Menu Tab

Zulaikha Minat Membaca Dan Menulis? Ikut Siapa Tu?


Setiap hari lepas balik sekolah je mesti Zulaikha cakap kat aku...

"Mama, cikgu Shima suruh kita baca buku hijau ni. Kalau kita tak baca, nanti cikgu Shima marah."

Ooo.. cakap cikgu dia dengar, cakap mama ngan ayah, buat tengin je.
Korang taulah, budak kalau dengan cikgu dia memang dengar cakap tapi kalau dengan kita dia main-main.
Bukan tak dengar cakap, dia mungkin dengar tapi dia tak seriouslah.
So, aku bila dengar dia nak belajar tu suruhlah dia guna meja tulis aku tu untuk dia belajar.
Yang penting botol susu tak tinggal ya. Memang sentiasa kena ada kat sebelah. 

Apa yang aku perasan selama ni, Zulaikha ada satu minat ke arah membaca dan menulis tau.
Waktu bila aku perasan? 
Sejak dia sekolah ni asal aku balik kerja je terus dia siapkan kerja sekolah yang cikgu bagi tanpa di suruh.
Dia akan siapkan semua termasuklah buku yang cikgu suruh dia baca tu then bila dah siap barulah dia nak main ke, nak tidur ke, nak makan ke, atau apa sajalah.
Itulah rutin dia seharian tapi kalau satu hari tu tiba-tiba tak namapk dia pengang buku, haaaa yang tu kena tanya, ada kerja sekolah atau tak.
Biasanya kalau macam tu tak ada kerja sekolah atau pun dia terlupa.

Pergh! Sebiji copy paste perangai aku habaq hang sebab aku memang suka menulis dan membaca.
Bagus! Bagus! Biar dia ikut hobi mak dia ni, jangan ikut hobi ayah dia tu, giler memancing kojenye.
Setakat ni bukan aku sorang je yang nampak, mak tok dan tok abah dia pun nampak jugak.
Even Pak Wan sendiri pun sedar yang anak dia ni kaki membaca dan menulis haha.

I support youlah sayang!
Nanti mama ada gang nak menulis!
(~_^)

Sekian.

10 comments:

  1. hahaha.. adik saya pula, mentang-mentang ada 3 kakak, dia buli kitorang suruh buat kerja sekolah dia. along buat sikit, angah buat sikit, kakak buat sikit. ha, nnti habislah -.-

    wah, baguslah ikut minat mak nya. nanti si anak nak cari idea, boleh tanya mak nya je. ^^,

    sis, saya nak bagi kad raya ni. sis nak? kalau nak, boleh emel details dekat sini >> ameliajafri@yahoo.com . saya baru beli kad raya ni. excited pula nak pos. tapi xtau nk bg siapa. hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu adik yg cerdik hehe...

      boleh.. haha.. org nak bagi akak ok je.. nanti akak email alamat...

      Delete
  2. alahaii comelll ayat dia. haha. semoga zulaikha membesar menjadi seorang yang berjaya.. budak sekarang, otaknya pantas dan cekap mendapat ^___^

    ReplyDelete
  3. itulah kehebatan seorang guru mampu disiplin kan anak-anak yang dirumah belum tentu mahu belajar

    ReplyDelete
  4. Rasenye anak pompuan ok lagi.
    Anak laki2 ni susah nak soh wat homework.. Sikit je pun. Bila kata nak bagi punishment baru die buat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu... budak2 mmg macam tu... tp klu dah itu caranya nak bagi dia rajin, teruskan je...

      Delete

1. Kome boleh comment apa saja but no ugly words please. Sedap sikit mata orang lain membacanya.
2. Sebarang comment berunsur iklan, politik dan lucah TAK dibenarkan tau kat sini. No! No! No!
3. Kalau nak letak sebarang link, kome boleh guna coding ni ya: < a href="LINK BLOG">NAMA BLOG< /a>
4. KM tak bertanggungjawab tau ke atas sebarang komen yang kome bagi kat sini. Jadi sila jaga tata cara penulisan kome.(^^,)
5. Don't naughty-naughty kat sini ya, cubit kang.
~Itu je nak cakap, ok bye!~