Menu Tab

Lagu Suasana Di Hari Raya - Versi ZULAIKHA

Lagu Suasana Di Hari Raya - Versi ZULAIKHA

Berlalulah sudah ramadan sebulan berpuasa
TIBANYA syawal kita JAYAKAN dengan rasa gembira
anak muda HILANG KAWAN, semuanya KELUAR ke desa
ibu dan ayah KEGIRANGAN, BERSYUKUR TAK GEMBIRA


Kuih dan KUIH beranika MAKAN
PENANGAN KINI ZAMAN BERZAMAN
ketupat rendang sila nikmati kawan
penat memasak malam ke pagi

Wajik dan dodol JANGAN LUPAKAN KAWAN
PENANGAN nenek zaman berzaman
asyik bersembang pakcik dan makcik KAWAN
hai duit raya TERUS nak di beri

SEKIAN TERIMA KASIH...

p/s : siapa nak offer job nyanyi untuk anak ku, boleh jumpa aku, habis rosak lirik orang..

Paradise SPA PD

Assalamualaikum, hai semua! 

Aci tak kalau KM nak publish balik draft 3 tahun lepas? Masa ni KM tengah sarat mengandung 7 bulan Uzair. Kejadian percutian ni berlaku seminggu sebelum KM di warded ke hospital. Boleh lagi enjoy tenangkan fikiran. Padahal masal ni tekanan darah 150/90.

Sebelum ke sini, KM minta pendapat doktor, boleh ke KM nak pergi bercuti? Keadaan kesihatan masa ni mmg tak mengizinkan. Kaki bengkak kembung. Takut tengok. Tekanan memang tak turun. Sudahnya seminggu lepas tu KM kena warded. Takut jadi apa-apa kat rumah. 🤣 Kena tahan sampai bersalin. Tu yang Uzair keluar 7 bulan.

Okeh, KM belanja sikit gambar kat PD. Memang seronok kalau bercuti. Ni pun saja bawa kakak berjalan. Nanti dah masuk sekolah rendah, kena tunggu cuti sekolah kalu nak bercuti. 😄

Biasa kalau pi PD, pantai ni la selalu kami lepak.



Kakak seronok main tanah.


Excited nak pi mandi, siap bawak beg baju mandi


Memandankan mama dia tak sihat, jadi mama dia pandang je la. Borak² dengan ada sorang ni, pun sama tgh preggy cam KM. Masing² cerita masalah masa preggy.

Ni kolam dewasa, terpaksa ke sini sebab kolam kanak² keruh. 

Terpaksalah ayahnya dukung dalam kolam sbb kaki tak sampai.



Cantik view kat sini. Tapi panas la sikit.



Seberang sana tu Glory Beach. Next time plan ke sana pulak 

Okay, itu je. Bye!


Zulaikha Dan Doctor Gigi

 Assalamualaikum,

Kisah ni sebenarnya dah lama simpan. Kisah sebelum KM bersalin. Haha dah berapa bulan berlalu baru nak updatekan. Macam tulah kalau dah pembawakan budak, memang segala benda yang selalu buat semua stop tergendala.

Korang ingat lagi tak masa kita kecik-kecik dulu, ada nurse dan doctor gigi datang melawat sekolah dan check gigi kita sama ada okay atau pun tak. Siap ajar lagi kita cara-cara gosok gigi dengan betul dan bersih.

Now masa tu dah berlalu tapi berlaku kat anak-anak kita pulak. Yang menariknya seawal 5 tahun di sekolah tadika lagi mereka didedahkan cara penjagaan gigi. Tak payah nak tunggu masa sekolah rendah lagi dah walaupun mungkin satu masa nanti bila Zulaikha dah sekolah rendah akan ada lagi pendedahan ni.

Hari tu, Zulaikha ada cakap kat KM cikgu suruh beli set berus gigi siap dengan ubat gigi sekali untuk sekolah. Masa tu tak silap KM masih admitted di hospital kandungan 25w. Kesian kat Zulaikha, sampai ayah dia pun terlupa nak beli

Nasib baiklah ada tok abah dia tolong belikan. Jom KM belanja korang dengan beberapa gambar anak-anak dari sekolah tadika Zulaikha. Semuanya nampak bijak belaka.

 
Masa ni mereka di brief tentang penjagaan gigi. Masing-masing dah faham dah yang pentingnya penjagaan gigi dari kecil.

 Masa ni pulak, doctor bagi sorang-sorang pegang macam mana rasa gigi kita. Entah budak-budak tu faham ke tidak haha. Tapi mereka nampak ingin tahu. Lepas ni harap anak-anak ni termasuk Zulaikha berminatlah gosok gigi. Kalau tidak, jenuh nak suruh gosok gigi.

 Sesi soal jawab berlangsung dan anak ni berjaya jawab soalan dan dapatlah gift dari doctor.

 Cuma cari zulaikha yang mana satu? Haha masing-masing duk tayang gigi comel. Zulaikha yang berus gigi kuning tu. Dia kalau apa2 event memang terlebih excited. Balik rumah mesti cerita kat mak pak dia.


