Click banner untuk join
Menu Tab
▼
CPUV : Invest Smart Campaign
Aku perasan CPUV ni dah lama.
Alhamdulillah invest smart campaign ni pun boleh tahan jugak earning dia dan tak sangka hihi.
Apa Invest Smart Campaign ni?
Haaa... aku ni jenuh jugak mencari apa benda invest smart ni.
Then bila aku baca dan cuba fahamkan, baru aku boleh cerita sikit kat korang.
Kalau korang nak tau invest smart ni memberi peluang untuk kita buat pelaburan untuk masa depan.
Aku nak cerita panjang pun bukanlah bertauliah sangat tapi kalau korang nak tau lebih lanjut korang boleh visit sini http://www.investsmartsc.my/
Aplikasi Mudah Alih InvestSmart
p/s : Ok korang, jangan lupa klik2 lagi ya. hehe..
Siapa Dah Start Puasa Ganti atau Puasa 6?
Korang, aku nak seru ni. Jomlah kita puasa ganti atau puasa 6 bersama-sama. Barulah rasa meriah sikit ada gang, hihi. Ke korang masih dalam mood raya?
Tahun ni tempat kerja batalkan majlis sambutan Hari Raya bagi menghormati kehilangan MH370 dan pemergian penumpang MH17. Jadi, hambarlah sikit suasana di tempat kerja. Biasanya tiap-tiap tahun ada buat sambutan Hari Raya. Setiap tahun aku bawak family datang beraya. Tahun ni sambut dengan puasa 6 atau puasa ganti jelah kat office.
Aku suka ganti puasa awal sebab tak adalah terkejar-kejar tahun depan. Kalau tidak, di hujung nyawa-nyawa ikan baru sibuk nak ganti puasa. Kalau ganti puasa awalkan ke senang hidup. Di samping tu dapatlah kita kawal nafsu makan yang membuak-buak ni. Macam-macam dah kita makan hari raya ni wei. Terkujat perut ni bila sumbat macam-macam. Tu yang sampai perut aku meragam.
Korang tau tak, orang yang berpuasa Ramadhan diikuti dengan puasa sunat enam hari pada bulan Syawal ni maka pahalanya sama dengan berpuasa setahun.
Para ulama' menghuraikan rahsia di sebalik ganjaran tersebut dengan menyatakan bahawa setiap amalan kebaikan manusia akan diberi ganjaran sebanyak 10 kali ganda. Puasa 30 hari dibulan Ramadhan diganjari sebanyak 300 hari, manakala puasa 6 hari dibulan Syawal pulak diganjari dengan 60 hari. Jika dikira jumlahnya ialah 360 hari, hampir menyamai jumlah hari di dalam setahun sebanyak 360 hari. Sesunggunya Allah s.w.t Maha Berkuasa untuk memberikan ganjaran sebanyak mana yang dikehendaki-NyaAbu Ayyup Al-Ansari radhiallahu ' anhu berkata, Rasulullah ﷺ bersabda :
مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ. رواه مسلم.
“Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal, maka ia bagaikan puasa sepanjang masa (tahun)”
Riwayat Muslim, hadis no: 1164).
souce:linked
Macam Mana Cara Melaksanakan Puasa Sunat 6 Syawal ni?
1. Paling afdhal puasa enam hari berturut-turut mulaik 2 syawal
2. Kebiasaannya ramai yang buat puasa sunat sebanyak 6 hari pada mana-mana tarikh di sepanjang bulan syawal. Pilih 6 hari bermula dari 2 syawal hingga 30 syawal asalkan genap 6 hari kesemuanya.
Boleh ke nak qada' puasa dan puasa 6 sekali?
Seseorang yang nak lakukan puasa qada' dan puasa enam dalam bulan syawal, para ulama mempunyai beberapa pandangan di antaranya ;
1. Berniat puasa qada' Ramadhan dan sunat Syawal, akan perolehi dua ganjaran, dengan syarat mendahulukan niat puasa qada' kerana puasa qada' adalah wajib dan puasa enam adalah sunat.
2. Berpuasa qada' sekalipun tanpa berniat menggabungkannya, ganjaran puasa enam tetap akan diperolehi, namun pahalanya kurang daripada orang yang berniat kedua-duanya.
3. Berpuasa qada' wajib atau sunat pada bulan Syawal akan tetap dapat pahala puasa enam, sekalipun ia tidak berniat dan tidak mengetahui tentang puasa enam. Ini kerana ia telah mencapai maksud hadis Rasulullah s.a.w agar berpuasa pada bulan Syawal.
4. Sesetengah ulama menjelaskan bahawa pahala puasa sunat enam diperolehi juga dengan niat puasa wada' atau puasa nazar. Maka sesiapa yang uzur atau tertinggal puasa Ramadhan, lalu digantikan pada Syawal, makan pahala sunat puasa Syawal turut diperolehnya.
Namun kebanyakan ulama berpendapat bahawa, sekalipun pahala puasa enam bersama puasa qada' akan dinilai bersama-sama puasa yang satu, seseorang yang melakukan kedua-duanya secara berasingan tetap akan mendapat kelebihan yang lebih banyak di sisi Allah s.w.t.
Makanya jomlah korang kita puasa sama-sama. Jadi, sama-sama kita dapat pahala. InsyaAllah isnin ni aku akan mula. =)
Hari Raya Aidilfitri 2014 ~ Part 4
Holla! Korang!!
Dah balik bandar ke belum ni? Sesungguhnya aku bosan tanpa korang semua. Sunyi sepi sungguh laluan ke blog aku ni, haha.
Okaylah, aku nak sambung cerita balik kampung. Excited ni ko, tu yang sungguh-sungguh cerita ni. Dah lama tak balik Taiping, Perak, tu yang rasa teruja sangat. Korang baca jelah ya. Aku janji ni entry ke dua last pasal hari raya hahaha. Maknanya ada lagi satu entrylahkan?
Kampung Jana,
Taiping, Perak.
Pagi tu lepas breakfast kita orang planning nak beraya ke rumah arwah tok abah. Lebih kurang jam 10 pagi baru kita orang gerak. Dekat je dari homestay kita orang ni. Dalam sepuluh ke lima belas minit sampailah kalau tak jem. Ok, nak ceritanya sebaik sahaja kita orang sampai kat kampung tok abah, kita orang tengok rumah bertutup, tingkap bertutup dan boleh kata semua berkuncilah. Kosong sunyi dan sepi.
Alamak! Tak ada orang ke?
Memang sahlah dia orang pergi beraya pagi-pagi. Kita orang lewat sikit je nak jumpa. Yalah, dah masuk hari raya kedua kot. Dah tentulah masa untuk dia orang pulak beraya. Semalamnyakan dah tunggu sehari suntuk kat rumah.