Menu Tab

Hidung Zulaikha Berdarah


Allahuakhbar... terkejut aku bila nampak darah yg banyak dalam cawan yg Zulaikha minum. Rupanya hidung dia berdarah sebab panas dalam. Dia tak sedar pun darah tu mengalir kat hidung dan dia ingatkan selsema. Rupanya hidung dia berdarah.

Habis penuh tumpah kat baju dia lepas tu. Mujurlah kami ada simpan ais ketul. Rupanya inilah hikmahnya nak jadi. Aku terus dongakkan kepala dia dan bawa ke tandas untuk cuci. Sementara suami aku pergi ambil ais ketul dan kain untuk tekup pada hidung Zulaikha.

Sebenarnya ini bukan kali pertama Zulaikha kena macam ni. Sebelum ni pernah kena kat sekolah 2 kali dan 2 kali kena kat rumah mak tok dia. Orang tua2 kata kalau ada daun sirih boleh sumbat dalam hidung dia. Tapi kalau dah duduk kat bandar macam ni, mana nak cari daun sirihnya. Bukan kata bandarlah, kampung suami aku yang dekat tu pun tak tanam daun sireh. Dah, nak buat macam mana?

Bila dah jadi macam ni, mulalah aku google apa puncanya. Ada soalan dari sorang hamba Allah tentang dia mengalami masalah yang sama. Cuma bezanya Zulaikha hanya kena waktu demam tapi hamba Allah ni dia kena hidung berdarah tak kira masa. So, korang baca apa penjelasan doctor.


******
Soalan: 
Saya sering mengalami pendarahan hidung. Pendarahan ini berlaku tanpa sebab dan kekadang menyebabkan situasi yang memalukan apabila berlaku dikhalayak ramai. Saya ingin bertanya apakah punca pendarahan ini berlaku dan apakah kaedah terbaik untuk merawat pendarahan hidung serta kaedah untuk mengelak dari pendarahan ini daripada berulang.
Hidung merah. Alor Setar, Kedah