Bila anak-anak dah ada pendedahan begini, kita sebagai parent kena remind anak-anak yang gigi perlu di jaga dari kecil. Biar cantik dan tersusun tanpa ada lobang hitam tu. Kalau boleh, elakkanlah makanan bergula, cikedis or what so everlah. Alah, macam gula-gula tu tak payahlah bagi, bukan setakat gigi rosak, budak jadi hyper wei. Susah nak control. Terkinja-kinja lompat.

Ingat lagi masa KM dah discharge, Zulaikha cerita pasal doctor ajar dia cara gosok gigi kat tok abah dan maktok dia. Mak tok cakap kat dia yang gigi mama ni cantik je masa kecik. Korang tau apa dia jawab balik kat mak tok dia? "Ya ke cantik? Kita tengok gigi bawah mama macam pokok je."

Betuahkan??? haha okehlah tu je nak cerita bye!

EcoKiddy Baby Ringsling To Letgo

Assalamualaikum,

KM sebenarnya nak letgo baby ringsling brand indonesia Ecokiddy. Reason for selling sebab KM dah beli ringsling baru brand Autumnz color fav green. Jadi, pada ibu-ibu yang mencari ringsling untuk baby, bolehlah email di mahirah_mustapha@yahoo.com / wassup 019-3164856 ya.

 


Brand : EcoKiddy Ringsling (Indonesia)
Condition : 10/10 (baru guna 3 kali)
Ring : Aluminium
Material : 100% cotton
Harga Letgo : RM46 include postage
Boleh tampung berat baby 15kg-20kg

Cara-cara pakai :


GIVEAWAY EFG MEGA RAYA 2015 RM3100

Bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun 2015, EFG buat julung kalinya akan menambah 'havoc' suasana raya anda dengan GIVEAWAY EFG MEGA RAYA 2015 RM3100.

Istimewanya, GIVEAWAY EFG MEGA RAYA ini turut menyediakan hadiah lumayan buat pemenang SEO yang berjaya menempatkan halaman web peserta di kedudukan teratas dalam senarai engine carian Google Malaysia (Google.com.my) menggunakan kata carian "Giveaway EFG Mega Raya".

Melalui giveaway ini, para peserta berpeluang untuk saling kenal-mengenali, seterusnya mengeratkan silaturrahim sesama blogger dalam meraikan hari raya pada tahun ini.

giveaway efg mega raya 2015

{ Click banner di atas untuk sertai }

Hadiah :

SEO

RM300 x 1 pemenang
RM200 x 1 pemenang

RM100 x 1 pemenang

RM100 Cash x 25 pemenang

Mula : 10 Jun 2015 | Tamat :9 Julai 2015


Syarat-syarat wajib :

1. Tulis entry yang bertajuk GIVEAWAY EFG MEGA RAYA 2015 RM3100

2. Follow blog sponsor

4. Follow Instagram

5. Add facebook
6. Follow G+
7. Like facebook page
Helenz Signature Official
K.Rogers Butter Cookies by Zida dan Arif
Exchangefeedgroup
irrayyan.com Official FB
Arzmoha
Nik Ainaa
Amy Si Gadis Weird
Rahim Aim Channel

AIN Dramatic Uniq Blog

ShamieraOsment.com
CikGu NoraZimah
YanieYusuf
syirasophie.blogspot.com
Chenta Hati Saya
Diari Jejaka Hangat
Kumahuitu.blogspot.com
Official Pages "Qaseh Ku"
Shahira's blog
Akif Imtiyaz Official Blog
Isolabellaz
Eny Abdullah Cooking & Photography
PowergolD.BiZ
Papaglamz
MMD One Stop Centre
P.C.L
Blog BingkisanHati
Cikk mimin mera
Shaklee House Pantai TIMUR
Zulls Grill N Spices
Nota Purba
Nukilan Reena
Mia Zain
Kanvaskehidupanku
Mommy Yoorin
Sayidahnapisahdotcom
safuraonlinediary
Anajingga
Bicara Mummy
Aku Penghibur [dot] com
SIpanjangkata Likers



GIVEAWAY EFG MEGA RAYA 2015 RM3100

di sponsor oleh

Madeena Skincare by Helenz Signature Sponsor Giveaway EFG Exchange Feed Group Mega Raya 2015
Madeena Skincare by Helenz Signature
dan




EFG MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN ALMUBARAK

Pengalaman Mengandung Baby Uzair (Part 2)

Assalamualaikum...

Hari ni KM nak sambung lagi cerita dari Part 1 yang tertangguh hari tu. Cerita kali ni lebih tragis dan membuatkan KM rasa fobia sampai sekarang. Suasana OT pun masih ingat kat kepala ni ha. Dalam Part 1 KM cerita buat urine test dan check BP 160/112 kan? Bila check urine, 300++ warna jadi yellow merah. Yang mana dah teruk sangat dah tu kotornya.

