Menu Tab

WORDLESS : Surah Amalan Ketika Mengandung


Assalamualaikum!

Hari korang, sihat semuanya?
Kak KM alhamdulillah sihat cuma mood tak berapa stabil sikit nak berblogging.
Mood macam dah berjangkit dengan mommy irra, haha.
Tapi kak KM nak share something ngan korang semua.
Yang belum berkahwin atau bakal menimang cahaya mata, boleh amalkan di akan datang ya.
Ok, itu je nak cakap daaa..

Jualan Buku Penghabisan Stok!

Lagi jualan buku.
Hambik kome, mana yang duduk dekat2 tu pi la tengok.
Mana tau ada buku yang berkenan.
KLCC ni jauh dari teman.
Lebih baik datang shah alam kot hihi.
Selamat bershoping

Jualan Gudang Karang Kraf 2014


Jom ramai-ramai serbu.
Tapi korang jangan lupa tinggalkan sikit untuk kak KM haha.
Kak KM pun nak beli jugak.
Ok bye.

WORDLESS : Yakinlah Rezeki Itu Jaminan Allah


Assalamualaikum.

Subhanallah... hanya dengan mengingati Allah sahaja kita akan dipelihara keperluan sentiasa.
Makna kata, kalau kita lihat dari mata kasar macam tak cukup je gaji kita tapi kalau kita sentiasa bertakwa pada Allah, inshaAllah gaji yang tak cukup tu sentiasa cukup je.




Nota kaki : Kak KM rasa mual tengok blog buat masa ni. Maaf kalau tak ada update setiap hari.

MOTIVASI : 7 Sombong DiLaknat Allah

Assalamualaikum!

Muhasabah diri kita setiap hari kadang-kadang kita tak sedar perbuatan kita.
Sungguh pun kita cuba berubah ke arah kebaikan tapi kena kawal riak walaupun rasa diri dah sempurna dari semua segi di atas.

p/s: Kak KM tak ada selera nak pandang blog buat masa ni huhu.

MOTIVASI : 9 Tahun Lagi Nak Bersaralah

Assalamualaikum!


Hai korang! Hari ni nak cerita pasal matlamat.
*Haha... apa mimpi pulak si mahirah ni nak cerita pasal matlamat?*
Sebenarnya kak KM dah bosan kerja keluar pagi balik petang.
Sebab apa bosan? Sebab buat rutin yang sama je setiap hari.
Kak KM sedar, dalam satu hari tu kita akan habiskan masa di tempat kerja dalam 10 jam betul tak?
Kadang-kadang lebih dari 10 jam bekerja balik malam2 buta.
Macam mana masa dengan keluarga? Masa dengan suami dan anak-anak?
Bagi yang bujang, nak kumpul harta, kumpullah dari sekarang.
Nanti bila korang dah berumah tangga, korang pun akan rasa perkara yang sama.
By right, korang dah banyak harta, dah ada matlamat nak bekerja sendiri ke tu terpulang.
Nak decide berhenti kerja pun tak mengapa sebab dah yakin kestabilan hidup.


Kenapa kak KM terfikir macam ni?
Satu masa dulu kak KM pernah sertai dua ceramah motivasi kewangan.
Ceramah dibentangkan oleh Tuan Syed dan Tuan Shamsudin Kadir.
Yang mana selepas kak KM dengar ceramah tu kak KM terus insaf dan terasa banyak sangat kesalahan kak KM buat sepanjang bekerja.
Ya Allah, mujur kesedaran tu ada dan belum terlambat untuk kak KM betulkan semula.
Ke dua-dua ceramah ni kak KM suka dan ingat sampai bila2.

