Menu Tab

Pengalaman Mengandung Baby Uzair (Part 1)

Assalamualaikum!

KM kembali untuk share pengalaman bersalinkan Uzair. Jenuh nak recall semula babak2 kejadian sebelum 7 April 2015. Detik2 cemas sebelum melahirkan Uzair. Macam mana jadinya darah tinggi yang mendadak. Jujur cakap pengalaman mengandung kali ni memang dashat. Inilah kata orang pengorbanan seorang wanita untuk melahirkan khalifah ke dunia. Sebelah kaki shahid, sebelah kaki dunia... Alhamdulillah... Allah masih beri KM peluang untuk hidup meneruskan ibadah.

Kandungan 17 weeks

Ada spot bleeding. KM decide ajak pak wan gi klinik swasta untuk checkup. Bila checkup doc kata nak scan, nak tengok laluan bawah tu. Katanya okay, no blood cuma bila dia ukur air ketuban, ruang plasenta macam sempit. Maknanya air ketuban sikit. Waduh, KM dah cuak. Terus doc suruh refer hosp.

Balik rumah, KM tak tenteram memikirkan masalah ni. Cerita kat pakwan, dia macam tak berapa faham situasi KM. Termenung, murung kejap KM duduk dalam bilik, solat magrib, mengaji, solat isyak then buat solat hajat. Menangis? Ada jugak walaupun belum confirm lagi di hosp pakar. Just berdoa supaya tak ada apa berlaku. (Masa nilah dah mula tension memikir tapi BP ok lagi.)

Next day pergi ke hosp, bawa surat berkenaan. Macam biasa register, ambil berat dan tekanan darah, check urine then tunggu no di panggil. Dalam hati berdebar-debar nak tau keputusan lepas jumpa doc. Dalam jam 10am, nombor dipanggil. Dapat jumpa doc Emily. (Doc nilah yang sambut Uzair lahir masa KM oparete hari tu) Masa doc check ukuran air ketuban tu reaksi dia macam okay je.
Doc tanya KM macam mana doc klinik tu kata air ketuban sikit? You ada rasa bocor ke kat bawah? Of course tak ada. Cuma ada bleeding je. Bila dah sebut bleeding, doc terus check laluan bawah. Rupanya sebab GBS. Well GBS ni semua perempuan ada dan its normal. Cuma bila bersalin tu yang tak okaynya effect babylah.
Lastly doc decide bagi antibiotik itu je. Next check up 20 weeks. Bila dah start refer hosp, memang tiap2 bulan la ke sana. Klinik KK tu pun pergi jugak. Memang kerja KM pergi KK, pergi hosp tiap2 bulan. Redha...

Kandungan 25 Weeks (Episod hypertension)

KM ada appointment dekat hospital putrajaya. Macam biasalah, ramai manusia menunggu turn dan membuatkan KM rasa lemas dengan situasi tu. KM cuba bertenang. Dah bertenang sebaik mungkin tapi bila tiba masa KM kena timbang dan check tekanan darah, tiba-tiba jadi 150/100 lepas tu terus duduk dan menunggu turn dekat klinik O&G. Dekat 2 jam juga berehat sebelum nombor di panggil. Sementara tu sempat juga KM baca yasin dalam phone untuk tenangkan hati. Actually, KM ni ada perasaan berdebar dan neves yang melampau bila nak jumpa doctor. Perasaan tulah yang buat BP KM tiba-tiba jadi tinggi.

Dalam jam 10am, nombor giliran KM di panggil. Macam biasalah doc check tekanan darah dan scan baby nak tengok perkembangan. Masa check tekanan darah tu, BP turun cuma 140/90 kalau tak silap. Nampak tak bertapa nevesnya KM jumpa doctor. Padahal dah berehat tu. Mujurlah masa scan baby, doctor cakap baby sihat dan berkembang ikut minggu dia. TAPI bila doctor tengok BP tak turun2, terus kena tahan dekat O&G tak bagi balik.

Ah, sudah! KM di suruh check air kencing sekali lagi sebab nak tengok protin dlm urine. Lepas tu dibawa ke satu bilik untuk berehat. Tekanan tak turun-turun walaupun di suruh baring dan berehat. Doc decide untuk tahan dekat wad untuk pantauan. Kebetulan masa tu masih dingdong-dingdong lagi katil tak ada kosong. Takut? Tak payah cakap la wei, berdebar-debar. Dalam jam 4 petang ada patient discharge, barulah KM warded. 1st time masuk ward. Sepi je hidup aku ni tanpa suami ngan anak huhu..