KM tunggu turn jumpa balik doctor Hajar yang check up KM masa kat labor room hari tu. Lagi sekali dia check BP dan hanya turun 150/100. Payah dah nak turun walau pun dah rehat. KM dah fikir dah, ni kalau tak turun confirm kena stay lagi lama kat O&G. Doctor Hajar panggil pakar yang kebetulan ada kat situ.
Bincang punya bincang terus doctor Hajar kata "Puan, maaf kami terpaksa admit puan hari ni. BP puan tinggi sangat dan kami tak nak ambil risiko puan collapse kat rumah." KM pun tanya, "Teruk sangat ke sampai kena admit lagi?" Kita tak pernah ada pengalaman cam gini, manalah tau bahayanya sampai boleh tercabut nyawa. Jadi, doctor Hajar pun cakap "Puan kami pernah lepaskan patient balik rumah, hari tu jugak kami dapat berita dia meninggal tak sempat patah balik ke hosp. So, kami tak nak perkara ni berlaku lagi."
Masa tu ketaq lutut KM dengar doctor tu cerita. Dengan muka yang agak serius. Macam nyawa KM ni di hujung tanduk je. Okay, ini baru dengar doctor pertama yg cakap pasal nyawa. Belum lagi doctor yang dalam wad. Dapat pulak doctor pakar yang mulut laser. Risaukan keadaan KM. Duk pantau BP every 4 hourly. Pakai manual pam tau. Auto punya tak jalan dah.

Jadi, rehatlah KM sementara tunggu katil kosong. Pak wan siap belikan lunch untuk KM sementara tunggu katil. Memang dah pasrah dan berserah kali ni. Dalam jam 3pm, syukur alhamdulillah... dah ada yang discharge dan Allah mudahkan segalanya untuk KM. Cuma KM dengar khabar dalam hospital sepatutnya KM emergency czer sebab BP tinggi sangat tapi disebabkan ventilator baby tak de, mereka tangguh dan cuba pantau sebaik mungkin BP KM sampailah ventilator ada. Nampak tak keadaan memperjudikan nyawa KM and baby. Tapi KM tahu Allah ada memelihara kami dua beranak.

Korang nak tau apa tu ventilator? Ventilator ni alat bantuan pernafasan baby yang masuk ikut mulut dan hidung tu. Ventilator ni standby je incase kalau baby keluar je tak boleh bernafas sendiri dan perlukan alat ni. Tapi mujur masa Uzair hari tu, dia guna sekejap je. Sehari je kot, masa nak transfer dia ke NICU. Lepas tu doc tengok boleh nafas sendiri just guna oxigen yg tiub ikut hidung tu. Seriously, baby Uzair memang strong boy. KM kagum dengan dia.
 
Contoh ventilator baby

Okay, sambung balik. Dah dapat bilik, KM ditolak guna wilcar ke wad 2B katil 13. Duduk di tepi tingkap lagi KM rupanya. Sama seperti warded kali pertama. Wad 2A katil tak ingat haha. Masa kali pertama KM admit hospital berjiran katil dengan stokis Qaseh Gold terbesar kat Malaysia. Rupanya dia PP type 3. Orangnya peramah. Suka dengar dia cerita pengalaman dia berniaga. Mujurlah dapat gang yang best. Kurang sikit tekanan darah aku ni huhu.

Kali ke dua KM warded, di admitkan oleh doctor Hajar tadi dapat bilik 4 katil. Katil 11, 12, 13 dan 14. KM duduk katil 13. Kes kritikal memang kena duduk depan kaunter. Dah nak discharge, baru KM tau kenapa KM kena duduk bilik 4 katil depan kaunter. Incase berlaku apa2, nurse boleh tengok. Kat wad 2B ni KM jadi penghuni paling lama kat situ. Katil 11 dan 12 asyik bertukar patient je. Katil 14 je gang dengan KM. Nama dia Hana. Kes Hana sebab air ketuban sikit. Baby tak nak membesar. So kena admit sampai bersalin. Hana masuk 1 April, KM masuk 2 April.

Ventilator Tak Cukup

Ya Allah, hanya Dia je yang tahu bagaimana rasa bila time kita nak bersalin tapi kelengkapan untuk baby tak cukup. Kali pertama jumpa doc pakar perempuan. Sampai sekarang aku ingat lagi doctor pakar paling garang nama dia Elynda. Dia kalau cakap memang berdesing telinga. Marahkan MO dan HO tapi tempias kena patient. KM kalau doctor Elynda buat round, mesti menggeletar. Jelingan dan jegilan mata dia pada MO dan HO tu macam kita pun buat salah sama.

1st day, KM kes baru tapi kes PE ni dah banyak berlaku. Orang sekarang ni memang, pantang tension sikit memang high BP punya. So, doctor Lynda datang soal punya soal HO dan MO then check buku merah KM. Dia membebel kat HO suruh call semua hospital yang ada ventilator nak transfer KM ke sana. Ya Allah, rasa nak gugur jantung. Ayat dia bunyi macam ni...
"Ni tak boleh tunggu lama ni. Air ketuban sikit. Ada PE. Takut baby lemas. Aku tak kira, korang telefon semua hospital satu malaysia. Tanya kat mana ventilator kosong! Transfer patient ke hospital yang masih ada ventilator. Patient kena bersalin jugak." Jerit doctor lynda.
Berdesing telinga KM dengar dia jerit. Bila lagak dia gitu, buatkan hati KM bertambah berdebar tau. Tertanya-tanya, teruk sangat ke kes aku ni? KM bed rest je. Tak jalan memana pun. Sebab setiap pergerakan KM mesti BP high balik. Rasanya lagi stress duduk hosp bila tengok orang sakit je semua. Mujurlah ada Hana, boleh borak2 dengan dia. Hana ni memang good personlah. Dia admit dulu, patut dia perlukan ventilator. Sekali dia cakap dengan doctor Lynda dengan beraninya.. "Tak apa doctor, kalau ventilator tu kosong, patient katil 13 lebih perlukan. Nyawa dia dan baby penting. Saya boleh tunggu lagi hingga 37 minggu."

