Menu Tab

Hari Raya Aidiladha (Qurban) Part 3

Assalamualaikum!

Hai korang.. malasnya nak draft entry huhu.
Punyalah lama simpan draft ni tapi tak jugak siap2nya.
Macam-macam jadi korang tau, sepanjang tak berupdate entry tapi abaikan sebab malas nak fikir.
Okeh, kak KM nak sambung balik hari raya qurban part 3.
Hahaha... hari ke tiga ni hari bergumbira.
Tiba-tiba entah apa mimpi kazen ku nak bawak pergi pulau acheh der...
Punya melompat kita orang kesukaan.
Sebab dulu pernah pergi kelong acheh, aku pandang je dari jauh pulau achech tu.
Haaa kali ni aku sendiri jejak kaki ke pulau tu.
Tapi korang jangan risaulah, aku bukan pendatang haram hahaha.
Air kat situ sangat jernih.
Siap boleh tangkap ikan lagi kome oi haha.
Jom cuci mata tengok gambar kita orang.

Nampak tak tiga beranak yang excited.
Aku paling tak suka naik bot sebab susah nak langkah panjat masuk dalam ni.
Tapi terpaksa jugak kalau tak kena tinggal huhu.



Nampak tak muka ke gumbiraan kami semua termasuk anak-anak kucing di belakang tu.
Haha.. tu ada kazen aku juga tapi kazen lain.
Anak dia saje dah penuh satu bot ni kome tau.
Memang dah ready nak terjun je masa tu.
Bot mengambil masa 20 min utk sampai ke destinasi.
Lama giler aku rasa bot tu bergerak. Sampai aku rasa nak tolong dayungkan sekali je hahaha.

Ni bekalan kami untuk berkelah di sana.
Banyak haha.. anak2 kazen aku yang separuh dozen tu kuat makan.
Memang kena bawak bekalan kang semua sebok cakap lapo.
Kita yang dewasa ni tak kisah.
Makan tak makan belakang kira.
Tapi kalau korang dah berenang-renang ke hulu dan ke hilir, dah tentu lapo jugakkan? 

Kami dah sampai!
Bot di sana tu adalah bot karam.
Kelakarkan? Macam bot apa je kekaraman tu.
Lepas tu ada satu lagi bot kat belah kiri pantai.
Bot tu dulu pernah kena kejar dengan tentera laut.
Kak KM rasa bot tu bot tongkang bawak orang tak de permit.
Sebab tu tersadai kat laut.
Tapi lupa nak amik gambo huhu.
Ingat nak gi tengok kot2 la ada harta karunkan.
Tapi tak beranilah hahaha.

Tengok anak dara ku.
Ni baru lepas bangun tido, terus berlari masuk kereta bila dengar nak pergi laut.
Tak payah mandilah, dah sampai nanti basah jugak haha.
Kesian dia, kulit sudah gelap huhu.


Perkelahan yang simple.
Pagi2 mendung lagi so tak terasa bahangnya.
Bila dah tengah hari baru terasa kenikmatan bahang matahari tu.
Memang rentung kulit muka akak ni korang oi haha.
Yang pasti memang enjoy.

Selfie sebelum terjun laut.
Mak xcited ni noqs haha!

Haaa nampak tak pakwan happy?
Happylah sangatkan bila dah ke pulau acheh ni tetiba tak bawak pancing pulak balik kampung.
Stress je member dalam pasrah haha.
Tapi apa yang penting dia seronok jugak terjun laut kan?


Bersantai dulu tepi pantai menikmati ombak.
Si kecik sebelah ku yang pakai baju tido tu dah kesejukan.
Tapi dalam sejuk pun masih lagi duduk kat gigi laut.
Haha sekurang2nya Zulaikha ni lagi teror dari mak dia ni.
Kecik2 dah pandai berenang.
Mak dia ni dulu sekolah menengah gigi air pun takut nak sentuh tau tak.
Penakut sungguh!

Peace yo!
Waktu ni pun sama, kak KM snap dulu gambar pakwan, then kak KM baring atas pasir dan terus tido.
Feeling jemur muka la kan, yang lain semua bertutup litup, cuma muka je terdedah.
Memang balik jadi berbelanglah haha.
Muka kering, sunburn.

Time bakar-bakar ikan ni kazen gi memukat kat tengah laut.
Banyak woo dapat.
Mula2 datang kat pulau ni, family kita orang je.
Dalam kul 9 cam tu datang lagi satu family mandi kat sebelah bot karam yang besar tu.
Baru la terasa tak sendirian  bila ada gang.
Rupanya mereka pun membakar jugak.
Serious memang seronok.

Selfie lagi ambik gambar deme yang tengah tunggu turn makan ikan bako.
Tak ada bumbu pun boleh sedap, padahal sebenarnya dah lapar.

Ni sebelum balik sempat lagi bergambar kat bot kecik yang karam tu.
Kome ingat senang nak naik bot?
Kena lompat dari dalam air untuk masuk ke bot.
Memang cucah cangat tau huhu
Masa ni ada beruk dah usha makanan kita orang yang balance2 kat belakang sana.
Sebelum kena terkam baik wa cabut ke bot dulu haha.

Last sekali, makcik berendam tapi tak jauh mana.
Dalam tak jauh tu kaki boleh jugakla terapung2 hihi.
Seronok sangat2 dan rasa nak datang lagi je bila free masa nanti.

Okeh, dah habis cerita.
Bye!


11 comments:

  1. wahh bestnyee berkelah.. syok tu.. :)

    ReplyDelete
  2. wah..jauh kak KM berhari raya ye..

    ReplyDelete
  3. akak ditagged! :D

    http://jindrisska.blogspot.com/2014/10/giveaway-pertama-sitisab.html

    ReplyDelete
  4. akak ditagged! :D

    http://jindrisska.blogspot.com/2014/10/giveaway-pertama-sitisab.html

    ReplyDelete
  5. wah bestnya.. air jernih sungguh..

    ReplyDelete
  6. Lama tak singgah sini. Sorry kakk!

    Eh, bestnyaaa. Kena baca entry sebelum ni bru paham pulau acheh tu kat mana. hehe

    ReplyDelete
  7. bestnya!..bestnya...sis JM mcm dh serik nk pergi pantai sbb muka cepat sunburn huhuh

    ReplyDelete
  8. bestnyer. bako bako. rendu nak berBBQ

    ReplyDelete
  9. punya duk baca, 'anak-anak kucing', eh, ada bawa kucing ke.. rupanya budak-budak. hahaha. adoi..

    seronoknya!! alah kak, kalau berjemur kat pantai,x sah kalau muka x berbelang kan. hahaha...

    yang penting kita enjoy!

    ReplyDelete
  10. seronoknya and air pun bersih. tak ramai orang yang penting sebab boleh konker tempat tu huhuhu.. mnarik lah kak sebab kena naik
    bot nak pergi. rare..

    ReplyDelete

1. Kome boleh comment apa saja but no ugly words please. Sedap sikit mata orang lain membacanya.
2. Sebarang comment berunsur iklan, politik dan lucah TAK dibenarkan tau kat sini. No! No! No!
3. Kalau nak letak sebarang link, kome boleh guna coding ni ya: < a href="LINK BLOG">NAMA BLOG< /a>
4. KM tak bertanggungjawab tau ke atas sebarang komen yang kome bagi kat sini. Jadi sila jaga tata cara penulisan kome.(^^,)
5. Don't naughty-naughty kat sini ya, cubit kang.
~Itu je nak cakap, ok bye!~