BAB 6
LIGAT jemari Amir menaip
sesuatu di atas papan kekunci. Walaupun agak kaku dan keras jemari tapi
akhirnya siap juga slide pembentangan
budget yang puan Zalina minta. Sebenarnya
daripada minggu lepas lagi dia mendapat arahan daripada pengurus kanannya itu
tapi memandangkan tak menang tangan, mesyuarat tersebut terpaksa ditangguhkan. Sesekali
dia melihat jam tangan.
“Sempat ke nak print
sepuluh set ni? Satu set ada tiga puluh slide
pula tu!”
Amir terus mencetak dua set salinan. Satu set salinan sebagai rujukan dan
satu set salinan lagi akan di serah kepada Amira untuk dicetak lagi sepuluh
salinan. Dia bangkit dan terus meluru keluar dari biliknya. Workstation Amira di tuju lalu bersidai
pada partition sambil menghulur satu set
salinan padanya.
“Mira, you tolong copy
sepuluh set. Cepat sikit ya, I ada meeting.”
Terpinga-pinga Amira dibuatnya. Blur pun ada bila Amir
nampak tergesa-gesa begitu.
“Err… mesin copy
dekat mana ya? Macam mana nak guna?”
“Mesin copy dekat
mana?!” Amir tajam membulat mata. “Ha! You pergi pantry, bukak cabinet
cari mesin kopi dalam cabinet!”
Sambungnya bercekak sebelah pinggang dengan machonya. “Cik kak, you cari dengan
matalah. Bukan cari dengan mulut. Kalau tak tau guna, pergi tanya Sofia. Minta
dia tolong ajarkan cara nak guna mesin copy
tu. I tak sempat nak ajar, nak kejar masa!”
Terkebil-kebil mata Amira bila dibahasakan oleh
majikannya yang berlagak itu. Wah! Pedasnya mulut dia! Macam mulut mak dia
jugak! Bisik hatinya rasa berdesing telinga. Hari pertama dah kena bambu. Mood terus jadi kurang baik.
“Sofia, you tunjukkan dia mesin copy dekat mana. Ajar dia cara guna. Cepat sikit ya, I nak guna slide tu dalam meeting!” Arah Amir selamba.
“Okay, encik Zuhairi…” Sofia menunjuk ibu jari pada
Amir.
Tiba-tiba telefon bimbit Amir berdering. Amir
mengeluarkan I-phone dari dalam poketnya. Screen ditatap lalu menjawab
panggilan tersebut dengan senyuman gembira.
“Hallo dear, you tunggu kejap boleh? I ada discussion dengan my staff.”
Amira melopong. Dear?!
Wah! Bos aku dah ada girlfriend ke?
Boleh gossip ni! Tapi dengan siapa aku nak gossip?
“Mira, lepas you buat ten copies, tolong bawa
dekat discussion room.” Arah Amir tegas sambil menunding jari. “Oh, one more!” Dia mengundur sambil telefon
masih melekap di telinga. “You join
sekali meeting tu. Ambil minit!”
Alamak! Mana pernah aku ambil minit! Apatah lagi buat
minit! Terkedu Amira di situ.
“Saya kena ambil minit ke?”
“Yalah! Ada masalah ke?” Amir jengkit kening.
“Eh, tak ada masalah-tak ada masalah.”
Laju Amira menggeleng kepala. Padahal hatinya sudah
gundah tu. Keningnya mula mengerut resah. Sementara Amir merenung pelik melihat
gadis itu.
“You okay ke tak ni?”
“Eh, saya okay je…”
Dah rupa burung belatuk Amira mengangguk. Okaylah
sangat! Rasa nak terkincit dah ni. Setahun jari aku keras menulis kot. Tak
sempat nak brush up, dah kena ambil
minit!
“Betul ni?!”
“Ya betul. Jangan risau, saya okay je ni. Elleh, kacang!”
Dengan confidennya
Amira berkata. Mampus aku!