Korang kalau dapat insan macam ni apa korang rasa? Seriously, KM terharu dengan kata-kata dia. Dia langsung tak selfish. KM baring kat katil, tetiba KM menangis sendiri. Kenang nasib hidup dan mati. KM tak henti buat solat hajat sepanjang berada di hospital. Mohon sangat jangan di trasnfer ke hospital lain selain HPJ. Permudahkan segala urusan dan keselamatan baby. Kesiankan pakwan yang kena ulang alik hospital. KM yang kena berpantang koboi. Allahu... hanya Dia yang tahu keadaan kami. Zulaikha terbiar macam tu. Mujurlah Maktok dan Tok abah dia ada. Kalau tidak, budak tu kurang kasih sayang agaknya.

Selama di hospital yang tak boleh lari bila ada madic student nak interview. Hari-hari menebeng kat katil KM. Bagi KM la, pesakit PE jangan di soal. Buat naik darah tinggi orang je. Tanya macam2. Padahal kita ni di suruh berehat. Dahlah dengan rasa susah hatinya diri tak beranak2 lagi. Keadaan baby, uri masih ok ke tak dalam rahim. Pesakit PE ni kalau BP terlebih high takut nutrisi tak sampai ke anak, mak pun KO. Hari2 kena check jantung baby. Ubat darah tinggi on 4 biji 3 kali sehari. Urine still 300+. Tiga hari sebelum bersalin KM kena cucu dexa 2 kali untuk kuatkan paru2 baby. Nak kata sakit tu tak la tapi bengkak la jugak punggung aku ni.

Kawan2 nak datang jenguk pun kena mintak izin doctor dulu. Takut terlebih excited karang high BP pulak haha. Ibarat KM ni dah macam time bom masa tu. Dalam masa 2 minggu katil 11 dan 12 asyik bertukar patient. Nak kata stress tu ada jugak. Mau tidaknya, duk asyik fikir bilalah aku nak beranak. Dalam masa 2 minggu tu jugak KM la jadi pakar nasihat dan pakar semangat bagi patient baru. Diri sendiri sakit tak sedar tapi jadi pakar motivasi patient lain pulak.

Detik Kecemasan

Hinggalah pada satu masa tu. Di mana kawan2 KM nak datang jenguk KM kat hospital. Kebetulan masa tu ada medic student yang tak paham bahasa pi ganggu rehat KM. Di soal macam-macam sampai KM rasa terganggu sangat emosi. Masa tu sebab dah mengantuk. Bila KM cakap KM tak nak di soal, dia boleh buat tenging je dan ajukan lagi soalan kat KM. Haaa apa lagi naik la BP KM rasa nak marah dengan manusia tak paham bahasa ni.

Seriouslylah, student2 medic kalau dia orang buat practical, tolong jangan selfish semata-mata nak lulus ujian practical tu. Dia orang kena be nice dengan patient. Kalau patient tak suka, so korang jangan paksa, kesian kat patient. Dahlah sakit, nak kena hadap korang punya soalan2 tu. Lepas tu bila patient kata tak mau di soal, korang paksa jugak patient jawab. Belajar beradap dengan pesakit sikit sebelum nak jadi doctor. Rude tau tak?

Masa tulah kebetulan nurse datang untuk check BP KM. Hambik ko, tinggi melambung 180/100. Kebetulan jugak masa tu officemate datang nak ziarah. Doctor tak benarkan mereka jumpa KM sebab BP KM dah high sangat. Doctor terus pasang branula. Sempat disaksikan oleh officemate detik cemas tu. Sampai KM kena usung atas katil nak dibawa ke labor room dengan segera untuk masukkan ubat elak sawan 24hour. Menggeletar kepala lutut kenang nak kena toreh perut keluarkan budak.

Officemate sempat ucap good luck sebelum nak beranak tu. Tapi demelah buat emosi ku stabil balik. Actually orang ziarah ni buat emosi kita happy tau. Hilang rasa nak marah kat medic student tu. Tapi KM tak boleh tengok muka budak medic tu lagi. Rasa bengang tak hilang.

Di Labor Room

Masa dibawa ke labor room tu, KM tak henti berzikir, selawat, dan baca la la ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minadzolimin sebelum bersalin. Mulut tak putus. Air mata duk bergenang bila fikir nasib masa tu. Sampai fikir, (aku dah nak mati ke?) Takut sangat sebab fikir amalan belum cukup lagi nak bawa mati.