Kak KM ringkaskan cerita ya.
Macam tuan Syed beliau pernah ceritakan kisah silamnya yang pada masa dulu pernah jatuh dan muflis.
Berhutang dengan bank hampir 2 juta ringgit sampai sekarang tak habis.
Pernah turun naik mahkamah pasal hutang yang tak habis-habis ni.
Sampai timbul kesedaran, sampai bila nak jadi macam gini?
Dah muflis, tak ada duit nak bayar, beliau pun merantau luar negara, jadi cleaner, pelayan restoran dan macam-macam lagi untuk kumpul duit.
Tapi katanya beliau cepat bosan dan kembali ke Malaysia.
Sehinggalah beliau jadi unit trust agen, takaful insuran dan dapat buka pusat training sendiri.
Jadi broker rumah, broker tanah, beli rumah sewa.
Dari situ je dia jana kewangan untuk family dia.
Wife? Beliau suruh berhenti kerja dan tumpu pada anak-anak dengan syarat, 10% dari gaji beliau ni mesti masuk poket isteri.
Contoh kata sebulan income RM20,000 kalau 10% wife dia dapat RM2000 macam tulah.
Di masa umur 35 tahun beliau dah bebas masa boleh bergerak ke mana saja sesuka hati dengan income yang memang confirm masuk tiap-tiap bulan.
Sebenarnya panjang cerita pasal Tuan Syed ni tapi kak KM ringkaskan je.

Cerita pula pasal Tuan Shamsudin Kadir.
Beliau ni pernah masuk TV3 dulu jadi jemputan.
Kak KM suka ceramah tuan Syed ni sebab dia mengajar macam mana cara nak buat duit dengan sewa rumah.
Beliau pernah cerita ada seorang kerani mempunyai 300 buah rumah dan sehingga sekarang masih berjawatan kerani.
Malah, income sewa rumah tu lagi besar dari gaji yang dia terima setiap bulan.
Sekarang ni kata beliau kerani tu dah ada syarikat sewa rumah sendiri dan hire beberapa staf untuk manage 300 buah rumah tu.
Kerani tu cuma ambil untung dari situ je.
Ada sorang lagi ikut jejak kerani ni.
Dia bujang berusia 25 tahun memiliki 12 buah rumah sewa dan income sebulan masuk hampir RM50k lebih dari gaji bulanan yang dia dapat.
Baru-baru ni dia ada masalah bank sekat akaun dia sebab setiap bulan RM50k masuk.
Entah kenapa baru sekarang bank perasan dan suruh register akaun syarikat khas untuk income rumah sewa.
Dan dengar cerita sekarang ni pun dia dah mula tak menang tangan nak urus 12 rumah sewa tu dan mencari staff yang boleh bekerja dengan dia.
Nampak tak kebijaksanaan mereka mengurus kewangan sehingga dapat mengeluarkan berbelas aset rumah dan beratus aset rumah untuk menjana pendapatan?

Korang yang muda-muda ni cubalah attend ceramah motivasi macam ni.
Di zaman ekonomi yang mencabar ni kita semua dah perlu buat sesuatu untuk masa depan kita semua.
Jangan merungut jangan membebel sebab takkan jadi apa-apa.
Uruslah duit dengan bijak dan jangan boros sebab semua tu tak sampai ke mana.
Jangan hanya harap menyimpan dari duit makan gaji sahaja tapi gunakan duit makan gaji tu ke arah benda yang berfaedah seperti mengumpul aset macam yang kak KM cerita tu.
Kak KM nak bagi nasihat pun tak pandai tapi apa yang kak KM pernah dengar kak KM cuba sampaikan pada korang yang muda2 ni.
Kadang-kadang rasa kesian dengan diri sendiri bila mengeluh penat kerja keluar pagi, balik petang dan kadang-kadang lajak sampai malam.
Kena perah otak, kena marah dengan bos, hadap lagi dengan sikap2 manusia pendengki di tempat kerja dan macam-macam lagilah.
Setiap tahun nak kena fikir pasal pengukur prestasi kerja, bagus ke tidak untuk tentukan bonus dan increment.
Dan kadang kala pengukur prestasi tu tidak adil bagi sesetengah pihak yang rajin bekerja tapi tidak dapat yang sepatutnya.
Malah, kadang-kadang setiap tahun boleh pula beri A pada pekerja kegemaran sahaja.
Letihkan setiap kali kena fikir macam gitu?
Yang cikai-cikai ni kena beralah dan makan hati berulam jantung.
Ramai dah rakan-rakan kak KM pun mengeluh dari syarikat yang berbeza.
Pendek kata semua tempat kerja sama.
Jadinya kita sendiri kena usaha untuk berubah dan jangan duduk saja.
Buat sesuatu dari sekarang.
Kak KM pun tengah cuba berusaha ke arah menstabilkan kewangan dan mengumpul aset.
Tak apa ikat perut sekarang demi masa akan datang.
Mana tau dalam masa 9 tahun akan datang kak KM dah boleh bersara dari kerja.
InsyaAllah.

