Menu Tab

TEGURAN : Nak Nasihat Tapi Macam Menuduh Pulak

Assalamualaikum.

Haha... tajuk di atas tak ada kena mengena dengan dunia blogger tau.
Ni berlaku dalam dunia sebenar di luar sana.
Kejadian ni berlaku pada seorang sahabat kak KM.
Dia bercerita sebab dia terkilan.

Al kisahnya begini, ada sorang hamba Allah ni, dia warded.
Warded sebab demam denggi kalau tak silap.
Lama juga dia warded sebab platlet darah asyik drop je memanjang.
Nak dijadikan cerita, mula-mula ingatkan denggi biasa, sekali dengar berita platlet darahnya makin drop dari 53 ke 25.
Sikit je lagi kena tukar darah tau.
Memang kesian kalau tengok keadaan hamba Allah ni di hospital.
Hanya doa supaya dia cepat sembuh seperti sedia kala.

Satu hari datang seorang kenalan rapat hamba Allah. 
Kenalan tu seorang perempuan dan cuba bertanyakan khabar hamba Allah ni dari PA dia yang kebetulan ada di hospital masa tu.
Tiba-tiba terkeluar satu ayat begini dari mulut kenalan perempuan tu.

Si polan : *Awak ni PA dia ya?"
PA : *Ya saya*
Si polan : *Sedih tengok keadaan dia."
PA : *Itulah, harap dia cepat sembuh.*
Si polan : *Awak ni ok ke dengan dia?"
PA : *Kenapa tanya macam tu?*
Si polan : *Tak adalah, akak tau dia selalu menyusahkan semua orang. Manalah tau awak ada terkecik hati dengan dia dan mendoakan yang tak baik.*
PA : *Err... saya tak...*
Si polan : *Awak maafkanlah dia ya. Janganlah doakan benda yang tak baik. Kesian dia...*
PA : Terus senyap bila di tuduh begitu.

Di sini yang kak KM tak faham, apa motif si polan tu nak tuduh si PA?
Dia tau ke macam mana hubungan hamba Allah tu dan pekerjanya di pejabat?
Mana dia tau si PA tu ada kecik hati ke tidak dengan bos dia tu?
Sangat direct tuduhan dia yang tak berasas tu.
Niat nak tegur tu dah ok tapi tak kena gaya langsung caranya.
Rasa nak bagi satu pelempang pun ada sebab main tuduh orang macam tu.
Tak pasal-pasal orang pandang serong pada si PA tu.
Lain kali kalau nak nasihat biar secara general bukan terus point seseorang.
Tak pasal-pasal mengguris hati si PA tu dengan tuduhan dia yang tidak berasas.

p/s : Nak tegur tu boleh tapi jangan menuduh boleh tak? Niat dah bagus tapi bila cara tu mengguriskan perasaan orang, kan ke tak bagus dah jadinya?

15 comments:

  1. dah nama manusia..kalau tak busuk hati tak sah...

    ReplyDelete
  2. eh, boleh pula si polan kata gitu... dah la x sempat PA nak cakap pape. dah elok2 orang bersangka baik, terus fikir pelik2 kat dia.. hmmm -.-

    siannya sakit macam tu. mudah-mudahan tak ada apa-apa yang terlalu serius

    ReplyDelete
  3. oh, saya tlg klik prmoted content sekali ^^,

    ReplyDelete
  4. ada juga manusia gini ye
    tak molek sungguh cara dia tu, menjatuhkan air muka orang
    boleh sangat kalau nak twist sikit teguran tu
    cam kata, "meh kita sama-sama doakan dia, apa dosa dia pada kita, kita maafkan"

    ni tak pasal-pasal dapat dosa pula sebab buat orang terasa

    ReplyDelete
  5. @yana yanibetul.. patut dia cakap macam yg YY cakap tu... mentang2 PA tu rapat dengan bos, terus dia point jari kat PA tu.. entah apa2.

    ReplyDelete
  6. aik? ad jugak manusia mcm tu? x kenal x ape, dtg2 men tuduh...bg pelempang satu kali lah

    ReplyDelete
  7. akak...akak dah wat senarai pemenang segmen akak kan...tp apesal takde yang tuntut kat dik an pun ? pelikk huhu

    ReplyDelete
  8. Hahah, pelik betul. Macam dye jark yang tak ok saya rasa.

    ReplyDelete
  9. ish2.. nak nasihat pun jgn smpai mengaibkan org kan? ^^

    ReplyDelete
  10. siapa tu? meh sini SA cili2kan mulut dia...sama la perangai ngan budak kat opis ni....boleh gang tuh...x prihatin orang nyer perasaan...

    ReplyDelete
  11. bahahaha ke dia yang cenggitu ? huuurm tapi itulah kita ni sebagai manusia kena jaga hubungan sesama manusia. tengok bila sakit orang macam tak berapa ikhlas nak kesian sebab kita penah tindas orang. huurm bukan nak kata kat yang sakit tu tapi ini general. macam kalau anak murid pun.. yang nakal yang rude sikit cikgu mesti ingat tapi ingat yang macam mana..? ingat yang tak best.. macam tulah analogi nak kasi..

    apa apa pun get well soon.. semoga sakit dia menjadi kafarah dosa buatnya. yang lelain maaari kita berkasih sayang ^^ nah *smooch* untuk Akak KM

    ReplyDelete
  12. Ada juga org mcm tu. Entah apa2. Sesuka hati je main tuduh2.

    ReplyDelete
  13. ni bukan nk tegur tapi nk menuduh..ee geram je

    ReplyDelete

1. Kome boleh comment apa saja but no ugly words please. Sedap sikit mata orang lain membacanya.
2. Sebarang comment berunsur iklan, politik dan lucah TAK dibenarkan tau kat sini. No! No! No!
3. Kalau nak letak sebarang link, kome boleh guna coding ni ya: < a href="LINK BLOG">NAMA BLOG< /a>
4. KM tak bertanggungjawab tau ke atas sebarang komen yang kome bagi kat sini. Jadi sila jaga tata cara penulisan kome.(^^,)
5. Don't naughty-naughty kat sini ya, cubit kang.
~Itu je nak cakap, ok bye!~