Tangan dah mula sengal2 sebab di pasang branula. Doctor tak cari jumpa urat untuk cucuk. Kejap kiri, kejap kanan. Sampai bengkak tangan aku dibuatnya. Tak tau la apa kena dengan urat aku masa tu. Boleh pulak tak nampak. Lastly dapat cucuk kat lengan. Tu pun sampai darah ku tumpah kat tilam.

Siapa tak tau branula? Ha ni la dia benda alahnya. Branula ialah sejenis jarum yang di masukkan ke dalam salur darah pesakit untuk membolehkan intravenous drip dimasukkan dalam tubuh pesakit.

Macam KM ni, deme nak masukkan ubat elak sawan sebelum bersalin. So bila BP terkawal, barulah KM boleh ke bilik OT. Ingat lagi masa tu doctor apa tah nama dia, comel je. Dia duduk kat sebelah masukkan ubat tu kat lengan. Ya ampun, panas gile babas ubat tu aku rasa sampai berminyak muka seluruh badan. Habis naik jerawat semua keluar lepas masuk ubat tu.

Mula2 tu ok lagi sebab masa tukan menggeletar sejuk sebab takut. Bila masuk ubat sawan tu panas jadi macam sedap je. Layan panas bahang tu. Tapi bila doctor tu terlebih plak masuk jadi aku dah gelisah kepanasan la. Berehatlah KM kat labor room sambil mendengar kecemasan orang jerit bersalin kat bilik2 lain. Neves ku dengar tau. Lagi neves bila terdengar perbualan doctor pakar ada ibu yang meninggal sebab kena denggi. Lagi KM berzikir untuk tenangkan hati sampailah salah sorang doctor pakar datang untuk ceritakan condition KM dan baby.

Nak tau apa doctor pakar tu cakap pasal condition KM? Tunggu Part 3 punya cerita ya. Ni pun dah panjang sangat KM cerita. Jenuh nak hadam cerita KM ni karang. Okay, keep calm and sabar...

BERSAMBUNG

Premature Baby Age Calculator

 
Hari ni KM nak share umur baby uzair. Kalau korang nak tau, baby prem ni ada dua umur tau. Satu chronological age dan satu lagi corrected age. Chronological age ni umur masa dilahirkan premature. Corrected age ni pulak umur yang sepatutnya dilahirkan. Maknanya umur dia masa full term 40w.

Jadi hasil kiraan umur chronological dan corrected age Uzair seperti kat atas tu. Sekarang dia dah genap 3 bulan tapi corrected age dia 3 minggu. Macam baby baru lahir. Fresh from oven gitu. Memang fizikal dia pun macam newborn. Menangis pun bunyi macam baby baru keluar dari perut.

Semalam KM bawa dia pi check up kat HPJ. Biasalah, baby prem ni banyak susulan check up. Sejak bersalin, bermulalah episod anak pulak kena pi check up kat hosp. Doctor nak tengok perkembangan baby prem ni dari semasa ke semasa. Ikut kembang macam baby normal ke tidak.

Uzair ni dah tiga bulan tapi berat terkini 2.4kg. Doctor kata tak cantik. Kalau tengok dalam graf pun dia bawah line. Sepatutnya kalau umur dia tiga bulan, beratnya kena cecah 3++kg. Doctor kata dia boleh kejar umur baby normal.

Bagi KM pulak, tak mau paksa. Janji baby sihat dan perkembangan dia cantik tu dah kira besar rahmat. Ala.. biasalah kalau menyusu badan, dia gunakan tenaga untuk minum. Jadi sebab tu berat dia lambat naik.

KM puas hati bila sekarang perkembangan dia dah pandai nak try ngoceh (berborak style dia la) Bila kita bercakap-cakap, dia reply dengan senyuman yang comel. So, ada improvementlahkan? KM ingat lagi masa Zulaikha dulu pun 3 bulan jugak pandai buat semua tu.

InshaAllah, baby prem ni kita tak boleh push sangat. Ikut je rentak dia. Yang penting rajin berbual dan buat massage kat dia supaya cepat membesar. Doctor je terlebih risau. Lepas ni kena check telinga pulak.

Hari tu masa rooming dengan dia dah check pendengaran dah. Cuma sebelah kanan je pass 100%, sebab masa tu dia tidur dengan lenanya. Sebelah kiri tak lepas sebab dia tak nyenyak tidur. Lepas 70% je. Nak uji pendengaran baby ni kena buat time dia tidur. Kalau dia tak tidur, memang payah nak lepaskan 100%

Lepas ujian pendengaran, nak followup echo jantung pulak. Hari tu masa lahir Uzair ada lubang kat jantung sebesar 1mm je. Sampai 2 bulan nak discharge memang besar tu je. Dan doctor kata ada bunyi sikit kat dada.

My instinct, jantung dia ok. Lubang tu akan tutup sendiri bila dia dah besar nanti. Doctor yang check dia masa di NICU dulu pun dah cakap benda yang sama. So just monitor perubahan muka. Jangan sampai oksigen tak sampai. Kena monitor pernafasan dia. InshaAllah tak ada apa. KM percaya ALLAH lindungi anak miracle ni.