Oklah itu je nak cerita.
bye2.

Hari Raya Aidiladha (Qurban) Part 3

Assalamualaikum!

Hai korang.. malasnya nak draft entry huhu.
Punyalah lama simpan draft ni tapi tak jugak siap2nya.
Macam-macam jadi korang tau, sepanjang tak berupdate entry tapi abaikan sebab malas nak fikir.
Okeh, kak KM nak sambung balik hari raya qurban part 3.
Hahaha... hari ke tiga ni hari bergumbira.
Tiba-tiba entah apa mimpi kazen ku nak bawak pergi pulau acheh der...
Punya melompat kita orang kesukaan.
Sebab dulu pernah pergi kelong acheh, aku pandang je dari jauh pulau achech tu.
Haaa kali ni aku sendiri jejak kaki ke pulau tu.
Tapi korang jangan risaulah, aku bukan pendatang haram hahaha.
Air kat situ sangat jernih.
Siap boleh tangkap ikan lagi kome oi haha.
Jom cuci mata tengok gambar kita orang.

Nampak tak tiga beranak yang excited.
Aku paling tak suka naik bot sebab susah nak langkah panjat masuk dalam ni.
Tapi terpaksa jugak kalau tak kena tinggal huhu.



Nampak tak muka ke gumbiraan kami semua termasuk anak-anak kucing di belakang tu.
Haha.. tu ada kazen aku juga tapi kazen lain.
Anak dia saje dah penuh satu bot ni kome tau.
Memang dah ready nak terjun je masa tu.
Bot mengambil masa 20 min utk sampai ke destinasi.
Lama giler aku rasa bot tu bergerak. Sampai aku rasa nak tolong dayungkan sekali je hahaha.

Ni bekalan kami untuk berkelah di sana.
Banyak haha.. anak2 kazen aku yang separuh dozen tu kuat makan.
Memang kena bawak bekalan kang semua sebok cakap lapo.
Kita yang dewasa ni tak kisah.
Makan tak makan belakang kira.
Tapi kalau korang dah berenang-renang ke hulu dan ke hilir, dah tentu lapo jugakkan? 

Kami dah sampai!
Bot di sana tu adalah bot karam.
Kelakarkan? Macam bot apa je kekaraman tu.
Lepas tu ada satu lagi bot kat belah kiri pantai.
Bot tu dulu pernah kena kejar dengan tentera laut.
Kak KM rasa bot tu bot tongkang bawak orang tak de permit.
Sebab tu tersadai kat laut.
Tapi lupa nak amik gambo huhu.
Ingat nak gi tengok kot2 la ada harta karunkan.
Tapi tak beranilah hahaha.

Tengok anak dara ku.
Ni baru lepas bangun tido, terus berlari masuk kereta bila dengar nak pergi laut.
Tak payah mandilah, dah sampai nanti basah jugak haha.
Kesian dia, kulit sudah gelap huhu.


Perkelahan yang simple.
Pagi2 mendung lagi so tak terasa bahangnya.
Bila dah tengah hari baru terasa kenikmatan bahang matahari tu.
Memang rentung kulit muka akak ni korang oi haha.
Yang pasti memang enjoy.

Selfie sebelum terjun laut.
Mak xcited ni noqs haha!