“Okay, I have to
go. Nanti copy slide tu cepat ya! I tak suka menunggu.”
Terus Amir berlalu. Telefon dilekap pada telinga lalu
sambung perbualannya. Amira mengekorinya dengan ekoran mata. Sofia bangkit dari
tempatnya lalu menerpa ke arah Amira.
“Tak suka tunggu?” Sofia mencelah tiba-tiba. “Erm…
pelik pulak I tengok bos you ni cik Mira.”
Amira melirik mata pada Sofia. “Kenapa pelik?”
“Sebelum ni tak pernah pun dia cakap tak suka menunggu.
Erm.. I rasa, saja je tu dia nak pshyco
you. Mentang-mentang you staff baru,
sukalah dia membuli youkan.” Sofia mencuit dagu sambil memandang Amira. “Eh,
jomlah I ajar you cara nak guna mesin copy
tu. Nanti bising lagi dia.”
“Oh, okay.”
Amira mengekori Sofia dari belakang. Amir yang sedang
bergayut telefon, ditenungnya dari belakang. Suka membuli ya? Tak apa, akan aku
nanti dengan sabar selama enam bulan ni. After
probation period, barulah aku tunjuk taringnya. Ngehehe… Amira senyum
jahat.
“SIAPA Mira
tu?” Soal Suhaiza.
Amir tersenyum di sebalik corong telefon.
“My staff.”
“Staff yang
mana pulak ni? Tak pernah pun you cerita pada I tentang Mira?”
Amir tersenyum suka seraya melabuhkan punggung di sofa
ruang menunggu. Layan sekejap buah hati sementara menunggu giliran untuk mesyuarat
dengan puan Zalina di biliknya.
“Dear, Mira
ni staff baru I lah. Hari ni baru
masuk kerja. Tak sempat kenal lagi, macam mana I nak cerita pada you.”
“Betul ni bi?” Suara Suhaiza manja.
“Ya sayang. I tak tipu you.”
“You jangan lebih-lebih pulak dengan dia bi. Kalau I
tau you lebih-lebih, siap you!” Ugut Suhaiza manja.
Amir tersenyum mendengar ugutan manja kekasihnya. Biar
pun ramai perempuan dikenali tapi tak seorang pun yang ingin dibuat calon
isteri. Mengenali Suhaiza dua tahun yang lalu membuat dia ingin jalin hubungan
yang lebih mesra dengan gadis itu. Pertama kali dia melihat, hatinya sudah
terpaut suka. Orangnya tinggi lampai. Sangat cantik, seksi dan menawan. Memang
menjadi igaun mata lelaki.
“You nak buat apa dengan I?”
“I tak akan buat apa-apa dengan you tapi I akan suruh
you pecat perempuan tu supaya you tak menggatal dengan dia!”
Terdengar Amir ketawa lucu. “Dekat sini ramai staff perempuan, sayang oi. Kenapa tak
suruh je I pecatkan semua sekali?”
“You ni! I am
serius okay!”
“I pun serius jugak, sayang. I baru je beberapa minggu
tukar kerja ke sini. I tak ada kuasa untuk pecat orang sebab I sendiri pun
makan gaji. Sayang, I tak sukalah you fikir yang bukan-bukan.” Pujuk Amir
lembut.
“Bi, salah ke I cemburu?”
“Memanglah tak salah tapi cemburu tu biarlah bertempat
sayang oi. Kalau I nak curang dengan you, dah lama I buat macam tu dari dulu. Buat
apa I tunggu you sedangkan I dah tau you tak ready nak jadi isteri I? Cik Suhaiza, I sanggup pindah sini sebab
you tau. So, appreciatelah sikit pengorbanan I ni.”
“Apa bi? You pindah sini sebab I? Bukan you pindah
sini sebab upgrading ke? You jangan
nak kelentong I ya bi!”
Amir tertawa di corong telefon. “Memanglah sebab upgrading tapi I usahakan semua ni pun
untuk kita juga.”