Hasil ujian darah hari tu, alhamdulillah. Semuanya ok. Cuma Uzair confirm ada G6PD. KM pun tak tau mana datang G6PD ni sebab dalam sejarah keluarga kami, nilah baru pertama kali anak lelaki kena G6PD. Jadi, dia special care sikit dalam big family kami. Semua kena control. Kena jauhkan dia dari kekacang dan ubat gegat, ubat nyamuk dan segala benda racun la.

Tapi ni pun KM guna instinct mother. InshaAllah tak ada apa. Allah akan pelihara dia sampai besar. KM tak mau susah hati sangat. Baby ni semangat dia datang dari pada mak dia. So KM kena kuat. Kalau KM kuat, baby pun mestilah kuat.

Hasil check up semalam, doctor suruh setiap minggu pi check up timbang kat KK. Sampai dapat berat yang ideal seperti yg doctor nak tu. Next check up 30 Julai. Nanti KM update lagi ya. Daaa...

Milk Booster Di Bulan Puasa

Assalamualaikum...

Alhamdulillah... bulan puasa mejelang tiba. KM masih lagi belum masuk kerja. Kena extend jaga baby sampai berat dia naik dengan cantik. Pengasuh pun belum berani nak jaga baby Uzair memandangkan fizikal dia macam fresh from oven. Newborn baby katakan walaupun sekarang usia dia dekat 3 bulan. Berat baru 2kg ++

Bila dah duduk rumah ni, dah tentulah asyik berkepit dengan baby je. Pulak tu dah sampai ke bulan puasa. Nak aktif berblogging pun payah juga sebenarnya. Al maklum baby asyik nak ngemping je. Pantang lepas je, confirm dia berbunyi. Tak kasi chance langsung mama dia nak update blog. Maaflah korang kalau KM dah lama tak singgah. Bila ada masa nanti KM cuba jugak singgah ke blog korang ya.

Hari ni KM nak share milk booster di bulan puasa. Untuk ibu-ibu yang masih susukan anak tu, bolehlah kalau nak try cara KM ni. Simple je, tak susah pun. Cuma kalau korang nak tambah apa2 nak bagi lebih sedap itu terpulang ya.

Resepi KM simple je
Coklat Malt
Susu tepung skim (suka hati nak guna susu apa)
Kurma 7 biji 
Blend 400ml air dan siap!

Boleh juga kalau nak tambah badam, delima atau air soya buat sendiri.
Ikut cita rasa korang sendiri ya.
Jangan tambah gula sebab 7 biji kurma tu dah manis.
Ok, selamat mencuba ya.

Pengalaman Mengandung Baby Uzair (Part 1)

Assalamualaikum!

KM kembali untuk share pengalaman bersalinkan Uzair. Jenuh nak recall semula babak2 kejadian sebelum 7 April 2015. Detik2 cemas sebelum melahirkan Uzair. Macam mana jadinya darah tinggi yang mendadak. Jujur cakap pengalaman mengandung kali ni memang dashat. Inilah kata orang pengorbanan seorang wanita untuk melahirkan khalifah ke dunia. Sebelah kaki shahid, sebelah kaki dunia... Alhamdulillah... Allah masih beri KM peluang untuk hidup meneruskan ibadah.

Kandungan 17 weeks

Ada spot bleeding. KM decide ajak pak wan gi klinik swasta untuk checkup. Bila checkup doc kata nak scan, nak tengok laluan bawah tu. Katanya okay, no blood cuma bila dia ukur air ketuban, ruang plasenta macam sempit. Maknanya air ketuban sikit. Waduh, KM dah cuak. Terus doc suruh refer hosp.

Balik rumah, KM tak tenteram memikirkan masalah ni. Cerita kat pakwan, dia macam tak berapa faham situasi KM. Termenung, murung kejap KM duduk dalam bilik, solat magrib, mengaji, solat isyak then buat solat hajat. Menangis? Ada jugak walaupun belum confirm lagi di hosp pakar. Just berdoa supaya tak ada apa berlaku. (Masa nilah dah mula tension memikir tapi BP ok lagi.)

Next day pergi ke hosp, bawa surat berkenaan. Macam biasa register, ambil berat dan tekanan darah, check urine then tunggu no di panggil. Dalam hati berdebar-debar nak tau keputusan lepas jumpa doc. Dalam jam 10am, nombor dipanggil. Dapat jumpa doc Emily. (Doc nilah yang sambut Uzair lahir masa KM oparete hari tu) Masa doc check ukuran air ketuban tu reaksi dia macam okay je.
Doc tanya KM macam mana doc klinik tu kata air ketuban sikit? You ada rasa bocor ke kat bawah? Of course tak ada. Cuma ada bleeding je. Bila dah sebut bleeding, doc terus check laluan bawah. Rupanya sebab GBS. Well GBS ni semua perempuan ada dan its normal. Cuma bila bersalin tu yang tak okaynya effect babylah.
Lastly doc decide bagi antibiotik itu je. Next check up 20 weeks. Bila dah start refer hosp, memang tiap2 bulan la ke sana. Klinik KK tu pun pergi jugak. Memang kerja KM pergi KK, pergi hosp tiap2 bulan. Redha...

