat sebelum kena.
Sekian...

p/s : Mohon jangan terasa huhu. Aku sebenarnya nak cerita pasal sampul duit raya frozen yang aku baru dapat tadi tapi dah melalut entah apa-apa aku merepek kat atas tu. Haha maafkan aku ya. 

SELAMAT HARI RAYA

16 comments:

  1. nasib baik i pemalu kecik2 dulu. kumpul duit raya sedara jela..hahahhaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah kita ira... mmg kumpul duit raya sedara jelah... mak abah bawak jalan beraya, dptlah duit raya.. kalau tak jalan, tak dapatlah.. haha..

      Delete
  2. Bila tiba hari raya, sudah pasti anak-anak kecil yang paling excited kan... Wanie setuju sangatlah tu dengan apa yang akak btaw.,takut ada pihak yang ambil kesempatan musim2 raya ni..bahaya...

    ReplyDelete
  3. hahahaha hakikat! tiap kali dtg uma.. xmkn n minum mnx duit raya je "ee anak sape la ni"

    naseb la masa kecik dulu.. paling2 ponn makan laaa jugak bskut raya.. hahahaha ehh yeke? =p

    ReplyDelete
  4. datang follow sini http://isolabellaz.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. salam. hihi bebudak kalau datang beraya ke rumah dapat ja duit raya terus blahh ..kadang makan pun tak hirau dah asal dapat duit raya :D

    p.s nak ke diorg terima sampul ja...duitnya takda? :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang mendapt kutukan dgn budak2la jwbnya haha

      Delete
  6. sampul tu selagi ada saya bagi la..kalau dah takde, bagi je duit tu, bebudak bukan kisah sangat.hehe

    salam kenal n follow sini ye :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. klu tak de duit mmg tak bagi terus..

      Delete
    2. hahaha jangan kejam sangat ngan budak2. bagi singgit pun jadi lah

      Delete
    3. klu bagi 50sen pun boleh haha... ikut style pakar motivasi tuan Shamsudin Kadir, beliau gantikan duit raya dengan senaskah buku untuk budak2... dari situ budak2 belajar dn kenal erti bersyukur... hihi.. =)

      Delete
  7. Dulu mase kecik dapat duit raya 20sen je. Sekarang paling kurang RM1. Ke lebih lagi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. paling kurang RM2 sekarang tp bg akak RM berapa tu tak penting... yg penting ajar anak2 hargai berapa nilai sekali pun pemberian org...

      Delete

1. Kome boleh comment apa saja but no ugly words please. Sedap sikit mata orang lain membacanya.
2. Sebarang comment berunsur iklan, politik dan lucah TAK dibenarkan tau kat sini. No! No! No!
3. Kalau nak letak sebarang link, kome boleh guna coding ni ya: < a href="LINK BLOG">NAMA BLOG< /a>
4. KM tak bertanggungjawab tau ke atas sebarang komen yang kome bagi kat sini. Jadi sila jaga tata cara penulisan kome.(^^,)
5. Don't naughty-naughty kat sini ya, cubit kang.
~Itu je nak cakap, ok bye!~