Menu Tab

#1 Ranking Alexa karyamahirah.blogspot.com

Hari tu masa jalan-jalan ke blog Irrayyan aku terbaca pasal Alexa Traffic Ranks blog dia.
Sebelum ni pun aku nampak jugak kat blog Angel Love Soldier punya blog pasal Alexa Traffic Ranks ni tapi aku tak pernah ambil pot.
Jadi tanggal 11/7/2014, aku pun saja-sajalah check ranking blog Karya Mahirah kat Alexa.
Popularkah aku? Hihi...


Inilah dia keputusan yang haku dapat ya.
Rank dalam Malaysia sahaja aku dapat 21,380K.
Jadi, aku perlu berusaha gigih lagi untuk meng'UPDATE' entry baru dan terkini untuk meraih ranking.

SEKIAN


Cerita Semalam : Ayah Layan Zulaikha Demam

AUTO POST



Ni wajah Zulaikha lepas di paksa makan ubat demam.
Kan dah bertenaga sikit bila diberi ubat.
Kalau tak diberi ubat, aduhai kita yg mak ni pun rasa sedih je tengok si anak melepek tak bermaya.
Dia tak tau, mak dia ni risau ya amat.
Kalau aku boleh ganti, dah lama aku ambik demam dia ni.
Kita tau macam mana nak jaga diri kita walaupun tak sihat.
Budak kecik, apalah yang dia tau selain merengek.

Ehm! Nak tau ayat apa yang aku cakap kat dia supaya dia makan ubat?
Ayat ni tak adalah bombastik sangat, haha.
Itu pun hatinya keras jugak nak makan kata-kata mak dia ni.
Aku cakap macam ni,


"Kalau Zulaikha tak nak makan ubat demam tu, mama hantar Zulaikha duduk rumah tok abah dan mak tok seminggu! Mama dan ayah nak jalan-jalan honeymoon! Tak mau bawak Zulaikha! Bye!"
Aku buat-buat merajuk dan lari masuk ke bilik.
Terus dia kejar dan peluk aku siap buat drama sebabak ko.

"Nak ikut mama! Nak ikut mama! Kita tak nak tido umah mak tok!"

Sambil menjejeh-jejeh ayaq mata yang mahal tu haha.
Kesian ko kalau tengok dia huhuhu.
Lepas tu terus aku masuk ubat dalam susu dan paksa dia minum susu sampai habis.
Sebab aku tau kalau pakai sudu, memang dia akan muntahkan balik.
Dan berlakunya satu pembaziran ubat di situ.
Pray For Zulaikha

Sekian.


Hidung Zulaikha Berdarah


Allahuakhbar... terkejut aku bila nampak darah yg banyak dalam cawan yg Zulaikha minum. Rupanya hidung dia berdarah sebab panas dalam. Dia tak sedar pun darah tu mengalir kat hidung dan dia ingatkan selsema. Rupanya hidung dia berdarah.

Habis penuh tumpah kat baju dia lepas tu. Mujurlah kami ada simpan ais ketul. Rupanya inilah hikmahnya nak jadi. Aku terus dongakkan kepala dia dan bawa ke tandas untuk cuci. Sementara suami aku pergi ambil ais ketul dan kain untuk tekup pada hidung Zulaikha.

Sebenarnya ini bukan kali pertama Zulaikha kena macam ni. Sebelum ni pernah kena kat sekolah 2 kali dan 2 kali kena kat rumah mak tok dia. Orang tua2 kata kalau ada daun sirih boleh sumbat dalam hidung dia. Tapi kalau dah duduk kat bandar macam ni, mana nak cari daun sirihnya. Bukan kata bandarlah, kampung suami aku yang dekat tu pun tak tanam daun sireh. Dah, nak buat macam mana?

Bila dah jadi macam ni, mulalah aku google apa puncanya. Ada soalan dari sorang hamba Allah tentang dia mengalami masalah yang sama. Cuma bezanya Zulaikha hanya kena waktu demam tapi hamba Allah ni dia kena hidung berdarah tak kira masa. So, korang baca apa penjelasan doctor.