Kandungan 25 Weeks (Episod hypertension)

KM ada appointment dekat hospital putrajaya. Macam biasalah, ramai manusia menunggu turn dan membuatkan KM rasa lemas dengan situasi tu. KM cuba bertenang. Dah bertenang sebaik mungkin tapi bila tiba masa KM kena timbang dan check tekanan darah, tiba-tiba jadi 150/100 lepas tu terus duduk dan menunggu turn dekat klinik O&G. Dekat 2 jam juga berehat sebelum nombor di panggil. Sementara tu sempat juga KM baca yasin dalam phone untuk tenangkan hati. Actually, KM ni ada perasaan berdebar dan neves yang melampau bila nak jumpa doctor. Perasaan tulah yang buat BP KM tiba-tiba jadi tinggi.

Dalam jam 10am, nombor giliran KM di panggil. Macam biasalah doc check tekanan darah dan scan baby nak tengok perkembangan. Masa check tekanan darah tu, BP turun cuma 140/90 kalau tak silap. Nampak tak bertapa nevesnya KM jumpa doctor. Padahal dah berehat tu. Mujurlah masa scan baby, doctor cakap baby sihat dan berkembang ikut minggu dia. TAPI bila doctor tengok BP tak turun2, terus kena tahan dekat O&G tak bagi balik.

Ah, sudah! KM di suruh check air kencing sekali lagi sebab nak tengok protin dlm urine. Lepas tu dibawa ke satu bilik untuk berehat. Tekanan tak turun-turun walaupun di suruh baring dan berehat. Doc decide untuk tahan dekat wad untuk pantauan. Kebetulan masa tu masih dingdong-dingdong lagi katil tak ada kosong. Takut? Tak payah cakap la wei, berdebar-debar. Dalam jam 4 petang ada patient discharge, barulah KM warded. 1st time masuk ward. Sepi je hidup aku ni tanpa suami ngan anak huhu..

Duduklah KM kat hospital selama 4 hari. Ingat lagi masa tu 5 Mac hingga 9 Mac 2015 KM warded sampai BP betul2 stabil. Yang menariknya kaki bengkak dan tangan bengkak yang KM alami tu tetiba mengecut dan kurus macam normal. Sebelum ni, tangan kiri KM kena syndrome karpal turnel. Yang mana saluran pergelangan tangan sempit sampai darah tak jalan. KM tak boleh genggam tangan. Even nak tekan pun sakit. Siap tulang jari ada bunyi lagi. Bunyi macam besi dah karat. Takut wei kalau ingat balik. Rupanya itu symptom PE.

Bila duduk hosp ni makan semua teratur tapi tawar heberlah rasa lauk. Every 4 hourly kena pam guna manual BP sebab yang electronic BP tak mesra dengan pesakit darah tinggi. Maksudnya tekanan tak boleh baca. Setiap kali pam, tak dapat baca darah, dia keep repeating sampai darah aku tak jalan dia tekan. Sakit giler beb! Setiap kali nak ambil tekanan di suruh baring. Makna kata KM kena bedrest je sentiasa. Tak boleh fikir pasal dunia luar dah. Emosi kena rileks. Tips ambil tekanan darah tinggi yang betul, kena baring posisi menghadap kiri. Tangan kanan selari dengan jantung kita. Confirm bacaan catik.

Pakwan hari-hari ulang alik tengok KM. Dia cakap sunyi kalau tak ada mama. Huhu... mau aku tak sedih bila dapat wassup macam tu. Zulaikha pun murung je bila dah lama tak jumpa KM. Bila telefon Zulaikha, dengar je suara dia mesti mengalir air mata ibu ni huhu... rindu wei, tak pernah berenggang dengan dia. Ke mana-mana mesti bawak buah hati tu. Boleh buat kawan. Masa awal2 preggy dulu, kalau teringin nak makan sesuatu, Zulaikhalah teman KM pergi makan. Bila mak dia ni dah warded, asyik tanya je kat tok nenek dia, mama bila nak balik? Sayu dengar mak KM cerita.

9 Mac 2015. KM dah boleh discharge bila BP dah stabil. Dapatlah pesanan penaja dari doctor pakar. Kurangkan makanan masin, dan pakwan kena banyak bantu KM dalam hal rumah tangga sebab KM tak boleh rasa penat bila kandungan makin membesar takut hypertensi jadi balik.
Satu lagi doctor pakar kata, "Ni bukan last ya wife you warded. Mungkin after sebulan kena warded lagi bergantung pada condition dia." Haha... KM dengar macam tu, dah jadi pasrah. Lantak deme la nak buat apa dekat aku, janji aku dipantau sentiasa walaupun hati tu berat dan bosan. 
Haaaa... masa balik dari hosp bukan tangan kosong tau. Doc siap bagi satu kotak hijau yang ada plastik. Yang mana KM kena kumpul urine satu hari dari 6 am sampai 6 am esoknya. OMG... satu hal pulak terpaksa cuti hari isnin dan selasa sebab hari isnin kena kumpul urine, hari selasa hantar hosp semula. Tujuannya nak tengok kandungan protin dalam sehari. Masa ni KM dah on ubat darah tinggi. 3 kali sehari makan. Memang consistenlah makan tak boleh miss langsung. Bahaya!