Haaa nampak tak pakwan happy?
Happylah sangatkan bila dah ke pulau acheh ni tetiba tak bawak pancing pulak balik kampung.
Stress je member dalam pasrah haha.
Tapi apa yang penting dia seronok jugak terjun laut kan?


Bersantai dulu tepi pantai menikmati ombak.
Si kecik sebelah ku yang pakai baju tido tu dah kesejukan.
Tapi dalam sejuk pun masih lagi duduk kat gigi laut.
Haha sekurang2nya Zulaikha ni lagi teror dari mak dia ni.
Kecik2 dah pandai berenang.
Mak dia ni dulu sekolah menengah gigi air pun takut nak sentuh tau tak.
Penakut sungguh!

Peace yo!
Waktu ni pun sama, kak KM snap dulu gambar pakwan, then kak KM baring atas pasir dan terus tido.
Feeling jemur muka la kan, yang lain semua bertutup litup, cuma muka je terdedah.
Memang balik jadi berbelanglah haha.
Muka kering, sunburn.

Time bakar-bakar ikan ni kazen gi memukat kat tengah laut.
Banyak woo dapat.
Mula2 datang kat pulau ni, family kita orang je.
Dalam kul 9 cam tu datang lagi satu family mandi kat sebelah bot karam yang besar tu.
Baru la terasa tak sendirian  bila ada gang.
Rupanya mereka pun membakar jugak.
Serious memang seronok.

Selfie lagi ambik gambar deme yang tengah tunggu turn makan ikan bako.
Tak ada bumbu pun boleh sedap, padahal sebenarnya dah lapar.

Ni sebelum balik sempat lagi bergambar kat bot kecik yang karam tu.
Kome ingat senang nak naik bot?
Kena lompat dari dalam air untuk masuk ke bot.
Memang cucah cangat tau huhu
Masa ni ada beruk dah usha makanan kita orang yang balance2 kat belakang sana.
Sebelum kena terkam baik wa cabut ke bot dulu haha.

Last sekali, makcik berendam tapi tak jauh mana.
Dalam tak jauh tu kaki boleh jugakla terapung2 hihi.
Seronok sangat2 dan rasa nak datang lagi je bila free masa nanti.

Okeh, dah habis cerita.
Bye!


TEGURAN : Nak Nasihat Tapi Macam Menuduh Pulak

Assalamualaikum.

Haha... tajuk di atas tak ada kena mengena dengan dunia blogger tau.
Ni berlaku dalam dunia sebenar di luar sana.
Kejadian ni berlaku pada seorang sahabat kak KM.
Dia bercerita sebab dia terkilan.

Al kisahnya begini, ada sorang hamba Allah ni, dia warded.
Warded sebab demam denggi kalau tak silap.
Lama juga dia warded sebab platlet darah asyik drop je memanjang.
Nak dijadikan cerita, mula-mula ingatkan denggi biasa, sekali dengar berita platlet darahnya makin drop dari 53 ke 25.
Sikit je lagi kena tukar darah tau.
Memang kesian kalau tengok keadaan hamba Allah ni di hospital.
Hanya doa supaya dia cepat sembuh seperti sedia kala.

Satu hari datang seorang kenalan rapat hamba Allah. 
Kenalan tu seorang perempuan dan cuba bertanyakan khabar hamba Allah ni dari PA dia yang kebetulan ada di hospital masa tu.
Tiba-tiba terkeluar satu ayat begini dari mulut kenalan perempuan tu.

Si polan : *Awak ni PA dia ya?"
PA : *Ya saya*
Si polan : *Sedih tengok keadaan dia."
PA : *Itulah, harap dia cepat sembuh.*
Si polan : *Awak ni ok ke dengan dia?"
PA : *Kenapa tanya macam tu?*
Si polan : *Tak adalah, akak tau dia selalu menyusahkan semua orang. Manalah tau awak ada terkecik hati dengan dia dan mendoakan yang tak baik.*
PA : *Err... saya tak...*
Si polan : *Awak maafkanlah dia ya. Janganlah doakan benda yang tak baik. Kesian dia...*
PA : Terus senyap bila di tuduh begitu.

