Menu Tab

#6 Ranking Alexa karyamahirah.blogspot.com

Hari ni

Assalamualaikum korang!

Hari ni aku rajin sikit nak buat perbandingan ranking alexa.
Alhamdulillah... ranking makin melonjak naik sejak buat segmen hihi.

Kalau korang tengok pada 3/8/2014 ranking KM di tempat ke 12,236k
Tapi pada hari ni, bersamaan 6/8/2014, ranking KM telah melonjak naik di tempat ke 7,612k
Seronoknya aku wei!!
Aku ucap banyak-banyak terima kasih kat korang yang selalu jenguk KM.
Dari semasa ke semasa aku akan baiki entry supaya korang tak jemu nak baca.
I lap u la korang!
Ok bye!

Hari tu

#8 Thank You Nuffnangers Who Recently Viewed My Blog =)


UPDATE 
5/8/2014 2:10 am

Assalamualaikum korang!

Haaa.. ni pagi buta semalam aku duk buat kerja tengok siapa yang masih melekat kat nuffnang aku.
Ni sebahagian je tau, tak semua yang ada.
Aku tak nak cerita banyak sebab dah mengantuk giler ni haha!
Sebelum nampak perkataan lain yang keluar atau typo error, baik aku pendekkan je ceritanya ya.

Terima kasih tak terhingga pada korang semua yang sudi datang ke blog KM.
InsyaAllah, kalau ada masa KM singgah jenguk korang pulak ya.


Selamat berblogwalking semua
Ok bye!

Yeay! Meja Hijau/Putih Aku Dah Sampai!

Assalamualaikum korang!

Sebenarnya ni cerita kelmarin tau. 
Meja yang aku beli hari sabtu hari tu dah sampai kelmarin.
Betapa excited nya aku sebab warna dia greeeeeennnn.
Ya! Aku suka green
Aku memang obses dengan hijau.
Sebab tu bilik tidur pun aku pasang wallpaper daun hijau
*ok aku stop kejap buat appointment dgn dr. Tan!*
*
*
*
Okay sambung balik, korang tau tak apa keistimewaan warna hijau ni?
Haaaa... kalau korang nak tau, ada banyak perkataan hijau dalam ayat-ayat al-quran yang menjelaskan keadaan penghuni syurga dan segala yang ada disekelilingnya. 
Contohnya, kenikmatan, suasana, kesenangan dan ketenangan jiwa.

Korang mesti biasa amalkan bacaan surah al Kahf setiap hari jumaatkan?
Bagi siapa yang biasa, korang akan jumpa salah satu ayat Al-Kahf  yang menceritakan keadaan di syurga.
Okaylah, aku petik salah satu ayat dalam surah Al-Kahf : Ayat 31.

Maksud ayat : "Mereka itulah orang yang memperolehi syurga 'Adn, yang mengalir sungai-sungai di bawahnya dalam syurga itu mereka dihiasi dengan gelang emas dan mereka memakai pakaian hijau daripada sutera halus dan sutera tebal, sedang mereka duduk sambil bersandar di atas singgah sana yang indah. Itulah pahala yang sebaik-baiknya dan tempat istirehat yang indah." Al-Kahf : Ayat 31


Dan Kalau korang nak tau, hijau jugak adalah warna kegemaran Rasulullah s.a.w. 
Kubah Masjid Nabawi sendiri pun berwarna hijau
Simbol-simbol ke islaman di seluruh dunia adalah warna hijau jugak. 
Dan yang paling penting, warna hijau jugak boleh menjadikan pandangan mata kita *nyaman dan selesa.*
Jelaslah yang warna hijau ni adalah warna syurga, warna yang disukai Allah yang mencipta warna itu sendiri dan indahnya hingga menghiasi syurga.

Sebab tu aku suka sangat warna hijau ni.
Kalau korang pandang laptop terlalu lama, cubalah korang pandang sekejap apa-apa warna hijau macam wallpaper destop ke apa, insyaAllah mata korang akan selesa.

Dan ini dia meja aku yang ada sikit2 warna hijau itu.
Janji di mata aku meja tu ada warna hijau ya.

Excitednya mengalahkan Zulaikha pulak si Mahirah ni! Menyampah!
Haha! Aku peduli apakan?
Korang ingat Zulaikha tu tak ada meja dia ke?
Haaa... of cozlah mokcik diva tu pun ada satu meja dia sendiri.


Kepoyoannya lagi terserlah dari aku.
Sebab... apa yang mak dia ni ada, dia pun nak kena ada.
Memang dia copy paste semua yang mak dia ni ada.
Meh aku nak tunjuk gambar dia yang konon-konon sedang mentelaah buku tu.
*Padahal tengah menconteng buku tu haha..*


Ish.. ish.. ish.. anak siapalah yang rajin tukan?
Oklah, itu je nak cerita.
Bye!