Menu Tab

Pemenang Blogwalking Karya Mahirah

Assalamualaikum,

Alhamdulillah... selesai sudah segmen blogwalking saya ni. Terima kasih pada peserta yang join. Memandangkan hanya tujuh peserta yang join, jadi saya putuskan ke tujuh-tujuh peserta yang comel ni layak menerima hadiah misteri daripada saya. =)

1. Nurin Irsalina
2. Claramenda Douhin
3. Karimah Zulkafali
4. Shafyqah Azry
5. Sephia Irdinah
6. Anis Aisyah
7. Shahida Rahim

Tahniah sekali lagi pada peserta. Sila tuntut hadiah anda dengan segera pada saya. Masa untuk tuntut hadiah diberi sah sehingga 7 Mac 2014 (Jumaat). Selepas dari tarikh itu sebarang tuntutan tidak akan diterima lagi.

PM saya di Facebook beserta details seperti di bawah :

Nama :
Alamat :
No Tel :

Terima kasih pada yang sudi join segmen blogwalking saya. In shaa Allah, akan datang saya akan buat lagi segmen macam ni.


Novel : Suamiku Anak Jiran Sebelah [6]



BAB 6

LIGAT jemari Amir menaip sesuatu di atas papan kekunci. Walaupun agak kaku dan keras jemari tapi akhirnya siap juga slide pembentangan budget yang puan Zalina minta. Sebenarnya daripada minggu lepas lagi dia mendapat arahan daripada pengurus kanannya itu tapi memandangkan tak menang tangan, mesyuarat tersebut terpaksa ditangguhkan. Sesekali dia melihat jam tangan.
“Sempat ke nak print sepuluh set ni? Satu set ada tiga puluh slide pula tu!”
Amir terus mencetak dua set salinan. Satu set salinan sebagai rujukan dan satu set salinan lagi akan di serah kepada Amira untuk dicetak lagi sepuluh salinan. Dia bangkit dan terus meluru keluar dari biliknya. Workstation Amira di tuju lalu bersidai pada partition sambil menghulur satu set salinan padanya.
“Mira, you tolong copy sepuluh set. Cepat sikit ya, I ada meeting.”
Terpinga-pinga Amira dibuatnya. Blur pun ada bila Amir nampak tergesa-gesa begitu.
“Err… mesin copy dekat mana ya? Macam mana nak guna?”
“Mesin copy dekat mana?!” Amir tajam membulat mata. “Ha! You pergi pantry, bukak cabinet cari mesin kopi dalam cabinet!” Sambungnya bercekak sebelah pinggang dengan machonya. “Cik kak, you cari dengan matalah. Bukan cari dengan mulut. Kalau tak tau guna, pergi tanya Sofia. Minta dia tolong ajarkan cara nak guna mesin copy tu. I tak sempat nak ajar, nak kejar masa!”
Terkebil-kebil mata Amira bila dibahasakan oleh majikannya yang berlagak itu. Wah! Pedasnya mulut dia! Macam mulut mak dia jugak! Bisik hatinya rasa berdesing telinga. Hari pertama dah kena bambu. Mood terus jadi kurang baik.