Di sini yang kak KM tak faham, apa motif si polan tu nak tuduh si PA?
Dia tau ke macam mana hubungan hamba Allah tu dan pekerjanya di pejabat?
Mana dia tau si PA tu ada kecik hati ke tidak dengan bos dia tu?
Sangat direct tuduhan dia yang tak berasas tu.
Niat nak tegur tu dah ok tapi tak kena gaya langsung caranya.
Rasa nak bagi satu pelempang pun ada sebab main tuduh orang macam tu.
Tak pasal-pasal orang pandang serong pada si PA tu.
Lain kali kalau nak nasihat biar secara general bukan terus point seseorang.
Tak pasal-pasal mengguris hati si PA tu dengan tuduhan dia yang tidak berasas.

p/s : Nak tegur tu boleh tapi jangan menuduh boleh tak? Niat dah bagus tapi bila cara tu mengguriskan perasaan orang, kan ke tak bagus dah jadinya?

WORDLESS : Jangan Jadikan Masalah Kecil Tu Remeh


Seriously, kena selesaikan juga masalah kecil tu kalau kita rasa ia remeh.
Takut kalau masalah tu jadi besar, lagi susah nak handle.
Ibarat macam satu penyakitlah.
Seseorang pergi check up, doc kata baru stage 2.
Kena buat pembedahan tapi di tangguh-tangguh, bila check up lagi sekali doc kata dah stager 4.
Nampak tak akibatnya bila kita biarkan sesuatu masalah tu?
Ok itu je nak cakap.
Bye2.

Segmen 12 Jam Bloglist #11 Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan November dan Disember 2014 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 13 Oktober 2014, iaitu tepat jam 11.15 pagi sehingga 11.15 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #11 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Oktober 2014.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Hari Raya Aidiladha (Qurban) Part 2

Assalamualaikum!

Hai korang! Hari ni kak KM nak sambung balik cerita pasal hari raya korban.
Korang pernah buat korban? Maksud kak KM keluarga korang sendiri buat korban.
Cuma panggil orang kampung je minta tolong sembelihkan.
Yang agihkan daging tu buat sendiri.
Haha, korang tau tak raya korban baru-baru ni memang kami rasa sendiri erti korban.
Ni semua perancangan last minit dari pak long aku tau.
Sampai lembu kat kampung semua dah habis di booking orang.
Tinggal lembu dari kampung seberang dan di jual dengan harga RM3200.
Terbaik punya harga mahal.
Siapa suruh buat last minit kan, huhu pandan muka kita orang.
Petang yang kita orang nak buat kenduri doa selamat tu la lembu tu sampai naik lori.

KM Nak Bloglist E-Novel

Assalamualaikum!

Selamat pagi semua, pagi ni kak KM nak request kat korang yang mempunyai hobi dan minat yang sama dengan kak KM.
Siapa kat sini suka tulis e-novel, e-cerpen?
Kalau ada boleh share blog korang kat sini sebab kak KM dan buat bloglist khas untuk sudut bacaan.


Setakat ni yang KM tau cuma 3 blogger je.
Sebenarnya kak KM tau ada lagi yang suka tulis e-novel tapi kak KM ada masalah pelupa yang mana satu sebab dah banyak sangat bloglist hahaha.
Okeh, kalau sudi, mehlah share ya. 

Giveaway Diari Jejaka Hangat 2014



Giveaway Diari Jejaka Hangat 2014 bermula pada jam 4.00 pe 11 Oktober 2014 hingga 11.59 malam 11 November 2014. Menawarkan hadiah yang bernilai RM 552.90 untuk dimenangi. Senarai hadiah ada di SINI.

Semua blogger dijemput join untuk menyertai Giveaway ini.

