Menu Tab

Jangan Tak Tau 4 Tahun Pun Belajar Jugak...


Suspen je bunyi haha.
Apa yang budak 4 tahun belajar tu?
Yang sebenarnya Zulaikha dah terima buku hijau yang ke dua.
Yang mana fasa ni adalah fasa membaca.
Alhamdulillah... cikgu cakap Zulaikha ni cepat tangkap apa yang cikgu ajar.
So, memang senanglah nak di ajar sebab dia mudah faham.
Kalau tak, macam mana dia boleh bawak balik cerita pasal MH17 terhempas pada aku baru-baru ni.
Kome bayangkan budak 4 tahun bercerita pasal MH17 crashed?
Mau tak terkejut beruk mak dia ni dengar pasal berita tu dari mulut dia?

Okay, sambung lagi.
Macam biasalah setiap kali balik sekolah Zulaikha mesti nak tunjuk sesuatu kat mak dia ni.
So, aku pun melayanlah sekejap sebelum pergi mandi.

"Mama! Mama! Kita dapat buku hijau baru. Cikgu bagi tadi. Cikgu cakap kita dah pandai baca."

Memang layan jelah dia bercerita keterujaan dia pandai membaca.
Aku tau fasa ni agak susah bagi dia sebab masih keliru.
Tapi aku tau dan yakin dia boleh sebab dia memang suka mencuba.
Aku pun tengoklah sehelai demi sehelai sampailah terjumpa satu tajuk pada muka surat 44 ni.
Puisi cinta ko... terkejut mak ni tengok... anak dara mak kena baca puisi cinta?
Nasib baik anak dara mak ni tak paham lagi apa ertinya cinta itu.
Kalau tak, mau jenuh jugak mak nak jawab bila berdas-das soalan ditanya.

Tapi kalau korang baca puisi cinta ni, korang mesti fahamkan maksudnya?
Puisi ni lebih jurus pada cintakan Allah s.w.t
Kalau korang tak faham jugak, korang bacalah banyak kali sampai faham.
Haha.. aku sekali baca pun dah faham. =)
Cuma bila Zulaikha suruh aku baca, memang tak daya aku nak mendeklamasikan sajak di atas.
Kang, belum sempat aku baca sajak tu aku dah gelak banyak haaaa...
Sejak azali lagi mak memang failed baca sajak.
Sekian.


13 comments:

  1. seronoknya fasa-fasa begini...cikgu Adam Rayyan garang. letih nak ngajor...hahaa..teringin nak hantar dia g school..daddyG suh mommy yg ngajar di rumah..sabo jela

    ReplyDelete
    Replies
    1. ira suri rumah boleh ajar dia.. mcm sy harpkan cikgu.. balik rumah pantau kerja sekolah je.. seronok time2 mcm ni.. heh

      Delete
  2. wahh... biar dia cuba memahami apa yang dibaca, asalkan dia ada minat. ada budak yang buku tu pun dia tak nak tengok. haha.

    huu..sajak. dah lama x dengar orang bersajak. saya bab-bab macam ni pun memang fail :'D

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. sebab tu akak biar je kalau dia nak membaca... akak tadah jelah telinga mendengar dia bercerita.. dari situ boleh pupuk dia.

      Delete
  3. bagus budak cepat belaja ni.. dah skola nt senang.. msty dapat keputusan cemerlang je =)

    ReplyDelete
  4. alooo... pandainya adik zulaikha ^___^ memang cekap dia. dah lancar membaca.

    ReplyDelete
  5. Biar lah dia juga ingin berkarya

    ReplyDelete

1. Kome boleh comment apa saja but no ugly words please. Sedap sikit mata orang lain membacanya.
2. Sebarang comment berunsur iklan, politik dan lucah TAK dibenarkan tau kat sini. No! No! No!
3. Kalau nak letak sebarang link, kome boleh guna coding ni ya: < a href="LINK BLOG">NAMA BLOG< /a>
4. KM tak bertanggungjawab tau ke atas sebarang komen yang kome bagi kat sini. Jadi sila jaga tata cara penulisan kome.(^^,)
5. Don't naughty-naughty kat sini ya, cubit kang.
~Itu je nak cakap, ok bye!~