Menu Tab

Siapa Dah Start Puasa Ganti atau Puasa 6?

Korang, aku nak seru ni. Jomlah kita puasa ganti atau puasa 6 bersama-sama. Barulah rasa meriah sikit ada gang, hihi. Ke korang masih dalam mood raya?


Tahun ni tempat kerja batalkan majlis sambutan Hari Raya bagi menghormati kehilangan MH370 dan pemergian penumpang MH17. Jadi, hambarlah sikit suasana di tempat kerja. Biasanya tiap-tiap tahun ada buat sambutan Hari Raya. Setiap tahun aku bawak family datang beraya. Tahun ni sambut dengan puasa 6 atau puasa ganti jelah kat office.

Aku suka ganti puasa awal sebab tak adalah terkejar-kejar tahun depan. Kalau tidak, di hujung nyawa-nyawa ikan baru sibuk nak ganti puasa. Kalau ganti puasa awalkan ke senang hidup. Di samping tu dapatlah kita kawal nafsu makan yang membuak-buak ni. Macam-macam dah kita makan hari raya ni wei. Terkujat perut ni bila sumbat macam-macam. Tu yang sampai perut aku meragam.

Korang tau tak, orang yang berpuasa Ramadhan diikuti dengan puasa sunat enam hari pada bulan Syawal ni maka pahalanya sama dengan berpuasa setahun.

Abu Ayyup Al-Ansari radhiallahu ' anhu berkata, Rasulullah ﷺ bersabda :

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ. رواه مسلم.
“Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal, maka ia bagaikan puasa sepanjang masa (tahun)”
Riwayat Muslim, hadis no: 1164).
Para ulama' menghuraikan rahsia di sebalik ganjaran tersebut dengan menyatakan bahawa setiap amalan kebaikan manusia akan diberi ganjaran sebanyak 10 kali ganda. Puasa 30 hari dibulan Ramadhan diganjari sebanyak 300 hari, manakala puasa 6 hari dibulan Syawal pulak diganjari dengan 60 hari. Jika dikira jumlahnya ialah 360 hari, hampir menyamai jumlah hari di dalam setahun sebanyak 360 hari. Sesunggunya Allah s.w.t Maha Berkuasa untuk memberikan ganjaran sebanyak mana yang dikehendaki-Nya
souce:linked



Macam Mana Cara Melaksanakan Puasa Sunat 6 Syawal ni?

1. Paling afdhal puasa enam hari berturut-turut mulaik 2 syawal

2. Kebiasaannya ramai yang buat puasa sunat sebanyak 6 hari pada mana-mana tarikh di sepanjang bulan syawal. Pilih 6 hari bermula dari 2 syawal hingga 30 syawal asalkan genap 6 hari kesemuanya.

niat puasa enam

Boleh ke nak qada' puasa dan puasa 6 sekali?

Seseorang yang nak lakukan puasa qada' dan puasa enam dalam bulan syawal, para ulama mempunyai beberapa pandangan di antaranya ; 

1. Berniat puasa qada' Ramadhan dan sunat Syawal, akan perolehi dua ganjaran, dengan syarat mendahulukan niat puasa qada' kerana puasa qada' adalah wajib dan puasa enam adalah sunat.

2. Berpuasa qada' sekalipun tanpa berniat menggabungkannya, ganjaran puasa enam tetap akan diperolehi, namun pahalanya kurang daripada orang yang berniat kedua-duanya.

3. Berpuasa qada' wajib atau sunat pada bulan Syawal akan tetap dapat pahala puasa enam, sekalipun ia tidak berniat dan tidak mengetahui tentang puasa enam. Ini kerana ia telah mencapai maksud hadis Rasulullah s.a.w agar berpuasa pada bulan Syawal.

4. Sesetengah ulama menjelaskan bahawa pahala puasa sunat enam diperolehi juga dengan niat puasa wada' atau puasa nazar. Maka sesiapa yang uzur atau tertinggal puasa Ramadhan, lalu digantikan pada Syawal, makan pahala sunat puasa Syawal turut diperolehnya.

Namun kebanyakan ulama berpendapat bahawa, sekalipun pahala puasa enam bersama puasa qada' akan dinilai bersama-sama puasa yang satu, seseorang yang melakukan kedua-duanya secara berasingan tetap akan mendapat kelebihan yang lebih banyak di sisi Allah s.w.t.

Makanya jomlah korang kita puasa sama-sama. Jadi, sama-sama kita dapat pahala. InsyaAllah isnin ni aku akan mula. =)


16 comments:

  1. saya selalu buat guasa ganti dulu.puasa 6 buat asing, tu pun kalau sempat habis.huhu.

    jom start puasa isnin depan!puasa time kerja takpe, time weekend memang dok kalut open house je..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasanya akak dahulukan puasa ganti... puasa 6 tu kemudian.. :)

      Delete
  2. Irra spesies wat lepat liat nak ganti posa awai..hahahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe... dulu KM pun cam tu gak... skang ni je yg insaf sikit sejak masuk 3 siris ni.. hehe :d

      Delete
  3. Belum start lagi ganti puasa + puasa 6.
    Tak berapa sihatlah,kak.

    ReplyDelete
  4. boleh sekalikan kan puasa ganti dengan puasa enam.. 2 in 1.. hihiks..

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh... niat qada' puasa ramadhan dulu baru niat puasa syawal... pahala berganda... :)

      Delete
  5. hmm, yang puasa 6 dengan qada puasa tu selalu jadi confusion untuk orang. terima kasih akak for sharing. ^^,

    tengok logo Malaysia Aiports Berhad tu teringat kat arwah abah. arwah pernah kerja dekat KLIA dulu then transfer ke LTSAAS. dekat sikit dengan rumah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. amy, entah2 mak akak kenal arwah abah awak kot? sebab mak akak dulu bekas staff MASB subang. Siapa nama abah? :-?

      Delete
  6. tak pernah nak dapat puasa 6 betul betul sebab terlalu sibuk kejar puasa ganti yg berbelas harii :(

    ReplyDelete
  7. mgu depan nak gnti pose dulu..mgu lg satu bru pose enam

    ReplyDelete

1. Kome boleh comment apa saja but no ugly words please. Sedap sikit mata orang lain membacanya.
2. Sebarang comment berunsur iklan, politik dan lucah TAK dibenarkan tau kat sini. No! No! No!
3. Kalau nak letak sebarang link, kome boleh guna coding ni ya: < a href="LINK BLOG">NAMA BLOG< /a>
4. KM tak bertanggungjawab tau ke atas sebarang komen yang kome bagi kat sini. Jadi sila jaga tata cara penulisan kome.(^^,)
5. Don't naughty-naughty kat sini ya, cubit kang.
~Itu je nak cakap, ok bye!~