Syarat-syaratnya :

1. Wajib Follow Blog Sponsor
Diari Jejaka Hangat | Yun Sing | Ana Solehah | Syaza Raihanah | Iklil Syahmi | Idah Rashid | IanFaizal | Mar Mansor | Kathy R'bain | Shad | Ssurianah Yana | NurAlja | Aika Azizan | Budak Bandung Laici | Hunny Kitty | Si Tracey | Noryussyairah | Ida
2. Wajib Like Fanpage Sponsor

       

3. Follow Twitter + Instagram Sponsor
Twitter :   


Instagram :  Rexylla_Blogshop  Aerill_Hassan
4. Tambah Google Plus Sponsor 
+Mohamad Khairil  +ct fand 
3. Buat entri bertajuk Giveaway Diari Jejaka Hangat 2014
4. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
5. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI


37 pemenang bertuah akan dipilih dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 12 November 2014.

Good luck!

TYPO : Ijazah ke Jenazah Ni?


Saat gembira terima jenazah???
Krik! Krik! Krik!

LittleWhiz.com October 2014 Promotion


Assalamualaikum!

Ni promotion bagi kaum ibu dan kaum bapa ya.
Ha... yang bujang pun boleh nak tinjau, kot nak beli untuk anak buah ke, anak tekak ke kan?
Apa yang menariknya LittleWhiz ni?
Meh sini kak KM nak cerita.
Sebenarnya dah lama kak KM berjinak membeli belah di LittleWhiz ni.
Nak tau sejak bila? Haha.. sejak lahirnya budak kecik kat bawah ni.

Zulaikha berusia 2 hari

Sejak lahir je Zulaikha, kak KM terus berjinak-jinak beli online.
Masa tu tahun 2010.
Baru ku tau rupanya ada online shopping.
Itu yang terpengaruh beli macam-macam kat LittleWhiz ni.
Macam mana boleh terpengaruh tu?
Semuanya sebab kak KM tak sempat nak sediakan breast pump dan katil baby.
Nak suruh pakwan yang beli memang dia zerolah.
Takkan pulak aku dalam pantang ni nak pergi jengah kedai baby?

Sudahnya online shopping jelah.
Masa tu terfikir jugak, sampai ke tidak ntah beli online ni?
Tawakal jelah wei beli mahal-mahal macam breast pump tu kat online shop.
Ni hah! Kat littlewhiz.com lah tempat kak KM menghabiskan duit.
Macam-macam ko, aku beli untuk Zulaikha.
Maklumlah, anak pertamakan hahaha.
Terus terang cakap, kat sini semua complete.
Apa yang kak KM nak semua ada kat sini.
Kalau nak compare harga pun, kat sini memang selalu buat sale.
Rasanya setiap bulan kot.


Haaa kalau korang ibu-ibu, bapak-bapak yang berminat nak tengok barang baby, bolehlah tinjau kat banner bawah ni dan terus membawa korang ke website LittleWhiz ni.
Sekarang ni ada october promotion.



okeh, selamat bershopping untuk si manja!
daa...

NEW CPUV : Zurich Insurance Contest

Assalamualaikum!

Kali ni nak cerita pasal Zurich Insurance Contest.
CPUV ni baru je masuk hari ni.
Alhamdulillah, tapi yang double triple tu malas nak fikir sebab nanti kalau nuffnang dah ok, dia betulkan balikkan?
Maklumlah, maksalah teknikal hehehe...


Korang pernah tengok iklan kat TV tak pasal perlindungan insuran?
Ala yang seorang ibu nak melindungi anaknya sampai masuk dalam baju hujan.
Haaaa nilah dia benda alahnya tau.
Kalau korang nak tau lebih lanjut, bila korang nampak iklan korang klik2 ya.
Wow! Sekarang dah ada 17 CPUV yang mana byk yg berulang2.
Harap pihak nuffnang dapat betulkan dengan segera.
Tapi kalau double triple tu earning berjalan tak payah betulkan pun tak apa hihi.












Okehlah, daaa...