******
Soalan: 
Saya sering mengalami pendarahan hidung. Pendarahan ini berlaku tanpa sebab dan kekadang menyebabkan situasi yang memalukan apabila berlaku dikhalayak ramai. Saya ingin bertanya apakah punca pendarahan ini berlaku dan apakah kaedah terbaik untuk merawat pendarahan hidung serta kaedah untuk mengelak dari pendarahan ini daripada berulang.
Hidung merah. Alor Setar, Kedah

Jawapan:
Saudara/i hidung merah,
Nama yang begitu unik dan sangat ironi dengan soalan yang ditanya. Moga selepas ini tidak lagi dipanggil hidung merah.
Pendarahan hidung (juga dipanggil epistaksis) berlaku apabila salur darah halus di dalam lapisan sel pelapik hidung pecah. Lapisan dalam hidung sebenarnya sangat ‘lembut’, manakala salur darah pula dekat dengan permukaan yang menyebabkan ia mudah pecah dan berdarah.
Ada banyak punca lazim yang menyebabkan hidung berdarah, seperti:
  • Salur darah dalam hidung yang sangat sensitif — Ia pecah dan berdarah dalam cuaca panas serta kering.
  • Jangkitan — termasuk jangkitan pada hidung, tekak atau sinus
  • Selesema dan flu
  • Alahan (seperti pada kutu habuk atau alahan rinitis)
  • Hidung terhantuk/trauma
  • Kehadiran benda asing dalam hidung (contohnya apabila kanak-kanak memasukkan sesuatu ke dalam hidung mereka; biasanya manik)
  • Tekanan keterlaluan (biasanya berlaku serentak dengan sembelit)
  • Penggunaan sesetengah jenis ubat (seperti ubat anti keradangan atau semburan hidung)
Antara punca yang jarang berlaku tetapi masih boleh menyebabkan hidung berdarah:
  • Kehadiran benda asing atau polip dalam hidung
  • Gangguan atau masalah kesihatan berkaitan darah – Masalah pencairan darah
  • Perkembangan vaskular yang tidak sempurna
  • Ketumbuhan dalam saluran hidung dan tekak
F845_nose bleed 3
Kaedah merawat asas kepada pendarahan hidung:
  1. Bernafas seperti biasa TETAPI menggunakan rongga mulut. ELAK bernafas melalui hidung
  2. JANGAN menghembus udara kuat melalui hidung
  3. Jangan banyak bercakap, batuk dan bersin. Ini akan mengganggu proses pembekuan Pada pembuluh darah
  4. Duduk atau berdiri dengan kepala sedikit ke hadapan
  5. JANGAN baring
  6. Beri tekanan dengan menggunakan jari telunjuk dan ibu jari di bahagian pertemuan rawan hidung dan tulang. Tekanan diberi di bahagian rawan.
  7. Beri tekanan secara berterusan selama 10 minit
  8. Peringatan: Jangan asyik memeriksa sama ada pendarahan sudah berhenti dengan mengalihkan jari. Untuk menghentikan pendarahan, darah perlu menjadi beku dan ia mengambil sedikit masa. Alih perhatian anak dengan menyuruhnya membaca atau menonton televisyen.
  9. Sentiasa pastikan rongga pernafasan tidak ada gangguan atau objek yang menghalang pernafasan. Dalam kes ini rongga pernafasan hidung sudah tidak berfungsi dengan baik. Pernafasan hanya bergantung kepada rongga mulut.
  10. Pastikan tiada sekatan pakaian atau objek luar dibahagian leher.
  11. Jika pendarahan berterusan. Perlu mendapat rawatan lanjut.
  12. Apabila pendarahan berhenti, pastikan anak tidak cuba mengorek atau menghembus nafas dengan kuat (untuk mengeluarkan sisa darah) dalam tempoh 24 jam. Malah dalam tempoh itu anak anda perlu berehat dan tidak sepatutnya berlari ke sana sini atau terbabit dalam permainan lasak untuk mengelak pendarahan berulang.
Cara untuk mengelakkan hidung berdarah kembali:-
  1. Banyakkan minum air suam bagi memastikan badan sentisa sejuk dan tidak terhidrat.
  2. Jangan sesekali menghembus hidung terlalu kuat. Takuti akan menyebabkan hidung berdarah, luka kembali. Mudah terjadi apabila seseorang itu bersin terlalu kuat.
  3. Sekiranya mendapati hidung kering dan berkerak jangan sesekali mengorek dengan kuku yang tajam dan terlalu dalam. Perlu berhati-hati sebaiknya gunakan pelembab atau minyak bayi bagi membersihakn rongga hidung.
  4. Kemungkinan juga seseorang itu ada mengambil ubat-ubatan yang mengandungi aspirin, warfarin atau ubat antikeradangan bukan steroid (NSAIDs).
  5. Ibu bapa harus perhatikan tingkah anak yang mengalami masalah hingus yang keras dan melekat pada membran mukosa sebenarnya boleh menyebabkan luka bila hidung dikorek. Perkara ini kerap berlaku kepada kanak-kanak.
  6. Berjumpalah dengan doktor sekiranya anda mendapati tanda-tanda seperti:-
  7. Apabila darah dalam hidung mengalir terlalu laju atau kehilangan banyak darah dalam beberapa saat. Berasa hendak pitam atau pengsan.