Duduklah KM kat hospital selama 4 hari. Ingat lagi masa tu 5 Mac hingga 9 Mac 2015 KM warded sampai BP betul2 stabil. Yang menariknya kaki bengkak dan tangan bengkak yang KM alami tu tetiba mengecut dan kurus macam normal. Sebelum ni, tangan kiri KM kena syndrome karpal turnel. Yang mana saluran pergelangan tangan sempit sampai darah tak jalan. KM tak boleh genggam tangan. Even nak tekan pun sakit. Siap tulang jari ada bunyi lagi. Bunyi macam besi dah karat. Takut wei kalau ingat balik. Rupanya itu symptom PE.

Bila duduk hosp ni makan semua teratur tapi tawar heberlah rasa lauk. Every 4 hourly kena pam guna manual BP sebab yang electronic BP tak mesra dengan pesakit darah tinggi. Maksudnya tekanan tak boleh baca. Setiap kali pam, tak dapat baca darah, dia keep repeating sampai darah aku tak jalan dia tekan. Sakit giler beb! Setiap kali nak ambil tekanan di suruh baring. Makna kata KM kena bedrest je sentiasa. Tak boleh fikir pasal dunia luar dah. Emosi kena rileks. Tips ambil tekanan darah tinggi yang betul, kena baring posisi menghadap kiri. Tangan kanan selari dengan jantung kita. Confirm bacaan catik.

Pakwan hari-hari ulang alik tengok KM. Dia cakap sunyi kalau tak ada mama. Huhu... mau aku tak sedih bila dapat wassup macam tu. Zulaikha pun murung je bila dah lama tak jumpa KM. Bila telefon Zulaikha, dengar je suara dia mesti mengalir air mata ibu ni huhu... rindu wei, tak pernah berenggang dengan dia. Ke mana-mana mesti bawak buah hati tu. Boleh buat kawan. Masa awal2 preggy dulu, kalau teringin nak makan sesuatu, Zulaikhalah teman KM pergi makan. Bila mak dia ni dah warded, asyik tanya je kat tok nenek dia, mama bila nak balik? Sayu dengar mak KM cerita.

9 Mac 2015. KM dah boleh discharge bila BP dah stabil. Dapatlah pesanan penaja dari doctor pakar. Kurangkan makanan masin, dan pakwan kena banyak bantu KM dalam hal rumah tangga sebab KM tak boleh rasa penat bila kandungan makin membesar takut hypertensi jadi balik.
Satu lagi doctor pakar kata, "Ni bukan last ya wife you warded. Mungkin after sebulan kena warded lagi bergantung pada condition dia." Haha... KM dengar macam tu, dah jadi pasrah. Lantak deme la nak buat apa dekat aku, janji aku dipantau sentiasa walaupun hati tu berat dan bosan. 
Haaaa... masa balik dari hosp bukan tangan kosong tau. Doc siap bagi satu kotak hijau yang ada plastik. Yang mana KM kena kumpul urine satu hari dari 6 am sampai 6 am esoknya. OMG... satu hal pulak terpaksa cuti hari isnin dan selasa sebab hari isnin kena kumpul urine, hari selasa hantar hosp semula. Tujuannya nak tengok kandungan protin dalam sehari. Masa ni KM dah on ubat darah tinggi. 3 kali sehari makan. Memang consistenlah makan tak boleh miss langsung. Bahaya!

Kandungan 26 weeks, 27 weeks, 28 weeks

KM pergi kerja seperti biasa. Bila dah ada high BP ni, mulalah setiap selang sehari kena pergi KK untuk check BP. Seriously, penat dan bosan menunggu. KM tak boleh buat sendiri kat rumah sebab perlu test urine sekali nak tengok protin dalam urine. Tak macam kencing manis, boleh beli alat tu dan test je kat rumah. KM siap beli alat check BP tak guna langsung haha. Ya sangat membazir, tapi tak apalah boleh guna untuk jangka masa panjang.

Now dinasihatkan tak boleh naik tangga ya, atau erti kata lain tak boleh penat. Pernah satu hari tu ternaik tangga, tetiba kaki bengkak mendadak sampai tak muat kasut wooo. Pergi tesco jalan jauh2 tetiba mengah dan penat, kaki bengkak lagi. Allahhu... tak tau yg tu pun simptom PE. Haaa... dari tadi duk cakap simptom PE kan? Tau PE tu apa? Nanti KM cerita pasal tu pulak. Oh seriously, KM jaga pemakanan. Bangun pagi memasak lauk ikan bakar dan sayur yg tak ada garam tapi still juga bengkak. Kawan2 ajak makan kat luar, KM menolak. KM lagi prefer duduk office. Jaga diri sendiri. Nanti bawa masalah pulak kalau KM penat. Hanya KM yang tau condition body KM. Jangan cari pasal Mahirah huhu...

