Menu Tab

Yeay! Meja Hijau/Putih Aku Dah Sampai!

Assalamualaikum korang!

Sebenarnya ni cerita kelmarin tau. 
Meja yang aku beli hari sabtu hari tu dah sampai kelmarin.
Betapa excited nya aku sebab warna dia greeeeeennnn.
Ya! Aku suka green
Aku memang obses dengan hijau.
Sebab tu bilik tidur pun aku pasang wallpaper daun hijau
*ok aku stop kejap buat appointment dgn dr. Tan!*
*
*
*
Okay sambung balik, korang tau tak apa keistimewaan warna hijau ni?
Haaaa... kalau korang nak tau, ada banyak perkataan hijau dalam ayat-ayat al-quran yang menjelaskan keadaan penghuni syurga dan segala yang ada disekelilingnya. 
Contohnya, kenikmatan, suasana, kesenangan dan ketenangan jiwa.

Korang mesti biasa amalkan bacaan surah al Kahf setiap hari jumaatkan?
Bagi siapa yang biasa, korang akan jumpa salah satu ayat Al-Kahf  yang menceritakan keadaan di syurga.
Okaylah, aku petik salah satu ayat dalam surah Al-Kahf : Ayat 31.

Maksud ayat : "Mereka itulah orang yang memperolehi syurga 'Adn, yang mengalir sungai-sungai di bawahnya dalam syurga itu mereka dihiasi dengan gelang emas dan mereka memakai pakaian hijau daripada sutera halus dan sutera tebal, sedang mereka duduk sambil bersandar di atas singgah sana yang indah. Itulah pahala yang sebaik-baiknya dan tempat istirehat yang indah." Al-Kahf : Ayat 31


Dan Kalau korang nak tau, hijau jugak adalah warna kegemaran Rasulullah s.a.w. 
Kubah Masjid Nabawi sendiri pun berwarna hijau
Simbol-simbol ke islaman di seluruh dunia adalah warna hijau jugak. 
Dan yang paling penting, warna hijau jugak boleh menjadikan pandangan mata kita *nyaman dan selesa.*
Jelaslah yang warna hijau ni adalah warna syurga, warna yang disukai Allah yang mencipta warna itu sendiri dan indahnya hingga menghiasi syurga.

Sebab tu aku suka sangat warna hijau ni.
Kalau korang pandang laptop terlalu lama, cubalah korang pandang sekejap apa-apa warna hijau macam wallpaper destop ke apa, insyaAllah mata korang akan selesa.

Dan ini dia meja aku yang ada sikit2 warna hijau itu.
Janji di mata aku meja tu ada warna hijau ya.

Excitednya mengalahkan Zulaikha pulak si Mahirah ni! Menyampah!
Haha! Aku peduli apakan?
Korang ingat Zulaikha tu tak ada meja dia ke?
Haaa... of cozlah mokcik diva tu pun ada satu meja dia sendiri.


Kepoyoannya lagi terserlah dari aku.
Sebab... apa yang mak dia ni ada, dia pun nak kena ada.
Memang dia copy paste semua yang mak dia ni ada.
Meh aku nak tunjuk gambar dia yang konon-konon sedang mentelaah buku tu.
*Padahal tengah menconteng buku tu haha..*


Ish.. ish.. ish.. anak siapalah yang rajin tukan?
Oklah, itu je nak cerita.
Bye!

28 comments:

  1. wah! akk suke hijau eaa.... warna kedamaian..

    ReplyDelete
  2. Kak KM..Sama macam ayah saya..minat hijauu...lagipun hijau sejuk mata memandang kan.. ^_^

    ReplyDelete
  3. saya pun suka hijau, lagi-lagi hijau epal.siap berangan, kahwin nanti nak buat tema hijau epal..hehe

    ReplyDelete
  4. Cik Mimie suka tengok warna apple mint cntik sgt..hee :)

    ReplyDelete
  5. cantik. pandai pula minta sama kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya arz moha.. dia mmg semua nak tiru mama... yg parah sy la... ayah dia syok je tak kena pau.. (p)

      Delete
  6. Kelakar la anak kak mahirah ni..hehehe..

    ustaz kt sekolah pernah pesan, bangun pagi kena tengok pokok2 hijau. supaya mata elak dari rabun..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu sydah.. pandang hijau akan elak rabun... :)

      Delete
  7. Sama lerrr kiterrr KM ..Kak Lya pon suka HIJAU jugakk

    ReplyDelete
  8. hijau hijau hijauu.. cikgu selalu pesan kalau study yakyak kena rehatkan otak dengan pandang benda hijau. uohhh peminat tegar hijau ni.. xDD hias lerr blog ni ngan warna hijau, kak. mesti soft je

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha... klu header bolehlah tukar hijau. Kalau background nampak sempit ler.. :)

      Delete
  9. cantik pulak combination hijau putih tu,..

    ReplyDelete
  10. saya ada suka beberapa jenis ton warna hijau jer.. apapun cute ja meja tuh.. bilik zulaikha pun cantik jugak..

    ReplyDelete
  11. Ehhh hijau pucuk pisang + putih cantik pulak, ni yg buat akak verangan theme baju kawin nanti boleh pertimbangkan kombinadk nih ahahaha verangan lah ko Jm sampai beruban ade ke yg nk kat ko tu heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha oklah tu berangan awal2 hihi.. :) ada je yg nak cuma lambat atau cepat je :)

      Delete
  12. wah2.. seronok ler tu dapat meja kaler fevret sendiri. >.< (siapa yang x suka kan? hahaha)

    saya suka warna putih. simple. suci. bersih. ^^,

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak suka dua kombinasi putih dan hijau.. nampak serasi.. :)

      Delete

1. Kome boleh comment apa saja but no ugly words please. Sedap sikit mata orang lain membacanya.
2. Sebarang comment berunsur iklan, politik dan lucah TAK dibenarkan tau kat sini. No! No! No!
3. Kalau nak letak sebarang link, kome boleh guna coding ni ya: < a href="LINK BLOG">NAMA BLOG< /a>
4. KM tak bertanggungjawab tau ke atas sebarang komen yang kome bagi kat sini. Jadi sila jaga tata cara penulisan kome.(^^,)
5. Don't naughty-naughty kat sini ya, cubit kang.
~Itu je nak cakap, ok bye!~