Menu Tab

Cabaran 30 Hari Entry : Day 16 : Siapa, Bagaimana KM 10 Tahun Lagi

Assalamualaikum!

Kali ni KM nak sambung cabaran seterusnya.
Cabaran kali ni kena cerita siapa KM dan bagaimana KM pada 10 tahun akan datang.
Okeh, yang ni KM terus straight to the point ya.
Nak ceritanya KM kan suka menulis.
Cumanya kebelakangan ni KM tak sempat nak menulis sangat sebab sibuk dengan urusan keluarga.
Balik kampunglah, kendurilah, ziarah rumah mertualah.
Jadi bila balik dah penat then terus tidur.
Bila masanya nak sambung buat novel semua?
Nak mengarang novel ni kena bertenang dan fikiran kena lapang.
Barulah idea mencurah-curah, betul tak?

credit to http://penulispro.net/

Memang macam-macam dugaan bila kita nak capaikan satu impian.
Tapi kita kena sabar sebab perjalanan hidup kita ni Allah punya perancangan.
KM dapat bayangkan yang satu hari nanti KM bakal jadi penulis sepenuh masa.
*Pergh!!! Over confident sungguh kau mahirah? Macam layak je jadi penuliskan?*
Hihihi... layak tak layak tu belakang kira.
Apa yang penting ada matlamat dan hala tuju untuk ke arah itu.
Kalau KM nak capaikan sesuatu, KM mesti kena yakin pada diri sendiri.
Kalau tak ada keyakinan, macam mana nak berjaya ke arah itu?

Nampak kat sini macam sangat susah untuk menjadi penulis bila komitmen banyak.
Tapi KM fikir macam ni je, kalau dia orang boleh jadi penulis berjaya, takkan KM tak boleh jadi penuliskan?
Life kita semua ni sama je, cuma watak dalam life tu je berbeza.
*Nah, hambik! Watak apa pulak yang si mahirah ni cakap.*
Watak sebagai suri rumah sepenuh masa, suri rumah yang bekerja, seorang anak, seorang ibu, seorang isteri dan macam-macam lagilah.

Cuma waktu bila nak capai tu belum tau lagi.
Hanya Allah yang tahu bila masa yang sesuai untuk KM layak bergelar penulis sepenuh masa.
Sebab tu KM kena confident dengan kebolehan KM.
Kalau tak confident, macam mana KM nak berjayakan?

Tagline:
Berdoa, Berusaha dan Bertawakal.

Sekian. Tunggu next cabaran pulak ya.
Bye.

8 comments:

  1. Niat KM ni sama dgn Muz. Asyik tertanguh saja menulis tak tahu, bilanya nak siap. Memang akn jadi penulis sepenuh masa, tp bila dah pencen la.. Haha. Harapnya, impian kita ni akn jadi kenyataanlah kan KM. Kalau org lain boleh kenapa bukan kita kan? Chaiyok!

    ReplyDelete
  2. Semoga mencapai apa yang diimpikan..InsyaAllah

    ReplyDelete
  3. Semoga tercapai impian KM tu. Insyaallah

    ReplyDelete
  4. all the best kak :D moga moga tercapai!

    ReplyDelete
  5. KM nak tulis novel.
    Saya masa skolah dulu kena buat cerpen rasa kemain seksa.

    ReplyDelete

1. Kome boleh comment apa saja but no ugly words please. Sedap sikit mata orang lain membacanya.
2. Sebarang comment berunsur iklan, politik dan lucah TAK dibenarkan tau kat sini. No! No! No!
3. Kalau nak letak sebarang link, kome boleh guna coding ni ya: < a href="LINK BLOG">NAMA BLOG< /a>
4. KM tak bertanggungjawab tau ke atas sebarang komen yang kome bagi kat sini. Jadi sila jaga tata cara penulisan kome.(^^,)
5. Don't naughty-naughty kat sini ya, cubit kang.
~Itu je nak cakap, ok bye!~