Menu Tab

Perjalanan Blog Bersama Nor As


Klik banner untuk join ya.

Haha.. sorry As, kak KM lupa nak komen haha.
Dah terbiasa letak banner sila klik, ha gitula jadinyakan.

Jadi, pendapat KM pasal blog as, dah ok dah.
KM suka blog yang kosong.
Blog yang hanya guna dua warna je.
Tak sakitlah mata nak tengok atau nak baca, hihi.
Cuma archive tu kena tukar jadi hierarchy, senang orang nak cari entry lama.
Okeh, itu je nak komen.
Overall ok.
(Cehwah, cam AF pulak haha)
K BYE.


Cabaran 30 Hari Entry : Day 16 : Siapa, Bagaimana KM 10 Tahun Lagi

Assalamualaikum!

Kali ni KM nak sambung cabaran seterusnya.
Cabaran kali ni kena cerita siapa KM dan bagaimana KM pada 10 tahun akan datang.
Okeh, yang ni KM terus straight to the point ya.
Nak ceritanya KM kan suka menulis.
Cumanya kebelakangan ni KM tak sempat nak menulis sangat sebab sibuk dengan urusan keluarga.
Balik kampunglah, kendurilah, ziarah rumah mertualah.
Jadi bila balik dah penat then terus tidur.
Bila masanya nak sambung buat novel semua?
Nak mengarang novel ni kena bertenang dan fikiran kena lapang.
Barulah idea mencurah-curah, betul tak?

credit to http://penulispro.net/

Memang macam-macam dugaan bila kita nak capaikan satu impian.
Tapi kita kena sabar sebab perjalanan hidup kita ni Allah punya perancangan.
KM dapat bayangkan yang satu hari nanti KM bakal jadi penulis sepenuh masa.
*Pergh!!! Over confident sungguh kau mahirah? Macam layak je jadi penuliskan?*
Hihihi... layak tak layak tu belakang kira.
Apa yang penting ada matlamat dan hala tuju untuk ke arah itu.
Kalau KM nak capaikan sesuatu, KM mesti kena yakin pada diri sendiri.
Kalau tak ada keyakinan, macam mana nak berjaya ke arah itu?

Nampak kat sini macam sangat susah untuk menjadi penulis bila komitmen banyak.
Tapi KM fikir macam ni je, kalau dia orang boleh jadi penulis berjaya, takkan KM tak boleh jadi penuliskan?
Life kita semua ni sama je, cuma watak dalam life tu je berbeza.
*Nah, hambik! Watak apa pulak yang si mahirah ni cakap.*
Watak sebagai suri rumah sepenuh masa, suri rumah yang bekerja, seorang anak, seorang ibu, seorang isteri dan macam-macam lagilah.

Cuma waktu bila nak capai tu belum tau lagi.
Hanya Allah yang tahu bila masa yang sesuai untuk KM layak bergelar penulis sepenuh masa.
Sebab tu KM kena confident dengan kebolehan KM.
Kalau tak confident, macam mana KM nak berjayakan?

Tagline:
Berdoa, Berusaha dan Bertawakal.

Sekian. Tunggu next cabaran pulak ya.
Bye.

Follower Ke 1000

Assalamualaikum

Siapa nampak bilangan follower KM sekarang?
Hihihi... alhamdulillah follower sudah cecah ke angka 1000.
Siapa pemilik blog yang ke 1000 tu?
Jom kita tengok.


Pemilik blog ni dah bekerluarga.
Kalau KM baca entry-entry blog beliau, rasanya blogger sabahan ni.
Yang menariknya blog dia color HIJAU okeh.
Sejuk mata KM tengok blog dia. 
Mrs Velentine, awak pun suka color hijau ya? hihi...
Oklah, terima kasih ya jadi pelengkap follower ke 1000
Lepas ni KM singgah selalu ya.


"SENDIRI" Dalam Rumah Tangga

Assalamualaikum!

Ada sorang rakan share di wassup.
Mungkin rakan aku print screen dari telefon dia agaknya.
Aku tak pasti dari siapa tapi bagi aku ia sebagai peringatan untuk kita semua.
Kalau nak bahagia, biar buat sama-sama.




My New Laptop Skin : Always Green

Assalamualaikum korang!

Entah kenapa tetiba pulak aku beli laptop skin color green.
Dah lama dah aku usha tapi tak berkesempatan nak beli.
Semalam member ajak pergi giant Nilai.
Aku pun pergi usha kedai IT.
Sekali tengok harga, murah baq hang.
Cuma RM15 je.
Aku pernah usha kat mersing johor, RM25 satu keping.
Akhirnya aku rembat satu.


Alkisahnya kenapa aku nak guna laptop skin ni?
Gini ceritanya, laptop skin aku ni dah calar balar disebabkan macam-macam dah jatuh atas dia.
Mula-mula tu kunci kereta jatuh atas laptop, dah calar.
Lepas tu kat kampung, bilikkan kecik, aku buat kerja betul2 depan pintu.
Sekali Zulaikha bukak pintu leluas, haaa hambek ko, sikit punya cantik pintu kayu tu gores skin laptop aku.
Dah dapat calar yang teruk yang mengganggu pandangan mata aku.
Aku pun dah malas nak jaga bila dah jadi gitu sebab laptop skin aku terlalu sensitif.
Kena barang sikit dah calar. Aku redhakan jelah.
Cuma sistem dia je aku jaga elok-elok.
Janji dia boleh buat kerja untuk aku, itu no hal punya.



Persoalanya. cantik tak skin laptop aku ni?
Nampak green gitu.
Ni kalau mata duk rabun lagi tak tau nak cakaplah hahaha.
Petua : Kalau tak mo mata terus menerus rabun, sila pandang warna hijau.
Sekian.