Balik kerja, KM tido. KM control emosi supaya tak tension sebab penat atau sebagainya. Pesan kat Zulaikha siap2 jangan kacau mama nak tido, penat. Kadang2 kesian kat dia sepanjang preggy ni, tak dapat nak tumpu perhatian pada dia macam selalu. Tapi alhamdulillah, dia tau tanggungjawab dia bila balik sekolah terus siapkan kerja sekolah tanpa di suruh. Dia kesian tengok mama terbaring je. Dia takut mama dia warded lagi. Dialah yang aku minta tolong kalau ayah dia kerja. Tolong urut kaki mama dia. Apa2 yang disuruh, semua dia buat. Huhu.. zulaikha anak yang bagus, memahami.

Kandungan 29 weeks

Pada 30 Mac 2015, KM buat check up di KK. BP KM unstable. 150/100 dan urine test 300++. Actually, KM tertanya-tanya, apa sebab urine mendadak kotor macam tu. Doctor xplain kat KM, adalah sangat bahaya bagi wanita preggy yang ada darah tinggi sebab sistem dalam badan dah bercelaru sampai buah pinggang dengan mendadaknya tak dapat menapis protin dalam urin. Ko telan la ubat darah tinggi berpapan-papan pun ia tak akan pulih, unless dipaksa bersalin dan keluarkan uri bersama bayi.

Masa tu berdesing telinga aku dengar. Tak memasal klinik booking ambulance untuk hantar KM ke hosp semula. OH NO!!! I hate ambulance! Ambulance bawak laju! Kes aku bukan emegency pun! Tak payah bawak laju. Melambong2 KM dalam ambulance sambil pegang perut. KM siap cakap dengan nurse yang askot KM. "Kalau macam nilah gaya ambulance bawa, baik saya naik kereta saya lagi selesa. Tak adalah melambung macam ni." Nurse tu gelak. Dia orang pun rasa nak muntah menahan lambongan hahaha.

Sampai hosp kecemasan bersalin, terpinga-pinga masing-masing bila KM sampai. Ingatkan KM dah nak bersalin. Nurse pasang CTG kat perut dan of course baby masih berpusing dan tak dapat dengar jantung dengan betul. KM cakap, "Perlu ke CTG ni? Baby baru 29 weeks. Saya cuma ada masalah urin kotor dan high BP. Bukan nak bersalin." Bila cakap macam tu barulah nurse tu menjuih nak gelak. "Patutlah payah nak cari jantung baby, 29 weeks rupanya."

Cabut balik CTG. MO datang dan check BP KM. Amazingly lepas naik ambulance yang melambung2 tu tekanan darah jadi 116/70 hahaha. Ni betul2 terkejut tapi urin tak boleh lari memang protin tinggi. So, MO on antibiotik dan ubat lawas kencing sampai 4 hari. Hari khamis datang balik nak check. Jadi, KM balik semula ke rumah. Itulah kerja aku mengandung kali ni. Pasrah jelah, kejap keluar hosp, kejap masuk hosp.

Sehinggalah check up seterusnya pada 2 April 2015. Macam selalu, ya ampun ramai manusia kat hosp sampai KM rasa nak pitam tengok. Dalam hati dah cakap, habislah BP aku naik tengok suasana macam ni. Sekali memang betul tinggi koooo... 160/112 terus nurse suruh berehat sekejap tunggu turn di panggil. Pergi test urine, 3+ wooo... patutlah stick tu color berubah. Kalau normal dia yellow/blue macam gambar kat bawah ni.
Stick ni adalah urine normal. Tapi masa KM check dulu urine 3++ yang mana paras bahaya. Anytime disuruh paksa bersalin.

Nak tau apa jadi lepas buat urin test dengan test BP tu? Tunggu ya.
BERSAMBUNG...

2 comments:

  1. kesiannya dengar cerita kak KM keluar masuk hosp... boleh bayang keadaan nya camne... xsabar nak tggu sambungan cerita ni kk KM... semoga Baby Uzair membesar dengan sehat, jdi orang yang baik2, bagus2, insyaAllah :D Aminn :D

    ReplyDelete
  2. tgh syok baca, bersambung plak huhu

    ReplyDelete

1. Kome boleh comment apa saja but no ugly words please. Sedap sikit mata orang lain membacanya.
2. Sebarang comment berunsur iklan, politik dan lucah TAK dibenarkan tau kat sini. No! No! No!
3. Kalau nak letak sebarang link, kome boleh guna coding ni ya: < a href="LINK BLOG">NAMA BLOG< /a>
4. KM tak bertanggungjawab tau ke atas sebarang komen yang kome bagi kat sini. Jadi sila jaga tata cara penulisan kome.(^^,)
5. Don't naughty-naughty kat sini ya, cubit kang.
~Itu je nak cakap, ok bye!~