Kandungan 26 weeks, 27 weeks, 28 weeks

KM pergi kerja seperti biasa. Bila dah ada high BP ni, mulalah setiap selang sehari kena pergi KK untuk check BP. Seriously, penat dan bosan menunggu. KM tak boleh buat sendiri kat rumah sebab perlu test urine sekali nak tengok protin dalam urine. Tak macam kencing manis, boleh beli alat tu dan test je kat rumah. KM siap beli alat check BP tak guna langsung haha. Ya sangat membazir, tapi tak apalah boleh guna untuk jangka masa panjang.

Now dinasihatkan tak boleh naik tangga ya, atau erti kata lain tak boleh penat. Pernah satu hari tu ternaik tangga, tetiba kaki bengkak mendadak sampai tak muat kasut wooo. Pergi tesco jalan jauh2 tetiba mengah dan penat, kaki bengkak lagi. Allahhu... tak tau yg tu pun simptom PE. Haaa... dari tadi duk cakap simptom PE kan? Tau PE tu apa? Nanti KM cerita pasal tu pulak. Oh seriously, KM jaga pemakanan. Bangun pagi memasak lauk ikan bakar dan sayur yg tak ada garam tapi still juga bengkak. Kawan2 ajak makan kat luar, KM menolak. KM lagi prefer duduk office. Jaga diri sendiri. Nanti bawa masalah pulak kalau KM penat. Hanya KM yang tau condition body KM. Jangan cari pasal Mahirah huhu...

Balik kerja, KM tido. KM control emosi supaya tak tension sebab penat atau sebagainya. Pesan kat Zulaikha siap2 jangan kacau mama nak tido, penat. Kadang2 kesian kat dia sepanjang preggy ni, tak dapat nak tumpu perhatian pada dia macam selalu. Tapi alhamdulillah, dia tau tanggungjawab dia bila balik sekolah terus siapkan kerja sekolah tanpa di suruh. Dia kesian tengok mama terbaring je. Dia takut mama dia warded lagi. Dialah yang aku minta tolong kalau ayah dia kerja. Tolong urut kaki mama dia. Apa2 yang disuruh, semua dia buat. Huhu.. zulaikha anak yang bagus, memahami.

Kandungan 29 weeks

Pada 30 Mac 2015, KM buat check up di KK. BP KM unstable. 150/100 dan urine test 300++. Actually, KM tertanya-tanya, apa sebab urine mendadak kotor macam tu. Doctor xplain kat KM, adalah sangat bahaya bagi wanita preggy yang ada darah tinggi sebab sistem dalam badan dah bercelaru sampai buah pinggang dengan mendadaknya tak dapat menapis protin dalam urin. Ko telan la ubat darah tinggi berpapan-papan pun ia tak akan pulih, unless dipaksa bersalin dan keluarkan uri bersama bayi.

Masa tu berdesing telinga aku dengar. Tak memasal klinik booking ambulance untuk hantar KM ke hosp semula. OH NO!!! I hate ambulance! Ambulance bawak laju! Kes aku bukan emegency pun! Tak payah bawak laju. Melambong2 KM dalam ambulance sambil pegang perut. KM siap cakap dengan nurse yang askot KM. "Kalau macam nilah gaya ambulance bawa, baik saya naik kereta saya lagi selesa. Tak adalah melambung macam ni." Nurse tu gelak. Dia orang pun rasa nak muntah menahan lambongan hahaha.

Sampai hosp kecemasan bersalin, terpinga-pinga masing-masing bila KM sampai. Ingatkan KM dah nak bersalin. Nurse pasang CTG kat perut dan of course baby masih berpusing dan tak dapat dengar jantung dengan betul. KM cakap, "Perlu ke CTG ni? Baby baru 29 weeks. Saya cuma ada masalah urin kotor dan high BP. Bukan nak bersalin." Bila cakap macam tu barulah nurse tu menjuih nak gelak. "Patutlah payah nak cari jantung baby, 29 weeks rupanya."

Cabut balik CTG. MO datang dan check BP KM. Amazingly lepas naik ambulance yang melambung2 tu tekanan darah jadi 116/70 hahaha. Ni betul2 terkejut tapi urin tak boleh lari memang protin tinggi. So, MO on antibiotik dan ubat lawas kencing sampai 4 hari. Hari khamis datang balik nak check. Jadi, KM balik semula ke rumah. Itulah kerja aku mengandung kali ni. Pasrah jelah, kejap keluar hosp, kejap masuk hosp.

Sehinggalah check up seterusnya pada 2 April 2015. Macam selalu, ya ampun ramai manusia kat hosp sampai KM rasa nak pitam tengok. Dalam hati dah cakap, habislah BP aku naik tengok suasana macam ni. Sekali memang betul tinggi koooo... 160/112 terus nurse suruh berehat sekejap tunggu turn di panggil. Pergi test urine, 3+ wooo... patutlah stick tu color berubah. Kalau normal dia yellow/blue macam gambar kat bawah ni.
Stick ni adalah urine normal. Tapi masa KM check dulu urine 3++ yang mana paras bahaya. Anytime disuruh paksa bersalin.

Nak tau apa jadi lepas buat urin test dengan test BP tu? Tunggu ya.
BERSAMBUNG...