Jawapan:
Saudara/i hidung merah,
Nama yang begitu unik dan sangat ironi dengan soalan yang ditanya. Moga selepas ini tidak lagi dipanggil hidung merah.
Pendarahan hidung (juga dipanggil epistaksis) berlaku apabila salur darah halus di dalam lapisan sel pelapik hidung pecah. Lapisan dalam hidung sebenarnya sangat ‘lembut’, manakala salur darah pula dekat dengan permukaan yang menyebabkan ia mudah pecah dan berdarah.
Ada banyak punca lazim yang menyebabkan hidung berdarah, seperti:
  • Salur darah dalam hidung yang sangat sensitif — Ia pecah dan berdarah dalam cuaca panas serta kering.
  • Jangkitan — termasuk jangkitan pada hidung, tekak atau sinus
  • Selesema dan flu
  • Alahan (seperti pada kutu habuk atau alahan rinitis)
  • Hidung terhantuk/trauma
  • Kehadiran benda asing dalam hidung (contohnya apabila kanak-kanak memasukkan sesuatu ke dalam hidung mereka; biasanya manik)
  • Tekanan keterlaluan (biasanya berlaku serentak dengan sembelit)
  • Penggunaan sesetengah jenis ubat (seperti ubat anti keradangan atau semburan hidung)
Antara punca yang jarang berlaku tetapi masih boleh menyebabkan hidung berdarah:
  • Kehadiran benda asing atau polip dalam hidung
  • Gangguan atau masalah kesihatan berkaitan darah – Masalah pencairan darah
  • Perkembangan vaskular yang tidak sempurna
  • Ketumbuhan dalam saluran hidung dan tekak
F845_nose bleed 3
Kaedah merawat asas kepada pendarahan hidung:
  1. Bernafas seperti biasa TETAPI menggunakan rongga mulut. ELAK bernafas melalui hidung
  2. JANGAN menghembus udara kuat melalui hidung
  3. Jangan banyak bercakap, batuk dan bersin. Ini akan mengganggu proses pembekuan Pada pembuluh darah
  4. Duduk atau berdiri dengan kepala sedikit ke hadapan
  5. JANGAN baring
  6. Beri tekanan dengan menggunakan jari telunjuk dan ibu jari di bahagian pertemuan rawan hidung dan tulang. Tekanan diberi di bahagian rawan.
  7. Beri tekanan secara berterusan selama 10 minit
  8. Peringatan: Jangan asyik memeriksa sama ada pendarahan sudah berhenti dengan mengalihkan jari. Untuk menghentikan pendarahan, darah perlu menjadi beku dan ia mengambil sedikit masa. Alih perhatian anak dengan menyuruhnya membaca atau menonton televisyen.
  9. Sentiasa pastikan rongga pernafasan tidak ada gangguan atau objek yang menghalang pernafasan. Dalam kes ini rongga pernafasan hidung sudah tidak berfungsi dengan baik. Pernafasan hanya bergantung kepada rongga mulut.
  10. Pastikan tiada sekatan pakaian atau objek luar dibahagian leher.
  11. Jika pendarahan berterusan. Perlu mendapat rawatan lanjut.
  12. Apabila pendarahan berhenti, pastikan anak tidak cuba mengorek atau menghembus nafas dengan kuat (untuk mengeluarkan sisa darah) dalam tempoh 24 jam. Malah dalam tempoh itu anak anda perlu berehat dan tidak sepatutnya berlari ke sana sini atau terbabit dalam permainan lasak untuk mengelak pendarahan berulang.
Cara untuk mengelakkan hidung berdarah kembali:-
  1. Banyakkan minum air suam bagi memastikan badan sentisa sejuk dan tidak terhidrat.
  2. Jangan sesekali menghembus hidung terlalu kuat. Takuti akan menyebabkan hidung berdarah, luka kembali. Mudah terjadi apabila seseorang itu bersin terlalu kuat.
  3. Sekiranya mendapati hidung kering dan berkerak jangan sesekali mengorek dengan kuku yang tajam dan terlalu dalam. Perlu berhati-hati sebaiknya gunakan pelembab atau minyak bayi bagi membersihakn rongga hidung.
  4. Kemungkinan juga seseorang itu ada mengambil ubat-ubatan yang mengandungi aspirin, warfarin atau ubat antikeradangan bukan steroid (NSAIDs).
  5. Ibu bapa harus perhatikan tingkah anak yang mengalami masalah hingus yang keras dan melekat pada membran mukosa sebenarnya boleh menyebabkan luka bila hidung dikorek. Perkara ini kerap berlaku kepada kanak-kanak.
  6. Berjumpalah dengan doktor sekiranya anda mendapati tanda-tanda seperti:-
  7. Apabila darah dalam hidung mengalir terlalu laju atau kehilangan banyak darah dalam beberapa saat. Berasa hendak pitam atau pengsan.

8 comments:

  1. bgus perkongsian akak ni....kite selalu jugak hidung berdarah...bile bangun tidur, nak basuh muka, selalu je hdung berdarah...anyway, semoge zulaikha cepat sembuh, insyaallah... amiinn... :D

    ReplyDelete
  2. Pernah juga alami. Panik habis sebab cik oren kena handle sendiri. Kecut perut dibuatnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah... yg sebenarnya kena banyak minum airkan... barulah tak panas dalam... kdg2 kita rasa diri kita ok tapi sebenarnya tidak huhu..

      Delete
  3. baik bawa zulaikha g klinik.. smoga dia cepat sembuh..

    terima kasih di atas perkongsian..

    ReplyDelete
  4. Jemput Join "Segar bersama Fresh Care dan Safe Care Giveaway by EJulz "Segar bersama Fresh Care dan Safe Care Giveaway by EJulz" . Kalau dah join tQ ek.. ^_^


    Like "Ejulz Blogshop" jika sudi.. tQ

    ReplyDelete
  5. masa demam haritu pun, hidung sy pun berdarah gak. mungkin faktor panas lah kut. minum air barli suam, rasa okaylah sikit.. heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul... faktor panas... air barli mmg elok.. mak akak pun pesan suh buat utk dia...

      Delete

1. Kome boleh comment apa saja but no ugly words please. Sedap sikit mata orang lain membacanya.
2. Sebarang comment berunsur iklan, politik dan lucah TAK dibenarkan tau kat sini. No! No! No!
3. Kalau nak letak sebarang link, kome boleh guna coding ni ya: < a href="LINK BLOG">NAMA BLOG< /a>
4. KM tak bertanggungjawab tau ke atas sebarang komen yang kome bagi kat sini. Jadi sila jaga tata cara penulisan kome.(^^,)
5. Don't naughty-naughty kat sini ya, cubit kang.
~Itu je nak cakap, ok bye!~