“Erm… yalah tu.” Ucap gadis itu manja. “Bi, macam mana
rupa Mira tu? I lagi cantik atau dia lagi cantik?” Suhaiza menduga hati Amir.
Berkira-kira perasaan Amir membuat perbandingan. Kalau
ikutkan rupa, anak makcik sebelah tu lagi cantik dari kekasihnya Suhaiza tapi
paras rupa tu tak penting, yang penting hati dan perasaannya.
“Dah tentulah you lagi cantik dari dia.”
Amir tahu titik cemburu di hati Suhaiza sudah mula
bertapak ketika nama Amira bermain di bibirnya tadi. Sebelum ni dengan Sofia
pun begitu juga. Lebih-lebih lagi bila dengar suara mengoda dari Sofia. Lagilah
gelisah hati Suhaiza bila kekasihnya didekati oleh perempuan sebegitu.
“Betul ni bi?”
“Ya sayang… bagi I, you gadis paling perfect sekali.”
“I risau tau kalau you digoda perempuan-perempuan di office you tu.” Luah Suhaiza bimbang.
“Itulah, I ajak you kahwin tak nak. You kata nak
kembangkan career dululah. Nak enjoy dululah. Muda lagilah. Sayang, I’am thirty-two now. Umur dah nak tua
dah ni. Parent I dah tanya, bila I nak
kahwin?”
Terdengar gadis itu tertawa kecil. “You ni kelakarlah,
bi. Sempat lagi you buat lawak. Bi, thirty-two
tu bukan tua tapi matang.”
“Tualah juga tu sayang oi. My friend semua dah married.
Masing-masing dah ada dua, tiga anak. Patut umur macam I ni dah ada tiga orang
anak, sayang oi.”
“Pergh! Seram I dengar, bi. Sekali tiga orang you
mintak?”
“Itu I baru mintak tiga orang sayang.”
“So, you ingat
I setujulah nak beranak lebih dari tiga?”
“Why not?”
Amir senyum nakal.
“Bi, you ingat I ni kilang buat anak ke? Seorang pun
belum tentu I sanggup nak lahirkan tau.”
Amir menjungkit kening. Fikirnya kalau dah ini
jawapannya, tak berzuriatlah dia. Setiap kali diungkit tentang anak dan kahwin,
pasti macam-macam alasan yang gadis itu berikan.
“Sayang…”
“I am serious,
bi. I takut nak kahwin sebab beranak. Sakit! Body shape kembang! Nanti tak cantik! You lelaki, you tak pernah rasa
macam mana sakit bersalin tu.”
“You pernah rasa sakit bersalin ke sayang? Erm?”
Glurp! Suhaiza tergamam. Kerana emosi,
hampir terlepas rahsia yang sekian lama dikuburkan selama ini. Amir tak perlu
tahu kisah hitam itu. Amir tak perlu tahu kewujudan zuriat tidak sah taraf itu.
Amir tak perlu tahu siapa lelaki sebelumnya. Yang Amir perlu tahu dia seorang
gadis, masih suci tidak disentuh mana-mana lelaki lagi.
“Err… I memang tak pernah rasa tapi I dengar
cakap-cakap oranglah yang bersalin tu sakit.”
“Su, you sayang I tak?” Tiba-tiba Amir ubah topic.
“Of course dear.
I sayangkan you, that’s why I risau bila
ramai sangat staff perempuan di office you.”
Mujur tiba-tiba Amir ubah topic perbualan. Suhaiza
mengeluh lega.
“Kita kahwin ya?” Pujuk Amir.
“Kahwin?”
“Ya, kahwin. Kita bina keluarga kita sendiri.”
Kali ini Amir benar-benar mengharapkan jawapan positif
dari kekasihnya.
“Nolah bi.
Cuba you faham. Kan I dah explain
tadi. I cannot marry you dalam masa
terdekat ni. I nak focus pada my career dulu.”
Riak wajah Amir berubah hampa. “I bawa you jumpa my parent dulu ya?”
“Come on lah bi. I am not ready yet!” Keluh Suhaiza di corong telefon.
“Sayang, at
least my parent dah tahu dengan siapa I bercinta. You nak ke I kahwin dengan
pilihan dia orang?!”
“Sikit-sikit your
parent! Asyik nak dengar cakap your parent je! Fade uplah macam ni! Takkan
semua benda your parent nak tau? Respectlah
our privacy sikit.” Rungut Suhaiza bosan.
Sentap Amir mendengarnya. Wajahnya mula mencuka. Ini bukan
pertama kali Suhaiza memberontak, malah dah berkali-kali. Kenangkan sayang je
dia sanggup bertahan. Kalau tidak, sudah lama naik tangan agaknya.
“Tengoklah! Dah macam mana my parent tak bising? Bila
I ajak you jumpa dia orang, you tak nak! Sampai bila I nak tunggu you ready sayang?!” Soal Amir tegas tapi
penuh sabar.
“Bi, parent
you dah ada calon untuk you ke?”
Tersenyum lebar Amir mendengar soalan kekasihnya. Masa
nilah nak menguji hati gadis itu dengan membuat satu keputusan.
“Sebab dah ada calonlah I nak kenalkan you dengan my parent.
Supaya tak adalah dia orang sibuk nak jodohkan I dengan pilihan dia orang tu.”
Suhaiza mulai resah. Amir tersenyum nakal. Risau juga hatinya
jika Amir Zuhairi yang disanjung selama ni akan terlepas ke tangan perempuan
lain. Rugi! Sangat rugi kalau Amir terlepas begitu sahaja. Lelaki itu sudah
lengkap serba serbi. Dia sangat kacak, macho, bergaya, bercareer, berharta.
Kereta mewah pun dah ada. Baru sahaja memiliki rumah Semi-D kos sederhana.
Pendek kata kalau kahwin dengan dia, isteri hanya cuci kaki je.
“Betul ke bi?”
“Betullah! Buat apa I nak tipu you? Soal nikah kahwin
ni bukan boleh main-main.”
Lama Suhaiza membisu di corong telefon. Seminit
berlalu, namun sedikit pun gadis itu tidak bersuara.
“Hallo sayang,
are you still there?”
“Yes, I am here.
Ehem! Bi, you bagi tempoh I sebulan boleh?”
“For what?”
“Befikir.”
“Sebulan nak fikir? Amboi, lamanya?” Melopong Amir.
“Please… ini
soal career I. After sebulan I bagi you jawapan.” Putus Suhaiza.
“Hopefully,
janganlah menghampakan I.”
“Jangan risau, I cuba bagi berita gembira untuk you, okay.”
“Betul ni sayang?” Amir kelihatan gembira.
“Betul bi. Kali ni I serious.”
Amir tersenyum puas. Akhirnya Berjaya juga dia pshyco
gadis itu. Tiba-tiba puan Zalina keluar sambil memberi isyarat kepada Amir.
Lelaki itu mengangguk.
“Okaylah, I nak masuk meeting sekejap. Malam nanti kita jumpa ya.”
Best.....nak lgi....
ReplyDeleteBEST LA NAK LG BOLEH.
ReplyDeleteInsyaAllah, boleh tunggu ya...
Deleteterbaik lah ,
ReplyDelete'nazfa namia'
makin lama makin best...tak sabar nak tahu mcam mna amir dan amira jatuh cinta...
ReplyDeletetengah siapkan utk dinilai... skang tgh concerntrate SAJS
ReplyDeletewah! tak sabar nak baca sambungannya...:)
ReplyDeleteO.O? dah ada cewek??? wahduh wahduh.... gawat nih...
ReplyDeletesampai sekarang belum ada update ke? :/
ReplyDeletetak boleh dear... sedang siapkan utk jadi buku... di arahkan stop sementara waktu sampai end year... maaf ye...
Delete